Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

Showing posts with label taMAn2 iLmu. Show all posts
Showing posts with label taMAn2 iLmu. Show all posts
1
surat dah ada dalam peti

mampukah kita sebagaimana Muti’ah?

Siapakah muti'ah itu? 
Dia adalah wanita pertama yang memasuki syurga Allah...Subhanallah


Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda:  
“Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”. 

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata:
 “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”

Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata:
“Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”

Perempuan itu menjawab:
“Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata:
“Ini siapa?”

Anakanda Rasulullah menjawab:
“Ini anak saya, Hasan”

Perempuan itu lantas berkata:
“Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata:
“Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah”
bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata:
“Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”

Isterinya menyahut:
“Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”

“Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya:
“Mengapa jadi begini?”

Perempuan itu menyahut:
“Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”

“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah.

Jawab perempuan itu:
“Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi:
“Buat apa pula tongkat itu?”

Perempuan itu menjawab:
“Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”

Siti Fatimah bertanya lagi:
“Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?”

Maka perempuan itu berkata:
“Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata:
“Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata:
“Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum:
“Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”

Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

kita?

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

2
surat dah ada dalam peti

taman2 ilmu: Kitab Syamail Muhammad pisod II

Alhamdulillah, semalam puan eeiyss n family diberi kesempatan untuk menghadiri buat kali keduanya kuliah ustaz Yussaine di taman jali. Niat tu nak gerak awai, xnak la jadi macam last2 week...tapi

Dah cuba sedaya upaya. Tapi kita hanya mampu merancang. Walaupun lewat, berasak jugak masuk ke dalam, duduk berhimpitan. Dapat juga tengok muka murobbi...

Waktu tu baru muqaddimah. Tak masuk lagi perbincangan kitab syamail...alhamdulillah
Semalam (02Mac2011) membincangkan tentang adab pergaulan Nabi SAW dengan isteri baginda...
*menarik*

Disini leh la puan eeiyss kongsikan mana yang sempat tercapai oleh pena yang menulis. Antara Adab2 yang perlu SUAMI ambil perhatian untuk b da best untuk ISTERI2 kalian.
(Isteripun ada adab2nya tapi malam semalam diperbincangkan peribadi Rasul...moga leh amik manfaat)

menjadi tanggungjawab suami ke atas isterinya itu, beberapa perkara:
1.MENGAJAR DAN MENDIDIK ILMU 

suami kena ajaq isteri dia ilmu...ilmu agama terutamanya...
Ilmu fEQAh
ILmu TauHid
ILmU tAsAwwUF
IlMu TaJwID
Dan sebagainya
persediaan menuju RABBNya...

Sabda Nabi: "Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membiarkan ahli keluarganya jahil tanpa ilmu."


2.HENDAKLAH TEKUN MENYURUH ISTERI MENUNAIKAN SOLAT DAN BERSABAR DALAM MENYURUHNYA

3.BERSABAR DENGAN KERENAH ISTERI

Rasulullah SAW bersabda
"barangsiapa yang sabar atas kejahatan perangai isterinya, nescaya ALLAH taala memberikan pahala kepada nya sepertimana pahala nabi AYUUB a.s dengan sebab sabar akan balanya"

Rasulullah SAW bersabda lagi:
"barangsiapa yang sabar atas kejahatan perangai suaminya, nescaya ALLAH taala memberikan pahala kepada nya sepertimana pahala Asiah, isteri Firaun"
4.TEGUR ISTERI DENGAN HIKMAH

5.BERLEMAH LEMBUT DALAM PERGAULAN DENGAN ISTERI
6.CEMBURU YANG TIDAK KETERLALUAN

7.MENJAGA PENAMPILAN (KEMAS dan BERSIH)
8. REDHA AKAN ISTERINYA ITU
uNTUk memuDahKan Kita pArA iSTERi di SANA kelak...
Habis je ceramah..trus solat...berasak2...xde ruang untuk syaitan lolos...Takbir!!!
tika bacaan doa dialunkan..terdengar gemaan 'AMIN' di setiap penghujung ayat...bergetar di jiwa rasanya...
satu kesatuan ISLAM yang sangat lama xdirasai...
windukan saat2 ini...yang tika dulunya bersama sahabat2 seperjuangan



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin..
 



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

2
surat dah ada dalam peti

taman2 ilmu: PASANGAN KAKI LETER (semanis kurma)


alhamdulillah...semalam...sempat ana luangkan masa ngan mama tgk rancangan semanis kurma di TV9... tajuk hangat dia...
PASANGAN KAKI LETER

memang menarik sebab puan eeiyss xtually kompius...membebel ke atau berleter ke kat incik hubby...puan eeiyss kan suka cakap...tapi kadang2 tu kalau diam ja...ada yang xkena pulak...hmmm...

berleter atau membebel mang tabiat orang perempuan...sebab tu kebanyakan wanita sihat...umur panjang (hidup mati mang telah ditetapkan sejak kita di alam rahim lagi)...puan eeiyss berbicara dari aspek kesihatanla... xpendam lama2...xjadi susah hati... hidup sentiasa tenang...minda sentiasa xtiv...otomatik akan mempengaruhi badan agar jadi sehat dan kuat..yeah! masyaALLAH (ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG)

nak lari sket dari tajuk asai leh?

ada ramai yang bertanya maksud sebenar perkataan masyaALLAH ni... bagi yang otak canggeh sket...maksud masyaALLAH ni leh search je kat tenet...tapi untuk pembaca blog puan eeiyss yang budiman... leh amik masa baca info ni ye...

