Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

Showing posts with label memory~. Show all posts
Showing posts with label memory~. Show all posts
9
surat dah ada dalam peti

Alhamdulillah | 3 Tahun yang indah

Abang,

Hepi anniversary... Tima kasih sebab sudi jadi suami is, di dunia dan moga-moga juga di syurga ;)

Hari ni, 20 November 2013, Genap 3 Tahun kita bersama sebagai suami isteri yang sah. Xdak pengalam couple yang best2 sebelum kawen ;) Tapi nikmati percintaan kita seadanya selepas kawen... Alhamdulillah

Walau macam-macam dugaan sepanjang rumahtangga kita, dengan dua orang cahayamata, amanah hebat dari Allah, itulah penyejuk mata, pendamai dihati kita bersama ;)

Walau kadang-kadang stressss xdak det, tapi leh hepi-hepi habiskan det yang sedia ada.. haha! 

Bahagia! 

Walau kadang-kadang sajaaaa ja is cari pasai ngan abang.. tima kasih sebab xbalas balik ke'pasai'an tersebut dan duk doa jaaaa xbalas... satgi is qeyau guling-guling kalau kena marah ;)

Tima kasih...

Nak berambu ayaq mata terharu dengan jodoh yang Allah kasi untuk is, anugerah terindah anak-anak yang sangat bessss ;) alhamdulillah.... alhamdulillah...

Tatau apa nak kata lagi, moga kita teguhhhh hingga ke syurga ;)

Is sayang abang...















Mengimbau kembali... memori yang takkan hilang ;)
20.11.2010

Saat lafaz sakinah terucap~~~













Menteri Besaq Perlis tika itu... asa bangga sat ;)


Kawan-kawan Puan eeiyss sebahagian... perempuan...
Biasa la dah namapun kawan puan eeiyss ;)


Kawan-kawan babah waktu tu... perempuan jugak??? aippp! ;)



I LUV U abg (^___^)

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

12
surat dah ada dalam peti

Menghitung hari ke 20 November 2012...

Nantikan 20 November 2012 ni, ada sesuatu yang ingin puan eeiyss kongsikan di TERATAK siFAQIR 'ILMU untuk semua teman-teman blogger yang sudi meluangkan masa membaca dan terus membaca coretan2 puan eeiyss (^___^)

Dah tak lama dah kan, nak ke 20nov2012, tarikh yang sangat indah jika dikenang kembali, 2tahun telahpun berlalu. Tarikh dimana puan eeiyss dan babah humaira disatukan dengan sekali lafaz di kediaman puan eeiyss tika itu. Subhanallah, sungguh, saat itu sungguh indah (^___^)

Bagaimana puan eeiyss kenai dengan babah humaira? ermmm.... dah besa ceta dah.. kekekekeke

Bila carik2 balik entri tu... kenapa ada pisod1 ja ha? hahaha... tersenyum2 je puan eeiyss bila baca balik

Pastu... eh... jumpa pulak pisod2.. owh.. ok.. yang ni part sedih pulak.. hmmm.... tapi bawah sekali ada lagi 'to be continue' tu. tercari2 pulak pisod3 kepada kisah itu... tapi sayangnya.. xdakpun.. upsss~

Jadi puan eeiyss coretkan di sini, sambungan kepada 2 kisah itu ye... sebagai kenangan untuk puan eeiyss sekeluarga, insyaALLAH...

SEKITAR JULAI 2009

Setelah bekerja di Perlis, tempat kediaman puan eeiyss, rasa lebih bersemangat, cuma pada tika ini, perasaan lebih berbunga-bunga dengan kehadiran mesej2 dari babah humaira. Puan eeiyss jugak beli qeta bulan ni, tapi qeta tu dah ditempah awai masa puan eeiyss qeja kat putrajaya. Jadi terpaksa ke sana pulak amik qeta... Qeta yang arwah ayah kata 'cantik qeta tu' sambil merujuk kepada sebuah myvi silver yang melintas di jalan raya tika puan eeiyss menunggang motosikal membawanya berubat pada masa kesihatan arwah ayah tika itu agak membimbangkan... huuuuu~ ( *sedih pulak dia tak dapat naik tika ini, tapi puan eeiyss tau, Allah menjanjikan yang lebih baik untuk dia di SANA.. alFATIHAH)

20 MAC 2010

Tarikh keramat puan eeiyss dikhitbah oleh babah humaira, alhamdulillah, majlis yang sederhana dibuat untuk mengikat janji. Cincin disarungkan oleh bonda babah humaira, getar perasaan puan eeiyss tika itu. Tidak keruan rasanya. Pengalaman pertaman yang sangat indah... Hantaran 9 berbalas 11... Penuh rumah dengan hantaran je.. hehe

