Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

Showing posts with label KeHaMiLaN. Show all posts
Showing posts with label KeHaMiLaN. Show all posts
1
surat dah ada dalam peti

DIARI HAMIL | Menjelang Kelahiran part II

 Anas lahir 2017, 2020 update part 1
now 2021 - maafkan mama nak! hahahhaha

~~~

dah baca entry sebelum ni?

DIARI HAMIL part 1 | kemunculan yang ketiga
DIARI HAMIL part 2 | kencing kotor a.k.a tidak lawas
DIARI HAMIL part 3 | Demam Campak dan GDM
DIARI HAMIL part 4 | Uri Bawah dan Persiapan Bersalin

Paling latest part 1 tadi

DIARI HAMIL | Menjelang Kelahiran part I

Kalau perasan masa part 1 tu ada nota kat bawah tu, sebenarnya, yesss - mama dah lupa apa jadi! hahaahahaha

~~~

Apapun 16 Ogos 2017, mama gerak ke hospital sebab kontraksi teratur macam kakak-kakak jugak, so relax-relax ke hospital, cek bukaan dah 6cm, photostat kakak-kakak punya proses, sama ja, terus ke LR, alhamdulillah dari mula masuk sampai ke LR mudah ja urusan, semua nurse dan doktor perempuan yang urus. Bangunan baru ni, babah boleh masuk sekali, so sebelum masuk LR, sempat telan OsteMatrix dan ESP serentak. 

Sampai LR, Bilik luas dan selesa, so mama sorang dulu, tunggu betul-betul nak bersalin baru depa akan panggei babah. Macam biasa ketuban tak pecah, so doktor pecahkan, then baru babah masuk. Alhamdulillah mudah sama macam kakak-kakak, cuma kalini dengan babah, so berpeluh sakan, babah just lap muka mama dengan cekup kepala mama ja. Hentam sajala! hahhaha

Waktu sakit tu, orang sentuhpun dah sakit sebenarnya! ahhaha

Alhamdulillah Anakanda lahir pada jam ... (kejap mama carikan sijil lahir) 17 Ogos 2017

Bayi lelaki! MasyaAllah wa Tabarakallah

Babah diminta keluar bagi memberi laluan untuk mereka membersihkan bayi dan memberi laluan untuk proses seterusnya dengan mama.

Alhamdulillah!

Waktu tu phone semua tak sempat ambik, so depa mintak babah tunggu sampai depa panggil, lepas mama dah setel, tunggu babah kemain lama, nak call takdak phone, so tunggu ja la dengan perut boleh tahan lapaq.

Semua happy ja, cuma part sedihnya, gambaq anas, dari phone mama dan babah dua-dua hilang. Allahhhhh

Tu ja la memori yang ada, so down sangat. Naseb handphone babah ada jugak dapat diselamatkan. Tapi ada yang rosak, so mama letak sini yang mana selamat.


Awak diam ja, so ini KALI PERTAMA mama belajar tentang menyusu, kakak-kakak menyusu then susu takdak, mama bagi formula. Rupanya menyusu ini perlu ada ilmu yang cukup, support dari orang sekeliling, dan semua bahan untuk penyusuan mama dan ready, alhamdulillah ada rezeki untuk #UstazAnas kalini, mama yakin!

Malam tu bila babah sampai kat mama, dia cakap, depa tak bagitau, bila dia tanya sebab lama sangat, baru la depa cek dan kata mama dah kat wad, terus dia mai bawak ESP lagi, mama memang tekad guna betul-betul kalini. So sejurus ja lepas babah mai, mama dah telan semua full set shaklee bersalin, BComplex, VitaminC, OsteMatrix, ESP, alfafa ja hold dulu sampai anas betul-betul takdak kuning.

Memang energy sampai ke pagi, tak tiduq masih cargassss, alhamdulillah, pantang anas berbunyi sikit mama belajaq menyusu, nasib la anas bukan macam ayong, non stop nangis, so mama pun tak gelabah dan mama belajaq slow-slow sampai ke pagi.

