Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

0
surat dah ada dalam peti

DIARI HAMIL part 4 | Uri Bawah dan Persiapan Bersalin

[THROWBACK]
NOTA: macam besa, bahasa utagha no, tak paham boleh tanya =)

dah baca entry sebelum ni?

DIARI HAMIL part 1 | kemunculan yang ketiga
DIARI HAMIL part 2 | kencing kotor a.k.a tidak lawas
DIARI HAMIL part 3 | Demam Campak dan GDM

nampak senarai masalah kat atas? hoho

bukan masalah tu, itu nama dia dugaan mematangkan kita - ahaks =)

ni tambah satu lagi senarai ujian ibu-ibu hamil ni, apa yang penting penjagaan kesihatan sewaktu hamil tu penting tau, dan berterusan walaupun tak hamil atau lebih baik sebelum kawin, dari kecik kena jaga pemakanan dan kesihatan kan

nikmat kesihatan tu tak ternilai harga dia

maka bersyukurlahhhh =)

henpon babah humaira jatuh tatau kat mana, berjalan dia dari opis ke rumah untuk track balik henpon tapi tak jumpa, gugel doa barang hilang di fb bagi kat dia, baru baca sekali, ada orang mai hantaq kat rumah

alhamdulillah, orang kampung jumpa, cek dalam henpon nampak gambaq babah humaira dan dia mai hantaq kat umah, tapi henpon tu gulap gulita, nak pebaik mahai - maka bertabahla guna henpon xdak wasap tu

kesian pulak babah banyak qeja luaq yang kena guna app wasap untuk tengok arahan dll, jadi korbankan sat note 3 mama untuk babah guna, bertabah guna wasap web sebab install dua wasap dalam henpon mama, jadi kadang cust wasap, mama takdan balas, babah yang tolong balas

segala grup gosip berhenti sat, babah pantau wasap... haha

sopan ja ayat semua kawan-kawan... haha

nak bagitau, dalam tempoh ni, takdak sangat la gambaq leh snap =)

puan eeiyss kan lekat appoinment dengan o&g untuk kes campak tu, bila kerap sangat scan, jadi kelih la pulak uri kat bawah

jadi setiap bulan kena pi hospital untuk scan pantau kedudukan uri pulak, memang rasa sakit kat bawah perut, bila uri bawah ni, jadi gugel pulak tips untuk uri bawah ni

BANYAKKAN SUJUD

jadi setiap kali solat, sujud las tu baca doa nabi yunus sambil doa dalam hati untuk naikkan balik uri bagi dalam kedudukan normal, memang tak pikiaq dah jantina, susah hati punya pasai

setiap kali sudah solat pulak baca bismillah 7 tu, usap-usap kat perut doa lagi bagi uri naik balik

sampai scan 7m tu, alhamdulillah, doktor kata naik dah sikit kat tepi, depa akan pantau lagi dan macam besa la kena ulang alik o&g lagi

dah tau kata uri elok sikit, baru ada mood nak scan tau jantina, so pi klinik terus nak wat scan 3D 4D tu la cadangnya, tapi doktor yang pakar tu takdak pulak, sepatutnya kena buat appoinment, tapi tu pi redah ja last minit punya keputusan

jadi scan 2D biasa ja yang hitam putih tu, babah humaira ikut masuk sekali tengok, screen dia memang jelas even 2D pun, puas hati tengok

warga perlis jemput pi ANNURA na =) terbaikkk penerangan dia, lengkap sangat



doktor kata, semua doktor ada kepakaran untuk 2D tapi untuk 3D 4D tu kena balajaq lebih sikit, tapi sebab perut puan is dah 7m gitu, kalau 3D pun memang xleh nampak muka dah, baby dah penuh, mengadap uri, uri dah kat atas

tak nampak jantina dia, baby kepit

tapi dia usaha jugak bagi baby gerak dan bagi dia pusing bagi boleh tengok kat bawah tu =)

selepas berhempas pulas, alhamdulillah baby gerak dan pusing

taraaaaaaaa


hohoh

doktor kata, nampak bebird dia tu? puan dah ada anak lelaki?

puan eeiyss jawab, takdak lagi, dua puteri

alhamdulillah, in syaa Allah kalini boy, in syaa Allah

antara percaya dan dak, lagi tak keluaq, tak konfiden lagi tu

sebab semua orang kata puan eeiyss macam pregnantkan boboy, belakang tak nampak macam pregnant, perut memboyot ke depan saja

firasat puan eeiyss pun kata lain sikit kali ni, selalu pinggang dah lebaq, kalini sampai 7bulan pun masih boleh pakai baju yang duk pakai, pinggang muat, yang tak muat baju ja jadi ketat ke depan...

