Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

0
surat dah ada dalam peti

[aYaH...]

"Dikwa balik sat mak... t nak bli ubat batuk sama..." aku menggalas beg meninggalkan perkarangan wad yang menempatkan ayah.
~______________________________~

"Ish... tak tahan dah ni... kena panggil ambulans jugak ni..." ayah berkata perlahan kepayahan.

"Xleh tahan sikit lagi ka? tunggu sanisah balik putrajaya dulu..." Mak memujuk lembut. Bas aku dijadualkan bertolak 10 pagi keesokkan harinya... Tapi memandangkan keadaan ayah yang tenat, aku rasa begitu berat untuk pulang ke Putrajaya.

"Takpe la mak, telefonla, tengok ayah penat tu. dikwa ingat nak tangguh ja balik. tak seronok jugak balik Putrajaya dengan ayah macam ni." aku membisikkan perlahan ke telinga ibu.

"Xpaka... dah banyak kali tangguh. cuti habis satgi..."

"Xpa..."

Panggilan kecemasan akhirnya dibuat... jam ketika itu menunjukkan pukul12.30 tengah malam... memasuki tarikh baru 4hb Mei 2009... Isnin...

Ambulans tiba 15minit kemudian dan ayah diusung memasuki ambulans. Mak, aku dan adik sepupu mengejar ambulans dengan kereta milik paksu... kami berkampung di sana semalaman sehingga pagi dan ayah ditempatkan di wad yang sama dengan wad yang dia pernah duduk sebelum ni.

Hampir setiap hari aku mengurut kaki ayah. aku tahu dia kelenguhan. kulihat matanya yang kian redup. alat bantuan pernafasan langsung tidak dapat ditanggalkan. ini bermakna keadaannya lebih teruk dari sebelum ini.

~________________________________~

Sejak ayah dimasukkan ke wad. batuk aku kian teruk. bimbang jugak mengganggu pesakit lain termasuk rehat ayah. aku ke farmasi membelikan gel pahit untuk tekak. aku pulang ke rumah sebentar untuk melihat keadaan rumah. Maksu dan Maktih setia menjaga rumah. aku berkejar kembali ke hospital. perasaan yang kurasa pada ketika ini, aku tidak sanggup berpisah lama dengan ayah...

Tiba di dalam lif, aku menerima panggilan kecemasan dari ibu. menyuruh aku segera naik. tiba di sisi ibu. ku lihat ayah tidak membuka mata... ku intai melalui tirai yang menghadang pandangan awam. ku lihat doktor dan jururawat bertungkus lumus mengejutkan ayah. nadi kian menurun. aku gentar tidak terkata. kulihat perut ayah... tidak bergerak. menandakan tiada pergerakan nafas... ayah....

doktor menemui ibu... menyatakan kemungkinan ayah tidak dapat diselamatkan... dia juga meminta kebenaran untuk membuat tekan pernafasan. ibu tidak membenarkan... doktor arahkan ibu agak membisikkan kalimah Allah di telinga ayah. pada ketika itu aku ketahui ayah akan meninggalkan aku buat selamanya... ibu tidak kuat... aku mengambil alih tugas itu. aku tidak tahu dari mana kekuatan itu datang... aku dekatkan bibir ke telinga ayah...

"Ayah.... ingatlah Allah... Allah... Allah... Lailahaillallah..." kusebut berulang kali sehingga doktor mengesahkan waktu kematian 7.20malam... malam keberkatan... malam jumaat... malaikat telah membawa roh ayahanda tercinta menemui Zat yang Esa... DaripadaNya dia datang dan kepadNya dia kembali... kubisik lagi ke telinga ayah...

"Bergembiralah disana di bawah jagaan Allah yang Esa... tunggu dikwa akan menyusul ke sana juga nanti... tunggu ye ayah... dikwa sayang ayah..." dahi ayah kukucup... sejuk...


~I LOVE U AYAH~

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)