Alhamdulillah, pagi tu lepas doktor cek semua, alhamdulillah takdak masalah, dah boleh keluaq, yang tu ja mama usap perut hari-hari doa, moga mudah, cepat dan selamat semuanya. Takmau dalam LR lama-lama, alhamdulillah sama ketiga-tiga.

Mama dah menggemuk nakkkk! hahahhaha


Tunggu setel surat, so sempatla selfie! wefie!





Barang yang sedia tu guna sikit saja sebab anas tak muntah macam ayong dan angah, tak sempat bermalam pun dah boleh balik, so angkut balik semua barang tu bawak balik.

OK, Jom balik!!!


Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

17.08.17
Muhammad Anas Nawfal bin Mohd Arif Fazdilah


Menyusu mama akan cerita di episod next okeh!

TQ semua!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

DIARI HAMIL | Menjelang Kelahiran part I

[THROWBACK]
36 MINGGU (23 Julai 2017)

Masuk ja 36minggu tu antara nafas lega dan neves

Sebelum 36minggu ni dul risau kot dia keluaq awai,ohoiiii

Dah masuk 36 minggu risau nak bersalin macam mana la pulak pengalaman kali ni

Kadang tu senak sikit ja, dah ropa macam ayam berak kapuq ja kot nak kena beranak dah

37 MINGGU (30 Julai 2017)

Masuk 37 minggu ni, doaaaaaa ja bagi anakanda cepat-cepat keluaq, adikkk, cukup 9 bulan 10 hari keluaqqq naaaaaa 

jangan sampai due date mama 20 ogos 2017 ni tau sebab 19hb adik tak keluaq, mama kena check in wad =( tak leh lebih due sebab GDM on pregnancy

aiyoooo

kakak-kakak dulu pun sama tak leh lebih due tapi bukan pasai GDM, pasai HB low

ouchhhhhh!!!

cepat keluaq naaaaaa

tetiap hari usap perut suh dia keluaq waktu 9 bulan 10 hari a k a 02 ogos 2017

hoho

tetiba, mai 31hb julai malam dia mai senak perut, petang tu tak syoq dah perut

nak dekat tengah malam mai dia punya senak tu, ulang alik tandas la sampai 3-4 kali

cirit

uhuhu

jadi sepanjang malam tak leh lena

Pukui1.30 mangkit buang ayaq kecik
pukui 2.00 mangkin lagi buang ayaq kecik + duk bertafakur kat katil sebab dia menongkoi tu sakit belakang semua cukup sampai pukui3
pukui4 mangkin lagi buang ayaq kecik sambil usap perut yang tak selesa
pukui6 mangkit lagi buang ayaq kecik, gosok gigi, solat subuh

lepas solat subuh duk berkira-kira nak pi qeja ka dak, nak pi ka dak

tak konfiden pulak rasa

baju semua tak iron lagi ni =(

Last babah humaira mangkit iron baju kemeja dia dengan seluaq, aisya dengan aara hari selasa pakai baju sukan, jadi tak payah iron, pastu cari tudung yang tak kena iron jugak - setel 

suh babah humaira punch sat (JANGAN TIRU AKSI INI)

nak tengok gena, kalau ok, nak pi pejabat, kalau tak ok nak amik cuti ja terus

pastu tengok ok, suh beliau balik amik dalam pukui10 pagi gitu, sebelum beliau balik tu goreng teluq, makan nasik dengan KICAP untuk lapik perut nak pi qeja

beliau balik ja, mai pulakkkkk senak perut cirit tu... uhuuuuuu

pastu beliau dengan gigih pi amik buah nyiuq muda belakang umah bila dah kompom tak jadi pi qeja, kira amik cuti ja laaaaaa

minum ayaq nyiuq tu, macam kutey tauk buang ja, senak hilang, jadi lena la puan eeiyss tu cover yang semalam takleh lena, sampai terlajak ke pukui3 petang

mangkit solat zohor, pastu makan nasik dengan masak kunyit sotong buh KICAP macam besala dah puan eeiyss tu hantu KICAP

lebih kurang pukui6 beliau sampai umah dengan anak-anak, terus mai balik rasa senak tu... adudududud

kalau anakanda nak keluaq, keluaqlaaa.... mama tak neves menunggu hari ni

bila lepas semua siap-siap, babah humaira uruskan anak-anak nak makan, aisya sama mama, hantu KICAP 

pastu beliau perasan yang kicap tu dah berbuihhhhh - WHYYYYYY!

