Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

Showing posts with label bicara ilmu. Show all posts
Showing posts with label bicara ilmu. Show all posts
16
surat dah ada dalam peti

Mencari CINTA~

Lamaaaaa xberkarya... dulu, awai2 buat blog mang niat nak jadiks penulis (^___~) hoohoho

Ni antara memori kisah benarrrr yang terlakar menjadi memori...

| DARIKU |

Banyak episod woooo.... berjuta tima kasih bagi yang sudi membaca kisah dulu2 tu ;) terharu! ada jugak orang baca (^___^)

Tulis syoq sendiri dulu ;) sekarang baru tau konsep ziarah menziarahi...

Alhamdulillah... Alhamdulillah ;)

Puan eeiyss nak kongsi apa yang puan eeiyss dapat ;)

Mencari CINTA-NYA~~~

Allahu robbi... kerdil ja diri kadang-kadang bila pikiaq, xdak hala tuju...

Sebenaqnya jalan dah terbentang luasss.... cuma kita yang buta dalam memilih jalan....

Sedih... 

Puan eeiyss pun masih belajaq, mengenal diri, muhasabah! Banyaq yang nak kena repair, banyak yang nak kena cloroq.. hati dah berdaki tebai... takut berkarat susah nak tanggai... huhu

Mula dengan solat, kita pakat2 hayati makna.. nak capai khusuq bukan mudah... macam-macam benda mai dalam kepala waktu tu.. Termasuklah idea2 yang BERNAS... Allah... dugaannnn

Jom kita belek2 ;) cari2 dapat yang kiut dari blog | INI |

Moga pahala berganda-ganda atas ilmu yang disharing beliau ;)











Kerna CINTA itu milikNYA, maka kembalilah kepadaNYA ;'(

Terimalah solat kami ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...

Satukanlah kami dalam rahmat dan kumpulkan kami dalam JannahMu 

Amin





| eeiyss | FB: Sanisah Eeiyss | 0175777137 | eeiyss86@gmail.com | Shaklee Independent Distributor | 967096 |

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

20
surat dah ada dalam peti

men are from mars women are from venus

Hari ni 12.03.12 , is dah stat qeja . Wah ! mencabar jugak . bangun pagi2 , sediakan sarapan , pi qeja , balik masak , jaga siMERAH humaira kejap , sekarang dia dah tido ngan maktok dia . Settle melipat baju , iron , kemas rumah , ni baru ada masa jenguk blog yang terchenta . Uhuk3 .

Lama jugak tak sempat Blogwalking ke beloglis yang dikasihi apatah lagi la tempat2 len . huhu . Letih sangat , tapi nak share jugak satu buku yang dah lama is duk ngidam nak baca . since dari sebelum kawen , duk cari tak jumpa , akhirnya ada kat jitra mall .

[ edisi bahasa melayu ]

Buku ni mang bagus untuk pasangan yang dah kawen dan juga yang ada cita2 nak kawen . Wajib baca ! hehe . Walaupun is baru baca kat pengenalan , tapi rasa berkobar2 yang tak terkira dah . semangat ! mang bes tak sangga nih . bagi yang xdak lagi , leh cari di kedai2 buku atau lagi canggeh , ONLINE je (^___^)

p/s : insyaALLAH , ada masa is melawat kamu semua ya ! windu nak baca entri semua sahabat2 blogger , tapi masa masih semput . xcukup napaih . nite !

UPDATE ! 09:37pm 13 march 2012

 is letak kat status FB , kat bawah ni komen2 yang terbaek is dapat (^___^)





Jadi misi sekarang , nak cari buku ni pulak ! hohohoh


(^___~)

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

20
surat dah ada dalam peti

::imam SUHAIB WEBB::

Satu hari tu , puan eeiyss lepak - lepak satu family tengok tv , waktu ada iklan , ternampak satu kelibat seorang penceramah ni , terus jatuh hati . Mula - mula puan eeiyss tak sempat tengok apa nama penceramah tu . Tunggu iklan tu muncul lagi , tak muncul - muncul . Hmm ... sedih . At last , hari ni ada lagi , sempena maulidur rasul ... Penceramah yang sama puan eeiyss nampak witu . xcited!