Babah humaira tak datangpun, cuma datang hantar rombongan je, dalam hati, tanak jumpa babah humaira. Malu!!! Mang kami tak berjumpa apatah lagi bergambar sekali. Belum SAH lagi oke (^___^)

20 NOVEMBER 2010

Kepak kepak kebum kebum kepak kepak kebum kebum bum (^___^)

pemberian seorang teman untuk cenderahati tetamu puan eeiyss


Atas jasa sepupu yang tercinta, dia yang menjadi orang penting menghantar dan mengambil puan eeiyss dari butik pengantin, hari akad, sama dengan hari kenduri, satu baju tu je pun, takde nak tuko2 lagi... hehe

Berdebar... ingat tu nak duk dalam bilik je, tanak kuar. Alih2 tok imam suh keluar, duk depan... malunyaaaa... kata tok imam, pengantin pompuanpun kena dengaq jugak apa yang dia nak sampaikan. oke... baiklah... Tak langut2 dah, punyala malu...sampai photographer tu suh dongak sket, nak tangkap gambaq... spek mata xpakai, jadi xnampak sangat orang.. haha (^___^)

Lepas sah bergelar suami~isteri, sarung2 cincin, makan2... maka bermulalah alam baru yang mencabar itu~

Esok dah genap 2tahun dah.. cepat sungguh masa berlalu.. doakan kami berbahagia hingga ke syurga... amin

Hepi enibeseri babah humaira (^___^)

gambaq ni masa babah mai jemput kat umah puan eeiyss nak bawak ke umah dia untuk nuri sebelah pihak lelaki 21nov2010 (bes je waktu kurus2 gini.. tapi muka babah humaira tu siyes jek.. haha)
kat umah babah humaira, 21nov2010 (^___^)  malam tu ada potong2 kek...
p/s: banyak gambaq nak share.. tapi lupa amik dari laptop babah humaira, soooon akan lekatkan jugak kat sini.. kenangan anak cucu (^___^) hehe

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

TQ abg cyg~


hari ni (27 DIS 2010)
STRESS sgt..qeja banyak sangat.. tapi ni time rehat...
mang gatai tangan nak update blog~huhuh
sementara masuk waktu zohor ni...

rini asa nak marah org (yaALLAH ampunlah dosa hambaMU...)
kerdilnya diri tatkala nafsu amarah mengawal diri...
syaitan iblis melonjak kegirangan...

hmmmmm....sebenaqnya n3 ni sai benda len...
tapi melalut ke benda len pulak...

25hb witu..dapat 1surprise yang sangat best..
tq abg cyg..
mang xsangka sangat yang abg romantik camtu..hehe
but u're soooooo sweeeeeetttt!

sangat terharu sebenanqnya..tapi xterluah pulak..
3kuntum...ada maksud yang tersendiri...
means dat I LOVE U!
thanks..
luv u 2
KLIK DI SINI

warna dia pun xtually ada maksudnya...
sengaja berbica tentang bunga2 cinta pulak rini..
sebab bila ingat...asa sangat hepi

merah jambu atau PINK..
maksudnya bila baca kat blog2 atau web2 tentang chenta ni
sume da same things...
1st luv... uit?
KLIK DI SINI

~wif thorns..hurting~

ros yang penuh duri ni..
kene hati2...ia leh melukakan...
hanya kerana terpesona dengan cantik dan harum bunganya..
tanpa sedar ia menyakitkan~
...roses wif a lot of meaning...



p/s: wlwbagaimanapun...
thanks abg sebab ada bila d sisi bila is stress

is marah..
is sedih

is hepi
is gila2...
TQ Allah kurniakan aku suami yang terbaik di sisi...
moga is juge mampu jadi yang terbaik untuk abg...insyaALLAH..
sebab is tau is banyak susahkan abg...
sory n luv u much2 more!!!



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

cucur udang dan kurma

~cucur udang~

~kurma~

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)

Ramadhan 1431H menjengah kita...alhamdulillah masih dikurniakan nikmat kehidupan dan masih lagi menghirup nafas di bumi Allah yang indah ini...Setiap kali Ramadhan... terkenangkan ayahanda yang telah dijemput DIA...ramadhan kedua tanpanya... alFATIHAH~

Setiap kali Ramadhan ayahanda memang gemarkan kurma dan cucur udang. setiap hari boleh dikatakan ada menu tersebut. sangat bahagia melihatnya menjamah dengan penuh kebahagiaan. kebahagiaan Ramadhan... bonda setia disisi...

dulu...wang yang ada hanya cukup2 untuk menempuh kehidupan. anaknya yang masih belum mendapat kerja tetap... kurma yang dijual secara timbang menjadi pilihan... isinya yang agak keras dan berhabuk...tapi ALHAMDULILLAH... masih mampu untuk membeli dan makan seadanya...

sekarang...alhamdulillah juga atas nikmatNYA...sedikit senang berbanding dulu...tapi ayah masih sempat merasa pada ramadahan terakhirnya~ walaupun sedikit yang dapat kubeli... moga ayah bahagia diSANA...lebih2 mewah...lebih2 kaya...lebih2 senang bersama penjaga yang HAK...insyaALLAH...

