Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

2
surat dah ada dalam peti

DARIKU...


DARIKU 3



”Giving up doesn’t always
Mean you are weak
Sometimes it means that
You are strong enough to let go...”


Dingin malam membuai mataku yang segar itu. Semua telah melelapkan mata. Selalunya Kak Widad akan menemaniku tetapi dia juga telah dibuai mimpi. Niat ingin menemani Faiz yang sedang memandu bimbang andai dia turut sama mengantuk, tetapi pemanduannya yang sekata dan begitu tenang tambahan pula tiada kereta yang lalu-lalang membuatkan aku hanyut sendirian. Selalunya aku tidak terpengaruh dengan keadaan tapi kali ini entah macam mana aku boleh tertutup rapat meninggalkan kesepian malam yang tiada berpenghujung.

“Streeettzzzzhhhh! Banggg!!!” aku membuka mata perlahan. Sekilas cahaya merah melintasi di hadapan kereta. Jantungku berdebar kencang bila kaca-kaca kecil memenuhi sekitar tudung. Semua bagai terpinga-pinga dengan keadaan yang berlaku. Kereta yang tersadai di pembahagi jalan itu mambuatkan mindaku cepat mentafsir apa yang telah berlaku. Ustaz kelihatan keluar untuk melihat sebarang kerosakan, jelas lekuk besar di sebelah kanan kereta itu terhasil dari perlanggaran dengan pembahagi jalan. Dengan tenang, Ustaz kembali menyerahkan tugas pemanduan kepada Faiz. Faiz hanya menggangguk kecil sebelum mula menghidupkan kembali enjin. Kereta bergerak ke sebuah stesyen minyak berhampiran. Kami melepaskan lelah disitu sebelum meneruskan perjalanan.

Semua telah melelapkan mata, aku pula bagaikan cacing kepanasan yang dihimpit rapi sehingga tidak dapat bernafas dengan sempurna. Ingin membuka pintu dilarang Ustaz kerana bimbang akan keselamatan kami. Tingkap pun diarahkan tutup. Aku hanya akur. Tetapi seketika kemudian Ustaz sendiri yang membukanya. Mungkin baru merasai kepanasan yang menjalar. Aku menggunakan peluang itu untuk ke bilik air membasahkan muka. Segar rasanya merasai air yang telah lama rasanya tidak dapat menikmati air sedemikian. Aku terus menunggu di sisi kereta sehingga penghujung malam merangkak pergi.

Akhirnya penantian kami berakhir apanila pagi itu kami tiba di ADNIN. Terasa bagai indah sekali perasaan apabila terbayangkan air paip yang bakal membasahkan tubuh yang kekeringan dan melekit serata tempat itu. Masa yang ada, kami gunakan sebaik mungkin untuk membersihkan siri sepuasnya dan melepaskan lelah di tilam yang empuk itu. Barusan sahaja bersenang-senang, sayup-sayup terdengar panggilan ustaz untuk mensyuarat pembentangan skop tugas dan penerangan mengenai program yang bakal berlangsung keesokan harinya. Hidayah akan ditinggalkan untuk menyambut sebarang panggilan dari ibu bapa yang akan mendaftarkan anak mereka manakala Kak Fiza akan mengikuti kami untuk mengedarkan risalah pada petang itu di sekitar kawasan yang berdekatan dengan tempat program.

