Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

20
surat dah ada dalam peti

siMERAH dah setahun! hepi besday dear..

"sayangku... keluaq cepat-cepat tau... jangan sampai due date, nanti mama kena cucuk.. takut...."

"Keluaq la, 10 ke 11 ke 12 ke ye.. mama tak kisah.... Asai jangan sampai 21je... "

Dialog untuk siMerah masa siMerah masih dalam rahim, masih belum menjenguk ke dunia yang fana ni.

211211 Tarikh yang diberikan doktor sebagai tarikh jangkaan bersalin puan eeiyss. Berdebar-debar, gelabah, macam-macam perasaan ada pada tika itu. Tapi puan eeiyss tidak dibenarkan melebihi tarikh yang ditetapkan, puan eeiyss kena masuk wad pada tarikh tu kalau siMerah tak keluaq jugak. HB rendah.

~121211~

Tepat jam 2pagi, baru dua jam tarikh berubah dari 111211 kepada 121211, puan eeiyss rasa berdebar-debar... Konstraksi kecil-kecilan berlaku. Puan eeiyss pegang tangan babah humaira. Kuat. Konstraksi berlaku sekitar 10-15saat sahaja, kemudian berakhir. Puan eeiyss lelapkan mata. Tepat jam 2.30pagi, sekali lagi berlaku konstraksi 10-15saat itu dan sekali lagi puan eeiyss genggam kuat tangan babah humaira. Babah bangun dan urut belakang puan eeiyss. Kemudian dia tidur kembali bila konstraksi puan eeiyss berakhir.

Jam3.00pagi, sekali lagi konstraksi berlaku, apa yang ada dalam fikiran puan eeiyss tika itu adalah 'mungkin ini yang dikatakan konstraksi teratur tu'. Babah humaira sekali lagi bangun dan menyapukan minyak selusuh di bahagian belakang puan eeiyss. Kemudia dia kembali terlelap, puan eeiyss biarkan saja, sehinggalah puan eeiyss tak mampu melelapkan mata bila konstraksi berubah kepada 15minit sekali.

Jam5.00 pagi, mak puan eeiyss bangun bila dengaq bilik kami sedikit kecoh, terus dia menelefon tok saudara yang berdekatan untuk melihat keadaan puan eeiyss.

Jam5.15pagi, tok saudara tiba di rumah dengan lengkap berpakaian cantik. Tujuan ke hospital menemani puan eeiyss. Setelah dia memegang perut puan eeiyss dan menyapu minyak seluluh di perut, dia anggukkan kepala, suh babah humaira get ready untuk bawak puan eeiyss ke hospital.

Jam5.30pagi, kami bergerak ke hospital. Puan eeiyss masih mampu berbual, sebab, konstraksi hanya datang setiap 15minit, blur dan masih was-was. Betul ke macam ni rasanya nak bersalin? huuu~

Tiba dihospital, Jam hampir 5.45pagi. Puan eeiyss ditolak ke tingkat1, Dewan bersalin. Walaupun pada awalnya puan eeiyss menolak untuk menaiki kerusi roda itu, tapi dipaksa jugak duduk. Pertama kali perasaan itu hadir. Tiba di Dewan bersalin. Semua misi nampak relax je.. hoho

"Ada rasa macam mana?" Tanya sorang misi kat situ.

" Konstraksi teratur setiap 15minit" Jawab puan eeiyss.

"Tanda-tanda lain ada?"

"Xdak...."

"Duduk dulu, nanti kita timbang berat."

"ok..."

Blur... duduk je diam-diam kat kerusi tu tunggu misi2 tu daftarkan nama puan eeiyss. Lama jugakla menunggu sebelum depa panggil untuk timbang. Babah humaira ada kat sebelah puan eeiyss.

" Ok dik, mai nak timbang."

Puan eeiyss bergerak naik ke atas penimbang berat badan, misi menulis-nulis maklumat di dalam buku daftar tu. Puan eeiyss tunggu je arahan seterusnya.

"Ok, duduk dulu ye..."

Tunggu lagi terkebil-kebil kat situ sampai pukui 6lebih, dah nak dekat pukul7 pagi baru misi panggil untuk periksa jantung baby tu. Perut kena ikat dengan alat dengaq jantung tu. Tak lama sangatpun baring atas tu, dah misi tu suruh turun. Alat-alat ditanggalkan. Duduk lagi kat kerusi tu terkebil-kebil.

Pukul7.30pagi, misi panggil masuk jumpa doktor untuk cek bukaan. Masuk bilik doktor dan duduk kat kerusi tu. Doktor perempuan, kecik molek je orangnya.

"Saya akan cek bukaan, eermmmm... puan tinggal kat mana ye?"

"Beseri..."

"Jauh tak kalau nak datang ke hospital semula?"

"Erm... tak la jauh sangat, boleh la..."

"Kalau kami cek bukaan, bukaan dalam 1 atau 2 saja, kami akan benarkan puan berehat kat rumah dulu, nanti baru datang semula ke hospital ye..."

"Hmmm.. ok"

"Suami ada ikut sekali?"

