Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

1
surat dah ada dalam peti

JELLY KELAPA OH JELLY...

banyaknyer jelly...
banyaknyer...
dugaan bulan pose...
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

DIARI QC (PART 3)

04 SEPTEMBER 2008

Hari ni sedih sangat,
Kata-kata bos tu tertusuk kat jiwa nih. Pedih sangat tapi kita kene berfikiran positif. Cuma, semakin lama dipendam, semakin sesak nafas juga rasanya tapi yang penting kita kena senyum. Bila waktu pejabat habis, teman baik ana di pejabat tika itu (Hamizah namanye. hehe) ada menemani ana ke pasar ramadhan di Stadium Kangar kerana tekakku tika itu amat inginkan jelly kelapa, dah lama cari tapi tak jumpa kat perlis nih, harap2 kat pasar ramadhan di stadium tu adala. Naik motor je...

Dalam perjalanan tu, kat atas motor tiba-tiba kata2 bos tadi tu terngiang2 di telinga. Sakit sangat. Apalagi... ana lepaskan tangis semahunya. Waktu tu la hujan turun renyai2. ana doa dalam hati agar Allah kuatkan hati ana sebab kalau nak ikutkan hati nak je ana berhenti keja kat situ, tapi tempat tu la tempat ana mencari rezeki. Jangan jadi kufur nikmat hanya sebab perkara kecil.

Tapi bila fikir2 ana ni yang terlalu berlebih2 dalam segenap hal, betul kata hadis, orang yang banyak cakap, banyak pula salahnya. ana cube muhasabah diri, mungkin betul kata bos tuh. Ape kate bos?
(ni biarlah rahsiye... yang pasti gurauan ana tak kena tempat dan menyebabkan ana disound sebegitu oleh bos. huhu)

Hampir sampai pasar ramadhan, cepat2 ana cover agar teman baik ana tu tak perasan ada sendu di mata nih, ana doa dalam hati, Ya Allah... bagi la ada jelly kelapa tu, moga itu dapat menghibur sikit hati yang duka nih... =)

Alhamdulillah... setelah pusing2. jumpa gak. Rasa nak melompat je waktu tu. Tapi buruk sangat tengah orang ramai2 tu kite melompat. Syukur sangat. Hilang semua duka. Terima kasih Allah kerana membelai hati ini agar kuat. Kuat untuk berdiri dan bekerja lagi keesokkan harinya. Oleh itu, lepas nih, cakap apa yang perlu sahaja dan bergurau apa yang perlu.

Kadang2 ana suka tengok orang sekeliling ana tersenyum dan gembira. Tapi kadang-kadang mungkin ana bergurau tak kena waktu menyebabkan senyuman bertukar tangisan di jiwa. Moga lepas ni berhati-hati dalam setiap hal. Fikir dulu sebelum cakap. Ambil pengajaran dari apa yang berlaku hari ni untuk manjadikan esok lebih baik dari hari nih. INSYA-ALLAH!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

Apa kesudahan cerita DARIKU...?

Buat sahabat-sahabat yang setia mengikuti cerpen "DARIKU..." ana dah stop publish. sambungannya ana dah siapkan tapi limited edition dan ana akan edarkan buat sahabat-sahabat nanti. buat Kak Ana, Hidayah, Kak Widad... moga terus keep in touch...
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

DIARI QC (PART 2)

27 JULAI 2008


Hari ni, bos macam bad mood sket. Kiter plak jangan kacau bos. Sebab, silap gurau leh mengundang padah. Heheh...

Tip nak jadi pekerja yang cemerlang dOnia, cEmerlang AkhiRat...
1. Jangan lawan cakap bos selagi arahannya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T
2. Jangan kacau bos waktu emosinya tidak stabil kerana sebagai insan biasa, bos juga mempunyai kitaran hidup yang bertekanan.
3. Bila bos arahkan kiter wat sesuatu kerja, jangan banyak soal slidik walaupun kadang2 tu bukan tugas kiter, tapi niatkan untuk kebajikan dan ikhlaskan hati.
4. Bila terlalu banyak tugas, jangan bebankan bos dengan masalah kerja kita, SENYUM dan keep on trying... do da best, b da best...
5. Setiap kerja yang kita lakukan haruslah dilakukan dengan semangat yang berkobar2 semoga kiter sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu.
6. JANGAN MERUNGUT!
7. Elakkan bodek bos ok?
8. Yang Halal itu jelas dan yang Haram itu jelas, jadik jangan cuba gunakan cara yang diredhai syaitan dalam setiap perlakuan kita.
9. Kalau bos bad mood..... jangan kacau! Jangan msg! Biar reda dan keadaan yang memperbaikinya. InsyaAllah...
10. Kalau bertambah buruk, cuba gunakan sahabat baik bos kiter untuk meredakannya...
11. Ada banyak lagi nih... heheh

Untuk Bos2 lak... heheh
Sebenarnya, kalau bos ni runsing 97%, lagi 103% kerunsingan itu ditanggung oleh pekerja bawahnyer....