Allah... patutla senak perut, baby pun memberontak gamaknya... tu yang duk menongkoi dalam perut takleh lena.... selalu dia makan bes-bes dia relax ja, kalini kena yang tak elok, dia memberontak ja, bukan nak keluaq lagiiiii

maka mai la mama qeja pada hari rabu dengan tabahnya setelah buat kawan-kawan pejabat neves kot nak beranak ka apa

haha

38 MINGGU (06 Ogos 2017)

Masih lagi dalam fasa kehamilan

aduhai anakanda tersayang, bila nak keluaq jumpa mama, babah, ayong, angah, maktok ni

mama ni tak keruan dah dari sehari ke sehari duk menanti penuh debaran

harap macam mana kakak-kakak keluaq tu, macam tu jugakla anakanda keluaq na, sat, tak sakit, normal, anakanda sihat

haritu scan 36minggu6hari (28 Julai 2017) anakanda dah 3003gm nakkkkk, mama neves ni, mama qeja makan ja ni - hoho

39 MINGGU (13 Ogos 2017)

fuh, masih lagi hamil... haha

semua orang dah pakat tanya, kadang nak buang ayaq besaq ja pun, mak dah ingat nak bersalin...

cepatla keluaq anakanda, mama dah neves ni - huhu

sabtu malam ahad haritu, ada konstraksi palsu mama agak, sebab kiraan jam bermula 12 tengah malam, 1pagi, 2 pagi, 3pagi, 4pagi lassttt, lepas tu mama leh lena sampai subuh hampir terlepas, huhu

lepas tu dah tak rasa apa dah

ahad malam pulak, stat awai 8.30malam, 9.30malam, 10.30malam, 11.30malam lepas tu lena sampai pagi... haha

takat mangkit macam besa untuk buang ayaq kecik sajalaaaaa

Isnin 14hb Ogos 2017 ada perjumpaan dekat pejabat tanah, setelkan hal tanah bendang ayah yang lama tertangguh, mayb baby takmau keluaq lagi bagi setel hal ni kot, ingat nak pi qeja lagi, tapi macam tak bes pulak perut dia mai sekali sekala konstraksi palsu tu

then, buat keputusan, amik jugak cuti stat isnin ni sampai tarikh check in 19hb Ogos 2017 ni, huhu

ingatkan sat kat pejabat tanah, rupanya sampai ke tengahari, kita ni duk serba tak kena dah... kecemas ja pun sebenaqnya, taktau yang ni macam mana pulak, kalau sama macam kakak-kakak dia sebelum ni, takpala... dan doa bagi sama atau mudah lagi dari kakak-kakak dia dulu -amin

Selasa 15 Ogos 2017 duk kat umah ja dah, amik mud cuti, aara pulak start batuk dan bagi kat dia #OmegaGuardShaklee, harap dia cepat lega, manakala, mama pulak damaiiiii sangat kat umah, tak rasa apa pun, anak-anak pi sekolah, jadi kemas rumah, lipat baju, semua setel sampai taktau nak buat apa dah

tiba-tiba rindu pejabat (lebih kepada sayang cuti rehat yang duk guna ni) ='(

Nota : Harini 10 Mac 2020
Sesungguhnya mama dah lupa apa yang berlaku - hahahhahahha ampunnnn







Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

3
surat dah ada dalam peti

DIARI HAMIL part 4 | Uri Bawah dan Persiapan Bersalin

[THROWBACK]
NOTA: macam besa, bahasa utagha no, tak paham boleh tanya =)

dah baca entry sebelum ni?