.angguk.

"Boleh mesej suami untuk get ready bawak balik puan dulu..."

.angguk.

"Ok, naik atas katil, saya nak cek"

.turut perintah.

'erk!' 

"Saya tak pasti, macam dah bukak 6. Tak sakit ke? Ke memang puan jenis tahan sakit?"

'Tak sakit? Sakitla cik doktor, tapi takkan nak jerit-jerit.. huuuu~' (dalam hati je la - luaq hati hanya senyum je bila doktor tanya camtu)

"Kejab saya panggil misi senior untuk comfirmkan..."

.angguk.

"Betui. Dah bukak 6 ni, kena masuk labour room, dah makan?" Tanya misi senior pulak. 

"Belum."

"Pi makan dulu, suh suami bawakkan makanan, jangan masuk tandas ye, apa-apa bagitau kami, amik baju ni, pi tukaq dulu."

.angguk lagi.

Mesej babah humaira, dia terus pi beli makanan, puan eeiyss masuk toilet tukaq baju, dan tunggu babah humaira datang dengan makanan. hoho

Kurma tak bawak, apa pun tak ingat. babah humaira beli roti ngan ceklat cadbury ja... hentam sajala, mak ngan toklang tunggu kat luaq.

Makan Roti pastu makan ceklat sambil sembang-sembang macam takdak perasaan nak bersalin walaupun konstraksi tu mai sekali sekala tu sampaila misi panggil. Tengok jam dah 8.30 pagi dah rupanya...

"Jom masuk labour room..."

.angguk.

Huuuu~ sayu.. babai babah!

Masuk je dalam labour room, kat katil, baring, misi pasang alat untuk jantung baby tu lagiks. Dan tunggu.. tunggu... tunggu... Dalam hati hanya doa, permudahkan yaAllah.. Lailahailla anta subhanakainni kuntuminadzolimin... huuu~

'eh, betuika aku dah nak bersalin ni... aish! macam tak percaya pulak... macam mana ye rasa nak teran nanti?'

Macam-macam soalan muncul kat minda. Jam dah pukul 10pagi lebih, tapi puan eeiyss takdak tanda-tanda nak sakit kuat tu. Konstraksi semata. Jam 10.30pagi, doktor menghampiri katil puan eeiyss dengan dikerumuni beberapa orang misi. 

"Puan, saya nak tolong mempercepatkan proses puan bersalin, saya akan pecahkan air ketuban puan ye menggunakan alat ni..." sambil menunjukkan satu besi panjang bercakuk di hujung...

'gulp...'

"Ok..."

"Bersedia ye? sikit saja, nak bagi ketuban pecah..."

.angguk.

'PUP!'

'eh?'

Air ketuban tak henti-henti keluaq, malunya....

Tak sakit pun... saspen ja.

Semua kembali meninggalkan puan eeiyss menunggu dengan penuh debaran.

15minit selepas air ketuban dipecahkan, puan eeiyss mula rasa satu perasaan yang sangat anih, terasa ingin meneran... ergh.....!

" Dik, jangan teran lagi ye, tak bukak sepenuhnya lagi.. nanti takut koyakan akan jadi teruk"

.angguk dan menahan perasaan.

'erghhhhh!!!' tak tertahan, dan puan eeiyss tetap jugak meneran sehinggalah semua misi datang mengerumuni memberikan semangat. Dan 11.05Pagi, siMerah menjenguk dunia... 11.05pagi 12.12.2011

Alhamdulillah.

"Cuba tengok, anak apa ni?"

.senyum.

"Perempuan."

"Kami nak mandikan dia dulu, siap comei2. Nanti kami akan bawak kat abah dia na..."

.angguk dan senyum lagiks.

Alhamdulillah.

Misi senior ajak puan eeiyss bersembang sambil mereka menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum puan eeiyss ditolak ke wad untuk bersama-sama dengan baby. Sukanya!

Hmmm.... terkenang sangat tika itu, siMERAH masih merah dan tecik, sekarang dia dah 1tahun. Alhamdulillah... Mama, babah, maktok dan semua sayang merah!



Hari ni 12.12.12, puan eeiyss menunggu dengan penuh debaran bilakah pulak tarikh adik siMerah nak menjenguk dunia. Menanti hari... Semakin hari-semakin gelabah pulak rasanya. Satu perasaan berbeza tika menanti hari siMerah keluaq dulu. Dulu lain, masih tidak tahu bagaimana dan macammana. Sekarang senak perut sikit dah gelabah bagai nak rak.. hehe

Doakan puan eeiyss ye.. moga dipermudahkan urusan untuk melahirkan adik siMerah. Moga mudah-mudah semuanya... huuu
 



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

16
surat dah ada dalam peti

26111986~26112012 26 Tahun Sudah Berlalu~

26111986

7.30pm

Rabu

23 Rabiulawal 1407H

Lahir seorang kanak-kanak cumil (*ahaks) di sebuah hospital di bandar Kangar, Perlis

