Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

23
surat dah ada dalam peti

Aidilfitri 1433H nan indah ;) episod 2

p/s: entri ini panjang ( sebuah catatan memori kami )

Hari Raya

Pagi-pagi raya tu, kami tak pi solat, babah humaira ja yang pi, huuu~ mak tak sihat, selsema+sakit gigi, puan eeiyss jaga siMerah, pagi tu la baru buh (letak) kuih raya dalam bekas, tapi tak leh hidang kat atas meja, siMerah tengah aktif, jadi xport meja tinggi sikit untuk letak... nanti bila orang datang baru angkat (^___^)

Babah humaira balik tu, kitorang listkan bahan-bahan basah nak beli, tomato, timun, salad, dll untuk hidangan nasik ayam tu, sebelum keluaq beli, sempat beraya rumah jiran yang sebuah tu, lepas tu terus keluaq takut nanti barang takdak dah kat nat (pasar pagi), tapi rupanya nat mana ada orang bukak pagi-pagi raya ni, hahai! pastu baru tengat, kat pasaraya cmart kan ada, ok! haluan diubah kerumah ibu mertuaku (bonda babah humaira la.. hohoh) pi beraya sana dulu.. sembang2 sat, sebelum kami keluaq dekat pukui12 dahpun, menuju nun ke arau, bandar diraja perlis. Destinasi: CMART



sampai ja... cmart T . U . T . U . P ! erk!



Takpa, ada the store (kat perlis ni, dua tu ja la yang popularpun.. huu~) sampai sana, sama jugak... TUTUP!

Tapi tengok kat depan macam penuh warga siam duk melepak, duk sat, ada orang tolak baju2 ke dataran the store tu, ahah! kami pun pi tengok-tengok.. ada notis, RAYA PERTAMA BUKAK PUKUI 1.00 PETANG - 10 MALAM...

Alhamdulillah!

Masuk dalam bila dah bukak, apapun takdak, sayuq ka apa, ada la yang layu2.. ada timun ja, beli timun, ngan kentang... nak buat sup... tu ja yang ada... tu la, len kali buat perancangan betui2 na... gelabah!

"sempat ke babah, nak msg bagitau kawan2pun tak berani lagi... uhuk3"

"Sempat, balik satgi kita buat teruih, msg soh depa mai petang"

Antara perbualan puan eeiyss ngan babah humaira dalam qeta nak balik umah, siMerah pulak sibuk nak pegang yang nu, yang ni dalam qeta tu, mengah jugak dibuatnya.. hehe

Sama pegang siMerah, sama hantaq msg hari raya + jemput mai umah petang ni... hohohoho!

cekap!

cepat!

mesra sms!

Ada orang kol babah teruih...

"kami nak pi rumah hang ni!" Kawan2 babah dah nak serbu... maklumla dah tengahari, cari rumah yang ada nasik la, babahpun baru je msg kawan2 mai makan nasik ayam petang ni...

"awainya? hang pi la umah yus dulu...haha" babah relax je...

"apa? yus pun nak pi umah aku?" erk!

"boleh, hampa nak mai, tapi aku tak buat lagi, kalau petang ada la..."
"hmmm..ok2"
"awat babah? depa nak pi rumah dah ka? puan eeiyss kalut tanya lepas babah humaira sudah cakap tu....

"hmmm... depa dah nak sampai kat rumah dah..."

"awat tak suruh mai lewat sikit, xdan nak makan satgi?

"tau depa kata apa?"

"NI KAN DAH PETANG?!" adoiiii! haha

Sikit lagi nak sampai rumah, kawan sms (wife kepada yus, kawan babah humaira)

[ aku nak pi rumah ang ni ]

'HAHA! mai la kawan2ku... adoiii....'
Lepas tu dapat lagi sms dari kawan opis pulak..
[boleh mai pukui bopa?]
Yang ni sejuk sikitkan, tanya dulu.. keh3 (teman opis merangkap teman blogger ~~CoLouR Of LiFe~~)
 "babah, kak nani msg, tanya boleh mai kui bopa.. nak jawab gena?" kena tanya babah humaira la sebab dia yang nak masak.. ehhehe (^___^)

"Habaq kat dia kata erm... pukui 3"

"ok" sms balas dah kasi.. jeng3!

