Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

0
surat dah ada dalam peti

PIMPINAN JIHAD PIMPINAN TERHAD

Jika kita melihat fanomena dakwah hari ini tidaklah sehebat zaman Nubuwwah dahulu. Kebanyakan uslub dakwah yang kita gunakan terpaksa meniti zaman terowong apabila banyak perkara yang kita gunakan disekat. Dakwah secara sirr adalah dakwah di awal kebangkitan Islam di mana kuasa jahiliyyah masih menguasai bumi. Masyarakat masih belum mengenal Islam yang sebenar. Sebagaimana yang kita alami sekarang juga tidak jauh bezanya Cuma masyarakat kita telahpun mengenal Islam tetapi tidak mengetahui apa itu Islam yang sebenar. Dalam mengharung mehnah yang menbadai, pimpinan jihad haruslah lebih teguh memperkasakan strategi agar dunia disinari cahaya Islam yang syumul.

Pimpinan yang sebegini sebenarnya amat terhad atau sedikit jumlah bilangannya berbanding dengan pimpinan yang tidak mengamalkan landasan syariat yang digariskan dengan betul dan teliti. Dalam membantu mendaulahkan Islam di bumi, ketaatan kepada pimpinan jemaah adalah amat penting dalam membentuk sebuah jemaah (pasukan) yang utuh. Menegakkan keadilan ditengah-tengah masyarakat muslim bukanlan suatu perkara yang mudah. Dunia bagai dibahagikan sepada dua golongan yang kontra walau hakikatnya memegang satu panji agama yang sama. Sebagai satu pasukan, kita harus bersatu agar dapat membina diri kita menjadi seorang pimpinan yang hebat bukan sahaja dalam masyarakat tetapi diri sendiri.

Pimpinan sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam sebuah gerakan apabila mereka dipikulkan dengan amanah Islam yang begitu berat sebagai peneraju gerakan ataupun merekalah yang bakal menentukan jatuh bangunnya sesebuah gerakan. Oleh itu mentaati mereka adalah wajib sekiranya tidak bertentangan dengan syaro’.

Dari Anas bin Malik r.a beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: dengarkanlah dan patuhilah meskipun yang menjadi pemimpin kamu adalah seorang hamba sahaya negro yang kepalanya seperti anggur kering. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Dari hadith di atas telah digariskan betapa pentingnya mentaai (wala) pada pimpinan kerana dengan ketaatan itu mampu manyatukan kekuatan dalam memerangi arus jahiliyyah yang semakin menular di minda masyarakat. Bukan itu sahaja malah meracuni segenap fikiran dengan kemanisan dosa sehingga terlalai dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim/ah.

Oleh yang demikian, ayuhlah shabab sekalian, jiwa-jiwa yang memiliki hati agar menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Jadilah pemimpin untuk diri agar terhias dengan semangat jihad yang tidak terperi. Di mata syahid, di jiwa syurga, seluruh jasad akan menjadi segar dengan haruman RaudhahNya. Bangunlah dari tudur, kerana dunia Islam diambang bahaya. Tidak penya senjata melainkan dengan bersatunya umat Islam, maka kita akan beroleh jaya. Tiada masa untuk kita menongkat dagu menunggu kemungkinan yang hadir andai kita sendiri tidak bangun untuk mencipta kemungkinan tersebut.

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!!!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

DIMANAKAH ETIKA ISLAM DALAM FILEM MELAYU KITA?

Aidilfitri yang baru sahaja berlalu masih terasa keindahannya apabila semua sanak saudara berkumpul menyulam ukhwah. Di kaca televisyen pula terhidang pelbagai juadah mata sebagai penghibur dihati. Saat seluruh keluarga berkumpul inilah adalah detik yang paling bahagia dalam hidup. Melangkah ke pesona filem melayu kebanggaan kita, telah banyak perubahan yang dipintal bersama arus pembangunan. Tetapi nilai dan etika agama telah banyak ditinggalkan sepi menghilang bersama desiran angin lalu.

Dapat duduk bersama ayah dan ibu membuatkan jiwaku begitu tenang sekali. Walaupun tidak dapat melancong mahupun memberikan hadiah yang mahal buat mereka, namun bagiku wang ringgit bukanlah aset penting dalam mendapatkan kasih sayang. Di kala itu banyak filem melayu dan luar ditayangkan. Memandangkan risiko filem atau drama luar tersebut menayangkan adegan yang tidak sepatutnya, ku mencari-cari jika terdapat filem melayu yang boleh dijadikan sajian kami ketika itu.

Tidak perlu kusenaikan tajuk-tajuk filem berkenaan, tetapi ianya jelas amat memalukan. Terpana aku seketika dengan adegan yang tidak sepatutnya itu, aku cuba mengawal perasaan malu yang menebal terhadap kedua orang tuaku. Bagaimana pula andai filem itu aku tonton bersama RASULULLAH?! Bayangkan pelakon-pelakon yang memegang nama ISLAM tanpa segan silu berkemban, bercumbuan, bermesra sehinggakan adegan di ranjang juga turut dipaparkan tanpa segan silu. Aliran pemikiran syaitan LAKNATULLAH yang disuntik ke dalam minda kita semakin menampakkan hasil. Propaganda barat juga telah mencatatkan kemajuan.

Aidilfitri yang mulia ini telah dicemari oleh cerita-cerita yang tidak berasas yang hanya memenuhi kepuasan pengguna tanpa memikirkan sensitiviti agama itu sendiri. Aku begitu pelik dengan pelakon-pelakon yang sanggup menerima watak sedemikian. Andai kebolehan dan bakat yang dipersembah, bukan itu landasannya. Andai mengejar gelaran pelakon serba boleh, maka sesungguhnya mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Hinanya Islam yang dibawa oleh Rasul kita. Jika kita tinjau fanomena yang berlaku disekitar, terdapat seorang artis yang ditanya mengenai pemakaiannya yang terlalu seksi, apa jawapannya?

”Saya tidak menganggu orang. Ini cara saya!”

Angkuh dan mudah sahaja jawapan yang diberikan tanpa berfikir kemungkinan yang mendatang. Kerana itu Rasulullad bersabda bahawa ”TAFAKKARAS SA’AH KHAIRA MIN ’IBADATI SUNNAH”. Pentingnya berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan itu amatlah berharga agar apa yang kita buat itu tidak melebihi had yang digariskan. Andai filem yang ditonton itu filem berunsur keagamaan, ianya turut tergolong dalam golongan orang yang mencemari kesucian Islam. Babak-babak yang diselitkan kadangkala bagaikan menghina Islam yang syumul. Mereka tidak ubah seperti orang barat yang membuat karikatur nabi, mencela keagungan Al-Quran. Di filem bertudung tapi luar dari pengaruh skrip, mereka kembali mendedahkan aurat. Inikah filem-filem yang kita banggakan?

Jika YA, kita juga turut menyumbang kearah kehancuran Islam. Tiada guna kita mencela Filen EVAN ALMIGTHY yang khabarnya menghina kesucian nabi Nuh dengan menggambarkan Tuhan sebagai manusia dan sebagainya, tetapi Filem kita juga secara simboliknya lebih memalukan. Cloroxkan dahulu industri Filem kita agar kita dapat bersatu untuk menentang bahaya yang lebih besar. Jangan cemarkan Islam. Jika kita melihat filem-filem keluaran Indonesia, kadangkala filem mereka lebih memberikan gambaran kemurnian Islam. Mempromosikan pelakon wanita yang bertudung juga mampu berlakon tanpa perlu mendedahkan aurat mereka. Ini adalah salah satu uslub dakwah yang halus untuk memberikan dakwa bil hal yang indah.

Renung-renungkanlah agar kita dapat menyemarakkan perjuangan dan mengembalikan keizzahan.

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!!!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

K.I.T.A

Kita...
Melakar sebuah cita-cita
Menggamit memori yang berkekalan
Membentuk sebuah persahabatan
Atas tunjang keikhlasan

COOMING SooN…..

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

cahaya_SYAHID

Tentu semua pelik, kenapa blog ana ni banyak sangat cerita. Sebenarnya, disebalik kisah-kisah inilah yang banyak membentuk peribadi ana pada hari ini. Dari kisah-kisah inilah mengajar ana erti sebuah kehidupan. Dari kisah-kisah ini jugalah mengajar ana keindahan ISLAM yang syumul. Lekat dihati, syahid dihajati. Ana akan cuba untuk memperbincangkan isu-isu yang berlaku kepada umat Islam hari ini buat pencetus revolusi, pemangkin semangat untuk terus berjuang di jalanNYA. INSYA-ALLAH! TAKBIR!
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

DARIKU...

DARIKU 5



Thaaha,
Kami tidak menurunkan AL-QURAN ini kepadamu
agar kamu menjadi susah...
Tapi sebagai tazkirah (peringatan)
bagi orang yang takut kepada ALLAH...







Pagi itu aku memulakan tugas dikaunter pendaftaran bersama Kak Ana dan Kak Widad. Manakala Hidayah dan Kak Fiza berada diruang legar dewan sebagai penyambut ibu-bapa yang hadir sebelum Ustaz mengambil slotnya. Nazrey sudah kelihatan bersama anak-anaknya. Anak-anaknya juga bakal menjadi peserta dalam kem kali ini. Aku hanya melayani setiap keluarga yang datang mendaftar. Setelah tamat, kami dipanggil untuk mesyuarat pembahagian tugas. Aku dan Kak Ana memilih untuk menjadi biro makanan dan kebajikan. Juga penempatan dan keselamatan. Setelah memastikan penempatan tiada sebarang masalah, kami bergegas ke dewan makan untuk menyiapkan apa yang patut sebelum dipanggil untuk mengiringi peserta perempuan ke dorm tempat tidur mereka.

Ada sesetengah ibu bapa yang merungut akibat tempat yang begitu selekeh dengan tingkap yang pecah dan lantai yang agak berhabuk. Tidak sejajar dengan bayaran yang dikenakan. Aku cuba untuk melayani semua kerenah mereka dengan sebaik mungkin. Tapi bagiku juga, tempat tersebut terlalu belakang dan agak tidak selamat kerana dibelakangnya betul-betul hutan berbanding terdapat dorm lain yang lebih hadapan dan agak selamat tetapi mungkin Ustaz mempunyai motif yang tersendiri untuk menjayakan programnya. Lagipun Ustaz sudah tentu biasa membuat program di situ sebelum ini jadi setiap tindakan Ustaz pasti ada sebabnya. Lagipun, untuk mendapatkan suasana motivasi yang sebenar memerlukan asuhan dari segi mental dan fizikal.

Setelah menyediakan makanan, kami mengedalikan cara pemakanan dan sedikit taklimat tentang peraturan makan yang digariskan oleh ADNIN Management and Traning Centre. Semua peserta mengikuti arahan yang diberikan sebaik mungkin walau ada yang tercengang dan tidak biasa bersuapan diantara satu sama lain. Perkara ini sebenarnya mampu merapatkan hubungan diantara satu-sama lain jika dinilai dari kelebihan dan sebagainya. Seronok melihat keletah mereka kemudian giliran kami pula menjamu selera. Usai makan, aku dan Kak Ana meneruskan agenda pembersihan dan mengemaskan semua peralatan seperti sedia kala. Program masih berlangsung didewan yang berdekatan. Hampir dengan jalan besar membuatkan ketakutan sedikit terubat walaupun hari siang.

Petang itu, dalam keletihan mengendalikan sesetengah peserta yang mempunyai masalah kesihatan, kelihatan Hidayah, Kak Widad dan Kak Fiza bagaikan bergegas untuk meninggalkan kawasan program. Persoalan yang ditanya tidak dijawab sepenuhnya sebaliknya ditinggalkan kami terpinga-pinga tanpa jawapan. Aku sudah mula cuak kerana hari yang hampir petang itu menunjukkan bahawa tugas menyediakan makanan begitu hampir. Kak Fiza yang menguruskan urusan makanan sebelum ini meninggalkan kami tanpa sebarang nombor telefon untuk kami hubungi. Ustaz juag turut keluar dan sekali lagi meninggalkan aku, Kak Ana, Umar dan Bukhari dan dibantu oleh 3 orang sahabat dari Shah Alam. Kak Ana juga begitu bimbang dengan keadaan yang berlaku tanpa diduga. Rekod menunjukkan ramai peserta yang mengidap gastrik pada kali ini. Andai tidak dijaga dengan betul pemakanan mereka, mungkin akan mengundang mudharat.


Petang itu kami terpaksa bertukar dewan dengan kumpulan PBSM yang mengadakan aktiviti disitu. Jadi kami beralih ke dewan dibahagian belakang. Jarak ke dewan makan menjadi semakin jauh dan memerlukan komunikasi yang amat berkesan untuk mengetahui pada waktu bila peserta akan dilepaskan untuk makan. Hari semakin berganjak petang. Kak Fiza pula tidak memberi tindak balas yang membantu kami. Umar yang mengambil alih peserta terpaksa melambat-lambatkan waktu. Aku dan Kak Ana di dewan makan begitu bimbang andai tiada makanan ketika itu. Bukhari datang menghampiri.

”Makanan dah siap? Adik-adik dah lapar...” kami kaget seketika.

”Kak Fiza pi mana dengan ustaz semua tu?? Kak Fiza yang uruskan makanan. Nombor telefonpun dia tak bagi...” aku mula melampiaskan kerisauan.

”Ntahla iss, aku pun tak tau. Harap-harap diorang pegi cari makanan. Aku bukan ape, takut adik-adik tu gastrik ke ape nanti. Tapi kalau Ustaz dan semua-semua gi cari makanan kenapa tak bagitahu kita? Kita kan exco makanan?”

”aku tak tau la na... harap-harap depa pi cari makanan. Tapi awat pi ramai sangat? Ustaz tak tau kot kita exco makanan?” aku mula menyedapkan hati atas situasi yang berlaku.

”Ustaz pegi ngan sapa? Bila?” Bukhari juga turut bimbang kerana masa yang sepatutnya diberi makan, makanan pula tiada lagi.

”Entah, tadi tanya diorang macam tak nak bagitau ja, Ustaz pegi dengan Kak Fiza, Kak Widad, Hidayah.” Kak Ana menyambung.

Akhirnya Kak Fiza menghubungi yang makanan akan sampai tidak lama lagi. Aku dan Kak Ana melafazkan syukur. Ustaz betul-betul membuatkan jantung kami berhenti berdegup. Seketika makanan tiba, hari sudah mencecah maghrib. Peserta diarahkan untuk bersolat dahulu. Kebanyakan banyak yang merungut tapi kami terpaksa menadah telinga kerana kami tidak sempat menyediakan di dalam masa yang singkat. Walaupun menarik nafas lega dengan kewujudan makanan, kami dikejutkan dengan seorang peserta perempuan telah terkena gastrik. Aku terpaksa menguruskan dewan makan, tugas untuk melihat peserta itu diarahkan kepada Kak Ana pada mulanya sebelum aku menyelesaikan kerja di dewan makan. Exco makanan dan kebajikan sebenarnya tidak boleh disatukan kerana kedua-duanya adalah tugas penting.

Kak Ana bergerak dahulu mendapatkan peserta tersebut sementara aku sibuk mengemaskan apa yang patut sebelum aku beransur mendapatkan Kak Ana. Tiba didewan hanya kelihatan Umar. Aku bertanyakan kedudukan Kak Ana tapi mendapat jawapan yang hampa kerana Umar juga tidak tahu di manakan Kak Ana. Fikiranku cepat menyatakan bahawa Kak Ana berada di dorm peserta perempuan yang berada di bahagian belakang sekali. Walaupun suasananya suram, kuteruskan jua langkah ke sana dengan hati yang berdebar-debar. Pintaku agar Kak Ana berada disitu.

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

DARIKU...