walau dalam tak konfiden tu, buleh pulak duk shopping baju warna-warna baby boy - upppssss

stat shopping serba sedikit untuk persiapan, dan bila dah masuk 9bulan, baru stat packing

ramai orang dah stat packing 7bulan, tapi puan eeiyss tunggu 9 baru stat packing

apa yang ada dalam beg ke hospital?

ni yang puan eeiyss bawak


Barang-Barang Keperluan Baby (untuk masuk labor room)

untuk masuk dalam labor room, puan eeiyss letak dalam beg kecik biru pepel tu (semua serba satu)
1. sepasang baju baby newborn
2. pampers petpet newborn
3. bedung baby
4. selimut baby yang sekali dengan tutup kepala tu
5. sarung tangan ja (sarung kaki tak letak sebab bekalkan seluaq newborn yang sekali dengan sarung kaki tu)


Barang-Barang Keperluan Baby (untuk stay kat hospital, if takdak masalah sekurang-kurangnya semalam - so doa bagi takdak masalah dan boleh balik cepat-cepat, in syaa Allah)



1. Baju baby newborn (2 pasang)
satu pasang dah letak dalam beg ke labor room tadi, jadi kalau nak tukaq pun kot dia muntah susu dll, jadi topup lagi dua pasang

kejadian sebenaq = tak salin pun - huhu, dia pun tak muntah susu, cuma tukaq pampers ja sebab dia yak 3kali, puan eeiyss dapat balik cepat, perihal bersalin next entry na



2. Bedung baby (2 pasang)
ni pun sama, selai dah buh dalam beg labor room tadi, ni pun bawak dua lai lagi sebab pengalaman dulu aisya kerap muak/muntah susu, jadi kena kerap tukaq kain bedung tu

kejadian sebenaq = tak salin jugak pun - huhu, dia pun tak muntah susu



3. Pampers (puan eeiyss beli kat lazada petpet newborn sekotak)
Pampers bawak 5 keping bajet leh keluaq cepat, impian jadi doa kan

kejadian sebenaq = tak habis guna, tukaq pampers tiga kali ja ada balance lagi 3 keping bawak balik rumah




4. Barut baby dan sarung tangan + sarung kaki baby dan towel kecik
barut bawak yang lekat tu, bukan yang tali lagi, sebenaqnya tersalah beli, saiz L, besaq... tapi bawak ja dua lai tu, + sarung tangan dengan kaki 2 pasang, towel tu bawak 3lai kot nak lap mulut waktu menyusu atau guna waktu muntah susu

kejadian sebenaq = tak guna pun semuanya... muahahahaha - buat berat beg ja ='(



5. Wet Tissue (3 ketul) hoho
yang ni pun beli banyak kat lazada, murahhhh

kejadian sebenaq = guna satu ja... muahahahaha - hat ni pun buat berat beg ja bawak bebanyak... hoho

Towel baby? tak bawak punnnnnn

semua ni packing dalam zipper bag ikea tu, baru tersusun dan kemas gitew =) ahaks

Barang-Barang Keperluan Kita Pulak (beg mak-mak bersalin ni)


1. Baju untuk pakai balik (selai)

2. kain batik untuk pakai balik (2 helai) sebab? satu spare kot pecah ketuban dalam qeta ka gena, ada kain batik nak pakai, jadi satu lagi untuk pakai waktu nak balik. waktu kat hospital, pakai uniform depa yang warna hijau tuuu


3. maternity pad
suka intimate ni, senang basuh

4. nursing bra and panties
nursing bra tu bawak 2 helai, panties 3 helai, baca blog banyak guna yang pakai buang, tapi puan eeiyss tak konfiden, kena bawak panties yang real punya... haha

5. stokin tebai

6. sweater


7 minyak panas nona roguy
yang hijau tu untuk kita, yang pepel tu untuk baby

8. tudung nak balik bawak selai


9.  nipple cream bepanthen (terpengaruh dengan hanis zalikha) haha

10. toiletries
yang ni beli yang travel pack colgate tu, tapi heran awat puan eeiyss tak tangkap gambaq no =P hmmm

towel dengan selipar toilet tak bawak, selipar pakai yang masa pi hospital tu jaaaa =) manakala towel, mak kite tak bagi mandi kat hospital, tunggu balik rumah katanya

pump apa tak bawak sebab malu-malu nak guna, ni kira first time puan eeiyss serius dengan penyusuan. kesian aisya dengan aara, puan eeiyss kurang ilmu sangat waktu tu dan puan eeiyss ingat susu ada, dan baby akan menyusu

rupanya ilmu penyusuan ni, kena amik tau since dapat tau kita pregnant lagi dan niat menyusu kena awai seawai-awainya