Ramadhan...Ahlan ya Ramadhan....
berkatilah kami...ampunkan kami yaALLAH~








Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

day by day...

~sejadah tua kegunaan harian~
~antara bahan bacaan yang sentiasa di sisi ayahanda~
~diari ayahanda 1967-2009~
~tempat2 terakhir yang ayahanda tandakan~

kisah ayahanda xkan luput d ingatan...
semuanya masih segar diminda...
esok hari barakah penghulu segala hari...
hari yang mana genap setahun pemergian ayahanda tercinta...
banyak yang ingin dicoretkan...
tapi sebak dijiwa membuatkan ia tetap tersimpan diminda...
diari yang ingin sekali dibaca...
tetapi masih tidak dapat kusentuh lembarannya hingga ke hari ini...
kerana catatan itulah kembara perjalanan hidupnya setiap hari...
menggambarkan bagaimana ayahanda yang sevenarnya...
moga ada kekuatan itu nanti...
untuk menelusuri sejarah hidup ayahanda tercinta...
sejadah peneman solat bertemu Rabbnya
menjadi peneman solat ana sehingga hari ini
walau usang dan terkoyak dibahagian sujud...
tetapi itulah sejadah yang digunankan setiap kali azan berkumandang
memanggil umat meninggalkan urusan dunia
tepat setiap masa...
tapi ana masih lalai dibuai keduniaan...
tidak dapat setepat ayahanda
yang telah berwuduk seawal waktu
bersiap sedia di sejadah sebelum azan
takwim waktu sentiasa di hadapan
penuh disiplin yang tak dapat digambarkan...
ungkapan nasihat yang tak pernah pudar

ayahanda pergi meninggalkan kami
pada malam barakah
maghrib di malam jumaat dan dikebumikan pada hari jumaat
hari yang sangat istimewa

hadis nabi...
"tidak seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau pada malam jumaat
kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur"

moga ayah dipelihara oleh Dia yang memiliki arasy yang agung

~AL-FATIHAH~




Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

[aYaH...]

"Dikwa balik sat mak... t nak bli ubat batuk sama..." aku menggalas beg meninggalkan perkarangan wad yang menempatkan ayah.
~______________________________~

"Ish... tak tahan dah ni... kena panggil ambulans jugak ni..." ayah berkata perlahan kepayahan.

"Xleh tahan sikit lagi ka? tunggu sanisah balik putrajaya dulu..." Mak memujuk lembut. Bas aku dijadualkan bertolak 10 pagi keesokkan harinya... Tapi memandangkan keadaan ayah yang tenat, aku rasa begitu berat untuk pulang ke Putrajaya.

"Takpe la mak, telefonla, tengok ayah penat tu. dikwa ingat nak tangguh ja balik. tak seronok jugak balik Putrajaya dengan ayah macam ni." aku membisikkan perlahan ke telinga ibu.

"Xpaka... dah banyak kali tangguh. cuti habis satgi..."

"Xpa..."

Panggilan kecemasan akhirnya dibuat... jam ketika itu menunjukkan pukul12.30 tengah malam... memasuki tarikh baru 4hb Mei 2009... Isnin...

Ambulans tiba 15minit kemudian dan ayah diusung memasuki ambulans. Mak, aku dan adik sepupu mengejar ambulans dengan kereta milik paksu... kami berkampung di sana semalaman sehingga pagi dan ayah ditempatkan di wad yang sama dengan wad yang dia pernah duduk sebelum ni.

Hampir setiap hari aku mengurut kaki ayah. aku tahu dia kelenguhan. kulihat matanya yang kian redup. alat bantuan pernafasan langsung tidak dapat ditanggalkan. ini bermakna keadaannya lebih teruk dari sebelum ini.

~________________________________~

Sejak ayah dimasukkan ke wad. batuk aku kian teruk. bimbang jugak mengganggu pesakit lain termasuk rehat ayah. aku ke farmasi membelikan gel pahit untuk tekak. aku pulang ke rumah sebentar untuk melihat keadaan rumah. Maksu dan Maktih setia menjaga rumah. aku berkejar kembali ke hospital. perasaan yang kurasa pada ketika ini, aku tidak sanggup berpisah lama dengan ayah...