DARIKU 4


Terkadang Allah memberikan nikmatNya
Berupa dugaan meskipun berat terasa
Dan terkadang Allah menguji sebahagian orang
Dengan memberikan nikmatNya




Pagi itu aku, Kak Widad dan Umar sibuk memasang khemah sebelum kaunter pendaftaran dibuka pada pukul10 pagi seperti jadual. Kak Ana dan Kak Fiza pula balik ke ADNIN mengikut Ustaz untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. Hidayah pula sibuk menyiapkan slide untuk dipersembahkan dalam motivasi Ustaz nanti. Perut yang lapar itu bagaikan terdapat aura memanggil seorang pakcik agar melalui kawasan kami memasang khemah itu untuk kami dapatkan nasi jualannya. Belum sempat kami menjamah nasi bungkus tersebut, sudah ada ibu bapa yang tiba awal untuk mendaftarkan anak mereka. Aku dan Kak Widad mula menyerikan kaunter pendaftaran dengan wajah yang paling manis. Setelah menyambut sebaik mungkin, aku dan Kak Widad memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ibu bapa yang hadir sebagaimana yang telah diarahkan oleh Umar.

Ibu bapa semakin ramai yang hadir dan Fasi jemputan juga telah hadir. Belum sempat berkenalan dengan Fasi baru tersebut dek sibuk dengan kehadiran keluarga yang menghantar anak-anak mereka semakin bertambah. Setelah memberikan penerangan dan sebagainya, Nazrey dan juga isterinya mula memasuki kawasan pendaftaran dan mula menyusun barangan kaset, buku dan sebagainya untuk dijual kepada ibu bapa yang hadir. Beliau juga sempat bergambar dan menandatangani autograf yang diminta. Umar mengambil alih majlis sebelum kehadiran ustaz. Semua Fasilitator diminta untuk memperkenalkan diri. Aku masih lagi kekok kerana buat pertama kalinya aku menguruskan sebuah program di mana peserta masih lagi kanak-kanak dan pelajar sekolah menengah. Selalunya, aku hanya mengendalikan program bagi pelajar-pelajar universiti. Kegugupan yang muncul ku telan agar ketenangan dapat dicapai.

Terdapat 3orang fasilitator jemputan yang baru. 2 darinya adalah dari golongan an-nisa dan seorang lagi dari kaum adam. Jadi aku merasakan bebanan kami sedikit terubat dengan kehadiran beberapa orang fasi tersebut. Tetapi, langit tak selalunya cerah apabila kehadiran dua orang wanita terbabit hanya seketika dan bakal meninggalkan tempat program keesokan harinya sahaja. Setelah berbual seketika berkenalan dengan Fasi lelaki yang diberi nama Bukhari itu, aku agak tidak selesa dengan tingkahnya yang agak misteri itu. Dalam keadaan aku yang terlalu mengantuk yang tidak terhingga itu, tidak mampu rasanya melayan kerenah mereka. Mataku bagai digam. Pelbagai ceruk tempat yang tersembunyi aku pilih untuk menjadi tempat melepaskan kantuk buat seketika. Itu sudah memadai. Keletihan yang terlampau mencengkam buat kali pertama bertugas tanpa rehat.

Ceramah Ustaz tidak lagi ku endahkan. Yang penting dapatlah aku merehatkan pandangan yang hampir gelap kehabisan cahaya. Setelah sesi Ustaz tamat, disambung pula dengan sesi bersama Nazrey Raihan dan diserikan dengan nyanyian penyejuk jiwa. Program yang terusan berlangsung itu memberi ruang untukku berehat sepuasnya sebelum dipanggil mengadap. Malam itu kami mengadakan mesyuarat untuk tentatif seterusnya pada keesokan hari. Sementara diluar pula gilang-gemilang berlangsungnya slot muhasabah. Jiwaku bagai ditarik untuk menyaksikan slot terbabit, tetapi kewajipan berada di dalam mesyuarat lebih penting buatku. Setelah mendengar celoteh Umar, Kak Widad menyatakan bahawa dia dan Hidayah bakal berangkat ke KL pada malam itu untuk mengedarkan risalah program berikutnya. Nampaknya, esok yang bakal mengendalikan program hanyalah aku, Kak Ana, Umar, Bukhari dan Kak Fiza. 2lagi fasi wanita yang barusan hadir akan pulang keesokan harinya. Jadi aku harus mempersiapkan diri dari sudut mental dan fizikal serta bersedia dengan segala kemungkinan.

.......

Pagi yang segar itu, aku bangun dengan semangat baru. Tanpa Hidayah, Kak Widad dan Ustaz memang sesuatu yang agak sukar kerana aku dan Kak Ana masih lagi baru untuk membiasakan diri dengan pelajar-pelajar sekolah. Modul yang selalu aku buat adalah untuk peringkat kepimpinan universiti. Bukanlah satu medan yang sama yang boleh aku adaptasikan di sini. Hidayah yang lebih pandai mengendalikan program pula dibawa bersama untuk menemani Kak Widad, jadi aku bergantung harap pada Kak Ana jika khidmat kami diperlukan. Pagi-pagi kami dihidangkan dengan masalah makanan untuk sarapan. Lantaran Umar dan Bukhari yang sibuk menguruskan peserta, Kak Ana pula sibuk menjerang air untuk minuman, terpaksa aku menapak mengekori Kak Fiza untuk membelikan makanan. Jauh bukan lagi halangan kerana perkara itu sudah menjadi suatu yang biasa buatku. Hasil pentarbiyahan semasa mengedarkan risalah sebelum ini.

Makanan dapat kami sediakan pada masa yang sepatutnya. Pagi itu kami diserikan dengan penceramah jemputan. Cuma pada sebelah petang sahaja keadaan menjadi agak kabur apabila Kak Fiza terpaksa pulang ke ADNIN untuk menguruskan faks dan lain-lain urusan. Meninggalkan aku, Kak Ana, Umar dan Bukhari bukanlah suatu keputusan yang baik. Setelah berbincang, aku dan Kak Ana terpaksa mengambil alih slot petang itu dengan modul yang tidak dijelaskan. Bukhari dan Umar terpaksa menguruskan tempat unutk sesi explorace petang itu. Pandangan bertukar pandangan. Mindaku tidak dapat berfikir dengan waras untuk membuat sebarang modul. Apatah lagi Kak Ana yang kulihat kebuntuan. Secara spontan aku memberikan sedikit tazkirah tentang qabil dan Habil. Dua anak nabi Adam yang berbeza sikap.

Kulihat peserta yang terdiri dari kanak-kanak itu ternganga tanda keboringan. Aku mula rasa kaget. ’salahkan aku?’ aku betul-betul buntu. Aku tidak ada skill untuk menghiburkan kanak-kanak. Apabila ku uji tahap kefahaman mereka, jelas semua menggeleng. Aku menoleh ke arah Kak Ana. Beliau turut kematian akal. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mennggunakan satu modul yang ada di minta, walaupun itu untuk peringkat kepimpinan kampus, ku gunakan yang paling asas sebagai cubaan. Walaupun maksud yang ingin kusampaikan tidak mencapai sepenuhnya hasrat, tapi alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masa 2jam itu dapat kuisi sepenuhnya sebelum slot itu diambil alih oleh Bukhari dan Umar.

Dari exco modul dan program kami beralih kepada exco makanan dan kebajikan pula. Aku dan Kak Ana bersiap sedia menyediakan makan malam pula. Ada sesetengah peserta yang terlalu muda berumur 6tahun itu cuba membuat hal dan berperangai pelik. Aku yang tidak mempunyai adik ini langsung kaku melayan kerenah mereka. Ada yang sakit perut, ada yang tidak mahu makan, ada yang tidak mahu bersuap dan sebagainya. Kadangkala aku terhibur dengan keletah mereka. Tentu aku juga begitt ketika kecil dulu. Tersenyum sendirian sebelum aku melayani mereka kembali. Malam itu Umar mengambil alih peserta dengan gayanya tersendiri dan dibantu oleh Umar.

Setelah peserta semua pulang ke chalet masing-masing, kami berempat berbual seketika di dewan sebelum Bukhari kelihatan bergegas menuju ke chalet peserta. Tidak pula dinyatakan kepada kami sebelum dia datang kembali meminta segelas air masak. Tidak kuseldiki kenapa, kami masih duduk berbual sebelum masuk untuk tidur. Kami terpaksa bergilir-gilir untuk menjaga barang-barang yang tersadai didewan. Bukhari kali datang menyatakan bahawa dia akan tidur bersama peserta pada malam itu. Pesanan dilemparkan kepada Umar agar dikejutkannya pada pukul2 untuk gilirannya berkawal. Umar hanya mengangguk. Meninggalkan aku, Kak Ana dan Umar menyebabkan Umar meminta agar kami berjaga bersama.kerana andai dia seorang berkemungkinan dia akan tertidur. Aku dan Kak Ana hanya menurut.

Aku mengambil sebuah buku untuk dibaca sementara menunggu pukul2 pagi. Kak Ana kelihatan sudah mula menguap kecil keletihan. Suram malam itu membuatkan suasana sedikit dingin dipukul angin malam. Desiran angin malam membuai aku yang hampir melelapkan mata dikerusi. Kucing kecil bewarna hitam melintasi kerusi tempat dudukku. Aku menghampiri anak kucing itu untuk bermain bagi menghilangkan mengantuk. Tiba-tiba kucing yang sebelum ini begitu manja denganku ketakutan melihatku. Berkali-kali ku cuba untuk memegangnya tapi wajahnya begis bagaikan memarahi tindakanku. Seraya itu bulu romaku menegak. Aku bergegas mendapatkan Kak Ana.

”Na, kau tengok kat aku jap. Ada kau nampak apa-apa? Atas? Bawah? Kiri? Kanan? Belakang?” aku bertanya kalut. Kak Ana kelihatan keruh dengan soalan aku.



”Ish, kau ni Iss, jangan buat macam tu la...” dicapai tangan aku dan mengheret aku memasuki surau. Umar kelihatan mengekori dari belakang.

”Umar, kau jaga dulu. Kami duduk dalam surau. Kami berjaga kat sini sajalah...” Kak Ana membuat keputusan.

”Kenapa?”

”Takdak apa...”

”Takkan pulak?”

”Rase tak sedapla Umar...”

”saya pun sama. Kita sembang sini sajalah sama-sama.”

”Tu, barang-barang sapa nak ja?” akhirnya, kami bergerak kembali keluar memasang laptop Ustaz, aku melihat-lihat jika terdapat sesuatu yang dapat dibaca. Umar pula mula berselimut untuk tidur. Diarahkan aku dan Kak Ana untuk berjaga dahulu, pukul2 nanti barulah kejutkan dia untuk menyambung penggiliran. Aku hanya menurut tanpa banyak bicara. Kak Ana sudah mula kelihatan begitu mengantuk. Kasihan melihatnya, aku mengarahkan dia untuk masuk tidur dahulu. Aku akan berkawal sendirian disitu. Lagipun Umar yang tidur di situ mampu memberikan sedikit keberanian keadaku. Sesekali ku toleh di belakang akibat kedinginan malam yang menyeramkan. Gelap malam di chalet itu dapat jua ku lihat samar-samar. Lambat juga jam bergerak pada malam itu. Semakin lama aku menerokai laptop itu, tiba-tiba perut aku bagai diketuk-ketuk dari dalam. Bagaikan dipulas-pulas kesakitan tersebut membuatkan aku kaget.

”Sekali dia buat hal la pulak malam-malam macam ini...” aku mengomel sendirian sebelum bergerak ke surau mengejutkan Kak Ana untuk menemani aku ke bilik air. Tetapi kejutan aku berbalas hampa. Tidak mahu aku mengganggu tidur Kak Ana, aku memberanikan diri melangkah ke dalam bilik air yang gelap itu. Lampunya yang rosak menambahkan ketakutan kepada aku. Berpandukan lampu terang dari dewan aku bertawakkal demi memenuhi hasrat perut yang mendesak. ’Hai mambang.................’

Dalam gelap pekat di bilik air itu, mataku tidak henti-henti memandang sekeliling. Getaran dijantung tidak dapat dibendung lagi. Tidak dapat aku menghadapi apa-apa kemungkinan berseorangan itu. Akhirnya apabila kaki melangkah keluar dari bilik air, jiwaku sedikit lapang. Ku lihat jam telah mula menunjukkan pukul2. aku sekali lagi mengejutkan Kak Ana untuk membuat rondaan di sekitar chalet. Akhirnya dia memberikan respon yang positif kepada aku. Kak Ana bangun jua akhirnya. Aku mengajak Kak Ana agar pergi membuat rondaan tapi dia tidak berani untuk berpergian dengan aku sahaja.Umar harus dikejutkan untuk menyertai kami. Kasihan pula aku melihatkan Umar yang keletihan. Aku masih berani untul pergi membuat rondaan dengan Kak Ana, tetapi Kak Ana tak begitu yakin selagi Umar tidak dikejutkan.

Kak Ana berulangkali memanggil nama Umar tetapi Umar tidak memberikan respon. Lama juga kami berusaha mengejutkan akhirnya barulah berhasil. Kami bersama-sama berpusing-pusing membuat rondaan disekitar chalet. Suasana yang sunyi agak mengerikan. Aku mengingatkan Umar agar mengejutkan Bukhari untuk berjaga pada malam itu, tetapi Umar tidak mengendahkan dan terus berjalan mendapatkan selimut dan kembali melelapkan mata. Aku dan Kak Ana juga mula masuk ke surau dan melelapkan mata untuk memastikan hari esok yang lebih bertenaga. Ketukan bertalu-talu dipintu mengejutkan aku. Kami rupanya hampir kesiangan. Jam sudah menunjukkan jam6.30pagi. Bukhari kelihatan bergegas mengejutkan peserta untuk solat berjemaah. Kami juga mengambil wudu untuk bersolat dan menyediakan makanan. Modul diteruskan pagi selepas bersarapan. Pagi itu kami disajikan dengan cerita apa yang berlaku semalam dari Umar.

Menurut Umar, semalam terdapat satu kejadian yang mana ada peserta yang ternampak kelibat ’penanggal’. Penanggal sebenarnya adalah sejenis makhluk halus yang hanya berkepala sahaja dan tidak mempunyai badan. Berterbangan mencari mangsa. Bukhari berkejaran ke tempat peserta setelah terdengar jeritan dan keadaan mereka juga pucat lesi. Dia membaca sesuatu sebelum mengambil keputusan untuk tidur bersama peserta tersebut. Tapi sepatahpun tidak dikhabarkan kepada kami. Mungkin tidak mahu kami ketakutan pada malam tadi. Patutlah kucing yang ingin kusentuh itu bagaikan ketakutan. Agaknya pada ketika ‘benda’ tersebut memang berada tepat dibelakangku mungkin. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui apa perihal sebenar kejadian tersebut.
Pada sebelah petang kami semua bergerak ke pantai untuk menunaikan solat asar disitu. Solat diatas pasir merupakan satu pengalaman baru buatku. Tanpa sejadah sebagai alas, memang suatu yang amat menyeronokkan. Petang itu, kami beriadhah sebelum sesi terakhir slot tautan hati dimana ibu bapa akan turut serta pada malam itu. Ustaz masih belum kunjung tiba. Kami menyediakan apa yang patut sebelum slot berlangsung. Hidayah dan Kak Widad telah menampakkan wajah. Kak Fiza yang baru tiba juga sibuk menyediakan makanan untuk santapan ibu bapa yang hadir, dikala itu kami sempat berbual dengan pemilik resort terbabit. Sempat jugalah kami menceritakan apa yang berlaku dan bertanyakan sejauh mana kebenaran cerita tentang ’penanggal’ yang kami dengar itu. Pemilik resort itu mengiyakan apa yang dicerikan kerana dia mengatakan tempat itu memang terdapat ’benda’ sedemikian dan dia dan suami pernah ternampak kelibat sama seperti yang digambarkan.

