Kita kalut, sangat kalut dengan Kad Perakam Waktu kita
kalau punch naik warna merah
.
.
.
Pucat muka =( kena tulis alasan, kena tandatangan. Tau dak yang pemegang kad perakam waktu warna kuning kalau terdapat 3 catatan merah, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan dan jika masih terdapat catatan merah lagi, kad akan ditukarkan kepada kad bewarna hijau.
Bagi pemegang kad hijau, catatan merah sebanyak dua kali sahaja akan menyebabkan pertukaran kad kepada warna merah pulak menyusul. 1 kali catatan merah di atas kad warna merah, tindakan TATATERTIB akan dilaksanakan.
.
.
.
undang-undang manusia
.
.
.
pernah dak terfikir tentang kad perakam waktu solat kita yang mana bosnya adalah ALLAH yang Maha Kuasa? Merahkah catatannya? Hitamkah?
Tak takutkah kita beralasan dengan DIA?
Allahu, kerdilnya dirini kan? kat pandangan manusia kita pelihara disiplin kita, tapi kat pandangan Allah kita sangat tidak berdisiplin. Ini catatan muhasabah puan eeiyss~
sedangkan DIA yang bagi kita rezeki, pinjaman nyawa, pinjaman kehidupan dunia, pinjaman kegembiraan... tapi kita tak pernah mengadap dia dan memohon ampun dengan arahan 5waktu yang kita lewat-lewatkan? huhu
itu baru arahan solat.... belum nak sentuh arahan bertudung dll
kecikkkkkkk sangat kita
sungguh
kecik
(T_T)