Selepas berkemas ala kadar, kami mula berhimpitan dengan pelbagai barang yang akan diangkut ke Lagoona, tempat dimana akan berlangsungnya program Kem Motivasi AnaK Soleh nanti. Setelah menahan nafas, kami selamat tiba di Lagoona. Barangan diangkut, manakala Ustaz melepaskan lelah di surau tempat itu. Sementara menunggu Ustaz beristiehat itu, kami berbual-bual meredakan tekanan yang semakin menghimpit. Ketika itulah aku dan Kak Ana dapat berbual lama dengan Umar. Dia seorang yang agak peramah berbanding riak wajahnya pada kali pertama kami berjumpa. Banyak rahsia yang kami kongsi bersama. Perhubungan kami lebih selesa dan akan memudahkan lagi kerjasama antara kami.
Seketika kemudian, Ustaz mula menampakkan wajahnya yang keletihan, tapi dipandu jua kereta untuk meninggalkan kami dikawasan sekitar bagi tujuan edaran risalah. Kami ditinggalkan berasingan. Aku dan Kak Widad manakala Kak Ana dan Kak Fiza. Taman yang kami lalui itu adalah Taman Satelit. Di atas bukit tersergam sebuah Satelit yang diukir cantik melambangkan nama kawasan tersebut. Sempat jugalah aku dan Kak Widad bergambar kenangan melalui space handphoneku yang kecil itu. Kebanyakan lorong yang kami lalui telah mempunyai risalah yang terselit dibahagian pintu. Nampaknya Kak Ana dan Kak Fiza begitu pantas bergerak sebelum kami semua diambil Ustaz ke kawasan seterusnya. Kami berhenti di sebuah gerai yang hampir menamatkan perniagaan pagi itu. Sempat memesan nasi lemak yang bersambal pedas. Aku jamah jua untuk mengisi ruang perut yang kosong. Aku sebenarnya alah pada pedas. Semua sambal ku letakkan di dalam pinggan Kak Fiza. Berselera melihat orang makan, aku jua yang banyak kerenah.

Kali ini kami tiba di sebuah kawasan yang dinamakan Geliga. Sayup mata memandang keluasan tempat itu membuatkan lututku bergetar. Sekali lagi kami berpecah. Aku dan Kak Widad, Kak Ana pula bersama Kak Fiza dan Umar. Dari satu rumah ke satu rumah, memang ku akui jika berjalan di setiap lorong bagaikan tiada berpenghujung. Kami bertemu kembali di suatu tempat dan berjalan bersama untuk mengedarkan risalah. Melihat Umar yang begitu bersemangat, malu pula untuk merungut keletihan. Akhirnya kami jua menjadi begitu bersemangat. Gerai kecil ditepi jalan bagaikan memanggil-manggil aku untuk mendapatkan minuman untuk semua. Keperluan tekak telah dipenuhi dan kami meneruskan penerokaan dengan lebih jitu. Setelah berapa lama berjalan, kami sekali lagi terpisah meninggalkan aku bersama Kak Widad dan Kak Ana, Kak Fiza pula hilang bersama Umar. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berpecah dan meneruskan kerja tanpa lengah untuk memastikan promosi kali ini menghasilkan ganjaran yang terbaik.

Menurut apa yang dijanjikan, kami akan menghabiskan edaran risalah di kawasan geliga manakala Kak Fiza dan Umar pula di Perwaja yang bertentangan dengan arah kami tujui. Niatnya kami akan berkumpul di tempat Ustaz tinggalkan kami sebentar tadi. Berjalan tanpa henti membuatkan kami hilang arah. Hari hampir merangkak senja. Kami mengambil keputusan untuk menyusul Kak Fiza dan Umar di Perwaja. Takut berpisah jauh aku menghantar mesej pesanan ringkas kepada Kak Fiza untuk menyusulnya di Perwaja. Kami kepeningan mencari dimanakah arah untuk ke Perwaja.

”Sana lagi. Tadi aku nampak Umar gi sebelah sana...” Kak Ana penuh yakin menunjukkan arah sebelah kanan.

”Jauhnya, betul ka ana?” Kak Widad nampak sangsi dengan arah yang baru ditunjukkan.

”Na, betul ni na? Aku percaya ang ni?” aku juga turut diselubungi perasaan ragu-ragu. Aku mati akal untuk mencari arah yang sebenar. Hanya mengikut ayuhan kaki sahaja.

”Betul... Tadi kita edar sebelah sana kan? Perwaja sebelah sana pulak...” Kak Ana begitu yakin dengan arah yang ditunjukkan. Aku agak lemah dalam mengingatkan jalan mana yang telah atau belum diambil. Tidak sanggup lagi untuk memasuki mana-mana lorong dek kerana jarak ke Perwaja itu begitu jauh sekali. Tidak terjangkau dek kaki yang bakal menapak tanpa kenderaan.

”Na, betul ni na?”

”Betul...”

”Betul?”

”Ye...” Atas keyakinan Kak Ana, kami turutkan jua. Tiba-tiba satu mesej masuk ke handphoneku.