Di sudut lain pula Ustaz meneruskan slot yang begitu menyentuh hati. Aku juga turut mengalirkan air mata dengan pembongkaran Ustaz dalam sesi motivasinya yang terakhir. Dengan itu maka tamatlah program yang pertama kami. Menghabiskan makanan yang bersisa, kami mula berkemas apa yang patut termasuk membasuh semua pinggan-pinggan yang telah digunakan. Kami akan bertolak pulang ke ADNIN keesokan hari. Malam itu kami tidur dalam kepuasan. Pagi itu, aku, Kak Ana, Hidayah, Umar dan Bukhari bertolak dahulu kerana Kak Widad, Kak Fiza dan Ustaz akan mengedarkan risalah lagi. Faiz pula telah ditinggalkan di Subang untuk mengedarkan risalah sendirian disana. Setibanya di ADNIN, kami mula mengumpul semua baju yang perlu dibasuh untuk dimasukkan ke dalam mesin. Akibat terlalu banyak, kami terpaksa membuat 2 trip pembasuhan.

Sebelum itu, kami mula mengemaskan bilik. Posisi katil diubah dan bilik air juga kami cuci sebaik mungkin. Keadaan bilik yang telah tersusun itu menarik-narik kami untuk berbaring di situ. Memandangkan program seterusnya akan bermula pada 1hb, kami punya beberapa hari untuk melepaskan lelah. Setelah penat mengemas, aku dan Kak Ana keluar untuk membelikan makanan ringan di kedai bersebelahan. Setelah memasak meggi, kami memberikan sedikit buat Umar dan Bukhari dibawah. Bukhari langsung tidak menjamah. Sesuatu yang aku pelajari dari insan yang digelar bukhari ini amat bagus sekali. Penjagaan makanan yang dilakukannya amat memberi kesan.

Tiba-tiba kami mendapat tahu bahawa Ustaz akan mengambil kami untuk keluar mengedarkan risalah. Baju yang masih belum terusik itu kami angkat ke atas kembali dan hanya meremdam dengan sabun dan membilas kembali. Semua itu kami lakukan dengan kadar yang segera kerana Ustaz bakal tiba tidak lama lagi. Bergegas membersihkan diri dan mengemaskan baju yang perlu dibawa. Kami bersiap sedia untuk dipanggil. Sekali lagi kami mula menaiki kereta untuk memotong flyer yang telah diphotostat. Mengangkut sebanyak mungkin untuk tujuan pengedaran. Melihat berkotak-kotak kertas itu, aku perlu menetapkan fikiran agar terus berjuang tanpa mengenal penat. Malam itu kami akan dihantar ke stsyen bas untuk mengedarkan risalah di Kuala Lumpur, tetapi destinasi kami beralih ke rumah ibunda Ustaz. Disitu kami diarahkan memotongkan lagi kertas yang bertimbun setinggi bukit sementara Ustaz mendapatkan Kak Fiza, Kak Widad dan Umar.

Setelah hampir tengah malam, Ustaz bergegas menghantar aku, Kak Ana, Hidayah dan Bukhari ke stesyen bas. Hujan turun dengan agak lebat ketika itu. Dalam hujan yang mencurah, Ustaz mendapatkan tiket, dan kami diarahkan menaiki bas dahulu. Kak Fiza, Kak Widad dan Umar akan menaiki bas yang berikutnya. Dengan segera kami menaiki bas tersebut manakala Bukhari terpaksa mengangkat 2 kotak besar yang berisi kertas untuk diedarkan. Kuat benar dia mengangkat kerana keberatan kotak yang berisi penuh kertas tentu sahaja tidak terjangkau dek badannya yang agak kecil. Dengan beg baju dan sebagainya kami mendapatkan tempat duduk. Aku bersebelahan dengan kak Ana manakala Hidayah terpaksa duduk bersebelahan dengan Bukhari kerana mengikut nombor tiket yang dibeli.

Aku tidak dapat melelapkan mata pada awalnya tetapi akhirnya tanpa sedar aku telah melayar bahtera mimpi disebelah Kak Ana. Aku bangun kembali setelah terdengar bunyi orang sedang bersembang dibahagian hadapan bas. Bunyi yang begitu kuat mengejutkan tidurku. Rasanya seperti kenal benar dengan lenggok suara tersebut. Apabila terdapat ayat-ayat yang menggambarkan tentang perihal kami, aku sudah dapat mengagak siapa yang sedang berkata-kata itu. Rupanya Bukhari sedang sibuk bercerita dengan pemandu bas berkenaan tentang destinasi yang bakal kami tujui. Mungkin dia tidak dapat melelapkan mata sehinggalah destinasi yang kami tujui itu tiba. Turun di Pudu, hari masih belum cerah. Tiba-tiba, Bukhari mendapat mesej dari Ustaz yang kami bakal menuju ke Negeri Sembilan pula.

Nampaknya kami terpaksa mendapatkan bas unutk ke Negeri Sembilan tapi bukanlah bas yang terdapat di Pudu. Kami harus berjalan ke sebuah tempat lagi. Memandangkan badan terlalu penat, Hidayah mencadangkan agar kami mengambil sebuha teksi untuk ke tempat menunggu bas. Tambahan pula terdapat 2buah kotak yang berat perlu diangkat oleh Bukhari tentu sahaja akan menyebabkan dia kepenatan. Tetapi cadangan hanya tinggal cadangan apabila Bukhari menolak dan kami diarahkan untuk menunggu masuk waktu subuh dan bersolat dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Menaiki tangga ke tingkat memanglah mudah bagi kami yang hanya membawa beg, tetapi tidak bagi Bukhari. Aku kasihankannya yang kelihatan mengah menanggung beban dibahu.
ngambilang perlu unutk digunakan,memembiarkan Bukhari sendirian untuk menjaga beg. i Bukhari. waktu subuh dan bersolat dahulu Kami bercadang untuk bersolat dahulu dan membiarkan Bukhari sendirian untuk menjaga beg. Kami mencapai ubat gigi untuk dibawa bersama. Tiba-tiba Bukhari bersuara.

”Ambil ubat gigi ni. Takpa, guna yang ni dululah... simpan yang tu.” Bukhari menghulurkan ubat gigi yang lebih jelas status halalnya. Kami malu sendirian kerana tidak mengendahkan langsung jenama ubat gigi yang mempunyai status halal atau tidak. Kami menyambut huluran dan berlalu pergi. Usai menunaikan solat kami bergegas ke tempat Bukhari menunggu bimbang dia terlewat menunaikan solat. Tiba di situ dia telah tertidur keletihan. Puas juga mengejutkannya sebelum dia membuka mata. Tugas beralih tangan apabila Bukhari melangkah meninggalkan kami untuk menunaikan kewajipan yang telah difardhukan. Setelah bergantian ke tandas, kami mula berjalan menuruni tangga ke jalan besar. Disitu, Bukhari tampak begitu sukar mengendalikan dua kotak kertas yang berat itu. Kami mengarahkan agar dia membahagikan kertas tersebut ke dalam beg pakaian kami. Memampatkan sedaya mungkin untuk menjadikan bebanannya lebih ringan sedikit berbanding sebelumnya. Begnya yang besar memang dapat memuatkan begitu banyak kertas sehingga menyebabkan hasilnya sama sahaja.

Aku akhirnya mengambil keputusan untuk membawa beg tersebut dengan Kak Ana. Walaupun beg kami juga berat dengan kertas, tapi hidup berjemaah perlu ada sikap membantu. Perjalanan diteruskan lagi menuju ke tempat menunggu bas. Tanganku bagaikan dicarik hebat dengan keberatan yang terlalu tinggi. Aku kagum dengan kemampuan Kak Ana yang dapat lagi bertahan dengan keberatan tersebut. Melihatkan kesungguhan Kak Ana membuatkan semangatku kembali naik untuk meneruskan perjalanan. Walaupun tersesat buat kali pertama dengan nasi lemak yang kami beli bertaburan dijalan, perjalanan masih diteruskan sehinggalah akhirnya kami mendapat bas yang betul yang bakal membawa kami ke destinasi yang seterunya iaitu Negeri Sembilan. Menurut Ustaz akan ada orang yang datang menjemput kami disana untuk membawa kami ke masjid negeri.

Tiba disana, hari telah hampir merangkak ke tengah hari. Rupanya, Kak Widad, Kak Fiza dan Umar tidak mendapat bas dan Ustaz terpaksa menghantar mereka ke Negeri Sembilan sendiri dengan menaiki kereta. Masa kami tiba adalah hampir sama dengan ketibaan Ustaz. Setelah membahagikan kedudukan bersama seorang kenalan Ustaz, kami dibawa ke Masjid Negeri. Setibanya di sana kami mula membersihkan diri ditandas yang agak selesa. Memang menyegarkan. Ustaz telah membahagikan kami kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan mengedarkan risalah di negeri Sembilan manakala yang lain akann bersama Ustaz ke Melaka untuk mengedarkan risalah disana. Aku, Kak Ana, dan Bukhari diarahkan unutk mengedarkan risalah diseluruh kawasan dan firma-firma di negeri sembilan manakala yang lain akan mengikuti Ustaz ke Melaka. Risalah yang diberikan pula begitu banyak sehingga kami semua agak terpana dengan kerja yang bakal menunggu kami kelak.

Selepas Ustaz meninggalkan kami, aku mencari-cari nasi lemak yang dibeli tadi. Perut sudah mula meminta isi. Rupanya Hidayah telah membuangkannya. Menerima seadanya, kami memulakan perjalanan ke firma-firma yang berdekatan. Sehingga habis kawasan tersebut kami terokai, perut bagaikan membuat rusuhan akibat tidak diberi isi. Tapi kudiamkan sahaja kerana masa yang tidak mengizinkan. Kami berpatah balik ke masjid negeri dan bertanyakan pula arah perumahan yang terdekat kerana risalah yang kami edarkan di firma bagaikan tidak diusik lagi. Dek kerana jumlahnya yang terlalu banyak. Imam yang barusan sahaja keluar dari masjid menunjukkan rasa simpati dan bermurah hati untuk menghantarkan kami ke salah sebuah kawasan perumahan yang paling dekat iaitu sejauh 6 kilometer lebih. Dikhabarkan bahawa kawasan sekitar masjid negeri itu hanyalah terdiri daripada firma-firma sahaja.

Atas keramahannya, kami tiba di paroi yang terdiri daripada kawasan perumahan. Aku minta agar kami makan tengah hari dahulu sebelum memulakan tugas. Bukhari kelihatan agak keberatan untuk memenuhi hasrat kami. Setelah mengedarkan sedikit, akhirnya kami berjumpa dengan kawasan yang menjual makanan. Ingin berhenti disebuah gerai tapi ditegah oleh Bukhari. Katanya kedai tersebut tidak bagus. Apabila berpusing-pusing, aku yang sudah kelaparan benar agak geram dengan tindakannya yang masih belum berhenti dimana-mana kedai sedangkan aku sudah tidak mampu berjalan lagi. Kukhabarkan hasrat mohon sebuah pengertian. Faham dengan isi hatiku, Bukhari menyuruh aku dan Kak Ana makan disebuah gerai tapi dia tetap mahu mencari kedai lain. Tidak sampai hati dengan arahan yang diberikan, kami mengekorinya sahaja.

”Enti gi ah makan situ, ana nak gi cari kedai lain”

”Pasai pa tak mau makan kat situ?”

”Tak dak ape ah. Enti gi ah makan dulu. Ana tak mau makan ah.”

”Jangan la macam tu. Kami ikut enta sajala macam ni.”

”Kalau macam tu, enti dua tunggu kat sini, ana pi cari kedai dulu.”
”Pasai apa tak makan kat sini saja?”

”Cuba enti tengok, pekerja dia tak pakai tudung... enti kan pimpinan? Takkan tak tau kot? Kita nak makan kena pilih elok-elok sebab tu nak jadi darah daging kita...” Kata Bukhari ada benarnya. Ustaz masa sekolah menengah aku juga pernah berkata demikian. Beliau tidak akan makan di gerai yang pekerjanya tidak bertudung. Memang pada hakikatnya perkara itu tampak remeh tapi sebagai pejuang Islam, jika benda kecil ini tidak dijaga, apatah perkara besar yang menanti di hadapan. Bukhari berlalu pergi meninggalkan kami disitu. Sementara menunggu Bukhari mencari tempat makan yang sesuai, berbual seketika dengan Kak Ana perihal Bukhari yang banyak memberikan ilmu melalui teladan. Pada awalnya kami selalu sahaja bertengkar walaupun perkara yang remeh, tapi sebenarnya apabila mengenalinya dengan lebih dekat, dia sebenarnya mempunyai peribadi yang amat baik.

”Jom, ana dah jumpa kedai kat belakang.” sapaannya yang mengejut membuatkan aku sedikit melatah. Kami perlahan-lahan mengekori Bukhari ke tempat yang dikatakan. Gerai yang dikhabarkan itu bagaikan mahu mengakhiri perniagaannya. Lauk Cuma tinggal beberapa sahaja dan tidak banyak pilihan. Aku agak kaget untuk mengambil kerana masakan yang tinggal bagaikan pedas sahaja pada pandanganku. Tapi, demi kelaparan yang telah mencapai tahap maksimum, aku ambil jua. Pekerjanya memang memakai tudung Cuma berlengan pendek sedikit. Aku Cuma makan seadanya kerana ternyata memang masakan tersebut pedas seperti sangkaan.

Kami duduk di meja yang berasingan dengan Bukhari tapi aku mengadap ke mejanya. Melihat nasi yang memenuhi pinggannya menggambarkan dia juga turut kelaparan. Suapan demi suapan dilakukan sehinggalah pekedai tadi keluar dengan tidak memakai tudung. Tudung yang tadinya dipakai kemas hanyalah seketika. Tatkala itu jualah aku melihat Bukhari meninggalkan makanan tanpa banyak bicara walaupun makanan masih belum luah. Aku yang kelaparan hanya menghabiskan makanan sebelum membuat pembayaran dan mendapatkan Bukhari yang berada di luar kedai.

”enti tak nampok ke?” aku hanya sempat memberikan senyum kekenyangan.betapa hebat penjagaan makanan yang dilakukan olehnya. Tidak mampu aku memperbaiki dalam keadaan kelaparan yang menggigit. Aku juga tidak menghabiskan nasi kerana kepedasan hasil lauk tadi. Akhirnya, Bukhari membeli sedikit makanan ringan di tepi jalan untuk mengalas perut. Banyak juga edaran yang kami sempat lakukan sebelum akhirnya berhenti di masjid di mana kami ditinggalkan oleh imam tadi. Bukhari yang masih belum menunaikan solat asar itu membolehkan kami berehat seketika sementara menunggunya.

Apabila usai Bukhari menunaikan solat dia menghulurkan makanan yang dibelinya kepada kami. Kami menjamah sehingga kekenyangan. Mesej yang baru diterima oleh Aku sedikit melunturkan semangat. Beg yang kami tinggalkan di masjid negeri tidak diambil oleh Ustaz yang berkereta. Kami diarahkan membawa beg-beg yang begitu banyak tersebut ke Kuala Lumpur. Bukan sekadar beg kami sahaja, beg Hidayah, Ustaz yang begitu besar juga harus kami bawa. Tidak mempunyai pilihan kami terpaksa berpatah balik ke masjid negeri. Pada mulanya kami datang kesitu kerana berfikir bahawa Ustaz akan membawa pulang beg kami. Jadi, dari kawasan perumahan kami hanya perlu ke stesyen bas untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur kerana program diUlu Langat akan bermula keesokam harinya.