DIARI HAMIL part 1 | kemunculan yang ketiga
DIARI HAMIL part 2 | kencing kotor a.k.a tidak lawas
DIARI HAMIL part 3 | Demam Campak dan GDM

nampak senarai masalah kat atas? hoho

bukan masalah tu, itu nama dia dugaan mematangkan kita - ahaks =)

ni tambah satu lagi senarai ujian ibu-ibu hamil ni, apa yang penting penjagaan kesihatan sewaktu hamil tu penting tau, dan berterusan walaupun tak hamil atau lebih baik sebelum kawin, dari kecik kena jaga pemakanan dan kesihatan kan

nikmat kesihatan tu tak ternilai harga dia

maka bersyukurlahhhh =)

henpon babah humaira jatuh tatau kat mana, berjalan dia dari opis ke rumah untuk track balik henpon tapi tak jumpa, gugel doa barang hilang di fb bagi kat dia, baru baca sekali, ada orang mai hantaq kat rumah

alhamdulillah, orang kampung jumpa, cek dalam henpon nampak gambaq babah humaira dan dia mai hantaq kat umah, tapi henpon tu gulap gulita, nak pebaik mahai - maka bertabahla guna henpon xdak wasap tu

kesian pulak babah banyak qeja luaq yang kena guna app wasap untuk tengok arahan dll, jadi korbankan sat note 3 mama untuk babah guna, bertabah guna wasap web sebab install dua wasap dalam henpon mama, jadi kadang cust wasap, mama takdan balas, babah yang tolong balas

segala grup gosip berhenti sat, babah pantau wasap... haha

sopan ja ayat semua kawan-kawan... haha

nak bagitau, dalam tempoh ni, takdak sangat la gambaq leh snap =)

puan eeiyss kan lekat appoinment dengan o&g untuk kes campak tu, bila kerap sangat scan, jadi kelih la pulak uri kat bawah

jadi setiap bulan kena pi hospital untuk scan pantau kedudukan uri pulak, memang rasa sakit kat bawah perut, bila uri bawah ni, jadi gugel pulak tips untuk uri bawah ni

BANYAKKAN SUJUD

jadi setiap kali solat, sujud las tu baca doa nabi yunus sambil doa dalam hati untuk naikkan balik uri bagi dalam kedudukan normal, memang tak pikiaq dah jantina, susah hati punya pasai

setiap kali sudah solat pulak baca bismillah 7 tu, usap-usap kat perut doa lagi bagi uri naik balik

sampai scan 7m tu, alhamdulillah, doktor kata naik dah sikit kat tepi, depa akan pantau lagi dan macam besa la kena ulang alik o&g lagi

dah tau kata uri elok sikit, baru ada mood nak scan tau jantina, so pi klinik terus nak wat scan 3D 4D tu la cadangnya, tapi doktor yang pakar tu takdak pulak, sepatutnya kena buat appoinment, tapi tu pi redah ja last minit punya keputusan

jadi scan 2D biasa ja yang hitam putih tu, babah humaira ikut masuk sekali tengok, screen dia memang jelas even 2D pun, puas hati tengok

warga perlis jemput pi ANNURA na =) terbaikkk penerangan dia, lengkap sangat



doktor kata, semua doktor ada kepakaran untuk 2D tapi untuk 3D 4D tu kena balajaq lebih sikit, tapi sebab perut puan is dah 7m gitu, kalau 3D pun memang xleh nampak muka dah, baby dah penuh, mengadap uri, uri dah kat atas

tak nampak jantina dia, baby kepit

tapi dia usaha jugak bagi baby gerak dan bagi dia pusing bagi boleh tengok kat bawah tu =)

selepas berhempas pulas, alhamdulillah baby gerak dan pusing

taraaaaaaaa


hohoh

doktor kata, nampak bebird dia tu? puan dah ada anak lelaki?

puan eeiyss jawab, takdak lagi, dua puteri

alhamdulillah, in syaa Allah kalini boy, in syaa Allah

antara percaya dan dak, lagi tak keluaq, tak konfiden lagi tu

sebab semua orang kata puan eeiyss macam pregnantkan boboy, belakang tak nampak macam pregnant, perut memboyot ke depan saja

firasat puan eeiyss pun kata lain sikit kali ni, selalu pinggang dah lebaq, kalini sampai 7bulan pun masih boleh pakai baju yang duk pakai, pinggang muat, yang tak muat baju ja jadi ketat ke depan...