Sampai rumah, penuh orang depan rumah, bukan takat rumah, keta, muto.. tedia! hohohoho

Bagi salam, panggil mak, sebab dia tak sihat, dia baring2, tak sedaq ada orang mai penuh depan rumah, kami kalut selepas melangkah masuk dalam rumah, sedia apa yang patut je, sebab nasik ayam kompom tak sempat buat. Ayam dah perap, tinggai nak goreng, tapi nasi, sos buat sendiri, kicap buat sendiri, sup, tak buat lagiks... jadi, puan eeiyss potong kek lapis horlicks yang mengancam tu (saja layuq sebab takdak gambaq.. kalau ada, segan pulak, warna takbopa nak nampak lapisnya.. sebab lebih kurang ja... tengok dalam buku jadi comeija.. hhoho) dengan kek cheese, pastu potong ketupat, buh rendang, buat ayaq.. pi sembang2.. hehe

sembang.... punya sembang... punya sembang.. dah pukul3! teeeeeeettttttt! jeling2 kat babah... ehem3. Babahpun nak wat gena lagi, dia pun sambil dukung siMerah, sambil pi bukak api kat dapuq, nak goreng ayam dulu...bukak api slow.... ehem3... mai ke ruang depan, sembang2 lagiks... hoohhohohoooiiii! (^____^)

Seb bek la kak nani pun takmai pukui3 tepat, semua kengkawan pakat balik pukul3.30 lebih camtu jugak... babah kalut pi masak nasik dulu... sama masak nasik, buat sos jugak, pastu dengaq bunyi msg dalam beg puan eeiyss.. tepat kui4.04pm... pada masa dan waktu yang sama, dua orang kawan kata nak mai.. satu dari kak nani tadi, satu dari teman sekolah menengah yang sangat rapat... balas pendek je untuk dedua, ok! pastu sambunng basuh pinggan dan sediakan bekas nak isi makanan.. huh!

Lebih kurang4.30petang, dua2 keluarga sampai jugak pada masa yang sama... wah!

"sempat ke babah?"

"nasik dah masak, tinggai sup ngan kicap, sempat2..." masiing-masing kalut, mak ngan siMerah yang menyambut dulu, kami berdua sibuk didapur sampaila kawan rapat menjenguk ke dapur...

"orang nak mai sembang ngan dia.. ih... ada apa aku boleh tolong?"  Masing-masing hanya mampu senyum.. adoiiii! puan eeiyss sangat gelabah! babah humaira menten... hampir pukui5 jugak baru leh hidang dan makan! kami tak makan tengahari lagiks.. huuuuu~

Sembang-sembang, depa pun balik, asa macam nak pengsan! tapi best! haha

Baru nak duduk lepas kemas apa patut, ada lagi yang bagi salam, jiran-jiran sekampung pulak, makan2 sambil bertambah lagik dengan sedara jauh baru sampai pulak.. bertali arus! sampai maghrib... malam? pi rumah ngah, keluaq jugak.. tak kira! haha... nak jugak beraya...

Sampai sana macam ada orang, tapi kol rumah tak angkat (bukan reti nak bagi salam kan? haha) kami balik macam tu je... terus pi rumah kawan pulak, sebab dia jemput bersungguh.. makan2 dan balik tiduq! Zzzzzzz

~Habis episod raya PERTAMA kami~

gambaq??? mana sempat nak tangkap! kalut! wawawawawa!

Jom layan gambaq siMerah ja la ye?

~dengan maktok~
~baju tokngah kasik~timacih tokngah.. sudi buat baju untuk siMerah
~putu kacang! nyum2~
~nyum2... sedapnya~
~duk atas meja dengan gaya orang kaya~ kat umah toknyang jah (jiran sekampung)
~suka sungguh wat mulut camtu... senyumpun buat camtu.... haha! alahai siMerah~
~mulut tu.. mulut... hehe~
SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA
MAAF ZAHIR&BATIN

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

19
surat dah ada dalam peti

Aidilfitri 1433H nan indah ;) episod 1

p/s: entri ini panjang ( sebuah catatan memori kami )