Kebuntuan pendapat tentang bagaimana kami harus ke masjid negeri menjadi persoalannya. Kami terduduk kepenatan dengan arahan yang mendadak tersebut. Modul yang kami jalani kali ini amatlah membebankan. Dengan baki rsalah ditangan masih lagi belum menunjukkan pengurangan, kami hilang dibalik keresahan. Di manakah harus kami mendapatkan bas dibumi asing sebegini. Arahan Ustaz mengatakan kami harus sampai di stesyen bas tepat pukul7 dan seterusnya kami akan bertolak ke Kuala Lumpur dan harus tiba awal disana untuk perancangan program keesokan hari. Perkara tersebut adalah begitu mustahil kerana jam pada ketika itu sudah menunjukkan hampir pukul6.30. keluhan berat dilepaskan.

Unutk tiba dimasjid negeri juga belum tahu pukul berapa, apatah lagi keluar mendapatkan kenderaan yang dapat menghantar kami ke stesyen bas juga akan menjadi permasalahan. Kami kebuntuan sebelum berjalan tanpa tujuan melepasi kawasan masjid. Di negeri yang begitu asing, tidaklah kami dapat mengingati jalan yang telah kami lalui tadi dengan begitu cepat. Lagipun untuk tiba di destinasi yang kami sedang berdiri itu amatlah jauh dari kedudukan masjid negeri. Meletakkan sepenuh keyakinan terhadap Allah kami meneruskan perjalanan. Kami sudah kehilangan kekuatan. Objektif ketika itu untuk sampai ke masjid negeri dan menghabiskan flyers yang masih begitu banyak ditangan. Sepanjang perjalanan kami berhento di stadium, kerana disitu terdapat ramai orang yang membolehkan kami meletakkan dicermin hadapan kereta.

Pekedai yang menjual makanan ringan di sekitar juga turut kami lampirkan risalah terbabit sehinggalah ke stesyen-stesyen minyak sebelum hari merangkak malam. Kami telah kehabisan akal bagaimana untuk pergi ke masjid negeri. Kak Ana cuba memberi pendapat agar mereka bermalam di rumah saudaranya dahulu. Bukhari juga yang turut bimbangkan keselamatan kami terus bersetuju kerana kami benar-benar telah kehilangan arah di negeri asing ini. Ketika itu kami dapat rasakan satu perasaan yang kurang memuaskan atas tindakan ustaz. Nafsu amarah yang memuncak menyebabkan syaitan senang menyulam benang-benang mazmumah di dalam diri. Sebenarnya perasaan itu hadir di jiwa insan yang lemah mengenali erti kesabaran.

Nasib tidak menyebelahi kami apabila saudara Kak Ana tersebut berada pada jarak yang amat jauh sekali. Tidak mahu menyusahkan banyak pihak kami sekali lagi berjalan ditepi-tepi jalan yang begitu sibuk bagaikan tiada hala tuju sebelum berjumpa dengan sebuah tempat untuk membolehkan kami menunaikan solat jama; disitu. Meminta izin pengawal disitu untuk menunaikan solat di surau yang terdapat dikawasan itu. Dengan keizinan dan arahan yang diberikan, kami mencari kedudukan surau sebelum Bukhari membersihkan diri di dalam bilik air sebelum mengambil wudu. Seterusnya Aku dan Kak Ana pula yang mengambil wudu’. Beralih ke tempat solat wanita, kami melepaskan lelah yang bersarang. Terdengar suara Bukhari sayup-sayup dibalik tirai mengajak kami bersolat jemaah. Tanpa memnbuang masa, kami bergegas mempersiapkan diri dan bersolat.

Sayu suara alunan ayat Al-Quran itu amat menyentuh jiwa. Tekanan yang membesar didalam diri sedikit terubat. Aku bagaikan tidak keruan lagi dengan apa yang kami lakukan bagai tidak berasas. Tetapi, cepat fikiran aku mempositifkan minda agar ia tidak menjadi tenat dan hilang hormat yang disulam sebelum ini. Setelah berbincang dengan Bukhari, kami akan berusaha mendapatkan bas ke Masjid negeri. Selepas mengucapkan terima kasih kepada pengawal tadi, kami mula menyusur jalan gelap pekat. Berbekal lampu jalan sahaja tidak mencukupi buatku yang begitu sukar berjalan. Mata yang tidak melihat jalan sepenuhnya itu amat menyeksakan buatku. Tambahan aku melecet teruk di satu bahagian sehingga menyukarkan perjalanan. Tidak ku sedar jarak aku antara Kak Ana dan Bukhari sudah terlalu besar sehingga aku dikejutkan dengan susuk tubuh yang agak tegap.

”Enti ok ke? Ada masalah?” Bukhari bertanya mendpatkan kepastian. Aku menggeleng laju. Dia meneruskan perjalanan tapi masih bersisa keraguan terhadap aku. Sesekali dia akan menoleh ke arahku. Kak Ana setia berjalan di belakang Bukhari tanpa sebarang bicara. Mungkin kepenatan. Bagaikan mahu menjerit melepaskan tekanan, air mataku mula bergenang. Dalam kesuraman malam, aku sempat menahan dari ia turun menghujani kawasan. Aku teruskan berjalan. Perlahan-lahan aku tiupkan semangat di dalam diri agar bertahan. Aku alunkan surah yang telah aku hafal sebagai penenang jiwa. Berzikir sehingga Bukhar menahan sebuah bas dan ia berhenti. Setelah bertanyakan arah, pemandu itu sudi menghantar kami walaupun jalan yang dilalui bukanlah melalui masjid negeri.

”enti ada simpan tak nombor imam tadi? Kita nak ambil beg kejap lagi...” Bukhari bertanyakan nombor yang ditinggalkan tadi. Kak Ana kelihatan mencari-cari sebelum diberikan kepada Bukhari.

”Enti simpan dulu. Kejap lagi kita telefon...” dia kembali beralih kehadapan berbual-bual dengan pemandu teksi tersebut. Kak Ana sudah mula batuk-batuk ketika itu. Kasihan melihat dirinya berbanding diriku yang sihat ini. Aku mula melayan fikiran yang kian kusut dengan keadaan yang berlaku. Bas berhenti di satu kawasan dan kelihan Bukhari mengarahkan lami turun. Berjalan mengikut arah yang ditunjukkan oleh pemandu bas tersebut akhirnya kami tiba di sebuah pondok telefon. Disitu kami menghubungi imam yang terbabit untuk menyatakan kehadiran kami mengambil beg yang ditinggalkan. Tetapi beliau tidak bertugas pada malam tersebut menyebabkan kami terpaksa menghadapai kemungkinan yang bakal tiba.

Tiba dihadapan masjid, kami telah disoal oleh salah seorang ahli jawatankuasa masjid tersebut. Pelbagai soalan diajukan kerana kelihatan kami bukanlah dari kalangan warga negeri sembilan. Bimbang dengan keadaan kami yang bagaikan kebuntuan arah tuju dilontarkan pelbagai nasihat dan diarahkan kami agar bermalam dirumahnya dahulu. Kerana aku dan Kak Ana adalah wanita. Tidak elok berjalan diwaktu malam di negeri asing. Bimbang terjadi apa-apa ke atas diriku dan juga Kak Ana. Bukhari sudah menunjukkan kerisauan. Dia berlalu pergi untuk mendapatkan beg-beg yang begitu banyak di atas. Kami masih menadah telinga mendengar ceramah percuma dari pakcik tersebut.

Setalah kami diarahkan untuk menghubungi Ustaz atau Kak Fiza untuk mendapat kepastian siapa yang bakal mengambil kami di Pudu barulah dia melepaskan kami. Dia juga bermurah hati untuk menghantar kami ke stesyen bas. Di dalam kereta sekali lagi kami terpaksa mendengar ceramah yang masih bersisa. Sayu juga hati dengan kebimbangan dari pihak lain keatas keselamatan kami sedangkan pihak yang sepatutnya tidak pula memikirkan keadaan kami yang kehilangan arah ditempat asing sebegini. Aku cuba menuetralkan perasaan agar tidak bersangkaan yang buruk. Mungkin mereka juga mengalami sebarang masalah? Tiba distesyen, kami bersalaman dan mengucapkan terima kasih sebelum pergi mendapatkan bas. Masuk sahaja didalam bas, keluhan kelegaan mendakap dijiwa. Beg yang tersusun itu kami pandang dengan pandangan yang kaku.

”Huh, penatnya... enti tau dak ana kena marah dengan pegawai masjid tu masa nak ambil beg kita?” Bukhari meluahkan rasa. Kami hanya dapat memberikan simpati kepada Bukhari. Tidak terluah rasa bersalah kepadanya yang bersusah payah untuk menjaga kami sepanjang perjalanan.

”Enti tau dak, sebenarnya susah nak jaga enti 2 orang dari wanita biasa?”

”Pasai pa?” Kak Ana bertanya kehairanan.

”Ye la, tudung labuh tu sebenarnya kena jaga betul-betul. Nanti orang tuduh ana culik enti 2 orang pulak. Kalau wanita biasa orang tak hiraupun kalau mereka nak keluar malam-malam sekalipun...” ada kebenaran disebalik kata-katanya. Aku kesejukan benar lantas menutup aircond yang menghala kepada aku dan Kak Ana yang tidak berapa sihat itu.

“Ana, bukak aircord tu balik...” Bukhari membisikkan dengan penuh hati-hati. Menurutnya bau kami yang agak busuk itu akan tersebar andai tidak dibuka aircond. Lagipun menurutnya penumpang dibelakang susah tidak menunjukkan keselesaan terhadap bau kami. Aku pelik, rasanya bau stokin milik Bukhari itu lebih menyerlah. Jika tidak masakan semut boleh mengerumuni stokinnya walaupun dibiarkan seketika. Tapi aku turutkan jua. Jaket Bukhari diberikan kepada Kak Ana untuk mengurangkan kesejukan yang ditanggung Kak Ana yang demam tersebut.

Dengan kesejukan yang yang mengancam, jantungku bagai ditusuk sembilu. Pernafasanku menjadi kurang berkesan menyebabkan aku kelemasan dengan dingin aircond tersebut. Tidak dapat menahannya aku melepaskan batuk yang berpanjangan tanpa disangka. Tidak dapat berhenti menyebabkan aku akhirnya keletihan sendiri. Pandanganku beberapa kali bertukar gelap tapi ku menguatkan semangat yang ada agar dapat terus bertahan. Entah bila aku terlelap dan kembali terjaga apabila telah hampir tiba ke destinasi. Sekali lagi kami berhempas-pulas mengangkut beg-beg yang banyak. Aku begitu simpati dengan keadaan Kak Ana ketika itu yang ditarik nikmat kesihatan sementara oleh Allah. Suaranya telah mula hilang sedikit demi sedkit mungkin kerana kepanasan yang melampau. Dengan berbekalkan sisa-sisa semangat, kami mengekori Bukhari untuk mendpatkan orang yang bakal menjemput kami.

Setelah memasukkan beg ke dalam kereta, adik Ustaz yang menjemput kami itu akan menghantar kami ke DeCongkak Forest, Ulu Langat dimana program kami akan berlangsung keesokan harinya. Sebelum itu, kami sempat berhenti disebuah kedai makan untuk membeli sedikit makanan. Sementara menunggu makanan disediakan, Bukhari berlalu untuk membelikan sabuh basuh baju dan juga air asam untuk kelegaan tekak Kak Ana. Adik Ustaz pula meninggalkan kami disitu untuk menjemput sahabatnya untuk turut serta ke sana kerana beliau juga tidak begitu arif tentang jalan yang bakal kami lalui. Setelah semua telah selesai, kami bertolak ke DeCongkak Forest. Jalan yang kami lalui kiri kanannya adalah hutan tebal. Aku mula merasakan keadaan yang tidak selesa. Suasananya begitu menyeramkan ditambah dengan kegelapan yang begitu dahsyat. Adik Ustaz itu memandu dengan begitu perlahan dan berhati-hati untuk mencari papan tanda resort tersebut.

Jantungku mula berdegup kencang benarkah jalan yang kami lalui ini. Setelah seketika, kami ternampak sebuah papan tanda dalam samar cahaya lampu kereta. Aku dapat melihat suasana yang agak suram tanpa lampu yang mencukupi sukar untuk mempercayai bahawa ia adalah sebuah resort yang bakal kami duduki. Bukhari mula menelefon Ustaz untuk memohon kepastian. Setelah pasti dengan tempat tersebut dia melalui jambatan gantung untuk memastikan terdapat chalet untuk penempatan kami. Aku dan Kak Ana menunggu di dalam kereta sebelum ternampak kelibat Bukhari yang tergesa-gesa menuju ke arah kami.


”Betul dah tempat ni, enti dua ikut ana sekali la. Pakcik tu cakap dah ada yang sampai. Enti pi chalet tu tengok. Ana segan ah...” Bukhari membuka bicara. Aku dan Kak Ana menurutinya dari belakang. Beg masih belum kami bawa. Untuk memastikan kesahihannya dahulu, kami terpaksa pergi melihat chalet yang dikatakan. Keadaan suram itu agak menakutkan. Ketika kakiku menjejak jambatan gantung itu, satu perasaan yang sangat pelik dapat kurasakan apabila bulu romaku menegak dan jantungku berdebar-debar. Aku dapat rasakan tempat itu bakal membawa sesuatu yang diluar jangkaan. Mohon dilindungi Allah atas setiap apa yang kami lakukan. Aku tidak meluahkan rasa pada Kak Ana ketika itu tentang apa yang aku rasa. Aku biarkan ia hilang begitu sahaja. Arah chalet itu jauh dibelakang sekali berbanding aku melihat banyak chalet di bahagian hadapan yang lebih terjamin keselamatannya.

Chalet paling hujung dan berhadapan dengan sebuah sungai yang mana betul-betul dihadapan hutan yang menebal. Berbekalkan semangat dari Kak Ana, aku memberi ucapan salam. Bergantian dengan Kak Ana tetapi tidak berjawab. Setelah berkali-kali baru pintu dibuka. Setelah bersoal jawab seketika dan memastikan bahawa mereka datang untuk program Kem Motivasi Anak Soleh, kami berlalu untuk mendapatkan beg. Adik Ustaz dan sahabatnya berlalu meninggalkan kami setelah kami menyatakan tempat itu adalah tempat yang betul. Chalet muslimin pula hanya dipisahkan oleh dinding sahaja. Kedengaran kuat Bukhari menyanyi kecil sambil membasuh pakaiannya. Setelah kami makan makanan yang dibelikan tadi, kami meninggalkan pula untuk Bukhari dan Kak Widad yang kelaparan dalam perjalanan. Hanya dengan membuka pintu Utama nasi bertukar tangan.

”Enti tau tak, tadi masa ana basuh stokin ana, tiga kali berus masih tak hilang lagi air kotor tu...” Cerita Bukhari diiringi tawa.

”Dah berapa lama tak basuh tu?” aku terpana dengan ceritanya. Aku tersenyum nakal. Bau busuk yang dikatakan milik kami semasa didalam bas tadi tentunya dari bau stokin Bukhari sebenarnya.

”Lama juga la... brapa minggu ntah...”

“Pengotorla Bukhari ni...” aku menyeringai.

”Mana sempat daa...”

Kipas yang ada telah diubah posisi dan dihadapkan ke arah pakaian yang baru dibasuh tadi. Menggeleng sahaja aku melihat tindakan Bukhari itu. Tempat menyangkut kain yang diletakkan didalam juga telah diubah keluar untuk menyangkut pakaiannya yang basah agar cepat kering. Kreatif jugak tapi kami tidak dapat berbuat demikian kerana tempat menyangkut pakaian itu telah dipenuhi dengan pelbagai pakaian dan tudung milik sahabiah dari UiTM Shah Alam tersebut. Kami hanya mampu menumpang sedikit sahaja kerana kesemua ruang telah diambil alih. Katil juga sudah tiada ruang untuk kami lagi. Ianya muat untuk seorang sahaja. Kak Ana yang masih berada si didalam bilik air itu aku tunggu dengan penuh sabar.