Sebab pe eh?
Sebab pekerja yang akan menjadi serba tak kena, rase keadaan tak selamat, rase nak berhenti kerja, takut kerunsingan bos itu adalah disebabkan kiter atau kerja kiter... kalau dalam bahasa management, work pressure, stress. Jadik, antara employers and employee perlu ada satu interaksi yang baik dalam mendapat satu management system yang kemas.

Apa tu management?
Management is the process of administering and coordinating resources effectively and efficiently in an effort to achieve the goals of the organization...

Kite leh capai satu tahap management yang sempurna andai hubungan bos ngan pekerja sempurna. Ni dari sudut pandangan ana la... hehe

Juga dalam skop atau ruang lingkup kerja yang kecil...

p/s : Buat bos ana kat pejabat tu, heheh... senyum2 selalu...

Bekerja sebaimana kiter idup 1000tahun lagi, dan beribadahlah seolah-olah kita akan meninggalkan donia keesokkannya....


Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

QC BAHAN MENTAH satu pembongkaran

QC = QUALITY CONTROL = KAWALAN KUALITI
Ana pasti semua kilang mempunyai QC yang tersendiri yang mana ianya adalah satu jawatan yang amat penting bagi sesebuah organisasi untuk memastikan produk yang dikeluarkan adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.



Bagi QC Bahan Mentah pula, mereka ni berperanan dalam memastikan bahan mentah yang sampai itu dalam keadaan yang memuaskan dan mengikut kehendak pihak syarikat. Contohnya bagi sebuah kilang yang mengeluarkan produk berasaskan makanan atau minuman, bahan yang sampai sama ada gula, kotak, plastik yang di’order’ mengikut spek yang telah ditetapkan. Jika ada pengujian makmal pula, bacaan yang diambil haruslah bersamaan dengan julat yang telah ditetapkan.

Erm... faham tak?
Sebanarnya, ruang lingkup kerja ini amat menarik untuk dibongkarkan. QC ni dibawah seliaan Research and Development Department (R&D Department). Dalam setiap kerja yang dilakukan oleh QC ini mempengaruhi pengeluaran kepada pelanggan dan mempengaruhi pembelian daripada pembekal. Jadi, tugas QC ni tak boleh dipandang ringan. Ini kerana jika terdapat sebarang aduan daripada pihak pelanggan haruslah ditanggung oleh pihak QC. Jadi kerja yang dilakukan sebelum pengeluaran dilakukan, haruslah teliti dan berhati-hati. Sedikit kecuaian akan mengundang padah. Hehe...

Kalau nasib kurang baik, silap2 leh kene saman. Mana tau, customer makan atau minum keluaran kita sakit perut...? segalanya mungkin...

Jadik, sebelum menjadi seorang QC, anda semua harus mempunyai persediaan mental dan fizikal yang mantop. Mungkin ini bukan kerjaya pilihan bagi graduan2 yang punya kelayakan dalam bidang yang dipilih, tapi bagi yang mengejar pengalaman atau yang sukakan cabaran, let’s try! Tapi yang memang duk mencari keja, tiba2 dapat jawatan tu, persediaan rapi perlu dilakukan...

Apapun kerjaya kita, yang penting kita harus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan amanah. Kerana ketelusan kita dalam melakukan sesuatu menggambarkan peribadi muslim yang terindah kepada musuh Islam yang kian maju menimbusi kejayaan umat Islam amnya. Sukar nak mencari suasana kerjaya yang dipenuhi dengan suasana yang mendidik jiwa nih... tapi ada satu tempat kalau antum/na berminat...

Ana akan kupas lepas ni eh? K, syukran ilaik bagi yang sudi membaca!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

HPA INDUSTRIES SDN BHD



”Kalaulah mereka tahu khasiat herba itu, Nescaya akan mereka tukarkannya dengan ketulan emas”
(Pengarah Urusan HPA Industries SDN BHD, Tn Hj Ismail Hj Ahmad)



Pemerhatian ana atas sebuah syarikat milik bumiputera Muslim ini amat memberi kesan atas kehidupan ana. Selok belok pengurusan yang jarang-jarang ditemui di mana-mana syarikat milik Bumiputera. HPA sememangnya menerapkan ciri-ciri kehidupan Muslim yang sebenar. Sebuah syarikat berteraskan Islam yang murni.