Penggunaan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian. kadang2 kita terpengaruh dengan Movie, terutama cerita P ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah" dalam situasi yang silap. Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok , contoh ketika terlihat gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

ok..berbalik kepada semanis kurma semalam... berleter untuk memperbaiki kesilapan...xde masalah...jangan berleter menjatuhkan pasangan....berleter yang menggunakan perkataan2 yang xelok atau dengan kekerasan...xmo camtu... berleterpun ada waktu2 larangan dia...

antaranya:
  • waktu pagi2 suami/isteri nak pi qeja...
  • waktu balik qeja....pasangan of coz letih...biaq suami/isteri tu makan keyang2 dulu
  • waktu makanpun jangan...xlalu nak makan satgi
  • waktu anak2 nak pi sekolah ka
  • waktu anak2 balik sekolah ka... letih..sian depa...bawak beg sekolah berat2
  • waktu pi bercuti ngan pasangan ka...
  • hmm...waktu mana lagi ye...
  • waktu tengah drive..bahaya ni...satg...hilang fokus...

cari waktu dan cara yang sesuai untuk berkomunikasi... biaq tenang2... jangan kaluit2...

sangat tertarik dengan kisah yang disampaikan tika awai2 rancangan..saidina umar

Satu hari ada seorang sahabat nak pi mengadu hal dekat Saidina Umar (waktu tu sudah menjadi khalifah) tentang bini dia yang kuat berleter... Bila sahabat tu sampai di rumah Umar, tapi semasa dia nak ketuk pintu, tiba-tiba dia terdengar yang isteri Umar sendiri pun berleter. isteri Umar berleter, tapi Saidina Umar diam sahaja. Akhirnya bila sahabat tu ketuk pintu dan khalifah pun mempersilakan dia masuk. Khalifah tanya, "Apa hal?"...Kata sahabat tu, "Wahai Amirul Mukminin. Saya ke mari tadi ni untuk mengadu hal tentang perangai isteri saya yang kuat berleter. Tapi bila saya sampai di luar rumah khalifah tadi, saya dengar yang isteri khalifah sendiri pun kuat berleter juga. Jadi, tak jadilah saya nak mengadu, sebab saya tengok isteri khalifah dengan isteri saya, sama saja."...apa jawapan Umar? Umar jawab, "Wahai sahabat ku, kenalah sama kita fikir tentang isteri kita. Kerana isteri kita inilah yang melayan kita di tempat tidur. Dan isteri kita nilah juga yang membasuh pakaian kita. Dialah juga yang menjaga harta kita bila kita takdak di rumah. Apalah salahnya kita diam sekejap bila isteri kita berleter. Kita perlulah hargai tugasnya yang besar ini dalam mengurus rumahtangga, mendidik anak-anak dan lain-lain lagi.

Subhanallah... subhanallah...subhanallah...
nak jadi isteri yang hebat...sukar sangat asanya... sayunye bila dihamparkan dengan kisah2 sebegini...hebatnya umar..hebatnya siapa yang menjadi isteri khalifah terbilang itu...

doa...doa...doa... agar kita juga hebat...suami kita lebih2 lagi hebat...
akhir siaran...ustazah ada kongsi ayat untuk kita amalkan... untuk ayat doa 1, kena baca then hembus perlahan2 kat tengkuk suami kita... penuh kasih sayang apabila dia tidur malam2 tu...ehehe...puan eeiyss? tidur dulu dari suami kot...cana tah nak buat...xpe...usaha perlu ada...insyaALLAH...hehhe

ayat yang kedua tu baca afta solat 5waktu...jadikan amalan...

ANDA BUAT ANDA DAPAT

Ayat doa 1: Untuk melembutkan hati pasangan (Baca 7 kali)



Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan. Surah Ali Imran, Ayat 83

Ayat doa 2: Untuk memperkuatkan, menyabarkan diri


Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). Surah Ali Imran, Ayat 173

Wallahuta'ala a'alam
sama2 berkongsi...kalau ada kesilapan leh tegur di ruangan komen...insyaALLAH

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

2
surat dah ada dalam peti

taman2 ilmu: kitab syamail muhammad pisod I

Buku ini ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:


Fizikal: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala,serban, dan tempat tidur.

Perilaku: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.

Ibadah : Wuduk, doa, wangi-wangian, solat dhuha, solat sunat dirumah, puasa dan membaca Al-Quran.

Perhubungan & Akhlak: Berbicara ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.

Penghidupan :Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia,
kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.


waktu maghrib semalam telah masuk 14rabiulawal1432h. Incik hubby yang cumil ajak dating kat taman ilmu. Dengaq kuliah ustaz yussaine yahya afta maghrib. Disebabkan amai sangat ahli keluarga yang bakal dibawak bersama, maka kami lewat banyak jugakla sampai di sana...Ramai..subhanallah

Rasa teruja even xdak buku tersebut...juz da beginning...nak cuba menerobos masuk, tapi xterdaya... mang sangat sesak...sangat2 sesak...mujuq ada jugak kerusi, cukup2 untuk kami berempat...ana, mak, maksu n si cumil nabila... tapi las2 minit ada sorang makcik tu datang...xde tempat duduk, si kecil nabila mengundur ke belakang...memberi ruang...

xbes sangat sebab xleh tgk muka murobbi tu...xsampai zouq dia...huhu...lagipun dah nak dekat akhir2 ceramah dah...tanpa buku mang terumbang ambing sketla...sebab syarah refer dari buku tersebut...xpela...dapat jugak sket2..semalam di muka 157 kalau xsalah pendengaran ana...insyaALLAH...ada rezeki...minggu depan kita cuba lagik...

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)