Sebelum Raya

Puan eeiyss amik cuti awai kali ni, sebelum ni, amik cuti lepas raya, kali ni, lepas raya tak amik, sebab tahun lepas, babah humaira tak dapat cuti panjang, alih-alih tahun ni dia dapat cuti panjang pulak, tapi takpala, nak buat macam mana. Sebab apa puan eeiyss amik awai? sebab tahun ni, ada siMerah Humaira, jadi, tak terkemas+buat kuih raya last-last minit macam dulu, kena prepared awai sikit, biasa la, kita buat qeja, siMerah yang 'rajin' tu akan menolong.. tak sabaq nak raya! sebab raya pertama kalinya dengan siMerah (^___^)... dulu dia ada jugak, tapi dalam 'rahim' tercinta... tahun ini merupakan tahun kedua beraya bersama babah humaira. Alhamdulillah 

Siang kami buat operasi mengemas rumah ja, malam waktu babah humaira ada, kami buat kuih raya, tak banyak mana puan eeiyss buat, sebab tak larat! haha. Semua babah humaira yang buatkan, pagi-pagi lepas sahur+solat subuh 16ogos12 tu, mak dah sibuk dengan adunan loyang/goyang/kuih ros dia, lepas tu stat menggoreng, puan eeiyss sambung qeja mak bila dah nak dekat habis dah adunan tu, hehe (tertidur dengan dak tecik tu) upsss~

[ sepatutnya g a m b a q kuih loyang tapi xsnap lagiks... ganti ngan gambaq siMerah kacau babah edisi 1 ]


Malam pulak tolong babah buat kuih kapai tobang, till midnite la bila stat dah lewat... mula2 babah buat sorang-sorang ja kat dapuq tu, puan eeiyss duk tunggu siMerah tera (sementara) dia nak tiduq, bila dia dah tiduq baru puan eeiyss pi tolong. Tolong goreng ja pun... banyakla jugak dapat, lepas tu puan eeiyss tertiduq kat dapuq sementara tunggu babah humaira mesin gula bagi haluih. tengok2 dah siap ja dah, mak gerak masuk tiduq dalam bilik... hahai! letih.. orang kalut buat ibadat, kami kalut buat kuih, awai2 tak dan (tak sempat) nak buat.

 [ sepatutnya g a m b a q kuih kapai tobang tapi xsnap lagiks... ganti ngan gambaq siMerah kacau babah edisi 2 ]


Pagi 17ogos12 pulak, baru pi cari daun palas. Mak la yang pi cari ngan maksu (adik mak), puan eeiyss duk umah jaga siMerah. Bila mak balik je, kitorang bukak daun palas nak wat ketupat esok. siMerahpun sibuk menolong... alahai anak mama

[ sepatutnya g a m b a q siMerah buat ketupat palas tapi xdan edit lagiks... ganti ngan gambaq siMerah kacau babah edisi 3 ]

Pandang-pandang...Jeling-jeling

Tengahari pi amik kuih putu kacang yang dah ditempah, sebab ada satu tempahan dari teman opis yang sarat mengandung tu, kalau tak amik hari ni, takut tak sempat hantaq pulak kat rumah dia, kat jelempuk, kedah, kalau hari ni, leh pi opis hantaq lagi. Nasib baik, kuih tu dah siap. Terus puan eeiyss hantaq sms kat teman opis kata nak pi hantaq, dia gitau kata rini boleh balik pukui3, teruih hantaq sms pulak kat babah humaira suh balik amik puan eeiyss pi hantaq putu kacang kat dia. babah amik half day jumaat ni, dekat kui3 baru dia sampai rumah, terus pecut pi opis. Sampai kui3.10.. Dia ngan hubby dia dah duk tunggu dalam qeta.. alamak!

Petang dah babah humaira ada, kami pulun wat kuih semprit pulak, mula2 adunan mak buat, salah teknik, hancuq sket... lamaaaaaaaaa dah tak buat, malam babah humaira sambung buat adunan lain, ikut buku masakan, menjadiks... ahaks! (^___^)

Pagi-pagi lepas sahur 18ogos12, dengaq bunyi burung hantu... seram pulak.. keh3

Lepas tu dapat panggilan tepon dari sedara babah humaira maklum ada kematian, bapa saudara sebelah mak babah humaira, jantung... alFATIHAH~ sehari sebelum raya, moga mereka tabah, kami punya plan pagi tu untuk membeli daging diperketatkan lagi untuk memberi laluan nak ke kedah pulak menziarah kematian... Pukul7.30 tu, dukung siMerah yang masih tidur, ke dalam kereta untuk bertolak ke nat (pasar pagi), pi lewat satgi takut tinggai daging tak segar... cadangnya raya ni nak buat nasik ayam. Jadi misi sekarang nak cari daging ngan ayam.