Kesejukan yang mencengkam membuatkan aku mula membuka mata dengan kepayahan. Entah bila aku terlelap dilantai kayu yang sejuk itu tanpa sebarang alas. Kumencari Kak Ana, rupanya dia sudahpun melayarkan bahtera mimpi di atas katil yang empuk. Menghabiskan ruang yang ada. Aku terpinga-pinga kesejukan. Tidak dapat aku lelapkan mata kerana badanku mula menggigil yang tidak terhingga. Tiada apa yang dapat aku jadikan sebagai alas mahupun selimut sehinggalah Hidayah, Kak Widad, Kak Fiza tiba di chalet. Waktu telah menunjukkan pukul5 pagi. Mereka membersihkan diri dan mula bersolat. Aku juga turut serta akibat tidur yang tidak dapat disempurnakan.

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

DARIKU...


DARIKU 3



”Giving up doesn’t always
Mean you are weak
Sometimes it means that
You are strong enough to let go...”


Dingin malam membuai mataku yang segar itu. Semua telah melelapkan mata. Selalunya Kak Widad akan menemaniku tetapi dia juga telah dibuai mimpi. Niat ingin menemani Faiz yang sedang memandu bimbang andai dia turut sama mengantuk, tetapi pemanduannya yang sekata dan begitu tenang tambahan pula tiada kereta yang lalu-lalang membuatkan aku hanyut sendirian. Selalunya aku tidak terpengaruh dengan keadaan tapi kali ini entah macam mana aku boleh tertutup rapat meninggalkan kesepian malam yang tiada berpenghujung.

“Streeettzzzzhhhh! Banggg!!!” aku membuka mata perlahan. Sekilas cahaya merah melintasi di hadapan kereta. Jantungku berdebar kencang bila kaca-kaca kecil memenuhi sekitar tudung. Semua bagai terpinga-pinga dengan keadaan yang berlaku. Kereta yang tersadai di pembahagi jalan itu mambuatkan mindaku cepat mentafsir apa yang telah berlaku. Ustaz kelihatan keluar untuk melihat sebarang kerosakan, jelas lekuk besar di sebelah kanan kereta itu terhasil dari perlanggaran dengan pembahagi jalan. Dengan tenang, Ustaz kembali menyerahkan tugas pemanduan kepada Faiz. Faiz hanya menggangguk kecil sebelum mula menghidupkan kembali enjin. Kereta bergerak ke sebuah stesyen minyak berhampiran. Kami melepaskan lelah disitu sebelum meneruskan perjalanan.

Semua telah melelapkan mata, aku pula bagaikan cacing kepanasan yang dihimpit rapi sehingga tidak dapat bernafas dengan sempurna. Ingin membuka pintu dilarang Ustaz kerana bimbang akan keselamatan kami. Tingkap pun diarahkan tutup. Aku hanya akur. Tetapi seketika kemudian Ustaz sendiri yang membukanya. Mungkin baru merasai kepanasan yang menjalar. Aku menggunakan peluang itu untuk ke bilik air membasahkan muka. Segar rasanya merasai air yang telah lama rasanya tidak dapat menikmati air sedemikian. Aku terus menunggu di sisi kereta sehingga penghujung malam merangkak pergi.

Akhirnya penantian kami berakhir apanila pagi itu kami tiba di ADNIN. Terasa bagai indah sekali perasaan apabila terbayangkan air paip yang bakal membasahkan tubuh yang kekeringan dan melekit serata tempat itu. Masa yang ada, kami gunakan sebaik mungkin untuk membersihkan siri sepuasnya dan melepaskan lelah di tilam yang empuk itu. Barusan sahaja bersenang-senang, sayup-sayup terdengar panggilan ustaz untuk mensyuarat pembentangan skop tugas dan penerangan mengenai program yang bakal berlangsung keesokan harinya. Hidayah akan ditinggalkan untuk menyambut sebarang panggilan dari ibu bapa yang akan mendaftarkan anak mereka manakala Kak Fiza akan mengikuti kami untuk mengedarkan risalah pada petang itu di sekitar kawasan yang berdekatan dengan tempat program.

Selepas berkemas ala kadar, kami mula berhimpitan dengan pelbagai barang yang akan diangkut ke Lagoona, tempat dimana akan berlangsungnya program Kem Motivasi AnaK Soleh nanti. Setelah menahan nafas, kami selamat tiba di Lagoona. Barangan diangkut, manakala Ustaz melepaskan lelah di surau tempat itu. Sementara menunggu Ustaz beristiehat itu, kami berbual-bual meredakan tekanan yang semakin menghimpit. Ketika itulah aku dan Kak Ana dapat berbual lama dengan Umar. Dia seorang yang agak peramah berbanding riak wajahnya pada kali pertama kami berjumpa. Banyak rahsia yang kami kongsi bersama. Perhubungan kami lebih selesa dan akan memudahkan lagi kerjasama antara kami.
Seketika kemudian, Ustaz mula menampakkan wajahnya yang keletihan, tapi dipandu jua kereta untuk meninggalkan kami dikawasan sekitar bagi tujuan edaran risalah. Kami ditinggalkan berasingan. Aku dan Kak Widad manakala Kak Ana dan Kak Fiza. Taman yang kami lalui itu adalah Taman Satelit. Di atas bukit tersergam sebuah Satelit yang diukir cantik melambangkan nama kawasan tersebut. Sempat jugalah aku dan Kak Widad bergambar kenangan melalui space handphoneku yang kecil itu. Kebanyakan lorong yang kami lalui telah mempunyai risalah yang terselit dibahagian pintu. Nampaknya Kak Ana dan Kak Fiza begitu pantas bergerak sebelum kami semua diambil Ustaz ke kawasan seterusnya. Kami berhenti di sebuah gerai yang hampir menamatkan perniagaan pagi itu. Sempat memesan nasi lemak yang bersambal pedas. Aku jamah jua untuk mengisi ruang perut yang kosong. Aku sebenarnya alah pada pedas. Semua sambal ku letakkan di dalam pinggan Kak Fiza. Berselera melihat orang makan, aku jua yang banyak kerenah.

Kali ini kami tiba di sebuah kawasan yang dinamakan Geliga. Sayup mata memandang keluasan tempat itu membuatkan lututku bergetar. Sekali lagi kami berpecah. Aku dan Kak Widad, Kak Ana pula bersama Kak Fiza dan Umar. Dari satu rumah ke satu rumah, memang ku akui jika berjalan di setiap lorong bagaikan tiada berpenghujung. Kami bertemu kembali di suatu tempat dan berjalan bersama untuk mengedarkan risalah. Melihat Umar yang begitu bersemangat, malu pula untuk merungut keletihan. Akhirnya kami jua menjadi begitu bersemangat. Gerai kecil ditepi jalan bagaikan memanggil-manggil aku untuk mendapatkan minuman untuk semua. Keperluan tekak telah dipenuhi dan kami meneruskan penerokaan dengan lebih jitu. Setelah berapa lama berjalan, kami sekali lagi terpisah meninggalkan aku bersama Kak Widad dan Kak Ana, Kak Fiza pula hilang bersama Umar. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berpecah dan meneruskan kerja tanpa lengah untuk memastikan promosi kali ini menghasilkan ganjaran yang terbaik.

Menurut apa yang dijanjikan, kami akan menghabiskan edaran risalah di kawasan geliga manakala Kak Fiza dan Umar pula di Perwaja yang bertentangan dengan arah kami tujui. Niatnya kami akan berkumpul di tempat Ustaz tinggalkan kami sebentar tadi. Berjalan tanpa henti membuatkan kami hilang arah. Hari hampir merangkak senja. Kami mengambil keputusan untuk menyusul Kak Fiza dan Umar di Perwaja. Takut berpisah jauh aku menghantar mesej pesanan ringkas kepada Kak Fiza untuk menyusulnya di Perwaja. Kami kepeningan mencari dimanakah arah untuk ke Perwaja.

”Sana lagi. Tadi aku nampak Umar gi sebelah sana...” Kak Ana penuh yakin menunjukkan arah sebelah kanan.

”Jauhnya, betul ka ana?” Kak Widad nampak sangsi dengan arah yang baru ditunjukkan.

”Na, betul ni na? Aku percaya ang ni?” aku juga turut diselubungi perasaan ragu-ragu. Aku mati akal untuk mencari arah yang sebenar. Hanya mengikut ayuhan kaki sahaja.

”Betul... Tadi kita edar sebelah sana kan? Perwaja sebelah sana pulak...” Kak Ana begitu yakin dengan arah yang ditunjukkan. Aku agak lemah dalam mengingatkan jalan mana yang telah atau belum diambil. Tidak sanggup lagi untuk memasuki mana-mana lorong dek kerana jarak ke Perwaja itu begitu jauh sekali. Tidak terjangkau dek kaki yang bakal menapak tanpa kenderaan.

”Na, betul ni na?”

”Betul...”

”Betul?”

”Ye...” Atas keyakinan Kak Ana, kami turutkan jua. Tiba-tiba satu mesej masuk ke handphoneku.

”Kat mana? Kami tunggu kat surau Perwaja” [Kak Fiza]

”On the way...” aku membalas mesej dan meneruskan perjalanan. Hari beransur gelap ketika kaki mula kaku melangkah. Kepenatan yang tidak tergambar. Kami sudah tiba di kawasan yang ditunjukkan Kak Ana. Sekarang objektif kami adalah mencari dimana terletaknya surau. Di hadapan adalah sebuah gerai. Kami bergegas ke arah gerai tersebut untuk bertanyakan arah surau Perwaja.

”Surau Perwaja?”

”Ya, pakcik. Kat mana ya?”
”Surau Perwaja??”

”Ya...” aku mula berasa cuak dengan soalan yang bertukar soalan itu. Kak Widad dan Kak Ana juga kelihatan kaget dengan perwatakan Pakcik tersebut.

”Sini Geliga dik... Perwaja jauh lagi. Sebelah sana. Jauh...”

”Allahuakbar........................................................” Kami terpaku dengan arah yang ditunjukkan. Arah itu adalah arah yang kami lalui tadi. Ketika itu aku memandang Kak Ana dengan penuh geram. Bagaikan mahu meratah kepala Kak Ana untuk dibuat sup gearbox. Sedapnya...

”Aku rasa betul dah tadi...” Kak ana kelihatan serba salah melihat pandangan tajam aku. Kasihan pula melihat wajahnya yang kian merona merah.

”Camna ni? Kak Widad mula bersuara setelah mendengar azan mula berkumandang.

”Kita pi solat dulu. Masjid dekat situ rasanya.” Kak Ana meluahkan pendapat dalan keadaan yang masih serba salah.

”Betul ke na? Kau jangan.....” Aku mula was-was dengan arah yang ditunjukkan. Peluh yang merembes di muka ku raup sepi.

”Rasanya betul tu. Kami yakin iss. Jom la kita pi solat dulu.” Kak Widad memberikan sokongan yang mendalam. Aku turutkan lagi dan kaki melangkah ke destinasi yang seterusnya. Mesej kuhantar kepada Kak Fiza menyatakan kedudukan yang tersasar. Setelah berbincang, kami bersetuju membiarkan Kak Fiza dan Umar pulang dahulu ke Lagoona. Kami akan berusaha mendapatkan bas dan pulang sendiri kerana kaki sudah tidak mampu untuk berpatah balik. Sudah lama berjalan masjid yang dicari tidak ditemui. Aku mula memandang sayu memohon sebuah pengertian akan keletihan dengan keyakinan tanpa asas.

”Ada. Depan tu... kami nampak kubah dia. Tengok orang semua pi kat sana.” faham isi hatiku, Kak Widad memberikan jaminan. Kami tiba di tempat yang ditunjukkan Kak Widad, tapi dihadapan kami tersergam sebuah restoran bukanlah masjid seperti yang disangka. Aku hampir berputus asa sebelum mata menangkap satu objek laksana sebuah pondok kecil yang usang tapi masih teguh berdiri. Kedudukan yang agak terbelakang agak menyeramkan bagi pertama kali menatap tempat itu. Kalau tidak kerana beberapa buah kereta mewah yang berada dihadapan pondok tersebut tentu sahaja aku tidak akan mengambil berat kewujudan tempat itu. Masing-masing mengamati tempat tersebut. Ianya bagaikan sebuah surau tapi tampak begitu usang. Tambahan pula suara azan yang berkumandang tadi adalah dari masjid yang berdekatan.Kawasan tersebut pula adalah kawasan perumahan, bagaimana mungkin wujudnya surau yang begitu usang.

“Surau ke tu?” Kak Widad menunjukkan arah pondok usang tersebut. Kami bergerak lebih dekat untuk memastikan adakah benar ia sebuah surau dan memang benar ia adalah sebuah surau. Bagai ditakdirka kewujudan surau tersebut akan menjadi pengubat jiwaku yang kian terseksa dengan keadaan. Keadaan rumput yang panjang disekitar surau bagaikan surau tersebut telah lama tidak digunakan. Tambahan pula kolah air dihadapan surau telah kering kontang dan berdebu. Badanku terasa seram sejuk apabila menghampiri tangga surau yang kaku. Ku lihat bukanlah golongan yang berumur yang menggunakan surau terbabit sebaliknya golongan lelaki dewasa yang agak kemas berketerampilan menarik. Bersesuaian dengan jenis kereta yang diparkir dihadapan surau. Aku berasa pelik sekali dengan keadaan tersebut. Andai berkenderaan kenapa tidak sahaja mereka terus menunaikan solat maghrib dimasjid yang kukira tidak jauh dari sini.

Lagipun, setiap kawasan perumahan mestilah ada sebuah surau yang lebih selesa keadaannya. Segala persoalan ku biar pergi apabila pintu bahagian muslimat tidak dapat dibuka. Kebetulan, seorang lelaki yang berumur lingkungan 40an menegur kami dan beliau yang tolong membukakan dari bahagian dalam. Pintu itu bagai lama tidak dibuka. Agaknya tiada kaum wanita yang bersolat disitu. Ucapan terima kasih diucapkan dan kami melangkah naik.bahagian dalam agak luas tapi berhabuk sedikit. Kami membersihkan sebelum turun mengambil wudu. Selepas bertanyakan arah bilik air, aku sekali lagi terpana dengan keadaan bilik air yang terletak jauh dibahagian belakang kelihatan begitu mengerikan. Reromaku mula meninggi. Berbaki semangat Kak Ana dan Kak Widad, kami beriringan menuju ke Bilik Air usang yang kelihatan bagai menunggu masa untuk roboh.

”Adu... nak terkucil...” aku menahannya semenjak dari perjalanan lagi. Terus sahaja aku melangkah masuk dalam keadaan yang agak mendesak itu tidak pula aku melihat keadaan sebenar pintu sehinggalah Kak Widad menunjukkan wajahnya dibahagian bawah pintu. Rupanya pintu itu hanya sebahagian sahaja ada, sebahagian lagi telah reput dek keusangan. Nasib menyebelahi aku apibila terdapat satu lagi bilik air disebelahnya. Setelah selesai melepaskan qada kecil aku mula mengambil wudu tetapi airnya pula mengalir dengan begitu perlahan sekali. Setelah agak lama baru aku dapat menyudahkan wudu diikuti oleh Kak Ana dan Kak Widad. Aku berlalu pergi ke surau terlebih dahulu kerana bimbang barang-barang beharga di dalam beg ditinggalkan tanpa penjagaan. Jantungku sekali lagi berdegup kencang apabila tiba di tangga surau tapi ku kuatkan semangat dek kerana berpengang bahawa terdapat jemaah lain di dalam surau tersebut.

