Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

0
surat dah ada dalam peti

Apa kesudahan cerita DARIKU...?

Buat sahabat-sahabat yang setia mengikuti cerpen "DARIKU..." ana dah stop publish. sambungannya ana dah siapkan tapi limited edition dan ana akan edarkan buat sahabat-sahabat nanti. buat Kak Ana, Hidayah, Kak Widad... moga terus keep in touch...
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

DIARI QC (PART 2)

27 JULAI 2008


Hari ni, bos macam bad mood sket. Kiter plak jangan kacau bos. Sebab, silap gurau leh mengundang padah. Heheh...

Tip nak jadi pekerja yang cemerlang dOnia, cEmerlang AkhiRat...
1. Jangan lawan cakap bos selagi arahannya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T
2. Jangan kacau bos waktu emosinya tidak stabil kerana sebagai insan biasa, bos juga mempunyai kitaran hidup yang bertekanan.
3. Bila bos arahkan kiter wat sesuatu kerja, jangan banyak soal slidik walaupun kadang2 tu bukan tugas kiter, tapi niatkan untuk kebajikan dan ikhlaskan hati.
4. Bila terlalu banyak tugas, jangan bebankan bos dengan masalah kerja kita, SENYUM dan keep on trying... do da best, b da best...
5. Setiap kerja yang kita lakukan haruslah dilakukan dengan semangat yang berkobar2 semoga kiter sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu.
6. JANGAN MERUNGUT!
7. Elakkan bodek bos ok?
8. Yang Halal itu jelas dan yang Haram itu jelas, jadik jangan cuba gunakan cara yang diredhai syaitan dalam setiap perlakuan kita.
9. Kalau bos bad mood..... jangan kacau! Jangan msg! Biar reda dan keadaan yang memperbaikinya. InsyaAllah...
10. Kalau bertambah buruk, cuba gunakan sahabat baik bos kiter untuk meredakannya...
11. Ada banyak lagi nih... heheh

Untuk Bos2 lak... heheh
Sebenarnya, kalau bos ni runsing 97%, lagi 103% kerunsingan itu ditanggung oleh pekerja bawahnyer....

Sebab pe eh?
Sebab pekerja yang akan menjadi serba tak kena, rase keadaan tak selamat, rase nak berhenti kerja, takut kerunsingan bos itu adalah disebabkan kiter atau kerja kiter... kalau dalam bahasa management, work pressure, stress. Jadik, antara employers and employee perlu ada satu interaksi yang baik dalam mendapat satu management system yang kemas.

Apa tu management?
Management is the process of administering and coordinating resources effectively and efficiently in an effort to achieve the goals of the organization...

Kite leh capai satu tahap management yang sempurna andai hubungan bos ngan pekerja sempurna. Ni dari sudut pandangan ana la... hehe

Juga dalam skop atau ruang lingkup kerja yang kecil...

p/s : Buat bos ana kat pejabat tu, heheh... senyum2 selalu...

Bekerja sebaimana kiter idup 1000tahun lagi, dan beribadahlah seolah-olah kita akan meninggalkan donia keesokkannya....


Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

QC BAHAN MENTAH satu pembongkaran

QC = QUALITY CONTROL = KAWALAN KUALITI
Ana pasti semua kilang mempunyai QC yang tersendiri yang mana ianya adalah satu jawatan yang amat penting bagi sesebuah organisasi untuk memastikan produk yang dikeluarkan adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.



Bagi QC Bahan Mentah pula, mereka ni berperanan dalam memastikan bahan mentah yang sampai itu dalam keadaan yang memuaskan dan mengikut kehendak pihak syarikat. Contohnya bagi sebuah kilang yang mengeluarkan produk berasaskan makanan atau minuman, bahan yang sampai sama ada gula, kotak, plastik yang di’order’ mengikut spek yang telah ditetapkan. Jika ada pengujian makmal pula, bacaan yang diambil haruslah bersamaan dengan julat yang telah ditetapkan.

Erm... faham tak?
Sebanarnya, ruang lingkup kerja ini amat menarik untuk dibongkarkan. QC ni dibawah seliaan Research and Development Department (R&D Department). Dalam setiap kerja yang dilakukan oleh QC ini mempengaruhi pengeluaran kepada pelanggan dan mempengaruhi pembelian daripada pembekal. Jadi, tugas QC ni tak boleh dipandang ringan. Ini kerana jika terdapat sebarang aduan daripada pihak pelanggan haruslah ditanggung oleh pihak QC. Jadi kerja yang dilakukan sebelum pengeluaran dilakukan, haruslah teliti dan berhati-hati. Sedikit kecuaian akan mengundang padah. Hehe...

Kalau nasib kurang baik, silap2 leh kene saman. Mana tau, customer makan atau minum keluaran kita sakit perut...? segalanya mungkin...

Jadik, sebelum menjadi seorang QC, anda semua harus mempunyai persediaan mental dan fizikal yang mantop. Mungkin ini bukan kerjaya pilihan bagi graduan2 yang punya kelayakan dalam bidang yang dipilih, tapi bagi yang mengejar pengalaman atau yang sukakan cabaran, let’s try! Tapi yang memang duk mencari keja, tiba2 dapat jawatan tu, persediaan rapi perlu dilakukan...