Sampai je, parking dah penuh, walaupun masih awai.. nak raya kan... sesak... tapi dapat jugakla daging+ayam, hampir8.30 semua benda dah siap. sayuq apa tak dan beli dah, takleh nak pikiaq apa, sesak sangat orang...

8.30pagi 18ogos12 dapat sms dari teman opis yang amik putu kacang semalam tu.. ingat lagi dak? scroll balik ceta kat atas.. musti skip ni? ehehhehe~ sms dia sepertimana di bawah ni:

v

v

v

[salam..kak dh slmt bsalin bby boy 2.95kg @ 6.05 pg tau..syukur Alhamdulillah]

Baby nak sambut raya, seb bek dan (sempat) hantaq putu kacang.. adoiiii.. mabruk2! sukanya puan eeiyss dengaq... 

ni gambaq yang puan eeiyss snap, masa pi melawat kat umah dia~geram rasa nak chubet2 je, tecik je... alahai.... [danial afif] betui kot eja gitu nama anak dia.. anak kedua, anak pertama dania alisya dah 6tahun.. ni pun tatau betui ka dak eja nama.. ampun na kak ila.. hoho

Balik umah, terus siap-siap nak pi mengunjung pulak, tak sempat tolong mak buat ketupat, maaf na mak, balik satgi kalau sempat, puan eeiyss tolong... huuu~

Bertolak, sampai umah saudara babah humaira dah hampir pukul10, masih belum dikebumikan, kami sempat menatap wajah terakhir arwah pakdak... Selepas jenazah dibawak ke perkuburan untuk disemadikan, dalam pukui 11pagi lebih jugakla, kami bertolak balik dulu, siMerahpun dah merengek2... kepanasan... jadi balik dah hampir pukul12 tengahari, sampai kat kangaq, singgah beli minyak bijan dll bahan untuk nasik ayam yang masih tak pasti nak buat hari raya pertama atau kedua tu, beli barang-barang puan eeiyss yang ngidam nak buat kek lapis horlick macam kat dalam buku resepi tu, ahaks!

Sampai umah, mak dah siapkan semuanya, tak sempat nak melawat kak ila kat wad, lagipun petang tu katanya dah boleh balik, sebab takdak masalah apa-apa.. alhamdulillah... Malam tu, masih tak pasti nak buat nasik ayam hari raya pertama atau kedua, last2 minit, ambik keputusan buat hari raya pertama sebab hari raya kedua ramai yang berpuasa (^___^) kalut! Puan eeiyss sibuk buat kek lapis horlick tu... (gambaq kek lapis tu mang tak sempat tangkap satu pun, habis! hohoho... sebab hari raya kami sangat kalut!haha)

episod 2 akan muncul 29 ogos ni, 7.57am (^___^)

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

9
surat dah ada dalam peti

Kad Raya Tunggal Tahun ni (1433H)


Terharu... dan terima kasih...

Tu je mampu terucap... Dah lama tak berutusan kad bersama teman, tahun ni dapat satu. Sangat terharu. Kad tu khas dari sahabat blogger | HeNRieTTa JoSe | tengs rietta... sangat terharu~


Istimewanya kerna ia buatan tangan... (^___^)

Lama beraya, macam-macam nak cerita, tapi tak berkesempatan masa, insyaALLAH, nanti puan eeiyss pi beraya kat blog hampa semua na...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari puan eeiyss sekeluarga

Maaf zahir batin andai ada yang memendam rasa terguris luka na

Terima kasih jugak atas sokongan semua dengan menghadirkan diri membaca sepatah dua kata apa yang puan eeiyss tulis kadang-kadang merapu, kadang-kadang terlebih suka...anda tetap meninggalkan komen dengan gembira, Terima kasih (^___^)

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

15
surat dah ada dalam peti

cuma berkongsi...

"Anak-anak kamu jadi anak yang soleh apabila kamu menjadi ibu bapa yang soleh terlebih dahulu" Ya Allah, bimbinglah kami dalam cabaran mendidik anak-anak ini....
-ustaz hasrizal abdul jamil

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

25
surat dah ada dalam peti

alahai...