Barang-Barang Keperluan Berpantang dan Menyusu


1. Buku Penyusuan
Since pregnant terus dapatkan buku ni selain dari gugel, fb dan kawan-kawan yang otai dalam penyusuan


2. Pump susu
ada dua jenis puan eeiyss beli, satu pump haakaa tu, dan satu lagi yang guna powerbank, yang ni puan eeiyss beli kat lazada, murah sangat jenama real bubbee, awat tah tak tangkap gambaq

ni kawan yang menyusu suh try, satgi beli mahai-mahai apa-apa jadi rugi, jadi try yang ni dulu, if susu meriah boleh beli lain untuk kegunaan jangka panjang

doa bagi susu adaaaaa - in syaa Allah ada =)


3. Nursing cover
yang ni sajaaa beli dah alang-alang duk shopping kat lazada, then ternampak, beli terus...



4. Milk Storage
punnnn beli kat lazada... haha

beli yang 5oz sebab selalu baby akan minum 3-4oz ja, jadi target untuk sekali minum senang =)


5. Barang mandian baby
ni tak bawak pi hospital, untuk mandi kat rumah ja =) beli botoi kecik-kecik ja... hoho


6. Set Tanam Uri
yang ni gatai tangan dah kelih kat lazada... haha

adalah dinasihatkan xyah beli, babah humaira perlukan kuantiti asam dan garam yang lebih banyak dalam set ni, ciput-ciput ja ='(

tempurung tu bukan dalam set na, ni orang-orang tu suh buh dalam tempurung jantan, besaq tempurung ni, takpa apapun, asai kita tanam ja nanti elok-elok lepas cuci bersih na =) yang bahagian ni memang babah humaira urus semua dari anak pertama sampai yang ketiga ni =) alhamdulillah


7. Nona Roguy
tak amik set, dulu yang first babah humaira qeja kat HPA, jadi bersalin dapat free set bersalin HPA, yang kedua si aara, gigih guna tanamera full set, tapi ada yang guna ada yang dak, kalini, amik hat perlu ja

hasil gugel kata, yang bes minyak herbanika tu yang warna hijau dengan pepel kat atas tadi (yang bawak pi hospital tu) dengan uncang cuci, so yang tu ja la puan eeiyss beli =)


8. Tanamera
yang ni memang bes sabun mandi tu, dia cuci daki, so, puan eeiyss beli hat tu ja la =) dia bagi la free gift lebih... TUAM BABY tu beli kat kedai barang baby comel-comel perlis



9. Full Set Bersalin Shaklee
yang nona roguy + tanamera tadi untuk luaran, ni untuk dalaman serba ringkas puan eeiys terang no

ESP - untuk tenaga, sentiasa kenyang dan menyusu

Alfafa Shaklee - milk booster dan bertindak macam jamu yang terbaik untuk masalah dalaman wanita

B Complex with Folic Acid - bagus untuk hilang stress dan cover semua jenis vitamin b yang diperlukan oleh badan (penting ni untuk melalui fasa berpantang dalam keadaan ceria dan gumbira)

Vita-Lea - yang ni multivitamin dan multimineral. lengkap waktu pantang kan kita takleh makan banyak benda, jadi untuk memastikan khasiat sentiasa ada untuk tenaga dan menyusu, nindia la jawapan dia, lengkap semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh

vitamin c - untuk imunisasi mama dan baby, selain untuk kulit kita dan baby (menyusu)

ostematrix - ni most wanted vitamin untuk ibu-ibu berpantang, untuk elak sembelitttt dannnn untuk sendi dan tulang yang kuat dan sihat =)

lecithin ni tambahan - untuk bengkak susu, untuk kurus, untuk ingatan (leh try omega jugak - bagus untuk otak baby) tapi puan eeiyss beli untuk aisya dengan aara ja =)

jadi, semua dah adoooo, tunggu masa bersalin ja... next entry untuk pengalaman bersalin kali ketiga =) in syaa Allah






Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (14) kEjaDiaN2 (3) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)

♥ Google+ Followers ♥