”Kat mana? Kami tunggu kat surau Perwaja” [Kak Fiza]

”On the way...” aku membalas mesej dan meneruskan perjalanan. Hari beransur gelap ketika kaki mula kaku melangkah. Kepenatan yang tidak tergambar. Kami sudah tiba di kawasan yang ditunjukkan Kak Ana. Sekarang objektif kami adalah mencari dimana terletaknya surau. Di hadapan adalah sebuah gerai. Kami bergegas ke arah gerai tersebut untuk bertanyakan arah surau Perwaja.

”Surau Perwaja?”

”Ya, pakcik. Kat mana ya?”
”Surau Perwaja??”

”Ya...” aku mula berasa cuak dengan soalan yang bertukar soalan itu. Kak Widad dan Kak Ana juga kelihatan kaget dengan perwatakan Pakcik tersebut.

”Sini Geliga dik... Perwaja jauh lagi. Sebelah sana. Jauh...”

”Allahuakbar........................................................” Kami terpaku dengan arah yang ditunjukkan. Arah itu adalah arah yang kami lalui tadi. Ketika itu aku memandang Kak Ana dengan penuh geram. Bagaikan mahu meratah kepala Kak Ana untuk dibuat sup gearbox. Sedapnya...

”Aku rasa betul dah tadi...” Kak ana kelihatan serba salah melihat pandangan tajam aku. Kasihan pula melihat wajahnya yang kian merona merah.

”Camna ni? Kak Widad mula bersuara setelah mendengar azan mula berkumandang.

”Kita pi solat dulu. Masjid dekat situ rasanya.” Kak Ana meluahkan pendapat dalan keadaan yang masih serba salah.

”Betul ke na? Kau jangan.....” Aku mula was-was dengan arah yang ditunjukkan. Peluh yang merembes di muka ku raup sepi.

”Rasanya betul tu. Kami yakin iss. Jom la kita pi solat dulu.” Kak Widad memberikan sokongan yang mendalam. Aku turutkan lagi dan kaki melangkah ke destinasi yang seterusnya. Mesej kuhantar kepada Kak Fiza menyatakan kedudukan yang tersasar. Setelah berbincang, kami bersetuju membiarkan Kak Fiza dan Umar pulang dahulu ke Lagoona. Kami akan berusaha mendapatkan bas dan pulang sendiri kerana kaki sudah tidak mampu untuk berpatah balik. Sudah lama berjalan masjid yang dicari tidak ditemui. Aku mula memandang sayu memohon sebuah pengertian akan keletihan dengan keyakinan tanpa asas.

”Ada. Depan tu... kami nampak kubah dia. Tengok orang semua pi kat sana.” faham isi hatiku, Kak Widad memberikan jaminan. Kami tiba di tempat yang ditunjukkan Kak Widad, tapi dihadapan kami tersergam sebuah restoran bukanlah masjid seperti yang disangka. Aku hampir berputus asa sebelum mata menangkap satu objek laksana sebuah pondok kecil yang usang tapi masih teguh berdiri. Kedudukan yang agak terbelakang agak menyeramkan bagi pertama kali menatap tempat itu. Kalau tidak kerana beberapa buah kereta mewah yang berada dihadapan pondok tersebut tentu sahaja aku tidak akan mengambil berat kewujudan tempat itu. Masing-masing mengamati tempat tersebut. Ianya bagaikan sebuah surau tapi tampak begitu usang. Tambahan pula suara azan yang berkumandang tadi adalah dari masjid yang berdekatan.Kawasan tersebut pula adalah kawasan perumahan, bagaimana mungkin wujudnya surau yang begitu usang.

“Surau ke tu?” Kak Widad menunjukkan arah pondok usang tersebut. Kami bergerak lebih dekat untuk memastikan adakah benar ia sebuah surau dan memang benar ia adalah sebuah surau. Bagai ditakdirka kewujudan surau tersebut akan menjadi pengubat jiwaku yang kian terseksa dengan keadaan. Keadaan rumput yang panjang disekitar surau bagaikan surau tersebut telah lama tidak digunakan. Tambahan pula kolah air dihadapan surau telah kering kontang dan berdebu. Badanku terasa seram sejuk apabila menghampiri tangga surau yang kaku. Ku lihat bukanlah golongan yang berumur yang menggunakan surau terbabit sebaliknya golongan lelaki dewasa yang agak kemas berketerampilan menarik. Bersesuaian dengan jenis kereta yang diparkir dihadapan surau. Aku berasa pelik sekali dengan keadaan tersebut. Andai berkenderaan kenapa tidak sahaja mereka terus menunaikan solat maghrib dimasjid yang kukira tidak jauh dari sini.