Suara imam mengalunkan ayat suci itu mendamaikan debaran dihati tapi tidak mampu mententeramkan jiwa yang ketakutan dan bergolak kuat. Entah mengapa dengan diri aku pada kali ini. Selalunya aku akan menjadi berani andai ada orang disisi, kali ini jiwaku bagaikan diamuk keresahan dan debaran yang berganda. Sesekali aku melihat kelibat jemaah yang sedang bersolat dibalik tirai. Bulu romaku menegak, tetapi nasib baik ketika itu Kak Widad dan Kak Ana muncul di pintu surau. Aku menarik nafas lega. Semangatku telah kembali bersatu dengan jiwa. Belumpun habis solat yang kami dirikan, jemaah mula bergerak meninggalkan surau dan surau kembali sepi tidak berpenghuni. Benakku mula melakar kemungkinan, kenapa jemaah tidak menunggu untuk solat isyak sebelum pulang. Selalunya kebanyakan surau mempunyai gambaran sedemikian. Pasti akan ada yang tinggal di surau untuk membaca Al-Quran sebelum menunggu masuknya waktu Isyak. Tapi surau ini agak pelik kerana habis semua jemaah hilang begitu sahaja.

Usai solat, aku membaca mesej dari Kak Fiza menyatakan dia dan Umar dalam perjalanan menuju ke tempat kami. Kami berkemas seketika sebelum melangkah turun meninggalkan surau yang penuh misteri itu. Keluar sahaja ke jalan besar, aku ternampak kelibat Kak Fiza dan Umar yang menanti diseberang jalan. Lafaz syukur kerana menghadirkan Kak Fiza disitu kerana kami masih belum biasa dengan tempat tersebut apatah lagi untuk menunggu bas di situ. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran Kak Fiza mampu memandu kami ke jalan yang betul. Ustaz tidak dapat mengambil kami kerana terpaksa pulang ke ADNIN untuk mengambil Hidayah dan Faiz yang ditinggalkan untuk menyelesaikan kerja di ADNIN.berjalan dalam kepekatan malam bukan minatku kerana aku alah dengan silau dan rabun malam. Berhenti di bahu jalan, Umar berusaha menahan bas yang melalui jalan itu tapi semuanya hampa. Menurut Umar, bas pukul8.30, jadi masih sempat kami membeli sedikit makanan buat memenuhi kehendak perut yang kelaparan.

Kami kembali mendapatkan Umar dan Kak Fiza. Banyak bas yang ditahan sepanjang penantian kami tapi tiada satupun yang berhenti. Jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan ke hadapan kerana disana terdapat perhentian bas. Jadi memudahkan bas melihat kewujudan kami berbanding ditempat gelap yang kami duduki. Guruh berdentum kuat. Kilat pula sabung-menyabung bagai ingin hujan. Akhirnya perhentian yang dikatakan itu telah kami temui. Pelbagai cerita dikongsi oleh Umar sewaktu di perhentian sambil tangannya tidak putus-putus menahan bas yang melalui jalan tersebut. Tapi semua bas itu bukanlah bas yang dikehendaki kerana bas-bas yang ditahan itu terdiri daripada bas sekolah, bas kilang, bas persiaran dan lain-lain termasuklah lori yang disangka bas. Penantian kami hanya tinggal penantian. Perut juga sudah penat menahan ketawa akibat keletah Umar yang asyik menahan bas yang silap.

Perut sudah memaikan lagu-lagu pop rock yang menggamit aku membuka bungkusan nasi. Akhirnya semua mengikuti langkahku kecuali Umar kerana dia sibuk menahan bas. Jam sudah berganjak ke pukul10, Umar mengambil keputusan untuk mencari van atau kereta yang boleh membawa kami pulang ke Lagoona resort. Akhirnya sebuah van sedia memberikan pertolongan atas bayaran yang ditetapkan. Kami hanya bersetuju demi untuk tiba di Lagoona seawal mungkin untuk merancang tentatif untuk program esok. Tiba di Lagoona kami mula bermesyuarat untuk memastikan pendaftaran esok berjalan lancar. Aku dan Kak Widad ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran. Setelah tamat kami bermesyuarat barulah kereta Ustaz tiba dan diparkirkan ditepi beranda tempat kami bermesyuarat.

Melihat kelibat Nazrey Johani, aku sedit terpana. Maklumlah artis popular dihadapan kita, mestilah kita berbangga tapi ku kawal pandanganku agar tidak terlalu memberi perhatian pada setiap pergerakannya. Sebelum melelapkan mata ada juga Hidayah menceritakan tentang kejadian malam semalam dimana Faiz yang memandu itu boleh melanggar pembahagi jalan. Menurut Hidayah, Faiz ada menceritakan bahawa dia tidak mengantuk ketika itu. Kemalangan itu berlaku apabila dia terpandang seorang wanita cantik di tepi jalan dan dia menegurnya. Atas keceluparan itulah, wanita itu berterbangan menyergah dihadapan cermin kereta sehingga membuatkan dia gagal mengawal stereng dan berlakulah perlanggaran tersebut.

Dikhabarkan Ustaz dapat merasainya, disebabkan itu Ustaz tidak banyak bertanya dan menyuruh Faiz menruskan pemanduan. Jadi, apakah cahaya merah yang aku nampak sekilas ketika aku membuka mata malam itu. Tapi tidak pula aku mengkaji sejauh mana kebenaran cerita ini. Kadangkala, Faiz itu suka sangat menyakat, mungkin dia hanya mereka cerita. Tapi andai ianya benar, patutlah aku yang tidak pernah mengantuk itu boleh terlelap. Walaubagaimanapun, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tercatat oleh Allah. Kita patut bersyukur kerana masih mampu bernafas lagi pada hari ini. Moga kita mengambil pengajaran supaya kita sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang kita ambil.

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

mEncARi_SeeKERz

ana suka berkongsi cerita dll, the most i like of coz pengalaman2 seram lagi menyeramkan. if antum/na ada cerita menarik leh emailkan kat email ana... but leave ur comment b4 dats...
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

SweetNye NikMAt aFteR UjiAn


Hujan yang awalnya mesra telah bertukar ganas, rintik kasar menjamah wajahku yang kedinginan. Ku lajukan pergerakan motor agar cepat sampai ke destinasi. Dalam redup pagi yang menyeliputi alam, ku teruskan jua perjalanan pagi yang sukar itu. Kak Zai harus sampai sebelum pukul8 di stesyen bas Sungai Petani. Aku dipaut keresahan. Dalam hujan yang kian lebat itu, bimbang demam Kak Zai akan bertambah teruk. Sampai sahaja ke destinasi, aku terpaksa bergegas pulang meninggalkan Kak Zai di situ lantaran debaran hati yang semakin memuncak. Aku memulas tombol minyak sekuat hati agar cepat sampai ke rumah. Kesejukan yang mengcengkam itu membuatkan aku sedikit menggigil. Ketika itu, mindaku berputar hebat mencari sisa memori yang kukuh tersimpan di kotak mindaku. Ingatan aku pada ayah, insan pembakar semangat memberi kegemilangan yang indah buat pendokong semangat...

.......

Pagi ini hujan amat lebat sekali, ku lihat ayah merenung jauh di jendela. Hujan yang turun bagai tiada tanda ingin berhenti. Aku tidak pernah ponteng sekolah selama ini hasil disiplin berhikmah didikan ayahku. Walaupun sakit mahupun demam akan dihantar jua ku kesekolah melainkan andai ianya teruk sahaja akan dibiarkan aku berehat dirumah. Tapi kemungkinan itu jarang sekali berlaku kepadaku. Tapi, pagi ini hujan yang lebat bagai menyulitkan perjalanan. Kami bukanlah dari keluarga yang senang, punya kereta buat kegunaan di kala hujan, hanya berbekalkan motor buruk milik ayahlah aku ke sekolah saban hari. Jaraknya bukanlah dekat. Bandar Kangar itu memerlukan 15minit perjalanan kalau hari biasa yang tidak hujan. Ayah mula menyarung baju.

”Boleh ka pi?” aku bertanya soalan yang telah aku tahu jawapannya. Ayah hanya mengangguk dan pantas aku menggapai topi keledar kerana tidak mahu ayah menunggu lama.

”Nah, pakai baju hujan ni...” ayah menghulurkan baju kalis air itu padaku. Serba salah aku untuk menyambut huluran kerana andai aku yang memakai baju tersebut maka ayah akan basah kuyup. Setelah ayah meletakkan disisi aku memakai dengan keadaan yang pilu sekali. Ingin menolak tidak mampu rasanya. Ibu membantu aku memakai baju hujan tersebut. Ayah menghidupkan enjin yang kesejukan berkali-kali sebelum ngauman kuat memecah sunyi. Aku menyalami ibu dan mencium dahinya sebelum melangkah turun dan melabuhkan punggung di bahagian belakang motor. Lambaian lembut ibu mengiringi perjalananku.

Meredah hujan lebat tanpa penghadang muka membuatkan ayah beberapa kali meraup mukanya. Getaran badannya dapat kurasai jelas. Kesejukan yang amat mengharukan aku. Bagai disayat duri yang tajam, jiwaku meronta kepiluan. Betapa besarnya pengorbanan ayah buatku. Begitu indah teladan yang ayah tunjukkan buat bekalan hidupku. Air mata menitik laju bersama lebatnya hujan pagi itu. Surah yasin ku alunkan untuk hadiah buat ayah agar menjadi kebal dengan kesejukan. Kutiupkan perlahan di belakang ayah. Surah yasin yang kuhafal itu seringkali mengiringi perjalananku setiap pagi. Ku ulang-ulang ia agar tidak alpa dan lupa dengan surah itu. Pagi itu, alunanku begitu sayu kerana air mata deras mengalir. Cepat-cepat ku senyum agar tidak disedari oleh ayah kelak apabila tiba di sekolah.

Kegetiran ayah menbuatkan aku lebih kuat, segelas susu berisi kasih sayang ibu yang tak terperi buat pembakar semangat untuk ku terus berjuang mencari pahala buat kalian berdua. Biar tiada pahala buatku, agar semuanya menjadi pendinding kalian dari api neraka. Itu sahaja yang mampu ku lakukan agar diri kalian sentiasa kuat denganku. Tidak terbalas rasanya pengorbanan kalian. I love both of you till the end of my last breath. InsyaALLAH!

.......

Tanpa kusedari, motor mula memasuki kawasan taman. Tatkala lemahnya jiwaku ketika itu, aku memberhentikan motor di tepi warung cik Su untuk membeli sebungkus nasi buat pelapik perut. Kakiku pula bagai ditolak memasuki ruang kedai sehingga mataku tertangkap pada sebuah balang kecil yang amat kukenali. CLOUD9! Bagai tidak percaya yang coklat kegemaranku ada di situ. Setelah hampir berbulan-bulan ku mencari di sekitar kawasan taman tersebut tapi tiada satupun yang menjualnya termasuklah kedai yang kumasuki kini. Bagaikan dipukau hebat, aku melafazkan syukur ke hadrat Ilahi.

Walaupun ia hanyalah coklat CLOUD9 yang biasa, tetapi luar biasanya ialah kuasa ALLAH yang membelai jiwa hambaNya yang kesedihan itu amat menakjubkan. Tidak rugi mencurahkan cinta buat Allah kerana Allah lebih romantis dalam mengzahirkan cinta buat hambaNya yang kesunyian. Terasa begitu segar sekali. Moga cerita ini menjadi wadah beharga buat pencari cinta sejati... LOVE YOU MOM! LOVE YOU DAD! LOVE ALLAH and you will feel the tranquility inside of your heart…

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

dONiaKU...

dONiaKU 1


PROLOG

“Samsiah, mai la keluaq tengok cincin ni…” Haji Adam memujuk lembut anak perempuan kesayangannya itu. Sudah berpuluh pinangan ditolak, Haji Adam berhajat benar melihat puterinya itu mendirikan rumah tangga bersama rombongan kali ini. Telah dinilai baik buruk bakal menantunya itu sebaik mungkin agar puterinya itu mendapat perjatian yang cukup. Suasana masih sepi. Tiada balasan jawapan yang ditangkap oleh telinga membuatkan dia bertambah runsing. Diambil sebuah kerusi usang diletakkan berhadapan pintu bilik puterinya. Dia menunggu dengan sabar di situ sambil mulutnya tidak putus-putus memujuk dengan lembuh dan sayu. Tetap sepi tiada balasan.

”Ni, ayah letak dalam almari, nanti Samsiah tengok ye nak?” Haji Adam telah kehabisan kata dengan kedegilan puterinya itu. Di pandang sepi pintu yang berkunci tidak bergerak. Akhirnya hilang dipandangan.

Sayu mendengar pujukan ayahnya, Samsiah akhirnya keluar setelah mendapati Haji Adam tiada di situ. Ditatap resah cincin yang ditinggalkan. Entah apa yang terlintas difikirannya ketika itu. Terharu dengan ungkapan ayahnya yang lembut memujuk tanpa berputus asa, akhirnya dibulatkan tekad agar menerima pinangan kali ini. Akhirnya tarikh keramat 25 November 1985 menjadi sejarah terpatrinya dua jiwa yang suci dan ulung. Sabu @ Hussin yang menjadi pahlawan yang berjaya memiliki hati milik puteri Haji Adam itulah bakal menyulam kasih agar berkekalan sehingga ke akhir hayat. Hari dirai penuh meriah. Kain songket merah itu menyerikan wajah yang ayu.


Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

Tarian_PENA


Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang sanggup menerima perubahan untuk mempertingkatkan motivasi diri menuju kecemerlangan abadi di akhirat!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

Sekitar PRK Merbok

Angin petang bertiup lembut bagai berirama...
Debaran terasa mengoncang dada...
Sejuk menyelimuti setiap rasa...

Disana sini terpampang wajah-wajah calon MPP yang bakal bertanding di dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan secara serentak seluruh kampus kecuali UIAM pada 2 Oktober 2007 ini. Suasana bakal hangat dengan pelbagai kempen pembentangan manifesto yang diadakan bermula pada bila-bila masa sahaja dari sekarang mengikut fakulti masing-masing. Di sini tiada perlawanan antara pro aspirasi dan pembangkang. Semua calon adalah dari pro aspirasi sepenuhnya. Kita juga ada menghantar calon pilihan untuk bertanding dalam pilihanraya kampus kali ini. Wanita anggun berperibadi menarik. Aku yakin dia bakal menang dengan majority tertinggi. Semua bukan angan kosong yang aku coretkan tapi sebuah harapan agar satu perubahan bakal digubah.

Sistem telah bertukar arus. Zaman kemodenan ini telah mengubah teknik pengundian kepada kaedah yang lebih berteknologi. Andai kampus lain telah lama menggunakan sistem pengundian secara elektronik ini, kampus Merbok juga harus berbangga kerana menyahut seruan kerajaan. Sebelum bertanding, perancangan strategi harus dilakukan sebaik mungkin. Kali ini penasihat terbaik kami pilih untuk memastikan kemenangan milik calon kami. Calon yang memungkinkan Islam terserlah di bumi UiTM. Semua ahli diminta berkumpul untuk penyelarasan tugas. Walau dari fakulti yang berbeza, kami bersatu hati untuk memastikan tiada sebarang masalah semasa pilihanraya berlangsung.