walau dalam tak konfiden tu, buleh pulak duk shopping baju warna-warna baby boy - upppssss

stat shopping serba sedikit untuk persiapan, dan bila dah masuk 9bulan, baru stat packing

ramai orang dah stat packing 7bulan, tapi puan eeiyss tunggu 9 baru stat packing

apa yang ada dalam beg ke hospital?

ni yang puan eeiyss bawak


Barang-Barang Keperluan Baby (untuk masuk labor room)

untuk masuk dalam labor room, puan eeiyss letak dalam beg kecik biru pepel tu (semua serba satu)
1. sepasang baju baby newborn
2. pampers petpet newborn
3. bedung baby
4. selimut baby yang sekali dengan tutup kepala tu
5. sarung tangan ja (sarung kaki tak letak sebab bekalkan seluaq newborn yang sekali dengan sarung kaki tu)


Barang-Barang Keperluan Baby (untuk stay kat hospital, if takdak masalah sekurang-kurangnya semalam - so doa bagi takdak masalah dan boleh balik cepat-cepat, in syaa Allah)



1. Baju baby newborn (2 pasang)
satu pasang dah letak dalam beg ke labor room tadi, jadi kalau nak tukaq pun kot dia muntah susu dll, jadi topup lagi dua pasang

kejadian sebenaq = tak salin pun - huhu, dia pun tak muntah susu, cuma tukaq pampers ja sebab dia yak 3kali, puan eeiyss dapat balik cepat, perihal bersalin next entry na



2. Bedung baby (2 pasang)
ni pun sama, selai dah buh dalam beg labor room tadi, ni pun bawak dua lai lagi sebab pengalaman dulu aisya kerap muak/muntah susu, jadi kena kerap tukaq kain bedung tu

kejadian sebenaq = tak salin jugak pun - huhu, dia pun tak muntah susu



3. Pampers (puan eeiyss beli kat lazada petpet newborn sekotak)
Pampers bawak 5 keping bajet leh keluaq cepat, impian jadi doa kan

kejadian sebenaq = tak habis guna, tukaq pampers tiga kali ja ada balance lagi 3 keping bawak balik rumah




4. Barut baby dan sarung tangan + sarung kaki baby dan towel kecik
barut bawak yang lekat tu, bukan yang tali lagi, sebenaqnya tersalah beli, saiz L, besaq... tapi bawak ja dua lai tu, + sarung tangan dengan kaki 2 pasang, towel tu bawak 3lai kot nak lap mulut waktu menyusu atau guna waktu muntah susu

kejadian sebenaq = tak guna pun semuanya... muahahahaha - buat berat beg ja ='(



5. Wet Tissue (3 ketul) hoho
yang ni pun beli banyak kat lazada, murahhhh

kejadian sebenaq = guna satu ja... muahahahaha - hat ni pun buat berat beg ja bawak bebanyak... hoho

Towel baby? tak bawak punnnnnn

semua ni packing dalam zipper bag ikea tu, baru tersusun dan kemas gitew =) ahaks

Barang-Barang Keperluan Kita Pulak (beg mak-mak bersalin ni)


1. Baju untuk pakai balik (selai)

2. kain batik untuk pakai balik (2 helai) sebab? satu spare kot pecah ketuban dalam qeta ka gena, ada kain batik nak pakai, jadi satu lagi untuk pakai waktu nak balik. waktu kat hospital, pakai uniform depa yang warna hijau tuuu


3. maternity pad
suka intimate ni, senang basuh

4. nursing bra and panties
nursing bra tu bawak 2 helai, panties 3 helai, baca blog banyak guna yang pakai buang, tapi puan eeiyss tak konfiden, kena bawak panties yang real punya... haha