Anak sulung pasangan Samsiah binti Hj Adam & Sabu @ Hussin bin Dul @ Othman

Sehari selepas ulangtahun pertama perkahwinan mereka 25111986

Mereka mendirikan rumahtangga pada 25111985 yang berlalu

26112012

26 tahun telah berlalu, kanak-kanak cumil tadi telah membesar dan membulat dengan hebatnya tika ini

Bersama si kecil di dalam rahim 

Sama situasi pada 26112011 yang lalu

26 tahun telah membawa pelbagai memori dan kenangan yang tidak tergambar

26 tahun yang berlalu moga amalan-amalan diri ini diterima sebagai bekalan untuk ke sana



Terima kasih tidak terhingga bagi yang sudi mengucapkan salam hari lahir buat puan eeiyss, jumlah yang berdoa untuk puan eeiyss di fb ( https://www.facebook.com/sanisah.eeiyss ) kian bertambah dan puan eeiyss dari teratak siFaqir 'ilmu ( https://www.facebook.com/pages/TeRaTak-SiFAQIR-ilmu/143247575790900?ref=hl ) sangat-sangat terharu atas ingatan tersebut

Terima kasih mak, abang, siMerah.. kerana mewarnai hidup puan eeiyss, alFatihah untuk arwah ayah

'ayah, dikwa dah 26tahun hari ni... huuu~ windu ayah'



Mereka di hati ini...











Terima kasih kepada mereka... lama xdapat hadiah dari kawan-kawan (T___T) terharu

Dari teman opis : Puan Afzan binti Mokhtar~



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

21
surat dah ada dalam peti

hadiah 211112 dari siMERAH untuk kami~~~

Semalam sebuah tarikh cantik untuk diingati, tarikh nuri rumah babah humaira 2tahun yang lalu, tarikh siMerah dah mencapai usia 11bulan 1 minggu dan 2hari, tarikh siMerah jugak dah cekap berjalan... alhamdulillah (^___^)

211112 yang indah

"Siang tadi dia jalan macam ni ke mak?" tanya puan eeiyss kat mak

" Siang tadi jalan sikit-sikit je, tapi jauh jugakla, tapi malam ni yang tak benti sat tu"


(video tidak di upload di sini)


Puan eeiyss masih tersenyum2 dan terus mencapai henpon untuk merakam aksi siMerah dalam bentuk video. Dah penat merakam dalam bentuk video, puan is snap gambaq, tapi waktu tu siMerah dah penat dan asyik nak gelak ja... buat-buat jatuh, tunggu orang melatah, dia tukang gelak...


Saja....

Kadang-kadang tu tak sempat bangunpun, terus buat-buat terjelempuk kat atas lantai tu, pastu gelak... eksyeli, siMerah, mama sangat suka melihat perkembangan kamu, bila kita fikirkan proses membesar yang unik ni, satu kebesaran dari Allah kan? Hebat sungguh kuasaNYA, tapi kenapa kita kadangkala terlupa untuk sujud kepada kekuasaanNYA.


211112 yang damai

Lepas solat maghrib dan makan malam, babah humaira keluaq pi kedai sat beli barang ngan topup, dan singgah jugak umah bondanya yang tercinta, puan eeiyss duk ajak siMerah berjalan tanpa pimpinan tangan, dan dia dah tak takut macam hari-hari sebelumnya. Mengkalau hari-hari yang lepas, kita tak leh tengok sangat dia jalan, buat tatau ja, takpala dia jalan jauh-jauh. Kalau kita tengok atau tegur, terus dia duduk, tapi malam ni, dia dah berani berhadapan dan ikut puan eeiyss jenjalan dalam umah.




Geram pulak tengok dia dah boleh jalan depan-depan kita, puan eeiyss amik kasut yang maktok dia beli tu, (maktok eksaited bila tau cucu dah boleh jalan sikit2, terus beli.. hoho) pakaikan untuk siMerah, dan biaq dia dengaq bunyi toink-toink tapak kasut dia tu... lagi semangat jugak dia jalan. Sian dia dah penat, puan eeiyss buang kasut dan biaq dia duduk je sampai babah dia balik. Bila babah dia balik, puan eeiyss pun sibuk bercerita perihal siMerah kat babah (puan eeiyss yang eksaited tak tentu hala.. haha)




Babah punya turn pulak, (sila abaikan ibu bapa yang terlebih eksaited ni ye... maklumla anak pertama.. hoho) amikkan kasut siMerah, pakaikan dan suruh siMerah jenjalan. Kali ni, siMerah dah sangat-sangat bertenaga dan bersemangat, berjalan, dan terus berjalan tanpa henti, jatuh bangun balik, jatuh bangun balik... naik risau pulak kami.. kekekekeke



5minit pertama, selepas siMerah berjaya melangkah tiba kat babah humaira, satu pelukan dan ciuman gud girl menerpa di pipi siMerah

5minit seterusnya, teriakan gud girl beserta tepukan semangat dari babah siMerah

5minit seterusnya lagi, hanya terikan gud girl dengan nada lebih rendah

5 minit seterus-seterusnya hanya sebuah senyuman dilemparkan

lassssssssssssssss sekali babah dah terbaring sebab siMerah tak henti-henti berjalan.. haha!




