Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

2
surat dah ada dalam peti

DIARI HAMIL part 2 | kencing kotor a.k.a tidak lawas

[THROWBACK]
NOTA: macam besa, bahasa utagha no, tak paham boleh tanya =)

dah baca entry sebelum ni?

DIARI HAMIL part 1 | kemunculan yang ketiga

part 2 ni tragis - huhu

pengalaman la kan, masa #aaraisya tak jadi gini, ini permulaan perjalanan mama untuk yang ketiga ni, setiap perjalanan kelahiran mesti ada pengalaman baru nak kena timba kannnn? maka senyumlah ibu-ibu hebat semua =)

Hujung tahun 2016 tu, opis lama akan berpindah ke opis baru. Jadi sesi mengemas tempat terpaksa dijalankan untuk angkut semua barang ke pejabat baru

awal pregnancy ni tak leh nak angkat benda berat lagi kan, dalam pada masa yang sama takmau orang tengok kita tak tolong apa, nak bagitau? awai lagi, jadi takut, harap melepasi trimester pertama dulu kalau nak bagitau kawan-kawan opis yang lain

jadinyaaaa....

angkut jugakla mana yang ringan, import suami kiter-kiter ajer untuk angkat benda berat, kawan-kawan rapat yang tau, banyak depa cover, Allah... terima kasih kawan-kawan

Bila terkenang-kenang balik kan, sebelum bulan12 tu, puan eeiyss memang ada amik alfafa, alfafa kan panas macam jamu sikit, tapi alhamdulillah, takdak apa (^___^)v


sebab taktau pregnant, jadi Allah jaga kan... huhu

bila pregnant, kena stop alfafa ni

ok, layan gambaq pejabat lama vs pejabat baru dulu sebelum ke tajuk utamanya kencing kotoq tadi tu kan - hohoho


ajak babah humaira mai buat lawatan pejabat baru yang tengah renovate haritu, dari takdak apa, sampai la buh meja semua



bila meja dah pasang, jadi kat pejabat lama dah kena stat mengemas dah


tempat puan eeiyss dah jadi huduh sebab operasi mengemas, mana dengan dokumen penuh, hujung taun kan, jadi kelam kabut sikit + waktu ni memang menanggung tugas seorang kawan pejabat yang baru bersalin, jadi kerja sedia ada double triple la ceritanya


dah stat nak pi menyusun barang tempat baru, terpaksa pi dulu berbanding unit yang lain, sebab admin beroperasi tanpa henti sepanjang tahun + hujung tahun ni


siap kemas, baruuuu lagiiiii... namapun terobek, la dah berterabuq semak... haha

lepas zaman-zaman mencabar angkat barang dan aktif mengemas dll tu, tiba-tiba mai satu hari kat pejabat baru ni, rasa nak kencing kerap, tak lawas ='(

Allah... dugaan, dua, tiga, pat, lima, nam kali ulang alik bilik ayaq, takmau syoq, seram sejuk bagai dah, las amik keputusan balik umah

roger babah humaira untuk beli ayaq barli, nak balik terus umah ja, sebab badan dah bagi signal tak best

drive balik menonong ke rumah... ni first time jadi gini, masa #aaraisya tak penah jadi apatah lagi waktu besa-besa tak pregnant

kawan-kawan #supportgroup kata sebab pregnant, jadi dia mai macam-macam

lain orang lain pengalaman kan - huhu

balik umah, berkampung terus dalam toilet, rasa tak mau keluaq, nak teyakpun ada... lepas kencing nak kencing lagi, bila stop, basuh, nak kencing lagi, yang ada pengalaman macam ni, musti tau apa perasaannnyaaaa =(

mak susah hati, suh babah humaira bawak pi klinik, nak pi gena klinikpun sebabnya takut sementara nak sampai tu, nak kencing lagi, pakai pad? oh no... mana selesaaaa... pad untuk period ok - hoho

minum barli pun macam tak membantu, ayaq kosong minum banyak, jadi stay la dalam toilet dulu sampai reda sikit, dekat 6jam sebelum rasa macam nak ok sikit tu

terus gerak pi klinik, lepas maghrib tu

sampai sana, tunggu turn, alhamdulillah, takdak rasa nak kencing lagi, kalau stat takut berlarutan pulak

bila nama dah panggei, bagitau kat doktor comey tu, dia tanya...