5. stokin tebai

6. sweater


7 minyak panas nona roguy
yang hijau tu untuk kita, yang pepel tu untuk baby

8. tudung nak balik bawak selai


9.  nipple cream bepanthen (terpengaruh dengan hanis zalikha) haha

10. toiletries
yang ni beli yang travel pack colgate tu, tapi heran awat puan eeiyss tak tangkap gambaq no =P hmmm

towel dengan selipar toilet tak bawak, selipar pakai yang masa pi hospital tu jaaaa =) manakala towel, mak kite tak bagi mandi kat hospital, tunggu balik rumah katanya

pump apa tak bawak sebab malu-malu nak guna, ni kira first time puan eeiyss serius dengan penyusuan. kesian aisya dengan aara, puan eeiyss kurang ilmu sangat waktu tu dan puan eeiyss ingat susu ada, dan baby akan menyusu

rupanya ilmu penyusuan ni, kena amik tau since dapat tau kita pregnant lagi dan niat menyusu kena awai seawai-awainya

Barang-Barang Keperluan Berpantang dan Menyusu


1. Buku Penyusuan
Since pregnant terus dapatkan buku ni selain dari gugel, fb dan kawan-kawan yang otai dalam penyusuan


2. Pump susu
ada dua jenis puan eeiyss beli, satu pump haakaa tu, dan satu lagi yang guna powerbank, yang ni puan eeiyss beli kat lazada, murah sangat jenama real bubbee, awat tah tak tangkap gambaq

ni kawan yang menyusu suh try, satgi beli mahai-mahai apa-apa jadi rugi, jadi try yang ni dulu, if susu meriah boleh beli lain untuk kegunaan jangka panjang

doa bagi susu adaaaaa - in syaa Allah ada =)


3. Nursing cover
yang ni sajaaa beli dah alang-alang duk shopping kat lazada, then ternampak, beli terus...



4. Milk Storage
punnnn beli kat lazada... haha

beli yang 5oz sebab selalu baby akan minum 3-4oz ja, jadi target untuk sekali minum senang =)


5. Barang mandian baby
ni tak bawak pi hospital, untuk mandi kat rumah ja =) beli botoi kecik-kecik ja... hoho


6. Set Tanam Uri
yang ni gatai tangan dah kelih kat lazada... haha

adalah dinasihatkan xyah beli, babah humaira perlukan kuantiti asam dan garam yang lebih banyak dalam set ni, ciput-ciput ja ='(

tempurung tu bukan dalam set na, ni orang-orang tu suh buh dalam tempurung jantan, besaq tempurung ni, takpa apapun, asai kita tanam ja nanti elok-elok lepas cuci bersih na =) yang bahagian ni memang babah humaira urus semua dari anak pertama sampai yang ketiga ni =) alhamdulillah


7. Nona Roguy
tak amik set, dulu yang first babah humaira qeja kat HPA, jadi bersalin dapat free set bersalin HPA, yang kedua si aara, gigih guna tanamera full set, tapi ada yang guna ada yang dak, kalini, amik hat perlu ja

hasil gugel kata, yang bes minyak herbanika tu yang warna hijau dengan pepel kat atas tadi (yang bawak pi hospital tu) dengan uncang cuci, so yang tu ja la puan eeiyss beli =)


8. Tanamera
yang ni memang bes sabun mandi tu, dia cuci daki, so, puan eeiyss beli hat tu ja la =) dia bagi la free gift lebih... TUAM BABY tu beli kat kedai barang baby comel-comel perlis



9. Full Set Bersalin Shaklee
yang nona roguy + tanamera tadi untuk luaran, ni untuk dalaman serba ringkas puan eeiys terang no

ESP - untuk tenaga, sentiasa kenyang dan menyusu

Alfafa Shaklee - milk booster dan bertindak macam jamu yang terbaik untuk masalah dalaman wanita

B Complex with Folic Acid - bagus untuk hilang stress dan cover semua jenis vitamin b yang diperlukan oleh badan (penting ni untuk melalui fasa berpantang dalam keadaan ceria dan gumbira)