Masterchef ke mana, adam hawapun nak tunggang langgang, perhatian terus kepada siMerah... alhamdulillah, subhanallah...Allahuakbar...




Mata masih membulat menandakan siMerah belum ada tanda-tanda nak tiduq, bila pujuk-pujuk suh dia baring, baring la jugak last2 terus terlelap, letih betui dia... hehe


Sebuah ciuman tahniah puan eeiyss letak kat dahi dia... 

"Tiduq leklok na sayang... moga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat... amin"

p/s: salam cinta dari mama ngan babah untuk kamu wahai anakandaku nur 'aisya humaira binti mohd arif fazdilah. kami sayang kamu (^___^)




Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

5
surat dah ada dalam peti

siMerah, babah dan jalan











Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

9
surat dah ada dalam peti

Ulangtahun kedua dan kehadiran yang 'kedua' 2nd Part

Dah baca post ikut scheduled semalam? sapa la yang nak bacakan? puan eeiyss bukan retiss.. keh3

ada hati nak buat life journal.... tapi ini untuk kenang-kenangan puan eeiyss bersama suami dan anak cucu cicit dll pada masa hadapan insyaALLAH... jika blog puan eeiyss masih wujud (^___^) tika itu.. ehhehe

19 June 2012

Puan eeiyss dengan penuh ketabahan pi buat buku merah, macam besa, kena amik info sikit2, pastu urine, amik darah... ouchhhh! jumpa misi2 dengaq nasihat... dll set next appoinment, date untuk scan, n date untuk MINUM AYAQ GULA! wuwuuwuwuwuw (T___T)

Setakat ini, hanya kawan2 upis yang rapat sahaja tau. Mak, dan jugak maksu.. yang len sapa pun tatau lagi, termasuk kawan2 baik.. uhuk3 

perlukan masa...

ehem3

BULAN JULAI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, cabaran semakin besar saat ini, tapi itu ada ganjaran yang hebatkan disisiNYA... Ramadhan kali ni tentu-tentunya lebih-lebih mencabar, bukan sekadar berpuasa dengan anakanda simerah yang kian aktif, tapi dengan si tecik dalam rahim puan eeiyss. Kadangkala lemah longlai keletihan, bukan satu rungutan, tapi satu saat manis untuk dikongsi bersama. Kalau masih ingat entri di bulan ramadhan dulu, ada satu entri tu, tentang ini, sahabat blogger yang cumil, fifi ada komen...


Saja puan eeiyss simpan, sebenaqnya bukan rungutan tau fifi, jangan salah faham, nak habaq ja, yang kak is tak larat yang pelik sikit tahun ni, tidak haus, cuma tenaga seperti hilang... macam mana ye nak gambarkan.. hehe... manis, ianya bukan suatu yang menyusahkanpun. Itu adalah kebahagiaan. hehe

Tahun sebelum masa membawa simerah dalam rahim (bulan yang sama macam tahun ni, due pun dekat2 nak sama macam tahun ni), letihnya memang letih jugak bila tiba ramadhan, tapi malam dan siang kita dapat lelapkan mata dengan berehat, kali ni, berbeza sebab pembawakan baby dalam rahim sambil menjaga simerah yang dah merangkak dan memanjat kesana ke mari, malampun simerah perlukan susu dll, siang tidak dapat melelapkan mata, memang satu cabaran yang baru bagi kak is (^___^) tapi bukan cabaran pahit tau, cabaran manis... (^___^)

Tapi ramaiiii lagi yang lebih-lebih sibuk, jadi puan eeiyss cuma bercerita kondisi dari pihak puan eeiyss.. sebagai perkongsian dengan semua, kadang2 membaca pengalaman sahabat-sahabat lain, ada yang ada anak kecil setahun lebih, ada adik lagi kecik lagi, nak manage jam biologi pada waktu malam untuk bersengkang mata membuat kerja rumah dan study+tesis untuk belajaq ke peringkat yang lebih tinggi manakan siang bekerja pulak, mang ibu yang hebat... puan eeiyss masih belajar dengan semua jugak (^___^)

Indah sangat saat ini... abadikan untuk anak cucu (^___^)

BULAN OGOS BULAN AIDILFITRI

Raya tahun ni, rentetan ceritanya pernah puan eeiyss keluarkan di sini dan episod seterusnya di sini, kalau masih kalian ingat...hehe

28 Ogos 2012

Kena cek darah, biasa la, HB rendah, macam-macam la depa buat, huhu. Pagi-pagi sampai klinik, letak buku merah kat dalam raga kat kaunter tu, tunduk ja, terus menonong ke tempat kosong ada la sebuah dua, punya la ramai ibu mengandung kat malaysia ni... hehe

Baru je dapat duduk kat belakang sekali, terperasan pulak, macam ada orang yang duduk kat kerusi depan sekali, pandang-pandang puan eeiyss. Puan eeiyss pun tengok la jugak, mata bertembung. Chewah! Uppssss~ teman opis dari daerah perlis utara, cek perut! upppssss~ Sebelah dia, ada sebuah kerusi kosong. Oke, kuatkan diri, senyum dan berjalan pi duk kat tepi dia... ehem3~

"Mai buat apa is?" Dia tanya kita...