Setelah mendapat sedikit sebanyak gambaran strategi yang tidak perlu rasanya ku coret disini kena ianya mungkin boleh digunakan pada masa-masa akan datang. Ilmu baru itu akan disimpan rapi sebagai menyambung strategi buat adik-adik yang bakal bertanding pada masa akan datang. Dari penggantungan poster hinggalah pembuatan teks ucapan dan bookmarks, semua bertungkus lumus memastikan strategi yang dipasang berjaya. Tiba hari yang dinanti akhirnya kemenangan menjadi milik calon pilihan kami UMMU HUSNA BT DERAHMAN dari fakulti pengajian maklumat. Moga dia dapat menggalas amanah Islam yang dipikulkan dibahunya dengan jaya. Moga dia dipermudahkan Allah dalam setiap urusan. Dia adalah antara mendapat undi tertinggi.

Selamat maju jaya. Moga terus membangun bersama ISLAM! TAKBIR!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

SWEET MEMORY

Xtually untuk watak-watak yang terlibat dalam post ana DARIKU... sengaja ana gunakan nama asal. jadikan ia sebagai kenangan terindah buat kita dalam meniti perjuangan. ana hanya titipkan sebuah kisah yang begitu manis kerana disebalik kesulitan itu terkandung satu hikmah yang dalam. untuk warga ADNIN management & Traning, ana berterima kasih kerana memberi ruang untuk ana menambah pengalaman di sana dan memberi ruang untuk ana mencipta memori... the best way to feel as mujahidah fisabilillah! truskan perjuangan kalian mendidik insan bertunjangkan MOTIVASI ISLAM untuk semua.

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

DARIKU 2

“Pukul berapa iss? Dah Subuh ke?” Kak Ana menggosok mata yang masih bersisa mengantuk lagi.

”Pukul6 lebih dah ni. Awat bas tak berhenti pun? Jom solat je la?” aku membalas bicara.

“Nak guna air mineral ke?” aku menyambung sambil menghulurkan botol air mineral kepada Kak Ana. Dia memegang tapi kulihat bagaikan memikirkan sesuatu. Mataku sudah mula mengantuk.

”Iss, ustazah aku kata, kalau dalam perjalanan kita kena tayammum. Tepuk-tepuk je kat kusyen bas ni pastu kita tayammum la...” Kak Ana menerang dengan panjang lebar. Walaupun aku agak ragu-ragu dengan penerangannya, aku mula mengikuti langkah yang dimulakan kak Ana. Bagi pengetahuan aku, jika tiada air sahaja yang dibolehkan tayammum. Tetapi atas masa yang kian menganjak pergi, aku cepat menghabiskan tayammum dan bersolat.

Akhirnya bas yang bergerak laju itu mula memasuki kawasan stesyen yang mana membawa maksud destinasi kami telah tiba selepas sebuah perjalanan yang panjang. Mata yang tadinya mengantuk telah kembali segar. Pertama kali menjejak kaki ke negeri siti nurhaliza itu membuatkan jiwa ku kembang dan membara. Segala urusan perhubungan dengan Ustaz Akhwan diuruskan oleh Kak Widad. Kami hanya menuruti langkahnya sahaja. Segala arahan kami ikuti sebaik mungkin agar tidak tersesat di negeri asing. Setelah menunggu beberapa ketika, Ustaz yang khabarnya akan menjemput kami masih tidak kunjung tiba. Perut mula menyanyikan lagu-lagu keroncong. Ku usulkan agar kami menjamah sedikit makanan sementara menunggu Ustaz Akhwan yang masih belum menampakkan tanda akan tiba dalam jangka waktu terdekat ini. Aroma roti canai manaikkan seleraku pada pagi yang kian berganjak itu. Pada ketika itulah Kak Widad memberi penerangan tentang kaedah tayammum hanya dibolehkan jika ketiadaan air. Dalam situasi kami tadi, air mineral masih wujud dengan sempurna menyebabkan secara automatiknya tayammum kami tidak dikira. Ku pandang Kak Ana dengan pandangan geram.

”Sorry iss, aku rasa ustazah aku ada cakap macam tu...” Kak Ana berkata dalam kegelisahan. Suka aku tengok wajahnya yang kian kemerahan itu. Hatiku yang nakal masih ingin mengusiknya. Sebenarnya aku tidak marahkannya tapi lucu kerana menuruti tanpa banyak bicara.

”confident betul cara penerangan tadi...? aku berkata sinis sambil hatiku puas dapat melihat wajahnya yang kian gelisah.

”Takpa iss, nanti kena qada lain jugak.” kata-kata Kak Widad mematikan permainanku. Jiwaku bagai diresapi keindahan ukhwah yang dibina walaupun baru kali ini aku mula rapat dengan Kak Widad. Ukhwah yang terbina itu akan kupeluk seerat mungkin. Tiba-tiba handphone Kak Widad berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Ustaz sudahpun tiba. Dari jauh kami lihat kereta Ustaz berhenti di tepi tempat kami meletakkan semua beg kami. Makanan belum separuhpun lagi kami makan. Barusan sahaja ingin menamatkan makanan, ustaz berlalu pergi. ’marahkah ustaz atas kelambatan kami mendapatkannya?’. Hati kecilku membuat andaian. ’Mungkin juga dia menghantar seorang pekerjanya untuk memberi ruang kepada kami dan beg-beg yang tidak kurang banyaknya.

Seusai habis makanan di pinggan, kami membuat pembayaran di kaunter dan berlalu mendapatkan beg di stesyen bas. Hampir sahaja kucing menumbuhkan tanduk, barulah kereta Ustaz Akhwan menampakkan wajah. Pekerjanya masih di seat sebelah, tidak berubah. Keratanya Ustaz pula penuh dengan banner, poster dan pelbagai benda yang tidak mampu memuatkan beg-beg kami sehingga menyebabkan kami terpaksa memangku beg masing-masing dalam keadaan berhimpitan di tempat duduk belakang. Ustaz kelihatan tenang dengan keadaan tersebut. Setelah kereta bergerak, bukan ADNIN yang dituju sebaliknya kami memasuki sebuah kawasan perumahan. Kami berpusing-pusing untuk memastikan poster kem ditampal mengikut penyelarasan yang tepat. Ustaz menghentikan kereta di tepi jalan sebelum seorang lelaki berbadan kurus tinggi datang menghampiri Ustaz dan menjenguk sedikit melalui tingkap.

”Dah makan ke? Nak makanan tak?” Ustaz Akhwan menghulurkan sebungkus makanan kepada lelaki tersebut. Kertas flyers begitu banyak sekali ditangannya. Kereta bergerak perlahan sebelum sempat dia mencapai bungkusan membuatkan dia terkapai-kapai sendiri. Ustaz rupanya seorang yang suka menyakat juga. Dari perwatakannya semasa mengendalikan kem kepimpinan kami dengan apa yang kami saksikan sekarang adalah amat berbeza. Keletah Ustaz membuatkan kami cepat mesra walaupun masih ada jurang kejanggalan yang menghadang kami. Akhirnya bungkusan bertukar tangan.

”Dah habis nanti bagitahu, kta edar kawasan lain pulak.” Ustaz memandu terus untuk keluar dari kawasan perumahan tersebut. Sepanjang perjalanan handphone Ustaz berbunyi tanpa henti. Dalam hati ku mengakui kesibukan ustaz di tahap yang kritikal. Moga aku kaut sebanyak mungkin pengalaman dari Ustaz sepanjang kami berda di situ nanti. Berpusing-pusing kembali di sekitar dan kereta kali ini berhenti dihadapan sebuah surau. Pemuda tapi kelihatan mendapatkan ustaz kembali. Ku kira Ustaz akan membawa kami ke pejabat, tapi masih berada di situ.

”Dah. Masukla, dah busuk. Balik tukar baju dulu” Ustaz mengarahkan pekerjanya itu. Pemuda itu memandang sepi kerana kereta telah dipenuhi sepenuhnya. Galak menyakat pemuda tadi sebelum di arahkan Faiz iaitu pembantu yang berada disebelahnya menggantikan tempat pemuda tadi. Setelah bertukar tempat, kereta mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan.

”Ni Umar, dia ni tengok je macam ni tapi dia ni timbalan pengurus ADNIN. Tengok je macam ni, nanti dah mandi, tukar baju handsome la...” Ustaz masih lagi menyakat pekerjanya. Ku lihat Umar tidak langsung terusik dengan keletah Ustaz. Perwatakannya agak serius berbanding dengan Faiz yang agak pemurah dengan senyuman. Setelah beberapa ketika kami tiba di hadapan pejabat urusan ADNIN MANAGEMENT AND TRANING milik Ustaz AKHWAN AFFANDI. Kami menarik nafas lega kerana akhirnya tiba juga di pejabat untuk melepaskan lelah seketika. Setelah meletakkan beg di dalam bilik di tingkat atas pejabat ADNIN, kami dipanggil masuk ke dalam bilik pengurus dan berta;aruf seketika dengan Ustaz dan kemudian diperkenalkan dengan seorang lagi pekerja wanita tunggal ADNIN iaitu Kak Fiza.

Setelah bersiap-siap seketika kelihatan Ustaz Akhwan da Umar sedang bersiap-siap untuk keluar. Setelah berbincang kami memutuskan untuk mengikut Ustaz kerana bila memikirkan tujuan kami ke situ adalah untuk membantu Ustaz, bukan untuk berehat dan bersiar-siar. Semangat inilah yang telah ditanam semasa kem kepimpinan dahulu iaitu berjihad itu tiada masa berehat. Berehat bagi seorang muslim adalah ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Bilamana dia diusung ke liang lahad, ketika itu berehatlah sepuar hati di taman-taman syurga yang indah. Jadi, selagi ada masa maka berjuanglah! Masih dengan pakaian yang sama ,kami turuti Ustaz dan Umar untuk tujuan pengedaran risalah. Kelajuan kereta yang mencapai 160km/j itu bagaikan melayang mendapatkan Faiz yang kelihatan tersenyum manis melihat ketibaan kami yang bersemangat waja.

”Sapa nak turun sini? Dua orang sudah la...” Aku memandang Kak Ana tapi tindakan Hidayah agak pantas dan memberi persetujuan untuk turun di situ. Tangan Kak Ana ditarik pantas. Jadi, tinggal aku dan Kak Widad yang bersedia dengan arahan seterusnya. Kereta kembali bergerak mencari destinasi yang belum diterokai. Tiba di sebuah kawasan perumahan yang tidak kami ketahui namanya, kami mula berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Lorong demi lorong sehingga tidak sedar sejauh mana kami telah berjalan. Tekak mula menjerit minta dibasahi. Dengan terik mentari yang membahang, kami kelesuan tetapi kaki tetap terus melangkah dan melangkah. Perhubunganku dengan Kak Widad semakin erat. Kami mula menahan kanak-kanak yang melalui kami untuk bertanyakan arah kedai tapi arah yang ditunjukkan semuanya mempunyai jarak yang amat jauh.

Setelah berhubung dengan Ustaz memberitahu kedudukan, akhirnya aku dan kak Widad terdampar di kawasan asing menunggu bantuan. Kepalaku berdenyut kuat. Beberapa ketika pandanganku bertukar hitam tapi kugagahi jua berjalan dek nyanyian ’sunnah berjuang’ yang dialunkan oleh kak Widad menjadi penaik semangat. Menanti agak lama, barulah kereta Ustaz muncul. Kak Ana, Hidayah dan Faiz telah berada di dalam kereta. Umar tidak kelihatan. Lelah dilepaskan sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Nikmatnya dapat duduk itu hanya Allah yang mengetahui. Susah juga bekerja untuk Islam ini. Andai tidak punya semangat yang kental, kita akan hanyut di balik kepenatan. Jadi aku perlu siapkan diri menerima tarbiyyah dari Allah sepanjang bersama dengan ADNIN ini bermula dengan saat ini.

”Tu ais soya...” Kak Ana menunjukkan seplastik ais soya di bahagian bawah tempat duduk. Aku dan Kak Widad menjamah dengan begitu lahap. Aku sudah tidak peduli apa pandangan Ustaz tapi tekak terasa segar walau pada hakikatnya aku tidak begitu gemarkan soya. Tambahan pula soya yang melekit di tangan itu bagaikan hampir basi tapi ku tetap menghirup bagaikan ais kacang istimewa yang menyelerakan.

”Kite gi terengganu sekarang boleh? Ana ada ceramah malam ni.” Kami saling berpandangan kerana dengan pakaian yang belum bertukar dan keadaan badan yang sedkit melekit akibat perpeluhan tadi masih belum selesa untuk meneruskan perjalanan ke mana-mana destinasi. Namun begitu aku merasakan tidak mengapa. Andai di dalam kem kepimpinan, perkara sebegini telah menjadi kebiasaan, apa salahnya dipraktikkan sekarang.aku memberikan persetujuan sebelum ditenung keras oleh Hidayah, Kak Widad dan Kak Ana yang tidak menyangka akan jawapan yang aku berikan. Baru aku tersedar, malu sendiri kerana terlalu cepat memberi persetujuan tanpa berunding dahulu.

“Kenape? Nak balik ADNIN dulu ke?” Ustaz bagai dapat membaca perasaan kami.

”Ha’ah, tukar baju dululah Ustaz. Berpeluh dah ni...” Hidayah membalas pantas. Tetapi semua menjadi hampa kembali setelah Ustaz menyatakan tentang kelewatan yang kami bakal tempuh andai berpatah balik. Akhirnya kami turuti kemahuan Ustaz. Seketika kemudian Ustaz membelokkam kereka ke sebuah kedai kereta terpakai.

”Cantik tak kereta tu? Apa pendapat kamu kalau ana beli?” mulutnya sengaja dimuncungkan ke sebuah kereta Volkwagen yang tersadai di tepi jalan.

”Ikut Ustazla...” Kak Widad bersuara. Ustaz tersenyum lebar sebelum mengarahkan Faiza mengalihkan kedudukan kereta. Ustaz berjalan pantas menuju ke Kedai tersebut dan berbual-bual dengan pemilik kedai tersebut. ‘kata dah lewat?’ aku sempat bermonolog memikirkan setiap tindakan Ustaz. Ustaz kelihatan seronok berada di dalam kereta Volkwagen tersebut tetapi tidak pula dipandu uji sebagaimana yang dikhabarkan sebelum ini.

”Ustaz memang macam tu. Dia bukan nak beli pun.” Faiz melangkah keluar mendapatkan Ustaz. Kami saling berpandangan.

“Takkan nak pi Terengganu macam ni. Ko la ni iss”

”Ala, lagipun ustaz takkan patah balik punya”

”Betul jugak. Tapi berpeluhla... tak selesa.” Perbualan kami terhenti apabila Ustaz dan Faiz mendekati kereta.

”Woo... cantiklah kete tu. Nanti ana nak tangkap satu. Letak speker atas tu pasang cd suara promosi kem motivasi sepanjang jalan...” Ustaz memulaskan kunci dikereta dan enjin dihidupkan. Kelas ditekan rapat sebelum menolak gear ke depan. Minyak ditekan kuat dan dipecut laju meninggalkan negeri Pahang Darul Makmur itu. Hampir memasuki sempadan Terengganu, kereta dibrek perlahan. Kami terpaksa berpatah balik akibat poster yang ditinggal di ADNIN. Sampai di suatu kawasan perumahan elit, ustaz memberhentikan keretanya berhadapan dengan sebuah surau. Ustaz meninggalkan kami di situ dan dia pulang sendirian ke ADNIN. Usai mengerjakan solat jama’ taqdim, kami menunaikan qada subuh yang kami lakukan di dalam bas pagi tadi. Setelah selesai semuanya kami berjalan keluar dan dari jauh kelihatan Faiz yang sedang tersenyum penuh makna. Risalah penuh ditangan. Fahamlah kami apa yang harus dilakukan.