Ana akan ceritakan sedikit buat tatapan sumer tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh HPA Industries nih. Setiap pagi sebelum memulakan tugasan seperti biasa, semua pekerja diwajibkan untuk berkumpul di surau. Agenda yang pertama adalah bacaan mathurat berjemaah. Tujuannya, untuk melatih amalan berzikir dalam setiap saat nafas kita. Amalan yang ringkas ini moga diteruskan walau di rumah. Itu adalah fokus utama selain dari bekerja untuk mencari rezeki dalam meneruskan hidup ini.

”Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji TuhanMu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat”
(Surah Qaaf:39-40)


Usai bacaan, agenda kedua pula adalah Solat Sunat Dhuha. Solat ini diwajibkan bagi semua pekerja dan dilakukan 4rakaat 2salam. Amalan ini juga untuk melatih pekerja bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Segalanya adalah milik Dzat yang menciptakan kita, jadi kita perlu berterima kasih dan mohon dipermudahkan urusan pencarian rezeki yang halal di dunia yang kian mencabar ini. Solat ini juga baik untuk diamalkan sendirian secara istiqomah. Latihan jiwa ini buat anak-anak muda yang kian lupa akan wujudnya Tuhan Yang Esa. Konsep bekerja itu satu ibadah diterapkan secara sempurna di HPA Industries Sdn. Bhd ini.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu
Keagungan itu keagunganMu
Keindahan itu KeindahanMu
Kekuatan itu kekuatanMu
Kekuasaan itu kekuasaanMu
Dan perlindungan itu perlindunganMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Jika rezekiku masih berada di langit maka turunkanlah ia
Jika rezekiku masih berada di dalam bumi maka keluarkanlah ia
Dan jika sukar maka permudahkanlah ia
Dan jika haram maka bersihkanlah ia
Dan jika jauh maka perdekatkanlah ia

Dengan berkat waktu dhuha keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu
Engkau limpahkanlah kepada aku seperti yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh itu...

Indahnya alunan doa itu mampu meresap ke dalam jiwa-jiwa yang sepi. Agenda seterusnya ialah bertadarus mengikut kumpulan-kumpulan yang ditetapkan. Bagi yang mempunyai kelebihan dalam membaca akan membantu sahabat/h yang masih lemah. Itu adalah kunci kekuatan ukhwah sesama pekerja. Hati telah terikat dengan keindahan RabitahNya.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan
Dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu
Jika Kau mentaqdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong...

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini

Moga Kehadiran Syarikat-Syarikat yang mengamalkan gaya hidup Islam ini makin meluas dan menjadi ikutan. Setelah selesai tadarus, semua pekerja barulah memulakan tugas sebagaimana biasa dan akan bertemu kembali di surau pada waktu solat fardhu untuk menunaikan solat secara berjemaah. Pada setiap hari Sabtu pula, kuliah pagi akan disampaikan oelh Ustaz pilihan pihak pengurusan untuk menyuburkan hati dengan baja-baja keimanan. Manakala bagi setiap hari selasa, Ceramah dari Pengurus pentadbiran sendiri yang iaitu Ustaz Ahmad Adnan yang membawakan tajuk-tajuk melalui buku Intisari Iman dan Islam karangan beliau sendiri.


Ini adalah sedikit gambaran mengenai HPA Industries Sdn. Bhd. Sekali setiap bulan pula akan berlansung Kuliah Perubatan Jawi yang mana semua pekerja dari setiap cawangan akan berkumpul si sebuah tempat untuk memperdengarkan ilmu-ilmu perubatan herba dari Pengarah sendiri. Ilmu ini diterapkan agar kita dapat mengetahui khasiat herba dan kepentingan-kepentingannya.

Ayuh sama-sama meriahkab kediaman dengan produk Islam kita...
Radix, mai sechewan....!
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

searching...

ingat nak update blog,
penat2 karang, sekarang baru ada masa nak publish...
tibe2 tertinggal pendrive kat pejabat lak...
ada la tu hikmahnyer...
huhu
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

Rindu sangat…

Rindu sangat suasana indah bersama sahabat…
Dalam mencari redha Ilahi...
Berpegangan tangan tertaut hati menjulang syiar...
Dulu di bumi UiTM kita bersatu...
Kini tiada lagi suara mereka...
Suara jihad memekik ditelinga...
Tiada gemerlapan jalan Islam...
Tinggallah jiwa yang kosong...
Tanpa suntikan semangat syahid...
Rindu sangat...