Selasa yang lalu (07 ogos 2012) Puan eeiyss pi teview. Dapat penggilan dari SPA, hujung bulan Julai witu, adoiiii~ nebes

Dalam hati, nak pi ka, takmo, sebab tengok tempat temuduga tu kat aloq setaq, Kedah. Kalau kat Perlis, dah lama pi. Bukan apa, pengalaman tu yang penting. Dalam duk berkira-kira tu, sambil cari info pasai jawatan, dalam duk berbelah bagi tu, print maklumat apa patut, pastu email ke HQ mintak laporan prestasi terkini, potostat sana, potostat sini...heheehe~

06 Ogos 2012 witu, ke aloq staq cari wisma persekutuan, dengan bangganya tak bawak alamat, konfiden ja pi cari, ngan siMerah, babah siMerah, maktok siMerah. Tapi duk terbayang-bayang gambaq kat dalam tenet tu bangunan wisma persekutuan. Pusing-pusing tak jumpa, mesej kawan opis yang duk loq staq, tanya wisma persekutuan tang mana, dia kata ada 2, tengok alamat mana... upssss~

[ni yang dekat menara loq staq]

Memula, kami pi, ada satu bangunan dekat dengan menara loq staq, pastu ikut direction lagi, pi kat satu tempat lagi, kat anak bukit. Kalau SPA, selalunya kat menara tadi, balik umah, tengok alamat, kat menara tadi, jadi esok kami akan terus ke sana.. babah siMerah yang akan hantaq. yey! jantung duk dup dap dup dap.. aish!

[ni yang dekat anak bukit]

Terima kasih untuk kawan2 yang bagi kerjasama untuk direction jalan. Moga kalian dirahmatiNYA selalu dan murah rezeki, amin!

Malam tu baru baca semua yang print kat opis.Tapi siMerah pulak tikmau tiduq awai macam besa. Alahai anak mama cayang cayang ni, melayan dia sambil baca sikit-sikit.. hentam sajala... Tawakkal! huuu~

Sekitar 2008

Suasana tempat menunggu tak berapa ramai orang. Berdebar pulak rasanya. Awai jugak puan eeiyss sampai. Dapat nombor 1st pulak tu. huuuu~

Setelah diarahkan masuk, dengan penuh tertib, puan eeiyss duduk.

PERBUALAN INI TELAH DIALIHKAN BAHASA KE BAHASA MELAYU

Penemuduga : Sila perkenalkan diri anda...
Puan eeiyss : nama saya............................................
Penemuduga : Baik, mengikut transkrip ni, kamu ada blajaq pasai local goverment, boleh ceritakan sikit..
Puan eeiyss : Local goverment ini adalah..... (pendek saja jawapan. huuu~)
Penemuduga : Lagi? tak ingat?

*berpeluh

Penemuduga : Kamu pernah belajar tentang mahkamah, boleh sebutkan struktur mahkamah di Malaysia?
Puan eeiyss : hmm... Mahkamah di Malaysia ada.... erk! (men sebut ja mahkamah apa yang tau)
Penemuduga : Yang tu saja? Siapa Ketua Hakim Negara?
Puan eeiyss : hmm... saya tak pasti... 

*mula dah tak senang duduk

Penemuduga : Kamu ada ikut perkembangan terkini di akhbar-akhbar? Kes apa yang kamu ikut?
Puan eeiyss : hmm... ( terketaq-ketaq tak sangga)