”Teman jap. Nak pssst...” aku menarik tangan Kak Widad untuk menemaniku ke tandas. Faiz, Hidayah dan Kak Ana sudah mula beredar untuk mengedarkakn risalah. Kami mula berjalan mengedarkan risalah setelah keluar dari bilik air. Setelah agak lama berlegar-legar sekitar taman, kereta Ustaz sampai dan mendapatkan kami. Setelah keluar dari kawasan perumahan terdapat banyak gerai menjual goreng pisang. Ingin sahaja kau luahkan agar ustaz berhenti di situ kerana aku dahaga benar tapi tidak terluah sehinggalah Ustaz sendiri memberhentikan kereta di salah sebuah kedai yang hampir tutup. Goreng pisang ditempah seplastik besar tapi tidak membuka seleraku kerana hauskan air melebihi segalanya. Ku ambil sepotong buat menghilang lapar dan menambah tenaga tapi air juga yang menjadi idamanku akhirnya hilang dibalik perjalanan yang tiada perhentian.

Sepanjang perjalanan kami diserikan dengan pelbagai lagu-lagu dari Mawi sehinggalah Jamal Abdillah. Bukan sekadar itu sahaja, drama Hang Jebat dan Dang Wangi juga menjadi wadah telinga kami. Hampir sahaja suara ustaz bertukar serak. Memang aku akui kelemakkan suara Ustaz memeng sedap diidengar. Hari sudah bertukar gelap apabila kami tiba di Terengganu. Handphone Ustaz berbunyi menandakan ada panggilalan masuk. Pantas jemari ustaz menekan punat terima untuk menjawab panggilan tersebut.

”Hello? Ha... dah sampai. Ape? Pukul8? Bukan ke pukul10? Sape tadi hantar mesej? Yati... ha yati ke sape tah. Katenye pukul10... ye ke? Ok..Ok... Assalamu’alaikum... Alamak, sekarang dah pukul7.00 ni. Ana ingat pukul10 tadi...” Ustaz memecut laju memasuki kawasan masjid. Sewaktu Ustaz dan Faiz menunaikan solat, kami menyelitkan beberapa risalah di kereta-kereta jemaah yang sedang bersolat. Seketika kemudian kami bergegas untuk mengejar waktu yang kian berganjak.

”Faiz, tengok jalan!” Ustaz terusan memandu dengan kadar kelajuan yang agak tinggi.setiap lorong yang bakalu dimasuki diberitahu oleh Faiz. Baru ku tahu kenapa Faiz selalu menjadi pengikut setia Ustaz kemana sahaja Ustaz pergi. Kepantasannya menunjukkan jalan sesuai dengan meter kelajuan yang Ustaz bawa. Selain dari kecekapan membaik pulih kenderaan, dia juga cekap melihat jalan hanya melalui papan tanda arah.

”Kiri? Kanan?”

”Kiri...”

Kereta Ustaz terus dipandu laju mengekori sebuah lori yang bergerak agak perlahan. Tidak melebihi 2cm di belekang lori, Ustaz berkali-kali memulas stereng ke kanan untk memintas namun masih belum berkesempatan. Peluang yang muncul direbut sebaik mungkin menyebabkan kereta kami naiki mampu berada dihadapan sekali dan berhenti betul-betul di persimpangan jalan. Lampu isyarat kecemaran diberikan sebelum keputusan dibuat. Arah mana yang harus diambil. Ustaz kelihan mengambil sebuah kotak lalu membukanya. Rupanya selama ini Ustaz memandu dalam keadaan mata yang kabur. Konteks lens dipakai sebelum meneruskan perjalanan. Memasuki kawasan yang agak gelap menyebabkan ustaz mengambil tindakan untuk menggunakan konteks lensnya itu. Ustaz hanya tersenyum melihat reaksi terkejut kami. Segalanya mungkin dengan pertolongan dari Allah. Bagiku pengalaman sebegini akan ku simpan kukuh untuk menyemat keyakinan akan kebesaran Allah bagi hambaNya yang berjuang tanpa henti.

Aku dapat membuat satu kesimpulan atas apa yang Ustaz lakukan sepanjang perjalanan. Orang yang berjuang sentiasa mengejar masa, jadi kelajuan harus ditingkatkan dalam setiap keputusan yang bakal diambil. Walaupun pada zahirnya pemanduan Ustaz agak berbahaya dari perspektif pematuhan undang-undang jalan raya, tetapi bagaimana seorang pejuang itu harus memanfaatkan peluang yang ada dan sentiasa harus dihadapan. Bak kata lagu ’sunnah berjuang’ yang selalu dialunkan itu iaitu malamnya bagaikan rahib yang merintis sayu akan dosa yang telah dilakukan manakala siang harus kuat bagaikan singa dari setiap aspek sama ada tenaga atau fikiran sesuai dengan gelaran raja rimba milik sang singa. Lagu itu bagi aku amat berhantu bagi siapa yang mengalunkan dengan sepenuh hati dan menjiwai bait-bait lirik di setiap rangkap. Kita pasti diuji!

Jalan yang berliku itu bagaikan tiada halangan. Berkali-kali jugalah arah sebenar sekolah yang bakal kami tujui itu ditanya kepada pemilik sekolah tersebut. Sekolah yang berada agak terpencil dan jauh di felda menyebabkan arah semakin sukar untuk dicari. Kereta yang tadinya laju telah kematian enjin. Walaubagaimanapun kereta yang sedang menuruni bahagian bukit itu tidak berhenti begitu sahaja sebaliknya terus bergerak secara perlahan-lahan.

”Alamak, lupa isi minyak pulak tadi. Mana nak gi cari minyak kat sini?” Jam sudah menunjukkan pukul8 lebih. Ustaz masih tenang walaupun semua kelihatan resah dengan situasi yang tidak diduga. Di hadapan ada sebuah lori yang tersadai di tepi jalan. Adakah nasib kami bakal menadi seperti itu?

”Nak berhenti belakang lori ke?” Ustaz menoleh kepada Faiz yang membisu disebelah.

”Jalan lagi, potong lori tu...”Faiz pula memberi arahan dalam keadaan semua orang dilanda kebuntuan yang bersimpul padu.

”Emmm... BHp tu apa?” kami semua memandang arah yang ditunjukkan Hidayah. Samar-samar kami dapat melihat sebuah papan tanda oren bercahaya. Apabila kereta kami hampir memintas lori yang tersadai itu barulah kami dapat melihat sepenuhnya. Ustaz tersenyum.

”Tengok? Kalau kita berjuang di jalan Allah, Allah permudahkan urusan kita. Tak perlu bimbang...” kereta berhenti dihadapan pam minyak. Maha Suci Tuhan yang mempunyai segala kekuasaan. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk membolehkan minyak diisi, kami turun dan menolak kereta sekuat mungkin. Semangat juang semakin utuh terpahat dijiwa. Setelah minyak diisi penuh, kami mula mencari lorong yang dikatakan. Tetapi telah tersesat ke lorong yang salah. Akhirnya setelah berpusing-pusing, destinasi yang dicari telah ditemui. Terdapat beberapa orang lelaki yang akan menyambut kedatangan ustaz. Tidak diduga akan kehadiran kami golongan an-nisa ini, maka tiada yang mempelawa kami melainkan guru-guru lelaki tersebut.

Faiz yang berpengalaman itu sudah mula mengangkut barang ke dewan ceramah.kami menuruti langkah Faiz dan menjadi pemerhati setia. Kelihatan ramai pelajar menanti kehadiran Ustaz. Setelah laptop dipasang, kami perlahan-lahan beralih ke bahagian belakang dewan untuk mendengar ceramah Ustaz. Apa yang diucapkan di dalam kereta tadilah yang disampaikan kepada pelajar-pelajar terbabit. Tetapi cara penyampaian Ustaz yang mencuit hati itu mampu untuk memukau kami dan terus mengikuti ceramahnya yang panjang lebar. Ustaz memang pandai menghibur. Motivasi yang diberikan senang untuk diterima oleh pelajar-pelajar terbabit yang kelihatan menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diperkatakan Ustaz. Tiada yang leka dan apatah lagi yang tidur. Itu kelebihan seorang yang amat berpengalaman bagiku.

”Kak Na, jom pi solat dulu nak?” Kak Ana membisikkan hasratku untuk menunaikan solat.

”Hampa pi dulu. Nanti keluaq ramai-ramai ganggu ustaz pulak. Lagipun kami tengah seronok ni. Nanti kami pi dengan Dayah.” Kami mengangguk dan berlalu pergi. Surau yang berada di bahagian agak belakang itu tampak begitu suram. Kami melangkah masuk dan mencari tempat untuk berwudu. Suasa yang begitu gelap sedikit menggetarkan jiwaku yang lemah semangat ini. Sekitar tempat mengambil wudu tersebut pula penuh dengan najis cicak. Aku mencari-cari penyapu untuk membuka ruang laluan selepas bersolat nanti. Setelah usai mengambil wudu kami kembali ke ruang solat, kelihatan Kak Widad dan Hidayah mula memasuki surau. Kewajipan terhadap Allah itu kami tunaikan sebaik mungkin. Untuk melepaskan lelah, aku berbaring seketika sebelum bergerak semula ke dewan utama.

Ustaz bercerita bagaikan tiada tanda-tanda akan berhenti. Semakin galak dia bercerita semakin kuat pelajar-pelajar itu ketawa. Apabila sahaja beliau menamatkan ceramah, pengerusi majlis meminta agar beliau mendendangkan lagu Ayah dan Ibu nyanyian Sudirman sebagai penutup majlis yang meriah itu. Tatkala itu suaranya hampir sahaja tidak mengeluarkan bunyi. Dalam keadaan suara yang serak, Ustaz tetap memenuhi permintaan tapi sedikit sumbang kerana takaknya yang mungkin sakit. Setelah menjamu selera kami menerukan perjalanan untuk pulang. Hati sedikit girang untuk pulang ke ADNIN. Keadaan badan yang tidak selesa itu membuatkan aku ingin cepat pulang.

Dalam menelusuri jalan yang gelap dan sunyi, kami dikejutkan lagi dengan berita yang agak mengejutkan. Perjalanan kami bukan menuju ke ADNIN sebaliknya ke Kuala Lumpur. Kami akan ke sana untuk proses pengedaran risalah. Apalagi yang mampu kami perkatakan selain menerima arahan sebaik mungkin. Tanpa pakaian persalinan, kami tidak rela sebenarnya berada dalam keadaan busuk dan masam sedemikian. Batin menjerit tiada siapa yang tahu. Lorong yang gelap itu diterokai oleh Faiz kerana Ustaz agak keletihan. Beliau juga sudah mula batuk-batuk akibat suara yang digunakan sepanjang hari tanpa henti. Faiz memandu dengan tenang dan penuh berhati-hati di jalan yang berbukit dan punya banyak selekoh itu. Kesunyian malam diselang-seli dengan batukan ustaz yang kian lama kian teruk. Kereta mula membelok ke kanan untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Kereta membelah pekat malam menuju ke sebuah perhentian untuk berehat. Hidayah dan Kak Ana sudah hampir terlelap. Kak Widad masih utuh walau beliau agak keletihan. Mataku seperti biasa akan segar ketika waktu-waktu begini. Esok belum tentu dapat tidur, malam tidak mengantuk pula. Suasana yang kian menghimpit membuatkan aku keluar dari kereta. Kak Widad keluar diikuti dengan Kak Ana. Aku dan Kak widad bercadang untuk ke bilik air, membersihkan diri. Kak Ana yang ingin turut terpaksa membatalkan hasrat kerana Hidayah yang sedang lena diulit mimpi itu sukar untuk dikejutkan. Mungkin terlalu letih kerana seharian bekerja. Setelah membersihkan diri ala kadar, aku dan Kak Widad bergerak ke gerai-gerai yang dibuka untuk mencari makanan ringan. Setelah memilih serba sedikit, kami membeli gula-gula strepsil untuk tekak yang sakit buat Ustaz, tapi huluran kami dibalas sepi dan tidur diulit kembali. Kepenatan melebihi segalanya.

Aku, kak Ana dan Kak Widad tidak dapat melelapkan mata atas ketiadaan tempat untuk merehatkan diri. Kereta telah penuh dan kami terpaksa menjadi pengawal sehingga Ustaz terjaga dan kembali meneruskan perjalanan. Setelah azan Subuh berkumandang, kami berhenti disebuah surau untuk menunaikan solat. Selepas solat, edaran risalah diteruskan untuk semua jemaah yang hadir pagi itu. Pagi itu kami beristirehat di rumah adik Ustaz sebelum mula mengedarkan risalah di sekitar kawasan. Setelah menghabiskan satu tempat ke satu tempat dan dari satu kawasan ke satu kawasan, kami beralih ke masjid Subang. Di situ, kami dihidangkan dengan nasi bungkus buat sarapan. Hari ini Jumaat, jadi Ustaz akan bersolat disitu dan kami pula bakal mengedarkan risalah buat jemaah yang hadir. Sekitar masjid agak meriah dengan pelbagai gerai yang dibuka bagaikan berpesta. Setelah meninjau-ninjau dan membeli sedikit buah tangan, kami beralih ke gerai tadi.

Atas keramahan Mak Cik yang mengenali Ustaz itu, kami dipelawa untuk beristirehat di dalam rumahnya. Dek kepenatan, kami menerima tanpa banyak bicara. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, kami menjengah ke dalam ruang tengah rumahnya. Bahan bacaan yang memenuhi ruang mengaburi mataku. Aku memang hantu buku walaupun aku takut dengan hantu sebenarnya. Bilik yang tersedia untuk kami agak membahang walaupun kipas angin terpasang laju. Entah bila diriku ini terlelap sebelum dikejutkan kerana Ustaz sudah usai menunaikan solat. Mengemaskan lipatan tudung, kami bergegas keluar dan bersiap sedia ke destinasi seterusnya. Tapi bicara Ustaz sekali lagi mematikan semangat. Dua daripada kami diminta untuk berada di situ dan meneruskan promosi. Aku dan Kak Ana bersedia untuk ditinggalkan tapi akhirnya kami semua dibawa naik ke dalam kereta. Lapang rasanya dada kerana kami semua tidak perlu berpisah. Hari yang hampir malam itu kami tiba di sebuah perhentian untuk menunaikan solat.

Dalam perjalanan tadi Ustaz Akhwan telah menghubungi pihak IKIM.fm untuk memaklumkan aktiviti ADNIN menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh bersama duta ADNIN iaitu bekas penyanyi kumpulan Raihan yang kini bergerak solo iaitu Nazrey Johani. Radio yang mendapat liputan luas itu diharapkan mampu memperkasakan promosi Kem kami itu. Pihak metro juga telah menghubungi Ustaz untuk membuat liputan tentang Kem yang bakal dianjurkan. Malam itu kami bertemu dengan seorang pemilik As Solihin Smart School, Pn Norizah Razali. Pertemuan di gerai makan itu membolehkan aku menikmati makanan kegemaran aku Nasi goreng pattaya. Itu sahajalah menu yang mampu aku pilih lantaran tahap kepedasannya yang amat kurang. Kami dibawa melawat di Smart School sebelum bertolak pulang ke ADNIN. Di Smart School juga kami hampir ditinggalkan untuk membuat pengedaran di situ. Tapi Ustaz masih tidak melepaskan kami. Alhamdulillah...

Dalam perjalanan pulang, pelbagai gaya dan teknik pemanduan telah dizahirkan ustaz, dari gaya tidur sehinggalah membawa kereta menggunakan kaki membuatkan kami faham keletihan Ustaz memandu tanpa henti. Kami memujuk Faiz agar menggantikan Ustaz kerana tampak Ustaz keletihan sekali. Faiz akur dan mengambil tempat Ustaz. Dia memandu dalam keadaan tenang manakala Ustaz pula sudah melayarkan bahtera mimpi...
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (14) kEjaDiaN2 (3) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)

♥ Google+ Followers ♥