Setiap pagi dihiasi kejutan untuk berjemaah...
Berqiamullail...
Membaca mathurat...
Kini sendirian...
Mengalun kalimah suci itu…
Pilu dijiwa…
Rindukan belaian Islam...
Beriadhah dalam zikir...
Belajar dalam takbir...
Berjalan dalam berfikir...
Berfikir untukMu ISLAM...
Rindu sangat...

Tiap maghrib dinanti mesra...
Berjemaah bertadarus memeriah suasana...
Menghalau syaitan yang bertakhta dijiwa...
Mengejutkan hati yang terleka...
Mencuit rasa...
Menggenggam hangat sebuah asmara....
Dalam cinta buat yang Esa...
Rindu sangat...

Sahabat,
Rebutlah peluang tika senggang...
Adik-adik,
Teruslah perjuangan kita di bumi UiTM yang tercinta...
Penyambung ceritera wadah perjuangan...
Tinggal daku memendam rasa...
Menunaikan hak untuk keluarga...
Demimu Islam tidak ku lupa...
Andai masih dikandung nyawa...
Syahid jua yang kurindui...
Buat mewangi di syurga nan abadi...
Rindu sangat...

salam JIHAD
Syahid matlamat kita!!!
Allahu Akbar!!!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

FISABILILLAH

Jiwa bergetar tatkala terdengar lagu itu… bagai dilanda tsunami, perasaanku tersentuh... buat pertama kalinya aku mendengar lagu keramat itu... hatiku terpaut...

Aku dah jatuh cinta pendengaran pertama...

Ia bagai terngiang-ngiang di telingaku sepanjang waktu...

Aku kaget sendiri...

Kalimah itu bagaikan amat berpuaka...

Maha Suci Allah...
Allah...
Allah Maha Besar...
Maha Besar...


Juga pada kalimah akhir rangkap kedua terakhir...

Allah Maha Besar...
Maha Suci Allah...
Allah Maha Besar...
Allah...
Allah...

Seruan apakah itu?

Ya Allah...

Gementar seluruh jasad...

Banyaknya dosaku Ya Allah...

Besarnya keagunganMu...

Ampunkan hambamu ini Ya Allah...

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

K.E.R.J.A

makin hari kesibukan di tempat kerja kian membunuh masa ana. makin kalut dengan pelbagai sample yang perlu diuji di makmal membuatkan diri ana kian lama kian stress. tekanan yang melampau boleh membuatkan seseorang menjadi pelupa...

lupa dalam setiap hal...


lupa makan...


lupa tido...


lupa pakai kasut...


lupa tutup pintu...


dan...


erm.....


sebenarnya kerja ana memerlukan pemakaian yang agak teliti dari baju, glove dan juga face mask...


ini untuk mengikuti langkah2 yang telah ditetapkan oleh ISO. etika pemakaian di makmal dan lain2...


walaupun waktu bekerja telah berakhir tapi dengan tugasan yang bertimbun, ana masih meneruskan kerja...


setkan di minda ia adalah sebuah JIHAD...


tambahan pula berkerja di bawah sebuah syarikat ISLAM milikan orang 'kita'...


selepas melihat jam yang jauh merangkak memanggil kelam...


ana memutuskan untuk pulang...


Usai menunaikan solat asar, ditambah dengan hujan yang mengganas, ana teruskan jua langkah untuk pulang ke rumah...


memecut laju motosikal ana dari pejabat menuju ke mata ayer, ana terperasan yang penanda petrol telah mencecah kotak merah...


niat untuk pulang terus dibatalkan dan ana beralih memecut ke stesyen petrol berhampiran pusat meteorology chuping...


tika ana sampai semua mata bagaikan memandang ana...


mungkin keadaan ana yang kebasahan dek hujan yang menyerang...


habis mengisi minyak, ana singgah di pasaraya permata untuk membeli makanan ringan, semua mata juga kelihatan tertumpu pada ana. ada sesetengahnya yang melemparkan senyuman.


"bagus2 la rakyat perlis nih... peramah dan pemurah dengan senyuman..." ana kata dalam hati je...


sampai dirumah, ana sempat berbual dengan umi dan baba ana berhadapan pintu rumah...


sekilas sebelum ana ingin menghidupkan enjin motor untuk disimpan di stor, mata ana terhenti kepada sesuatu yang begitu menarik perhatian di leher ana.....