"Erm.. hihihihi (kerenyih dulu yang penting)... mai letak buku merah sana nun.. ehem2" tergagap-gagap...haha

"Aik, ada pulak ka?" Dia tanya kita lagi...

"Hmmm... hehehehe"

"Bapa bulan dah?" Dia senyum manis...

"5bulan dah..."

"Aik? lebih kurang ja la kita? is due bila?"

"Ermm... 8hb Januari ni... Kak erni?"

"Kak erni Bulan12..." 

"OOOooo..." Lepas sembang-sembang sikit, nama dia dah kena panggei, jadi puan eeiyss men game la kat henpon sementara tunggu turn, babah humaira tak masuk sekali, sebab orang penuh. Lama tunggu sampaila puan eeiyss masuk dalam amik darah, kena pulak dengan akak misi yang cucuk sakit tu... huuu~ Puan eeiyss tercari-cari nurse feberet, dia duk jaga kat luaq daa... wawawa! sakit!

"Sanisah mai amik darah ja kan?"

"ya... lepas letak ni kat makmal, leh balik terus ka gena?"

"Eh, jangan balik lagi, tunggu result, dah dapat hantaq kat kaunter depan..."

"Ooooo..." Lepas tu jalan pi letak darah kat makmal, tunggu pulak result. Sambung men game (^___^) Nama panggei, pi hantaq result kat depan, tak dan nak bukak game, depa dah panggei.. hohohoho


"Sanisah amik darah ja no rini.. erm.... makan ubat dak?"

erk!

"Hmm.. makan... malam ja" (sebenaqnya malam tadi baru tengat nak makan... huh)


"HB kamu semakin turun bukannya naik ni... hmmm, tadi prasan dak depa amik darah bapa botoi?"

"Satu bekas tu ja?"

" Kalau ikut kat sini kamu kena amik 2 botoi..." Dia pun bangun pi amik satu borang tu dan isi...

'Alamak, kena amik lagi ka? wawawawa!'

"Pi letak balik kat bilik amik darah tu, sebab hb kamu rendah..."

'wawawawaw!'

Pi jalan nak letak kat depan pintu tempat amik darah tu, nurse tu jeling manja...

"Aik? amik pulak?"

"hehehehhehe" aku senyum ja. Baru duduk tak sampai 7 saat, nama kena panggei dah... aduiii~

Tulisan merah tu adalah bukti segalanya! xyah nak amik 2x oke? dah amik... alhamdulillah (^____^)

"Sanisah, kamu dah amik dah darah untuk ujian ni 2minggu lepas, mai untuk appoinment bulan9 ni ja na..."

'LEGA!'

"Terima kasih akak misi..." senyum dan kalut pi qeja pulak (^___^)

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak update, Hari ni dah
14 NOVEMBER 2012

Sekarang dah 32Weeks, baby dalam rahim puan eeiyss.. alhamdulillah... dah scan, 4D, first experience.. Ya Allah... Subhanallah... tak lama dah la kan, doa kan puan eeiyss selamat melahirkan, if dapat tarikh sama macam siMerah, oke jugak kan? 12.12.12 (^___^)hehe

12.12.12 ni, siMerah dah setahun, nak sambut 1st yer besday dia ni nak buat apa ha? wah... xcited pulak (^___^)

Letih yang sangat berganda-ganda, mengejar ketangkasan siMerah disamping membawak adik siMerah di dalam rahim ni... mencabar.. ehehehe (^___^)

Babah siMerah pun sibuk sekarang, puan eeiyss turut merasai kepenatan beliau! luv u abang! muah!

Inilah cerita kegembiraan di ulangtahun keDUA perkahwinan kami... tengat dulu2... 20.11.10 (^___^)

20.11.10 ~ tok kadi akadkan babah humaira dan kami SAH menjadi suami isteri
21.11.10 ~ Nuri rumah babah humaira pulak.. ouch! malu2 lagiks.. haha
12.12.11 ~ Nur 'Aisya Humaira dilahirkan
20.11.12 ~ menanti hari 'adik' siMerah pulak menjenguk dunia (^___^)

Sayang semua!!!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

18
surat dah ada dalam peti

Ulangtahun kedua dan kehadiran yang 'kedua'

Bismillahirahmanirrahim (^___^)

^^entri yang paling lama tersimpan dan amatlah panjang berjela...kerana? tunggu tarikh 20nov jugak, baru published! hohohoho^^

^^entri ini bersambung-sambung dan ditambah-tambah setiap hari kejadian...maka, sebab tulah panjang^^


^^y kena detail sangat? macam kak marya selalu cakap, ini catatan untuk kenangan, boleh la nanti anak cucu baca..eheheh^^

(^___^)

Sekitar bulan April, emosi kian bertambah-tambah...






Tapi fikiran masih lagi buntu dan kosong... kosong... 