Tiba di dalam lif, aku menerima panggilan kecemasan dari ibu. menyuruh aku segera naik. tiba di sisi ibu. ku lihat ayah tidak membuka mata... ku intai melalui tirai yang menghadang pandangan awam. ku lihat doktor dan jururawat bertungkus lumus mengejutkan ayah. nadi kian menurun. aku gentar tidak terkata. kulihat perut ayah... tidak bergerak. menandakan tiada pergerakan nafas... ayah....

doktor menemui ibu... menyatakan kemungkinan ayah tidak dapat diselamatkan... dia juga meminta kebenaran untuk membuat tekan pernafasan. ibu tidak membenarkan... doktor arahkan ibu agak membisikkan kalimah Allah di telinga ayah. pada ketika itu aku ketahui ayah akan meninggalkan aku buat selamanya... ibu tidak kuat... aku mengambil alih tugas itu. aku tidak tahu dari mana kekuatan itu datang... aku dekatkan bibir ke telinga ayah...

"Ayah.... ingatlah Allah... Allah... Allah... Lailahaillallah..." kusebut berulang kali sehingga doktor mengesahkan waktu kematian 7.20malam... malam keberkatan... malam jumaat... malaikat telah membawa roh ayahanda tercinta menemui Zat yang Esa... DaripadaNya dia datang dan kepadNya dia kembali... kubisik lagi ke telinga ayah...

"Bergembiralah disana di bawah jagaan Allah yang Esa... tunggu dikwa akan menyusul ke sana juga nanti... tunggu ye ayah... dikwa sayang ayah..." dahi ayah kukucup... sejuk...


~I LOVE U AYAH~

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

2
surat dah ada dalam peti

ALFATIHAH BUAT AYAHANDA TERCINTA

sangat rindukannya...
tapi Allah lebih rindukannya...
sangat sayangkannya....
tapi Allah lebih sayangkannya...
sangat mencintainya....
tapi Allah lebih cintakannya...

Dari Allah dia datang...
kepadaNya dia kembali...

Setiap insan tidak akan kekal selamanya...
yang kekal hanya Allah...
tapi kadangkala sunyi menyapa...
ku dambakan dirinya di sisi...
cuma doa mengiringinya di sana...
moga dia berbahagia di taman syurga yang indah...

ayah...
tunggu anakanda akan ke sana juga...
untuk bertemu denganmu...
InsyaAllah...
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

3
surat dah ada dalam peti

...TIMBA IKAN...

Rabu lalu (13 Februari 2008) family ana ngan adik beradik ayah ana berkumpul untuk menimba ikan di kolam hadapan umah ana. ana ingin nak share proses penimbaan ikan secara tradisional yang jatang kita dapat saksaikan zaman sekarang yang kian pudar dek arus kemodenan ini. bukan apa, caranya unik, anapun baru first time tengok... selalunya pengeringan kolam akan dilakukan oleh enjin2 yang dipasang tapi...

yang baju biru tu adik ipar ayah untuk adik yang paling bongsu dan kanan sekali adalah adik ayah yang kedua akhir... perasan tak? timba itu diikat dua tali yang harus ditarik oleh dua pihak... proses menimba ni memang merapatkan ukhwah.... =)

pastu proses berganti-ganti sampai air kolam kering. sekarang yang kanan sekali ayah ana...


bila dah kering apa lagi? masuk dalam selut pekat tu cari ikan... ni u razak ana...


ni plak ayah ana...

ni yang bongsu... selut dalam. adik beradik ayah yang lain tak dapat hadir... jadi kami sahajalah yang bertungkus-lumus mencari ikan. dibantu oleh isteri masing-masing dan ana sorang ja yang dapat hadir. sepupu ana semua bekerja dan ada yang bersekolah... kiranya analah yang termuda kot... hehe

ni hasilnya... subhanallah, besaq-besaq belaka... ni baru separuh... ada banyak lagi...


ni plak sesi merenung kolam... penat...


selepas selesai, kami menjamu selera dan berehat sebelum ikan-ikan dibahagikan...
disebabkan ayah ana yang paling sulung, maka adik2nya relah spakat membuli ayah ana dengan menyuruh beliau yang melakukan pembahagian...

ikan untuk dibahagi...

what the most important things here... air dicincang tak kan putus... hubungan adik bradik yang paling indah adalah di kala sama-sama berduka dan bergembira... tautan hati dengan ikatan ukhwah yang jitu... selamat menjamu selera la nampaknya. waktu ikan-ikan disiang untuk santapan ana tak amik gambo sebab ana geli... sian ikan2 tu nak kena sembelih..










Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)