"awak pregnant ka?"

haritu test sendiri, jadi buat-buat la kata taktau kan? bagi doktor cek, konfiden sikittt... haha

"errr... tak pasti" jawab dengan muka lakonan - haha

"bila last period?"

"alamak, ada tulis dalam henpon, tapi henpon tinggai kat rumah..."

"takpa, kita cek dulu tengok, mintak bekas urine kat luaq, satgi kita tengok lain"

ok, keluaq, amik botoi urine tu, pi toilet dengan neves, bukan neves pasai nak cek pregnant, tapi takut dia jadi pulak macam tadi, trauma rasa... huhu

setel, bawak p kat kaunter balik, then tunggu doktor panggei balik

neves dia, Allah ja yang tau =(

v

v

v

lama jugak baru depa panggei sebab dahulukan kanak-kanak yang tak sihat tu, pastu baru kita...

"maaf na, banyak pulak patient kanak-kanak, tak panggei awak masuk, kot depa kacau"

"takpaaaa" kitapun senyum habeh maneh ni =P

"ok, awat pregnant, tengok test ni, dan kencing awak ni jangkitan dia dah tahap dewa tau, bukan hat biasa-biasa lagi, tengok ni warna.... bla bla bla"

panjang lebaq la dia terangggg... huhu

"kita bagi ubat untuk clearkan kencing kotoq tu, kena tau pregnant atau dak tu sebab kita nak bagi ubat yang sesuai, kalau tak pregnant senang, tapi kalau pregnant, kita nak kena jaga jantung kecik yang sedang berdegup dalam rahim tu, kesiannn dia..."

fuhhh~

"amik ubat kat kaunter, nanti dalam seminggu lagi, mai balik kat kami untuk cek balik urine dan nak scan baby, kadang baby luaq rahimpun antara sebab jadi kencing kotoq ni..."

"baikkkkk"

balik ja umah, hat payah makan ubat ni, makan ikut bebetui arahan, sebab sengsara dia ya Allah... tak terkata, bila kena bercinta dengan toilet ni, lagi seram lagi dari cirit... huhu

kalau tak pregnant, alfafa tu terbaik untuk kencing tak lawas =)

stat malam tu sampai hari-hari seterusnya, alhamdulillah dah tak jadi kencing tak lawas tu

19 Januari 2017

Sekali lagi pi klinik untuk scan dengan repeat urine test tu. Rasa konfiden sebab dah ok dah bila kencing tu

cek pun, alhamdulillah, nampak senyum manis doktor comey kata... "alhamdulillah, awak buat macam mana, clear dah urine awak ni, alhamdulillah, jom kita scan baby pulak. Ingat dah period last brapa haribulan? nak cek boleh ka dak scan"

hohoho, henpon habeh bateri, aara main sementara tunggu nama mama panggei, kalini bawak dua-dua puteri solehah tu - alamak

"jap ye doktor" keluaq pinjam charger kat kaunter cas sat, apa daaaa, macam-macam hallll

bagi boleh on sat, ok dapat tarikh then masuk bagitau balik

"ok, boleh dah ni nak scan, jom baring atas katil tu..."

dia scan tengok baby dalam rahim elok, jantung berdegup, mama yang tacing


Klinik Refflesia, Jejawi, Perlis [Dr Tinny] best beliau, kita terang sikit ja masalah, dia terang banyak punca masalah, kadang kita jawab sepatah ja, dia yang cek dan terang, macam ni konfiden sikit

ada sesetengah klinik kan, dia tunggu kita terang masalah, dia tanya2 ja, tak cek pun, terus bagi ubat

tanya kita, kita terang apa yang kita alami ja, kena la cek kot ada benda lain lagi kan... risau

bagi warga perlis, leh try pi situ, mesra kanak-kanak =)

apapun...

alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

23
surat dah ada dalam peti

DIARI HAMIL part 1 | kemunculan yang ketiga

[THROWBACK]
NOTA: macam besa, bahasa utagha no, tak paham boleh tanya =)

alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah

kami rancang taun depan (2017) tapi Allah bagi khabar gembira tanpa terduga taun ni (2016) - ini sebuah kisah terobek (^_^)

tapi kira macam keluaqnya tu 2017 (kira taun depan jugak la kan) =)