Lagipun, setiap kawasan perumahan mestilah ada sebuah surau yang lebih selesa keadaannya. Segala persoalan ku biar pergi apabila pintu bahagian muslimat tidak dapat dibuka. Kebetulan, seorang lelaki yang berumur lingkungan 40an menegur kami dan beliau yang tolong membukakan dari bahagian dalam. Pintu itu bagai lama tidak dibuka. Agaknya tiada kaum wanita yang bersolat disitu. Ucapan terima kasih diucapkan dan kami melangkah naik.bahagian dalam agak luas tapi berhabuk sedikit. Kami membersihkan sebelum turun mengambil wudu. Selepas bertanyakan arah bilik air, aku sekali lagi terpana dengan keadaan bilik air yang terletak jauh dibahagian belakang kelihatan begitu mengerikan. Reromaku mula meninggi. Berbaki semangat Kak Ana dan Kak Widad, kami beriringan menuju ke Bilik Air usang yang kelihatan bagai menunggu masa untuk roboh.

”Adu... nak terkucil...” aku menahannya semenjak dari perjalanan lagi. Terus sahaja aku melangkah masuk dalam keadaan yang agak mendesak itu tidak pula aku melihat keadaan sebenar pintu sehinggalah Kak Widad menunjukkan wajahnya dibahagian bawah pintu. Rupanya pintu itu hanya sebahagian sahaja ada, sebahagian lagi telah reput dek keusangan. Nasib menyebelahi aku apibila terdapat satu lagi bilik air disebelahnya. Setelah selesai melepaskan qada kecil aku mula mengambil wudu tetapi airnya pula mengalir dengan begitu perlahan sekali. Setelah agak lama baru aku dapat menyudahkan wudu diikuti oleh Kak Ana dan Kak Widad. Aku berlalu pergi ke surau terlebih dahulu kerana bimbang barang-barang beharga di dalam beg ditinggalkan tanpa penjagaan. Jantungku sekali lagi berdegup kencang apabila tiba di tangga surau tapi ku kuatkan semangat dek kerana berpengang bahawa terdapat jemaah lain di dalam surau tersebut.

Suara imam mengalunkan ayat suci itu mendamaikan debaran dihati tapi tidak mampu mententeramkan jiwa yang ketakutan dan bergolak kuat. Entah mengapa dengan diri aku pada kali ini. Selalunya aku akan menjadi berani andai ada orang disisi, kali ini jiwaku bagaikan diamuk keresahan dan debaran yang berganda. Sesekali aku melihat kelibat jemaah yang sedang bersolat dibalik tirai. Bulu romaku menegak, tetapi nasib baik ketika itu Kak Widad dan Kak Ana muncul di pintu surau. Aku menarik nafas lega. Semangatku telah kembali bersatu dengan jiwa. Belumpun habis solat yang kami dirikan, jemaah mula bergerak meninggalkan surau dan surau kembali sepi tidak berpenghuni. Benakku mula melakar kemungkinan, kenapa jemaah tidak menunggu untuk solat isyak sebelum pulang. Selalunya kebanyakan surau mempunyai gambaran sedemikian. Pasti akan ada yang tinggal di surau untuk membaca Al-Quran sebelum menunggu masuknya waktu Isyak. Tapi surau ini agak pelik kerana habis semua jemaah hilang begitu sahaja.