Terus goooooooooogle tentang imam SUHAIB WEBB ni 

ihsan MR.google

PROFIL IMAM SUHAIB

Lahir pada tahun 1972 di Oklahoma ( oklahoma ni kat Amerika Syarikat ) ::warganegara AS la beliau ni::

Lahir di dalam sebuah keluarga yang beragama Kristian

Umur 14 tahun , beliau dah hilang minat kat agama beliau ::krisis rohani::

Bekerja sebagai DJ sebelum masuk ISLAM

Sekitar tahun 1992, Beliau memilih Islam sebagai agama , Beliau meletakkan jawatan sebagai DJ dan belajar di University of Central Oklahoma ::lulus dalam ijazah pendidikan::

Belajar secara peribadi dengan seorang Sheikh dan dengan itu melayakkan beliau mengajar . 

Sekitar 2004 - 2010 , beliau sambung belajar syariah di Universiti Al-Azhar , Mesir

Serba sedikit dapat dari incik gooooogle... tq~
Dah tahu nama beliau , maka puan eeiyss pun mula search kat youtube video - video ceramah beliau . 

Jangan lupa saksikan imam SUHAIB WEBB ni
AHAD 10.OOpagi 05.O2.12
TV9

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

mommy to be...surah2 amalan untuk ibu2 hamil~

alhamdulillah..wa syukru lillah...
masih diberi kesempatan oleh Allah atas nikmat kehidupan...
bersama si cumil in my tummy~how sweet...masyaALLAH

lama sangat dah xwat qeja menghupdate blog ni...
sejak dua menjak ni..malas banyak...bukan malas sikt2 dah...
juz wanna share wif all mommy to be sume...
goooooogle je...leh dapat info xtually~

antara surah yang boleh diamalkan semasa hamil ni...
selain waktu kita hamilpun...quran is da way of life
cume2 perbanyakkan surah2 seperti:



SURAH FATIHAHpenerang hati dan penguat daya ingatan
SURAH MARYAMuntuk mempermudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang bersabar dan taat
SURAH LUQMANuntuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
SURAH YUSUFuntuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak
SURAH HUJURATuntuk memperbanyakkan susu ibu dan memperoleh anak yang berhati-hati
SURAH YASINuntuk ketenangan hati dan anak terhindar dari godaan syaitan yang menyesatkan
SURAH TAUBAHuntuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat
SURAH AN-NAHLuntuk melahirkan anak yang berdisiplin



moga sama2 perbanyakkan pembacaan dan amalan...
insyaALLAH

mama ngan abah sayang "sayang"




Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

2
surat dah ada dalam peti

SUAMI juga NUSYUZ...

Kita seringkali didedahkan dengan pelbagai situasi yang melibatkan isteri nusyuz...tahu atau tidak, suami juga boleh terjadi nusyuz. Perkata ini ada termaktub di dalam Al-Quran Karim sebagaimana FirmanNYA:

وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير

( النساء128 )
Maksud:
“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap  tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)” 

Berbagai-bagai versi riwayat yang menjelaskan latarbelakang ayat ini diturunkan, antara lain ialah kebimbangan Saudah Binti Zam`ah dia akan diceraikan Rasulullah saw, lantas dia berkata kepada Baginda saw: “janganlah ceraikan saya, kekalkanlah saya (sebagai isteri). Dan berikanlah satu hari giliran saya kepada `Aisyah”. Rasulullah saw menerima tawaran tersebut lalu ayat ini diturunkan. (al-Qurtubi, op.cit 5:402).
 
Menurut Ibn Abi Malikah ayat ini menolak pandangan sesetengah orang bahawa apabila seorang lelaki telah menghabiskan usia muda seorang wanita dan setelah tua lelaki terbabit tidak lagi berhak menggantikannya dengan wanita lain (Ibn `Arabi, Ahkam al-Quran.1:504, Qurtubi, op.cit 5:404). Beliau melihat isu ini positif kerana Allah telah memberi satu jalan keluar di saat tiada pilihan bagi lelaki yang tidak lagi mahu mengekalkan status isterinya sebagai isteri.  