Penemuduga : Ok, itu saja, terima kasih
Puan eeiyss : err... Terima kasih tuan...

~~~huuu

Melangkah keluar dengan senyuman. Kompom tak dapat! haha

07 Ogos 2012

Kami keluaq awai pagi, cadangnya nak keluaq lepas subuh, tapi puan eeiyss sakit perut, memulas-mulas. Ni sakit perut gelabah ni... aduiyai~

Jadilah dekat 6.40pagi jugak bertolak, kat jalan besaq, bertembung ngan banyak qeta antaq anak2 pi sekolah, ikut jalan besa duk ingat awai takdak la sesak sangat kan.. erghhhh! dari kelam sampai cerah, sampai jugak kami nak dekat pukui8 dah. huh! saspen...

Keluaq qeta, baru nak melangkah, tapak kasut lekang! dah lama tak pakai kasut tu, beli semata-mata untuk pi kursus dulu, dah bopa taun tak pakai, ni baru sibuk cari balik kasut hitam bertutup. Dengan berat hati, terpaksa la jugak pakai kasut sandal bunga2 naik atas, tingkat8.

Paras konfiden, toksah cakap. mang dah hilang dah. Tambah dengan perutpun sat2 senak, sat2 dak... gelabah...

"Babah, pi beli sat kasut.. huu~"

" Nak beli katna, mana ada kedai bukak pagi2 ni, satgi abang try pi gam" huuu~

Naik atas, amik nombor giliran, buat semakan dokumen dengan pegawai kaunter, giliran nombor9. Lambat lagi. Dua tiga kali cek henpon, kot2 babah siMerah hantaq mesej.

[Tepon abg blk]

[sat na]

[Abg ada kat tgkat 8. bwk kasut.. abg dah gam..]

*senyum

Terus pi kat babah siMerah, try kasut, ok, kuat... hentam sajala... yaALLAH.. moga dipermudahkan

TQ BABAH!

Tunggu penuh debaran... 

*eh panjang pulak entri hari ni... cover untuk bopa hari tak update (^___^)


Ting Tong... No.8 dah masuk, erk!

Kreuukkkkk! No.8 dah kuaq.. jantung macam nak terkeluaq dah... aish! duk sat, penemuduga sorang pun keluaq jugak... pi toilet kot.. lagi berdebaq! wawawa~

Bila penemuduga melangkah masuk ja, puan eeiyss get redy nak masuk jugak, nombor 9 nek! yaAllah, permudahkanlah yaAllah..

TUK!TUK!TUK!

"assalamu'alaikum.."

"Walaikumussalam..."

Fail dan segala macam dokumen diserahkan ke tangan penemuduga. *senyum

"Sila duduk"

"Baik, perkenalkan diri anda"

" Nama saya sanisah... saya berasal dari.... umur... graduan dari.... diploma..... bekerja sebagai.... di aadk..."

Sebut ja AADK, terus tanya semua pasai dadah, pasai penagih dll, alahai, saya pembantu tadbir ja tuan, kalau pasai cuti, kursus, kad perakam, boleh la saya jawab *tapi dalam hati ja la, jawab jugakla... setakat yang tau.. hohoho

"Boleh bagitau saya apa itu INSOLVENSI?"

*erk!

"Insolvensi ni berkaitan dengan kebangkrapan...."

"Apa cita-cita kamu?"

*terdiam 7saat

"Cita-cita saya untuk menembusi bidang syariah!" haha! jawapan gelong! Lari dari jawatan yang dipohon. Mulai detik ini, puan eeiyss dah yakin, kesilapan tidak dapat diundur lagi... hohohoho

"Boleh ceritakan tentang poligami?" (Dia tanya dalam bahasa omputih) Puan eeiyss tergagap-gagap menjawab. Maklumla lama dah tak bercakap dalam bahasa asing tu, tergeliat jugakla lidah. Lepas tu lagi seorang penemuduga cover, sambung tanya dalam bahasa melayu. fuh!

Dengan lancaqnya duk terang pasai poligami kat depa <______________> jauhhhhhh lari dari jawatan asai... haha! Penat bagi kuliah kat depa, penemuduga selit soklan maut...

"Kalau suami diisytiharkan bangkrap, dia berkahwin lain di luar negara, boleh tak?"

*erk! Terjerut dengan jawapan sendiri

"Tak boleh keluar negara, sebab dia dah bangkrap. Pasport akan disekat. 'waran' akan dikeluarkan" [WARAN?] apa aku jawab ni, tapi dah terkeluaq dah... huu~

"waran?"

"err...iya...." huuuu~ dah takleh jawab

"Kalau suami bangkrap, harta boleh bagi kat isteri dak?"

"nafkah?"

"Bukan nafkah, harta... boleh dah isteri dapat harta suami tu?"

