Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

12
surat dah ada dalam peti

...terkenang

::nur 'aisya humaira saat pertama kali bertemu babah::
p/s: gambaq malas edit , terus masukkan jerk ... huhu~

...saat nur 'aisya humaira dilahirkan
...tanggal 12.12.11
...jam 11.o5pagi
...jam 11.27 pagi incik suami azan ditelinga kanannya
...dan iqamah ditelinga kiri permata hati kami
ALHAMDULILLAH atas kurniaan TUHAN yang tidak ternilai indahnya
dalam hidup kami sekeluarga

Moga Nur 'Aisya Humaira menjadi anak yang solehah
penghibur dikala duka , penghilang kesunyian kami , especially my mom ( maktok myra )
sunyi selepas arwah ayah pergi meninggalkan kami , tiada kata mampu digambarkan . puan eeiyss disunting incik suami sebulan selepas arwah ayah menghembuskan nafas terakhir . sembilan bulan selepas tu , rombongan beliau sampai dan puan eeiyss selamat di khitbah . tanpa ayah yang menjadi jurubicara . sedih ...

 8 bulan selepas dikhitbah , kami di satukan ... juga tanpa ayah ... Gembira dalam kesedihan

13 bulan selepas itu , myra lahir sebagai penyeri ... saat ayah masih ada , puan eeiyss dan incik suami tidak pernah bercinta! cuma ada incik suami datang melawat arwah ayah yang sakit sebagai salah satu tanggungjawab kemanusiaan dia ke atas seorang teman sekerja .

tersentuh dengan perbualan mak dengan arwah ayah tatkala mak meluahkan rasa susah hatinya kepada arwah ayah .

mak : macam manala sanisah lepas ni . dia tak lepas lagi ( tak kawen lagi )
mak susah hati tengok keadaan arwah ayah yang tidak beransur pulih .
arwah ayah : tak pa . arif ada ...

Allah ... saat dia ingin tinggalkan kami , dia sudah dapat mengangak jodoh puan eeiyss ...
' ayah , dikwa rindu ayah ... '
(panggilan manja puan eeiyss di rumah : 'dikwa' )

'ayah ... walau ayah tak sempat tengok kami kawen , tak sempat tengok cucu pertama ayah ni ... dikwa akan tetap doakan ayah bahagia kat sana . myrapun akan doakan 'tokwan' dia nanti ... insyaALLAH ... kami rindu sangat kat ayah ... huhu '

::myra atas riba babah::

( sedih sangat tengat kat ayah! huhu... mohon doa semua untuk arwah ayah . alFATIHAH )

now 1month ++

::alwez atas riba babah::
SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)
 
DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
 

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

12 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

Aine Ainun Aine Ainun said...

Sedap namanya eisss...

kalo tengok baby baru lahir, rasa sejuk sangat hati...=)

Amin, semoga aisyah jadi anak selehah...

CikTeddyCorner CikTeddyCorner said...

Alhamdulillah,dpt ank comel..tahniah! insyaAllah allahyarham ditmptkan brsama mreka yg beriman =)

Zehan Ilyana Zehan Ilyana said...

saya suka nama tu! :D
Alhamdulillah..:D

alfatihah untuk ayah akk..:')

Unknown Unknown said...

ni utk akak :)

http://anereodacandid.blogspot.com/2012/02/666.html

tahniah :) smoga bahagia selamanya...

Angah Angah said...

tahniah puan eeiyss, dah sempurna sebagai wanita

Deru Ombak Deru Ombak said...

Salam Is...hari ni anty tersangat lah bz..
Moga diberkati Dan dirahmati ...

RHI RHI said...

Al-fatihah...buat ayahanda..

Alhamdulillah...umaira penyeri bagi eeiyss..

Kancil 8349 Kancil 8349 said...

tahniah...

Unknown Unknown said...

sedih baca post ni. tapi walau apa2 pun, tahniah kerana lahirnya seorang baby yang cantik.

:)

SumeSakan SumeSakan said...

comel baby...sesedap namanya jugak..moga jadi anak solehah yg dapat mendoakan kita t....

al-fatihah buat arwah...moga ditempatkan dikalagan orang beriman....AMINNNNN

Jendela Hati Jendela Hati said...

cutenye baby... moga dah besar nanti jd ank solehah ye...

alfatihah buat arwah ayah...

si kiut lavender si kiut lavender said...

sjuk hati tgk muka baby nih...suci jerk muka dya....namanya pun sgguh indah..

alfatihah buat arwah ayahanda ya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)