Walaupun kosong, ada satu macam tenaga positif yang bergerak disegenap urat nadi... hmmm~


18 May 2012

Pi beli PT, ajak incik arif a.k.a my hubby... Upssss~ berdebar-debar

Balik Qeja jumaat tu, kita simpan dulu till tumorow murnin*

Pagi-pagi tak rasa heran,
Bulan posa takleh makan ketam;
Masuk toilet dengan debaran,
Keluaq toilet macam nak pitam

my 4th++ snap gambaq...ni yang ok sikit...getaq... gambaq goyang2

*menggeletar

it's positiv! masyaALLAH!

(Menggunakan khidmat saudara LINE...msg di bawah ini dihantar) : Sat, 19/5

"Babah" 9.49am

"yes" 9.52am

"dpt x gmbq tu?" 9.53am

"xdak pun" 9.57am

sekali lagi gambaq kat atas tu dihantaq... dah banyak kali terai mula2 tu, tapi xdeliver... finally deliver @9.58am

"dpt?"9.58am

he sent me a pic of smile.. hepi smile! even only a pic of cartoon! 1second after my msg... (oh my english! sila abaikan my english yang caca merba itu.. haha! malu kat anak) @9.59am

wif smiling face again... "wow...alhamdulillah" 9.59am

"2line" 10.00am (kali ni, dia dah leh sebut 2line.. sebab sebelum ni, macam blur2.. keh2.. biasa la first time, puan eeiysspun konfiden sebab baca panduan kat kotak tu je.. hhohoho)

***
Sekitar Mac 2011

gambaq PT yang ada 2line tu puan eeiyss mms kat incik hubby

"apa tu?" tanya dia

"kat PT ni naik 2garisan"

"maksudnya tak pregnant ka?"

"Pregnantla... aish abg ni"

"mana abg tau... hehe"

blur...keh3 (^___^)
***

Sebelum ni dah pernah share, tapi sebab terlalu xcited, puan eeiyss buat satu blog khas untuk detik-detik kehamilan dan di awal kelahiran, tapi disebabkan tak sempat nak manage 2blog, maka puan eeiyss tak fikir panjang, terus delete blog bersama-sama memori yang tak terungkap...

sayang sangat...

Tapi tu la, dah nak terdelete...

alahaiiii

Puan eeiyss cuba jugak... cuba jugak untuk mencoretkan kembali detik itu... insyaALLAH (sebab tu entri ni akan jadi panjang berjela...atau mungkin akan ada 'part1... part2..patpart...hehe)

 Sebenaqnya, mang hepi... tapi disebalik kehepian itu, ada debaran sebenaqnya... worry to my mama... camna tah nak habaq... dia tak kisah, if puan eeiyss nak pegnen, tapi dia pesan, biaqla bagi siMerah besaq sikit, tapi alhamdulillah, awai sangat rezeki kami, hari2 puan eeiyss doa agar mak dapat terima dengan tenang... Puan eeiyss faham, dia perlukan ruang untuk bernafas, siMerah tengah aktif, dia pulak yang kena menjaga bila puan eeiyss dan incik hubby pi qeja...


30 May 2012


Kami potong line tenet yang tercinta tu... pernah bacakan masa puan eeiyss hurai kan SINI dulu? Sejak tu, kami lebih fokus tentang perkembangan siMerah dan cuba merancang satu masa yang terbaik untuk kami di rumah. Hav fun together... insyaALLAH (^___^)

03 June 2012

Bila berbadan dua ni, dua ka? eh.. eh... tak pi buat buku merahpun lagi kat kinik tu.. alahaiiiii macam masih baru je kan detik itu berlalu... masih terasa2 lagi kesakitan kena tucuk amik darah every month.. ouchhhh! bagi sape yang 1st time leh semak kat entri yang terselamat di label kehamilan (kalau sapa2 yang nak share xperiencela.. hoho)

Badan mula rasa cepat letih... malam yang kelam kabut itu, mang sangat letih.. hehe 
Tapi tak kasi tau umum lagik... jadi angkat sana.. angkat sini, xdak orang nak larang macam mula2 pegnen dulu... hehe

SiMerah pulak, alhamdulillah, dah mula angkat punggung untuk merangkak dalam usia 5month++

14 June 2012

Hari ni, pi klinik untuk appoinment siMerah 6bulan, dah leh makan puree, hohoho. Dikesempatan itu, dengan tabahnya, pi buat urine pregnancy test di klinik sebab nak bukak buku merah dan another comfirmation dari klinik sendiri... dulu wat comfirmation di klinik swasta, tapi berlaku sedikit masalah bila nak berhubung dengan klinik kerajaan. Jadi, kali ni, terus ke klinik kerajaan je... semua nurse kenai dengan puan eeiyss... ye la, si tecik Merah masih baru lagi... 