Vita-Lea - yang ni multivitamin dan multimineral. lengkap waktu pantang kan kita takleh makan banyak benda, jadi untuk memastikan khasiat sentiasa ada untuk tenaga dan menyusu, nindia la jawapan dia, lengkap semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh

vitamin c - untuk imunisasi mama dan baby, selain untuk kulit kita dan baby (menyusu)

ostematrix - ni most wanted vitamin untuk ibu-ibu berpantang, untuk elak sembelitttt dannnn untuk sendi dan tulang yang kuat dan sihat =)

lecithin ni tambahan - untuk bengkak susu, untuk kurus, untuk ingatan (leh try omega jugak - bagus untuk otak baby) tapi puan eeiyss beli untuk aisya dengan aara ja =)

jadi, semua dah adoooo, tunggu masa bersalin ja... next entry untuk pengalaman bersalin kali ketiga =) in syaa Allah






Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

8
surat dah ada dalam peti

DIARI HAMIL part 3 | Demam Campak dan GDM

[THROWBACK]
NOTA: macam besa, bahasa utagha no, tak paham boleh tanya =)

dah baca entry sebelum ni?

DIARI HAMIL part 1 | kemunculan yang ketiga
DIARI HAMIL part 2 | kencing kotor a.k.a tidak lawas

Lepas selesai bab kencing tak lawas tadi, maka datangla bersusun-susun ujian untuk kehamilan kali ni, jangan stresss, senyummmm kasi manisss =')

suatu hari yang indah, aisya demam panas, lepas turun panas dia, naik la ruam macam campak tu - huhu

dengaq kata kat sekolah ada yang kena campak jugak, jadi mungkin berjangkit dengan kawan di sekolah, makanya bercutilah beliau dari rutin asal dia ke sekolah, bawak pi klinik untuk cek dan amik ubat sapu


babah humaira yang bercuti kalini jaga aisya sebab cuti dia banyak, mama masuk ja qeja macam besa

bila balik, mama amik alih la, buat sup ayam bagai, bagi si aisya makan


untuk campak, bila stat naik bintik-bintik tu, terus mandikan dia dengan campuran beberapa titik basic H dalam ayaq mandi dia.



sudah mandi, lap bagi kering elok, sapu pulak dengan herbal blend, bagi kurang gatai dia



alhamdulillah, dia pun nampak ok dan tak gatai sangat, pi klinik dapat jugak ubat sapu warna pink tu, selang seli jugak dah alang-alang doktor kasi

bila pi pejabat, kawan tanya... "is, tak amik cuti kuarantin ka?"

Allahhhh.. nama saja admin, jaga hal ehwal staf, macam mana leh lupa pasai cuti kuarantin ni no.. huhu

dah berapa hari berlalu dah pun...


pi balik jumpa doktor, dapatkan balik surat doktor kata aisya kena kuarantin tu, attach dengan borang dalam pekeliling tu - backdated

setel

jimat cuti rehat, ni kalau anak lain pulak, buat yang sama =)

banyak la tempat aisya tak leh pi, babah bawah adik saja. makanya, kesian pulak dekat dia kena duk rumah, jadi bila campak dia dah semakin kurang, bawakla dia jalan-jalan bagi adil dan saksama

mana lagi mama dia tau bawakpun

kuala perlis jadi leeerrr



bagi dia enjoy dan mama pun tak kecemas dengan tempat parking.. lapang jaaaa. ni kat masjid terapung punya pondok =)

balik layan cucuq kembung babah humaira dulu



TAPI

pada suatu hari sabtu yang damaiiiiiiii, mama perasan ada satu bintik naik kat lengan, cuak!

adakah ini namanya campak?

terus gugel campak during pregnancy - ALLAHHHH!!! Semua artikel, blog, forum seram-seram belaka cerita dia punya bahaya dia... terus bagitau babah humaira, setelah ditimbang-timbang dan difikir-fikir dengan teliti, maka petang tu jugak kami bergerak ke unit kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF)

cek bp naik tinggi sikit sebab mama neves

sat mama, sat puan eeiyss no, mohon pasrah =P

2x cek pun macam agak tinggi sikit, tunggu turn jumpa doktorpun masih lagi jantung duk dup dap dup dap bunyinya... huhu

masuk cek, baru naik dua tiga ruam campak tu, scan baby, doktor duk kol refer o&g lagi, lama jugak la sama ada nak lepas atau tahan, tapi badan puan eeiyss kuat, in syaa Allah. tengok kondisi yang macam ok tu, doktor cuma bagi ubat dan balik