"ALAMAK!!!"


Sekali Face Mask yang ana pakai di makmal pejabat tadi lupa nak tanggal... huhu


ana dah malu nak kuar rumah start dari tarikh 10 Mei 2008...!!!


huhu....


kenape? kenapela perkara ni jadik kat ana???


huhu.... tension keje ke?


atau ana dah mengalami level kenyanyukan yang siries?


ni la rupe face mask tuh...
Wallahu ta'ala nabiyyu a'alam...
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

PEMBERITAHUAN...

Salam...
juz 2 tell all of u that i've make this blog s my personal blog...
d serius discussion will b transfer to my other next blog...
http://pemburusyahid.blogspot.com
....and any comment can b leave on to pemburu_syahid86@yahoo.com
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

3
surat dah ada dalam peti

...TIMBA IKAN...

Rabu lalu (13 Februari 2008) family ana ngan adik beradik ayah ana berkumpul untuk menimba ikan di kolam hadapan umah ana. ana ingin nak share proses penimbaan ikan secara tradisional yang jatang kita dapat saksaikan zaman sekarang yang kian pudar dek arus kemodenan ini. bukan apa, caranya unik, anapun baru first time tengok... selalunya pengeringan kolam akan dilakukan oleh enjin2 yang dipasang tapi...

yang baju biru tu adik ipar ayah untuk adik yang paling bongsu dan kanan sekali adalah adik ayah yang kedua akhir... perasan tak? timba itu diikat dua tali yang harus ditarik oleh dua pihak... proses menimba ni memang merapatkan ukhwah.... =)

pastu proses berganti-ganti sampai air kolam kering. sekarang yang kanan sekali ayah ana...


bila dah kering apa lagi? masuk dalam selut pekat tu cari ikan... ni u razak ana...


ni plak ayah ana...

ni yang bongsu... selut dalam. adik beradik ayah yang lain tak dapat hadir... jadi kami sahajalah yang bertungkus-lumus mencari ikan. dibantu oleh isteri masing-masing dan ana sorang ja yang dapat hadir. sepupu ana semua bekerja dan ada yang bersekolah... kiranya analah yang termuda kot... hehe

ni hasilnya... subhanallah, besaq-besaq belaka... ni baru separuh... ada banyak lagi...


ni plak sesi merenung kolam... penat...


selepas selesai, kami menjamu selera dan berehat sebelum ikan-ikan dibahagikan...
disebabkan ayah ana yang paling sulung, maka adik2nya relah spakat membuli ayah ana dengan menyuruh beliau yang melakukan pembahagian...

ikan untuk dibahagi...

what the most important things here... air dicincang tak kan putus... hubungan adik bradik yang paling indah adalah di kala sama-sama berduka dan bergembira... tautan hati dengan ikatan ukhwah yang jitu... selamat menjamu selera la nampaknya. waktu ikan-ikan disiang untuk santapan ana tak amik gambo sebab ana geli... sian ikan2 tu nak kena sembelih..










Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

...SejENAk kU tErFikiR...

Dalam mengharungi alam baru dunia teknologi yang mencabar, kita sering lalai dengan kemudahan yang ada tanpa memikirkan jerih perih seseorang. tersedar dari tidur yang panjang, kini ayuhlah bangun kembali menyemarakkan perjuangan melalui sebuah penulisan yang mempunyai daya yang lebih bertenaga.....

Kadang-kadang kita perlu disedarkan... kadang-kadang teguran seorang sahabat di dalam sebuah perjuangan adalah paling bermakna...
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

SIARAN TERGENDALA.....


sALAm PRU... nampaknya tak dapatla ana post anything currently into my blog. monitor komputer ana telah nazak dan meninggal dunia bulan yang lalu. jadi cannot do anything. takkan nak melampiaskan idea2 bernas di cc. mau kopak duit ana... so, wait for the money jatuh dari langit baru ana leh sambar monitor baru... huhu.. im hardly seeking for a job nowadays... wish me a lot of luck k? jangan riso kerana NAHNU ANSORULLAH!!! TAKBIR!!!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

SALAM HIJRAH 1429

Moga dengan melangkahnya kita ke tahun baru ini mampu untuk menyuntikkan semangat jihad yang kian berkobar-kobar...

tingkatkan amal, pasakkan semangat jihad yang lebih menyala, marak tanpa padam...

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)