Bila check! positiv! ehem2.. set date untuk next appoinment wat buku merah. Nak wat hari tu jugak, dah amik masa setengah hari dah, nak masuk upis lagiks. Dikesempatan itu jugakla, puan eeiyss gunakan untuk bagitau mama yang puan eeiyss pegnen, puan eeiyss terang leklok dan alhamdulillah... walau berat sikit, tapi mama dapat terima... rezeki kan, cuma kena bebel sikit tu biasa la.. hehehehe (^___^)

19 June my app untuk bukak buku baru! nak taip lagi kah? sambung ja la no? hohoho tunggu part 2 noh... also will scheduled at 21nov.. da day after... hohohoho

Tengs 4 reading my life journal....

*      *       *
Kamus singkatan
PT       > Pregnancy Test

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

12
surat dah ada dalam peti

Menghitung hari ke 20 November 2012...

Nantikan 20 November 2012 ni, ada sesuatu yang ingin puan eeiyss kongsikan di TERATAK siFAQIR 'ILMU untuk semua teman-teman blogger yang sudi meluangkan masa membaca dan terus membaca coretan2 puan eeiyss (^___^)

Dah tak lama dah kan, nak ke 20nov2012, tarikh yang sangat indah jika dikenang kembali, 2tahun telahpun berlalu. Tarikh dimana puan eeiyss dan babah humaira disatukan dengan sekali lafaz di kediaman puan eeiyss tika itu. Subhanallah, sungguh, saat itu sungguh indah (^___^)

Bagaimana puan eeiyss kenai dengan babah humaira? ermmm.... dah besa ceta dah.. kekekekeke

Bila carik2 balik entri tu... kenapa ada pisod1 ja ha? hahaha... tersenyum2 je puan eeiyss bila baca balik

Pastu... eh... jumpa pulak pisod2.. owh.. ok.. yang ni part sedih pulak.. hmmm.... tapi bawah sekali ada lagi 'to be continue' tu. tercari2 pulak pisod3 kepada kisah itu... tapi sayangnya.. xdakpun.. upsss~

Jadi puan eeiyss coretkan di sini, sambungan kepada 2 kisah itu ye... sebagai kenangan untuk puan eeiyss sekeluarga, insyaALLAH...

SEKITAR JULAI 2009

Setelah bekerja di Perlis, tempat kediaman puan eeiyss, rasa lebih bersemangat, cuma pada tika ini, perasaan lebih berbunga-bunga dengan kehadiran mesej2 dari babah humaira. Puan eeiyss jugak beli qeta bulan ni, tapi qeta tu dah ditempah awai masa puan eeiyss qeja kat putrajaya. Jadi terpaksa ke sana pulak amik qeta... Qeta yang arwah ayah kata 'cantik qeta tu' sambil merujuk kepada sebuah myvi silver yang melintas di jalan raya tika puan eeiyss menunggang motosikal membawanya berubat pada masa kesihatan arwah ayah tika itu agak membimbangkan... huuuuu~ ( *sedih pulak dia tak dapat naik tika ini, tapi puan eeiyss tau, Allah menjanjikan yang lebih baik untuk dia di SANA.. alFATIHAH)

20 MAC 2010

Tarikh keramat puan eeiyss dikhitbah oleh babah humaira, alhamdulillah, majlis yang sederhana dibuat untuk mengikat janji. Cincin disarungkan oleh bonda babah humaira, getar perasaan puan eeiyss tika itu. Tidak keruan rasanya. Pengalaman pertaman yang sangat indah... Hantaran 9 berbalas 11... Penuh rumah dengan hantaran je.. hehe

Babah humaira tak datangpun, cuma datang hantar rombongan je, dalam hati, tanak jumpa babah humaira. Malu!!! Mang kami tak berjumpa apatah lagi bergambar sekali. Belum SAH lagi oke (^___^)

20 NOVEMBER 2010

Kepak kepak kebum kebum kepak kepak kebum kebum bum (^___^)

pemberian seorang teman untuk cenderahati tetamu puan eeiyss


Atas jasa sepupu yang tercinta, dia yang menjadi orang penting menghantar dan mengambil puan eeiyss dari butik pengantin, hari akad, sama dengan hari kenduri, satu baju tu je pun, takde nak tuko2 lagi... hehe

Berdebar... ingat tu nak duk dalam bilik je, tanak kuar. Alih2 tok imam suh keluar, duk depan... malunyaaaa... kata tok imam, pengantin pompuanpun kena dengaq jugak apa yang dia nak sampaikan. oke... baiklah... Tak langut2 dah, punyala malu...sampai photographer tu suh dongak sket, nak tangkap gambaq... spek mata xpakai, jadi xnampak sangat orang.. haha (^___^)

Lepas sah bergelar suami~isteri, sarung2 cincin, makan2... maka bermulalah alam baru yang mencabar itu~

Esok dah genap 2tahun dah.. cepat sungguh masa berlalu.. doakan kami berbahagia hingga ke syurga... amin

Hepi enibeseri babah humaira (^___^)

gambaq ni masa babah mai jemput kat umah puan eeiyss nak bawak ke umah dia untuk nuri sebelah pihak lelaki 21nov2010 (bes je waktu kurus2 gini.. tapi muka babah humaira tu siyes jek.. haha)
kat umah babah humaira, 21nov2010 (^___^)  malam tu ada potong2 kek...
p/s: banyak gambaq nak share.. tapi lupa amik dari laptop babah humaira, soooon akan lekatkan jugak kat sini.. kenangan anak cucu (^___^) hehe

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

25
surat dah ada dalam peti

ya.. blog saya kosong.. saya tahu tu.. huuu~

Maafla semua, puan eeiyss mengalamai masalah malas nak taip entri, macam2 nak cerita kat semua, teringin nak menjenguk blog2 anda.. tapi bila bukak ja dia asa gena tah... so, hasilnya, puan eeiyss melayan running man stat dari pisod mula sampaila pisod36 dah. Sambil wat qeja, sambil melayan running man... adoila...

