Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

1
surat dah ada dalam peti

mampukah kita sebagaimana Muti’ah?

Siapakah muti'ah itu? 
Dia adalah wanita pertama yang memasuki syurga Allah...Subhanallah


Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda:  
“Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”. 

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata:
 “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”

Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata:
“Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”

Perempuan itu menjawab:
“Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata:
“Ini siapa?”

Anakanda Rasulullah menjawab:
“Ini anak saya, Hasan”

Perempuan itu lantas berkata:
“Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata:
“Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah”
bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata:
“Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”

Isterinya menyahut:
“Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”

“Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya:
“Mengapa jadi begini?”

Perempuan itu menyahut:
“Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”

“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah.

Jawab perempuan itu:
“Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi:
“Buat apa pula tongkat itu?”

Perempuan itu menjawab:
“Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”

Siti Fatimah bertanya lagi:
“Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?”

Maka perempuan itu berkata:
“Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata:
“Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata:
“Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum:
“Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”

Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

kita?

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

hari ahad itu...

hari ahad (20mac2011) bersamaan besday cik asben la
ada motor
xdak xtvt
maka kena penuhkan hari dengan sesuatu
pagi2 : panjat guaq sami nun (gua chenderawasih) ngan cik asben
next : cari makanan! lapaq 
merempit sampai kola pelih nun
pusing2 cari kedai woti canai
last2 jumpa nat (pasar pagi)
tepi tu ada kedai...
makan woti canai dulu pastu jalan2 (even duit gaji xmasuk lagik..hidup musti ceria)

jalan2 jumpe ni











duk melangut dengan cik asben dari dia stat...sampai abis
teknik juai barang yang marvelus la jugak...
mampu menjadikan kami pak dan mak pacak til depa abis menjuai..eheheh

dia selit2 bagi 'pusaka' means sejenis ayat2 doa yang diliminated n letak dalam ayaq kusun...
untuk sembuhkan santau, guna2, sihir dll...pemati santau
baca fatihah 3x, selawat 3x
adala demo dia...hmmmm

lagi dia kata 'pusaka' tu leh di buat frem, letak kat kedai...untuk pelaris
kedai mamak banyak guna...
sebab tu xpenah bangkrap...

pelaris buh kat kedai???hmmm.....
gena tu...

'PUSAKA'
apa yang ada di kertas itu?
doa nabi daud
doa nabi sulaiman
dan beberapa doa2 lain
sejenis ruqyah dikatakan




 ~R.U.Q.Y.A.H~

RUQYAH ini pula salah satu kaedah rawatan untuk :
-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan

caranya? ada cd dah la ni..leh diperdengarkan (untuk tujuan scan bagi yang mengalami gangguan makhluk halus) dan antara ayat2 yang digunakan:

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

Perhatikan setelah selesai :

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan begegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk
~P.E.L.A.R.I.S~

Khurafat sekiranya mempercayai sesuatu itu boleh mendatangkan keuntungan atau kebaikan, seperti yang kita maklum dengan berusaha sahaja Allah SWT akan mengizinkan sesuatu itu dengan kehendakNya. Sekiranya kita mempercayai benda lain selain dari kuasa Allah SWT ditakuti ia boleh merosakkan aqidah kita sebagai umat Islam.

Adalah lebih baik sekiranya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dan dijadikan doa dalam kehidupan seharian. Ini kerana ayat-ayat Al-Quran telah jelas dan mencukupi kehebatannya tanpa perlu ditokok dengan sesuatu perkara atau benda lain untuk dijadikan simbol atau alat yang kononnya dapat memberi keuntungan.


dan semua ini yang pastinya pengharapan dan penyembuh segala penyakit
hanyalah ALLAH...

kaedah yang puan eeiyss dan cik asben jumpa kat nat (pasar pagi) tadi sama2lah kita renung2kan

p/s: yang best yang dalam show tu... cana tah budak yang kena ikat tu lepaskan diri dia dari ikatan tu...
then dari guni yang diikat oleh orang ramai yang menonton tu...
tapi sedikit kecewa sebab tgh2 tu yang pakcik pakai kopiah putih yang duk cakap2 tu kata tukaq budak tu jadik pompuan
last2 dia baca mentera suh kembalikan dalam bentuk asai...yang tu yang kitorang duk tunggu nak tgk
bukak ja khemah itam tu..budak laki tu cumil duk baring.... tp tanpa ikatan dan len2...hmmmmmmm 


UPDATE 28 MAC 2011

Ahad marin (27hb mac 2011) jalan2 kat nat pauh lak...kebetulan...
sebuah kebetulan..jupe lagi dengan mereka ini...
ayat yang sama
promosi yang sama
cerita yang sama...

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

mama cyg + abg cyg

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan mama dan incik arif...
Allah selamatkan kamu

22 Februari 2011


20 Mac 2011


~luv both of u~

kek untuk mama

kek untuk abg

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

never ending H.O.P.E

~Segala pengharapan hanya kepada Allah SWT~


Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

a short n nice wordz....juz 4 u

even it short...i'll make it nice

17mac2011
~ada masalah sket~so a bit no mood~but trying 2 make it s usual~hepi~smile~laugh~biasa la perempuan memang selalu beremosi~tapi cuba untuk tidak berlebih2an~at lunch time~never out~juz doing work~petang pulak balik~incik hubby juz give me sweet n lurvly ice cream~sooooooo nice~hepi~tapi tak lama~

~salah tak kalau terasa yang berlebihan~hmmmm~dis time~sangat ingatkan arwah ayah~ayaq matapun xhenti mengalir~merah mata~sume orang senang dan bertambah senang~kita susah xdak sapa yang faham~innallah ma'ana~asik buat orang saja mudah~padahal kita susah, tiada yang memudahkan kecuali ALLAH!~

~kita xpunya kuasa membantah dan menegah~tapi orang mampu kata 'TIDAK' untuk ajakan kita~orang tidak berada di situasi kita~so... orang xtau apa yang kita rasa~kita pulak jangan mengharap orang akan selalu nak faham keadaan kita~tapi tanam fikiran yang kita kena faham situasi orang walaupun perit~siapa kita~

~juz wanna say: 'THANKS' bagi yang cuba dan terus cuba memahami diri ini~tahniah kerana berjaya menjadi anak yang taatkan keluarga~tahniah kerana menjadi insan yang terbaik di hati isteri~tahniah kerana adil dalam menjalankan tanggungjawab~T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H atas segalanya~



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

kawan kawen!!!



~~~sELaMaT PenGanTiN bArU~~~
bAraKaLLAhuLaKuMa Fi KhoiR
buat teman skolah dulu2 hingga kini dan selamanya

HAfizaH dan pasangannya YuShAiRi






puan EeiYss dan puan HaFizAh


moga bahagia selamanya hingga ke syurga

p/s: tiba2 tengat kat incik asben...
abg...

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

ntah ape2 la hari ni...huhu


ape nak jadi tah hari ni...
nak kata mengalami kemurungan...
xjuge...
nak kata qeja banyakpun...
mang la....tapi masih punya masa menghupdate blog...

klik sana
klik sni... nilah HASILNYA!!!
HUWAAAAAA!!!!!!!!!!
mana nak ingat link kawan2 ni...tulun2!!!huhuhuhu
sume link terpadam...
tinggai headline ja....
camna nak wat ni....



ni update rini juge (08 MAC 2011: 4.41PM) 


JENG3 

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)