"Sebagaimana yang saya baca, harta suami yang bangkrap akan dibahagikan kepada pemiutang dulu... kalau ada lebihan baru isteri dapat"

"Isteri boleh dapat?

"err... iya" haduiii.. berpeluh!

"Saya lihat, kamu lebih cenderung kepada bidang syariah sebagaimana yang kamu bagitau tadi, kenapa tidak kamu melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah?" dah terjerut dengan jawapan awai2 tadi nun.. mang kompomla tak dapat...huuu~

"Saya memang minat dengan bidang syariah, tapi saya juga perlu kepada pengetahuan undang-undang lain selain dari syariah. Itu pengetahuan asas yang boleh kita ambil jadi sebagai satu pengalaman.." ayat cover...hehe

"Siapa Ketua Hakim Negara?"

"Tan Sri Abdul Ghani Patail..."

"Ketua Hakim?" dengan muka cuak dia tanya balik..


"eh, Yang Amat Arif Tun Arifin bin Zakaria"

Ketua Peguam Negara?"

*senyum

"Tan Sri Abdul Ghani Patail"

"Menteri yang jaga undang-undang?"

"Ermmm.... saya tak pasti" *berpeluh

"Menteri Agensi Antidadah?"

"Ehem... Dato' Seri Hisyammudin Tun Hussein"

*senyum lagiks

"Kalau kamu ditempatkan di Sandakan, kamu sanggup?"

"InsyaAllah, saya cuba"

"Macam mana dengan suami kamu?"

"InsyaALLAH, boleh diaturkan..." 

"Betul?"

"Ya" Tapi dalam hati.. Tuhan saja yang tau...

"Ok, sekarang bagi sebab, kenapa kami perlu pilih anda untuk jawatan ni?"

"Yang pertama.. SAMA MEMANG MINAT UNDANG-UNDANG!" nah! hehe, terkeluaq pulak.. upsss~ tak dak etika betui puan eeiyss ni...hehe

"yang kedua......"

"Ok, terima  kasih. Itu saja"

FUH~ ini kali kedua puan eeiyss temuduga untuk jawatan yang sama pada sekitar tahun 2008 dulu...

Walaupun dulu tak berjaya, memang jelas2 takkan dipilih sebab semua dia tanya puan eeiyss tak jawab, kali ni ada sikit preparation, cuma salah prepare ja, duk prepare untuk soalan macam soalan dulu, tapi tersalah tengok kat surat panggilan tu untuk jabatan insolvensi/pelbagai jabatan. Jadi mustila dia akan tanya banyak berkenaan insolvensi... Puan eeiyss baca sekali lalu la pasai jabatan tu... Takpa itu pengalaman

Ini hanyalah cebisan kenangan untuk puan eeiyss simpan dalam blog ni. Buat tatapan anak cucu masa hadapan. Sila abaikan sikap yang terlampau ceria tu ye... setiap temuduga membawa satu pengalaman dan ilmu tambahan. Puan eeiyss akan terus memohon jawatan tu untuk masa-masa yang akan datang. Kadang-kadang kita perlu mencabar diri untuk mencapai cita-cita kita...InsyaALLAH

Kalau ada rezeki, nak jugak sambung degree...insyaALLAH (^___^)

p/s: gambaq curi dari fesbuk...siMerah tak posa.. 



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

29
surat dah ada dalam peti

Murtabak Mee Segera...jeng3

Witu...

"ish... malam ni tingin pulak nak makan megi"  Kata puan eeiyss suatu hari di bulan puasa itu.

"Ermmm... is besa makan murtabak megi dak?" Incik Hubby mencelah.

"Dak.. awat, babah nak buat ka? yey!"

"Takdak masalah la... hoho"

Sesaat tu jugak incik hubby memulakan operasi Ops Masak dia.

Bukak puasa tu, sebab banyak juadah, rasa sikit ja murtabak megi tu, ingat nak makan sebelum tiduq tu.. tapi tertiduq sampai ke pagi... alahaiiii

Sedapnya terasa-rasa kat bibir ngan lidah.

Petang semalam pujuk incik hubby buatkan lagiks.. ahaks (^___^)

Bukak puasa tu tak makan yang len, makan cucuq bawang mak ngan murtabak megi incik hubby, habis sepinggan... wah! mang sedap (^___^)

Tengkiu babah! Sayang babah!

Nak tengok gambaq kena pi kat belog incik hubby nun~

v

v

v

KLIK SINI untuk ke belog beliau pasai murtabak megi...hihi(^___^)

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

18
surat dah ada dalam peti

23#WorDLeSs WeDNesDay


Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (10) kEjaDiaN2 (3) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)

♥ Google+ Followers ♥