Bukan xjenguk blog kengkawanpun, jenguk baca ja... apa orang kata, silent readers? ouchhh.. peritnya menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan kemalasan kan? huuuu~

Meniti hari ke ulangtahun kedua perkahwinan kami, ada sesuatu yang puan eeiyss janjikan untuk semua yang sudi melapangkan diri singgah ke blog puan eeiyss... dah lama puan eeiyss simpan xpublish... 20 November ni, dia otomatik publish... ada sesuatu yang ingin puan eeiyss kongsikan

*senyum sebentar... ahaks (^___^)

Untuk pengetahuan semua, siMerah tu, jalan sket ja witu, lepas tu dia tanak jalan dah.. kekekekke

bila sebut... "taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatih!" je, terus di krenyeh, ajuk balik ape kite sebut, "taaaayeh" terus duduk semula.. geram tengok keletah dia.. hehe

Tapi... bila kita tak perhatikan dia, sebenarnya dia boleh je melangkah... semalam dia melangkah banyak step jugak, tapi pegang sumthing... contoh bantal, teddy atau apa saja.... seolah2 dia sedang berpaut pada sesuatu, padahal dia telahpun menggunakan kekuatan sendiri untuk melangkah.. apepun, suka sangat memerhatikan siMerah sekarang... perkembangan dia... sesuatu yang sangat bermakna (^___^)

Mama siMerah ni, akan ke blog anda... insyaALLAH (^___^) tunggu yer

makan biskut baby bites lagik walau mengantuk tak sangga* dah (mengantuk tidak terhingga)
habiskan jugak... alahai... mata dah xleh bukak (^___^)
lassss sekali.. hehe

ahaks

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

22
surat dah ada dalam peti

hye~~~ assalamu'alaykum dear fren


Entri bergambar yang sangat kesuntukan masa, buktinya, baju belakang tu tak lipat lagi, dah dua hari mama tak peluk cium siMerah, mama selsema... hepi 10m birthday my lil princess...

Hye semua, im 10month today 12.12.11 ~ 12.10.12

Lagi 2bulan dah nak setahun dah... cepatnya anak mama nak jadi anak dara! muah2!

SAYANG SEMUA!!! yang sudi bertandang ke blog mama saya! (^____^)

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

19
surat dah ada dalam peti

siMERAH's 1st steps!

hepi to share wif.. kekekekek (^___^)
siMerah dah boleh melangkah 1steps las nite! mama ngan babah xcited sangat, maktokpun tersenyum2 tengok cucu dia dah berani melangkah... Sebelum ni, dia berdiri je for few second, pastu duduk balik slowly... ehehehe

Semalam, depan babah, maktok ngan opkos puan eeiyss, kami menunggu dengan penuh debaran... alhamdulillah selepas beberapa minit, siMerah dah 2langkah sebelum terjatuh kembali sambil disambut oleh babah humaira... Dengan penuh bersemangat, puan eeiyss duk bagi semangat, dan diapun xcited nak melangkah, alhamdulillah... 3 langkah dah berjaya.... yey! mama sayang kamu!

Lepas tu letak bagi berdiripun dia takmau dah, buat lembik lutut... ok.. cukup untuk hari ni... esok kita belajaq lagi.. mama pulak yang xcited... hehehhehe

kali ni sempat snap gambaq, walau xbopa nak cumil, i'll share wif all of u da beautiful moment... 12hb October ni siMerah dah genap usia 10bulan (^___^) cepatkan masa berlalu~~~

amik masa imbang badan sebelum mulakan langkah pertama (^___^)

muka xcited!hehe

penat belajaq benda baru hari ni, tahniah siMerah!

Ni pulak aksi kat tempat fav dia (^___^)

berdiri, perlahan-lahan pegang tombol....



Pastu bukak, jeng3...tutup balik, bukak, tutup, bukak, tutup... alahai...



duduk pulak, bukak, tutup, bukak, tutup...



Melutut pulak, bukak, tutup, bukak, tutup...


alih ke pintu sebelah pulak.. hohohoho~
sabaq na.. puan eeiyss sedang bergerak secara perlahan ke blog anda (^___^) terima kasih atas sokongan... moga sentiasa diberkatiNYA... amin

p/s: moga kita menjadi pendidik yang terbaik untuk mendidik anak-anak kita, dan kita berusaha mendidik diri agar sentiasa menjadi contoh terbaik buat mereka, insyaALLAH

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)