Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

14
surat dah ada dalam peti

penat yang membahagiakan~

p/s : entri kali ni panjang jugakla ... bicara hati

Setelah Setahun usia perkahwinan kami , baru dua bulan ni puan eeiyss bercuti dan menjadi suri rumah sepenuh masa , suatu pengalaman yang menarik untuk dikongsi . Pada mulanya puan eeiyss sangat menanti - nantikan saat bergelar suri rumah sepenuh masa ni . Al - maklumlah , puan eeiyss bekerja , sekang cuti bersalin anak pertama , masih berbaki cuti lagi sebulan sebelum memulakan tugas kembali di opis .

Dalam mengharungi sebuah suasana baru dalam perkahwinan kami , iaitu kehidupan bersama permata hati nur 'aisya humaira . Puan eeiyss sedar  , kepenatan berada di rumah sangat berbeza dengan kepenatan berada di pejabat . Kita memerlukan lebih - lebih banyak tenaga dan kekuatan mental dalam melakukan semua tugas - tugas di rumah berbanding di pejabat . Puan eeiyss akui sekarang keletihan ibu puan eeiyss menyediakan keperluan - keperluan kami sekeluarga patut dihargai . ( bukan tidak hargai sebelum ini , hargai dalam pada masa yang sama merasai kepenatan beliau alami ) .

Bukan suatu perkara mudah sebenarnya , menjaga anak , mengemas rumah , membasuh pakaian , menyidai di ampaian , mengutip baju - baju yang dah di basuh , memasak , memikirkan menu untuk di masak , melipat baju , mengemas dll . Kadang - kadang puan eeiyss pun rasa nak menjerit bila melakukan semua perkara tu di siang hari , malam pulak myra tidak mahu melelapkan mata . Pengorbanan yang sangat perit . Puan eeiyss menangis ! Dalam hati , ya ALLAH , kuatnya insan bernama perempuan yang dapat menguruskan rumahtangga dengan senyuman . Takbir !

Di sinilah peranan suami , walaupun dia berada di pejabat , tidak melihat kepenatan kita menguruskan rumah , SATU SMS CINTA mampu menghilangkan semua kepenatan kita . Hargailah isteri - isteri anda . Jika pulang ke rumah lewat malam , beritahulah isteri di rumah tentang masalah - masalah yang di hadapi , pulang dengan senyuman dan ciuman . Allahu Akbar ... berbahagialah mereka . Tips mudah untuk rumahtangga sejahtera .

Puan eeiyss terkenang kisah anakanda Rasulullah S.A.W : FATIMAH AZ - ZAHRA

Suatu hari, Fatimah telah meminta suaminya Saidina Ali k.w. supaya menemui Rasulullah SAW dan meminta jasa baik Baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah mereka.

Rasulullah SAW bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik Baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan Baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dilaksanakannya.

Pada sebelah malamnya Baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: “Apakah kamu berdua (Ali dan Fatimah) suka kepada pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta pada siang hari tadi?”

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah SAW menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali setiap hari sebelum tidurnya.

Semenjak itu wirid yang diajarkan oleh Rasulullah SAW telah menjadi amalannya dan suaminya. Hasilnya Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Pilihan di tangan kita sebenarnya . Nak merungut , membebel atau SYURGA!
Puan eeiyss kena baca banyak berusaha untuk memantapkan lagi jati diri . Tambah - tambah jadi ibu di usia muda ni . ( muda lagi kah puan eeiyss ni ? hehe ) . Tengs kepada incik suami yang banyak bersabar dengan bebelan puan eeiyss ( bebelan melalui sms kalau tertekan sangat ... sian enchek suami ... ) walau sibuk tapi mampu membuatkan puan eeiyss sangat bahagia .

~LUV U ABANG~

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

14 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

Aine Ainun Aine Ainun said...

Betul la eiss, da kawin baru saya sedar...dulu mak kita buat semua ni...dengan anak yg ramai....

Kkdg, bila hb tlg rasa lega siket..

Kkdg saya kata..penatnya....
Kalo ada anak nanti camana la pulak..... Tapi, inilah pengalaman indah;)

Unknown Unknown said...

semoga berbahagia hingga ke syurga sis..semoga menjadi ibu mithali dan isteri yg solehah..amin..dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil..Allah sentiasa mendengar luahan hati hambanya..sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui :)

.........cP~ .........cP~ said...

Macam best je kan? Semoga jadi isteri, ibu dan wanita terbaik di sisi Allah.

Deru Ombak Deru Ombak said...

Salam Is...
Kalau x alami sendiri mmg tak tau Is...
Neway.. So sweet..

Kancil 8349 Kancil 8349 said...

nanti akan senang sebab dah biasa

Lia Irdelia Lia Irdelia said...

hati saya tersentuh baca...
pengalaman yang dilalui setiap wanita dalam menguruskan rumahtangga,..

:)

Cikgu Ma Cikgu Ma said...

sangat teringin berkeluarga..tp belum ada rezeki...moga bahagia hingga ke syurga =)

Unknown Unknown said...

jadilah wanita serta isteri yg solehah

adarain adarain said...

Semoga menjadi Isteri Yang solehah.AMIN..
Tahniah dapat baby..haha

zareliqa afiqa zareliqa afiqa said...

Moga berkekalan hingga akhir hayat yer :)
Bestnyer..^^

Zehan Ilyana Zehan Ilyana said...

sebenarnya jadi seorang suri rumah sepenuh masa ni lebih penat dari bekerja di pejabat..:)
saya sangat mengagumi wanita2 yg mampu menjadi suri rumah..:D
akak, moga akak dan inche suami bahagia hingga syurga..:)

Jendela Hati Jendela Hati said...

ye betul, penat yang membahagiakan

Anonymous said...

moge bahagia dgn suami tercinta..=)

Anyyss Shuhaimi Anyyss Shuhaimi said...

saya nak syurga! moga bahagia hingga di akhirat sana :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)