Usai solat, aku membaca mesej dari Kak Fiza menyatakan dia dan Umar dalam perjalanan menuju ke tempat kami. Kami berkemas seketika sebelum melangkah turun meninggalkan surau yang penuh misteri itu. Keluar sahaja ke jalan besar, aku ternampak kelibat Kak Fiza dan Umar yang menanti diseberang jalan. Lafaz syukur kerana menghadirkan Kak Fiza disitu kerana kami masih belum biasa dengan tempat tersebut apatah lagi untuk menunggu bas di situ. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran Kak Fiza mampu memandu kami ke jalan yang betul. Ustaz tidak dapat mengambil kami kerana terpaksa pulang ke ADNIN untuk mengambil Hidayah dan Faiz yang ditinggalkan untuk menyelesaikan kerja di ADNIN.berjalan dalam kepekatan malam bukan minatku kerana aku alah dengan silau dan rabun malam. Berhenti di bahu jalan, Umar berusaha menahan bas yang melalui jalan itu tapi semuanya hampa. Menurut Umar, bas pukul8.30, jadi masih sempat kami membeli sedikit makanan buat memenuhi kehendak perut yang kelaparan.

Kami kembali mendapatkan Umar dan Kak Fiza. Banyak bas yang ditahan sepanjang penantian kami tapi tiada satupun yang berhenti. Jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan ke hadapan kerana disana terdapat perhentian bas. Jadi memudahkan bas melihat kewujudan kami berbanding ditempat gelap yang kami duduki. Guruh berdentum kuat. Kilat pula sabung-menyabung bagai ingin hujan. Akhirnya perhentian yang dikatakan itu telah kami temui. Pelbagai cerita dikongsi oleh Umar sewaktu di perhentian sambil tangannya tidak putus-putus menahan bas yang melalui jalan tersebut. Tapi semua bas itu bukanlah bas yang dikehendaki kerana bas-bas yang ditahan itu terdiri daripada bas sekolah, bas kilang, bas persiaran dan lain-lain termasuklah lori yang disangka bas. Penantian kami hanya tinggal penantian. Perut juga sudah penat menahan ketawa akibat keletah Umar yang asyik menahan bas yang silap.

Perut sudah memaikan lagu-lagu pop rock yang menggamit aku membuka bungkusan nasi. Akhirnya semua mengikuti langkahku kecuali Umar kerana dia sibuk menahan bas. Jam sudah berganjak ke pukul10, Umar mengambil keputusan untuk mencari van atau kereta yang boleh membawa kami pulang ke Lagoona resort. Akhirnya sebuah van sedia memberikan pertolongan atas bayaran yang ditetapkan. Kami hanya bersetuju demi untuk tiba di Lagoona seawal mungkin untuk merancang tentatif untuk program esok. Tiba di Lagoona kami mula bermesyuarat untuk memastikan pendaftaran esok berjalan lancar. Aku dan Kak Widad ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran. Setelah tamat kami bermesyuarat barulah kereta Ustaz tiba dan diparkirkan ditepi beranda tempat kami bermesyuarat.

Melihat kelibat Nazrey Johani, aku sedit terpana. Maklumlah artis popular dihadapan kita, mestilah kita berbangga tapi ku kawal pandanganku agar tidak terlalu memberi perhatian pada setiap pergerakannya. Sebelum melelapkan mata ada juga Hidayah menceritakan tentang kejadian malam semalam dimana Faiz yang memandu itu boleh melanggar pembahagi jalan. Menurut Hidayah, Faiz ada menceritakan bahawa dia tidak mengantuk ketika itu. Kemalangan itu berlaku apabila dia terpandang seorang wanita cantik di tepi jalan dan dia menegurnya. Atas keceluparan itulah, wanita itu berterbangan menyergah dihadapan cermin kereta sehingga membuatkan dia gagal mengawal stereng dan berlakulah perlanggaran tersebut.

Dikhabarkan Ustaz dapat merasainya, disebabkan itu Ustaz tidak banyak bertanya dan menyuruh Faiz menruskan pemanduan. Jadi, apakah cahaya merah yang aku nampak sekilas ketika aku membuka mata malam itu. Tapi tidak pula aku mengkaji sejauh mana kebenaran cerita ini. Kadangkala, Faiz itu suka sangat menyakat, mungkin dia hanya mereka cerita. Tapi andai ianya benar, patutlah aku yang tidak pernah mengantuk itu boleh terlelap. Walaubagaimanapun, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tercatat oleh Allah. Kita patut bersyukur kerana masih mampu bernafas lagi pada hari ini. Moga kita mengambil pengajaran supaya kita sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang kita ambil.

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

2 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

9n0L4 9n0L4 said...

perwaja? geliga? pernah ke situ keee. :)

Unknown Unknown said...

Wow..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)