fuhhh


tapi kena mai pulak untuk pemantauan campak tu, kena dapatkan date appoinment kat bahagian o&g


dapat mc dannnnn balikkkk

tangkap gambaq send kat geng opis, maklum kata cuti seminggu

seronok tak sangat, takutttt ja lebih... huhu

balik umah cepat-cepat telan B Complex shaklee untuk folic acid, make sure perkembangan bayi ok, doaaaaa sangat waktu ni, baby ok - huhu


bila free sikit, pi amik date appointment kat o&g, dapat date, depa nasihatkan untuk bukak buku merah segera, sebab bila nak mai pulak nanti, depa nak tulis dalam buku merah ja

cadang tu nak pi bukak waktu perut 12w gitu, jadi terpaksa la bukak awai


bila bukak awai, macam-macam la date la depa bagi, minum ayaq gula la, pakar zat makanan la, fisio la, disebabkan jugak terlekat appoinment dengan bahagian o&g, terpaksala maklum kat kawan pejabat yang lain perihal pregnancy ni, sebab akan selalu la puan eeiyss tu tak dak kat pejabat


HB ok

test gula, SANGKUTTTTT kalini, dugaaaannnn lagi, ALLAH nak uji, dia nak bagi sesuatu yang hebat, mana kita tau kan? jadi senyummm lagi



ni first time gula sangkut, tapi memang sejarah family ada, makan tak jaga, lekat jua la kan.... takpa, SENYUMMMM =)

b complex sebenaqnya membantu jugak dalam menukaq gula kepada tenaga, jadi jangan stoppp, makannnn

cuma kenala ikut prosedur cek gula 4x sehari tu... nak ulang alik opis - klinik tu yang letih tu

8.30 pagi

12.30 tengahari

4.30 petang

8.30 malam

huhu


jangan huhu... senyummmm

ni namanya BSP

kalau bacaannya ok, takdak merah, cek BSP ni jadi sebulan sekali, kalau lekat merah sekali, cek dia jadi 2minggu sekali, kalau merah lagi seminggu sekali, jadi kena kawal pemakanan bila nak pi cek

diulang, bila nak pi cek sajalaaaaa... haha

lain waktu?

tengok

babah buat syoq try cucuq keria pulakkkk

hari pertama try (11 Feb 2017)


nampok gula gena? haha - TAK JADI! tapi sapa nak habiskan? isteri dia ni la... ohoiiii =)

kali kedua try (12 Feb 2017)




sekali dengan anak-anak buat, kalini lembutttt sangat, jadi syoq pulak, gula pun jadi, tapi heran, cari dalam henpon tak jumpa dah gambaq... makan sampai tak hengat nak tangkap gamaknya =P

bila dah jadi, dia wat syoq buat lagi

19 Feb 2017


telah ku katakan cucuq itu manisssssss tapi demi suami tercinta HASHTAG SUPPORT tu penting - hoho

untuk menghilangkan gundah di jiwa, campak, GDM, kita balik kampungggg duluuuuu


(aara)


(aara + aisya)


(aisya)


(babah humaira)

sambil kutip cabai


(^___^)

manakala kat opis pulak, menanti hari ke besday maktok =)



sempat lagi layan... (waktu rehat hari jumaat naaaaa - bukan time bekerja - hoho)

22 Feb 2017 (BESDAY MAKTOK)



ada 3 jambangan bunga, satu dari mama, dua dari aara dengan aisya =)

01 Mac 2017


alhamdulillah, dah daftar aisya untuk ke darjah 1 dah taun depan. sat ja no masa berlalu, umuqpun dah semakin meningkat...

gabung semua dalam satu entry - haha

jangan marah haaa

layan gambaq dua beradik ni + ucu (puan eeiyss dengan ucu tu sepupu, dia sama umuq dengan aisya, jadi tak panggei maksu, bagi kiut sikit panggilan, jadi ucu)









`
jumpa lagi next entry, in syaa Allah =)

ini bukan mengidam tau... sedapppp.... hoho


ayaq jagung (^____^)




Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)