Apapun kerjaya kita, yang penting kita harus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan amanah. Kerana ketelusan kita dalam melakukan sesuatu menggambarkan peribadi muslim yang terindah kepada musuh Islam yang kian maju menimbusi kejayaan umat Islam amnya. Sukar nak mencari suasana kerjaya yang dipenuhi dengan suasana yang mendidik jiwa nih... tapi ada satu tempat kalau antum/na berminat...

Ana akan kupas lepas ni eh? K, syukran ilaik bagi yang sudi membaca!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

HPA INDUSTRIES SDN BHD



”Kalaulah mereka tahu khasiat herba itu, Nescaya akan mereka tukarkannya dengan ketulan emas”
(Pengarah Urusan HPA Industries SDN BHD, Tn Hj Ismail Hj Ahmad)



Pemerhatian ana atas sebuah syarikat milik bumiputera Muslim ini amat memberi kesan atas kehidupan ana. Selok belok pengurusan yang jarang-jarang ditemui di mana-mana syarikat milik Bumiputera. HPA sememangnya menerapkan ciri-ciri kehidupan Muslim yang sebenar. Sebuah syarikat berteraskan Islam yang murni.

Ana akan ceritakan sedikit buat tatapan sumer tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh HPA Industries nih. Setiap pagi sebelum memulakan tugasan seperti biasa, semua pekerja diwajibkan untuk berkumpul di surau. Agenda yang pertama adalah bacaan mathurat berjemaah. Tujuannya, untuk melatih amalan berzikir dalam setiap saat nafas kita. Amalan yang ringkas ini moga diteruskan walau di rumah. Itu adalah fokus utama selain dari bekerja untuk mencari rezeki dalam meneruskan hidup ini.

”Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji TuhanMu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat”
(Surah Qaaf:39-40)


Usai bacaan, agenda kedua pula adalah Solat Sunat Dhuha. Solat ini diwajibkan bagi semua pekerja dan dilakukan 4rakaat 2salam. Amalan ini juga untuk melatih pekerja bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Segalanya adalah milik Dzat yang menciptakan kita, jadi kita perlu berterima kasih dan mohon dipermudahkan urusan pencarian rezeki yang halal di dunia yang kian mencabar ini. Solat ini juga baik untuk diamalkan sendirian secara istiqomah. Latihan jiwa ini buat anak-anak muda yang kian lupa akan wujudnya Tuhan Yang Esa. Konsep bekerja itu satu ibadah diterapkan secara sempurna di HPA Industries Sdn. Bhd ini.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu
Keagungan itu keagunganMu
Keindahan itu KeindahanMu
Kekuatan itu kekuatanMu
Kekuasaan itu kekuasaanMu
Dan perlindungan itu perlindunganMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Jika rezekiku masih berada di langit maka turunkanlah ia
Jika rezekiku masih berada di dalam bumi maka keluarkanlah ia
Dan jika sukar maka permudahkanlah ia
Dan jika haram maka bersihkanlah ia
Dan jika jauh maka perdekatkanlah ia

Dengan berkat waktu dhuha keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu
Engkau limpahkanlah kepada aku seperti yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh itu...

Indahnya alunan doa itu mampu meresap ke dalam jiwa-jiwa yang sepi. Agenda seterusnya ialah bertadarus mengikut kumpulan-kumpulan yang ditetapkan. Bagi yang mempunyai kelebihan dalam membaca akan membantu sahabat/h yang masih lemah. Itu adalah kunci kekuatan ukhwah sesama pekerja. Hati telah terikat dengan keindahan RabitahNya.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan
Dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu
Jika Kau mentaqdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong...

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini

Moga Kehadiran Syarikat-Syarikat yang mengamalkan gaya hidup Islam ini makin meluas dan menjadi ikutan. Setelah selesai tadarus, semua pekerja barulah memulakan tugas sebagaimana biasa dan akan bertemu kembali di surau pada waktu solat fardhu untuk menunaikan solat secara berjemaah. Pada setiap hari Sabtu pula, kuliah pagi akan disampaikan oelh Ustaz pilihan pihak pengurusan untuk menyuburkan hati dengan baja-baja keimanan. Manakala bagi setiap hari selasa, Ceramah dari Pengurus pentadbiran sendiri yang iaitu Ustaz Ahmad Adnan yang membawakan tajuk-tajuk melalui buku Intisari Iman dan Islam karangan beliau sendiri.


Ini adalah sedikit gambaran mengenai HPA Industries Sdn. Bhd. Sekali setiap bulan pula akan berlansung Kuliah Perubatan Jawi yang mana semua pekerja dari setiap cawangan akan berkumpul si sebuah tempat untuk memperdengarkan ilmu-ilmu perubatan herba dari Pengarah sendiri. Ilmu ini diterapkan agar kita dapat mengetahui khasiat herba dan kepentingan-kepentingannya.

Ayuh sama-sama meriahkab kediaman dengan produk Islam kita...
Radix, mai sechewan....!
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

searching...

ingat nak update blog,
penat2 karang, sekarang baru ada masa nak publish...
tibe2 tertinggal pendrive kat pejabat lak...
ada la tu hikmahnyer...
huhu
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (12) kEjaDiaN2 (3) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)

♥ Google+ Followers ♥