Sewaktu ditanya mengenai maksud ayat ini Ali karramalLahu wajhah berkata: seorang lelaki punya perempuan di bawah tanggungannya (isteri), dia tidak lagi tertarik kepadanya oleh kerana susuk tubuhnya, usianya yang telah tua, akhlaknya yang buruk atau kecacatannya. Wanita itu tidak mahu dia diceraikan, jika dia memberikan kepada suaminya sesuatu, harta atau hari gilirannya dia boleh melakukannya”. (Said Hawa, al-Asas Fi al-Tafsir 2:1195).  

Dalam ayat ini terdapat dua istilah: nusyuz نشوز  dan i`erad اعراض . Nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri, tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya. `Ierad kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, ibid 2:1194)  

Dalam mentafsirkan ayat ini al-Qurtubi menjelaskan bahawa sekiranya isteri berpendapat suaminya akan bersikap nusyuz (ingkar dan menjauhkan diri) atau i`eradh (tidak bertegur sapa dan tidak bermesra) dia bolehlah menawarkan suluh kepada suaminya. Suluh boleh berlaku melalui tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan. Suluh juga berlaku melalui tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain (al-Qurtubi, op.cit 5:423-424)  

Isunya, jika isteri menawarkan suluh dan diterima suami atau suami menawarkan suluh dan diterima isteri. Namun jika isteri tidak menawarkan suluh atau isteri tidak menerima tawaran suluh suami dan isteri juga tidak nusyuz, dalam keadaan ini suami wajib berlaku adil dan memberikan semua hak isteri dan melaksanakan semua kewajipannya sebagai suami.  

Dari perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa suami juga melakukan nusyuz. Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga. Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad `Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128 dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184)  

Dr. Mustafa al-Khin menganggap suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di pihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan. (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2;105).  
Penjelasan-penjelasan ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa suami juga berlaku nusyuz dan memahamkan kita apa maksud nusyuz suami.

Pada ketika mana sebenarnya suami dianggap NUSYUZ?

Suami nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagai: suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri. Hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui dan adil antara para isteri, tidak dihina dan dikasari. Hak material isteri ialah maskahwin, nafkah dan mut`ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri. (al-Qurtubi, op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad `Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124).  

Apa tindakan isteri andai suami NUSYUZ?


Jika suami nusyuz isteri mestilah bersabar. Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu`asyarah seperti disedut dalam ayat 18 surah al-Nisa’ وعاشروهن بالمعروف . Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله. Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap isteri.  

Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya, kerana kadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak dan kerana isteri tidak berdaya mendapatkan haknya tanpa kuasa kadi.  

Kadi bertanggungjawab memaksanya menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya.  
Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan bertindak memukul dan memaki hamun kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya.  

Jika ini juga tidak berhasil hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan suluh. Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah cerai.

hmmm...langkah terakhir...
Na'uzubillah...moga perkahwinan yang terbina ini terhindar dari perkara2 yang dimurkai Allah hendaknya...AMIN


 

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

my luv after ALLAH n Rasul...MoM n Dad~

cintaku duniaku akhiratku~mohd arif fazdilah bin abu bakar

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya, dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah : 228)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (An-Nisa : 34)

Diriwayatkan dari Abu Dzar, “Tidaklah seorang wanita menyakiti suaminya di dunia, melainkan pasangan suaminya dari bidadari di syurga akan menyatakan jangan kau sakiti dia, semoga Allah memerangimu (kata celaan), kerana dia berada disisimu sebagai pendatang sementara yang hampir saja dia memisahkan diri darimu dan datang kepada kami (bidadari syurga)” (HR Tarmidzi dan Ibnu Hibban)

moga dialah pasanganku disyurga sana...sangat cemburu kepada bidadari yang menunggukan dia di sana..subhanallah~

sekadar muhasabah dari diri yang FaQir 'ilMu

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

mampukah aku yaALLAH~
sayu je rini...hmmmmmm...




Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)