Masa aara lahir dulu terus amik implan untuk 3 tahun sebab jarak kelahiran aisya dan aara dekat sangat, kiranya aisya baru 3bulan, dah ada adik dalam rahim mama

jaga depa dua macam kembaq, tak terurus, kesian mak jugak sebab tak cukup lena sama-sama jaga (aisya, aara, kalau anakanda baca ni bila besaq nanti, hargai maktok, jaga dia macam mana dia susah-susah jaga mama dengan awak berdua tau - *hug* ouchhhh, tacing)

selepas 3tahun, buang implan, nak stabilkan balik period yang kacau bilau tu hampir setahun jugak =)

tapi tiga ke empat bulan sebelum hadir yang ketiga ni, period dah on time, alhamdulillah

jadi alert kalau lewat... dan bulan disember 2016 tu period lewat! even sehari jadi dah rasa dup dap dup dap 

rasa macam nak beli terus ja pregnancy test haritu, tapi sabaqqqqqqq....

tapi las beli jugak - haha

baru dua tiga hari lewat gitu setelah menzahirkan rasa yang tak keruan kat babah humaira, dia pun cemuih dengaq gamaknya, pi la beli... tu pun suruh dia turun beli, sebab bini dia ni PEMALU orangnya... haha

beli yang besa ja, sekadar nak hilangkan rasa nak tau melampau-lampau tu - huhu

wat teruk =P

punyala tak sabaq tunggu pagi nak test, lena pun macam tak lena ja

bila pagi ja teruih bangun sopa apa, dup dap dup dap nak cek tu

over sangat

test!

hmmmmm.....

macam naik dua line tapi line kedua tu superrrrrr kabur sangat

aisya dulu kabur jugak tapi kelih la line dia tu sikit-sikit sebab baru lagi dan terus test, cuma kalini teruk sangat kabur dia

macam eksaited kata dah ada, tapi ragu-ragu lagi

pi tunjuk kat babah humaira dia kata ada la tu, dia kan selalu cek urin - jadi dia xpert dan konfiden la kata ada

kita ni pulun tangkap gambaq, pagi-pagi buta tu jugak, sat kok nu, sat kok ni, katup flash, bukak flash, tak kelih jugak line tu habuan nak tunjuk kat grup kawan-kawan baik pejabat (kira grup gosip la - haha)

16 Disember 2016



ni guna flash bagai



pakat kata takdak, ada yang kata ada

hat kata ada tu, kita bersinar-sinar dah gumbira

bila ada yang kata takdak tu, rasa kecewa

haha

even tak rancang dapat, tapi tatau la nak habaq gena dia punya perasaan tu

kata macam ok ja takdak lagi, tapiiiii tengok tu macam syoq + mengharap pulak kannnn

ahaks

babah humaira suruh tunggu seminggu lagi dan test lain

seminggu???!!!

Allahhhhh...

lambat lagi

kecemas tak sangga ni, tak keruan, lena pun takleh katup mata

tak sampai seminggu kot, beli dah sekali lagi... haha

babah humaira siap perli lagi kot nak beli yang clearblue tu, hat mahai sikit, kot dia tulis kata TAHNIAH! ANDA MENGANDUNG baru rasa puas hati.. haha

tak kisah la nak kata apa, asai boleh beli lagi pregnancy test tu =)

tengok yang clearblue tu memang la bekenan, tapiiiii beli mahai-mahaipun bukan boleh guna 100x kan... haha, beli ja jenama gurdian tu... macam #aaraisya dulu

balik macam besa, tak lena pulakkkkk, tunggu habuan nak test pagi

test esoknya tu, naik terang sikit, ni konfiden sikit tunjuk + macam besa, tangkap gambaq lagi pagi-pagi buta tunjuk kat grup kawan-kawan

21 Disember 2016




kalini antara neves, eksaited, seram semua ada bila dah tau kata ada yang ketiga dalam rahim mama ni

Allah.... kau permudahkanlahhhhh ='( (tacing lagi) sob...sob

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (12) kEjaDiaN2 (3) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)

♥ Google+ Followers ♥