Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

20
surat dah ada dalam peti

siMERAH dah setahun! hepi besday dear..

"sayangku... keluaq cepat-cepat tau... jangan sampai due date, nanti mama kena cucuk.. takut...."

"Keluaq la, 10 ke 11 ke 12 ke ye.. mama tak kisah.... Asai jangan sampai 21je... "

Dialog untuk siMerah masa siMerah masih dalam rahim, masih belum menjenguk ke dunia yang fana ni.

211211 Tarikh yang diberikan doktor sebagai tarikh jangkaan bersalin puan eeiyss. Berdebar-debar, gelabah, macam-macam perasaan ada pada tika itu. Tapi puan eeiyss tidak dibenarkan melebihi tarikh yang ditetapkan, puan eeiyss kena masuk wad pada tarikh tu kalau siMerah tak keluaq jugak. HB rendah.

~121211~

Tepat jam 2pagi, baru dua jam tarikh berubah dari 111211 kepada 121211, puan eeiyss rasa berdebar-debar... Konstraksi kecil-kecilan berlaku. Puan eeiyss pegang tangan babah humaira. Kuat. Konstraksi berlaku sekitar 10-15saat sahaja, kemudian berakhir. Puan eeiyss lelapkan mata. Tepat jam 2.30pagi, sekali lagi berlaku konstraksi 10-15saat itu dan sekali lagi puan eeiyss genggam kuat tangan babah humaira. Babah bangun dan urut belakang puan eeiyss. Kemudian dia tidur kembali bila konstraksi puan eeiyss berakhir.

Jam3.00pagi, sekali lagi konstraksi berlaku, apa yang ada dalam fikiran puan eeiyss tika itu adalah 'mungkin ini yang dikatakan konstraksi teratur tu'. Babah humaira sekali lagi bangun dan menyapukan minyak selusuh di bahagian belakang puan eeiyss. Kemudia dia kembali terlelap, puan eeiyss biarkan saja, sehinggalah puan eeiyss tak mampu melelapkan mata bila konstraksi berubah kepada 15minit sekali.

Jam5.00 pagi, mak puan eeiyss bangun bila dengaq bilik kami sedikit kecoh, terus dia menelefon tok saudara yang berdekatan untuk melihat keadaan puan eeiyss.

Jam5.15pagi, tok saudara tiba di rumah dengan lengkap berpakaian cantik. Tujuan ke hospital menemani puan eeiyss. Setelah dia memegang perut puan eeiyss dan menyapu minyak seluluh di perut, dia anggukkan kepala, suh babah humaira get ready untuk bawak puan eeiyss ke hospital.

Jam5.30pagi, kami bergerak ke hospital. Puan eeiyss masih mampu berbual, sebab, konstraksi hanya datang setiap 15minit, blur dan masih was-was. Betul ke macam ni rasanya nak bersalin? huuu~

Tiba dihospital, Jam hampir 5.45pagi. Puan eeiyss ditolak ke tingkat1, Dewan bersalin. Walaupun pada awalnya puan eeiyss menolak untuk menaiki kerusi roda itu, tapi dipaksa jugak duduk. Pertama kali perasaan itu hadir. Tiba di Dewan bersalin. Semua misi nampak relax je.. hoho

"Ada rasa macam mana?" Tanya sorang misi kat situ.

" Konstraksi teratur setiap 15minit" Jawab puan eeiyss.

"Tanda-tanda lain ada?"

"Xdak...."

"Duduk dulu, nanti kita timbang berat."

"ok..."

Blur... duduk je diam-diam kat kerusi tu tunggu misi2 tu daftarkan nama puan eeiyss. Lama jugakla menunggu sebelum depa panggil untuk timbang. Babah humaira ada kat sebelah puan eeiyss.

" Ok dik, mai nak timbang."

Puan eeiyss bergerak naik ke atas penimbang berat badan, misi menulis-nulis maklumat di dalam buku daftar tu. Puan eeiyss tunggu je arahan seterusnya.

"Ok, duduk dulu ye..."

Tunggu lagi terkebil-kebil kat situ sampai pukui 6lebih, dah nak dekat pukul7 pagi baru misi panggil untuk periksa jantung baby tu. Perut kena ikat dengan alat dengaq jantung tu. Tak lama sangatpun baring atas tu, dah misi tu suruh turun. Alat-alat ditanggalkan. Duduk lagi kat kerusi tu terkebil-kebil.

Pukul7.30pagi, misi panggil masuk jumpa doktor untuk cek bukaan. Masuk bilik doktor dan duduk kat kerusi tu. Doktor perempuan, kecik molek je orangnya.

"Saya akan cek bukaan, eermmmm... puan tinggal kat mana ye?"

"Beseri..."

"Jauh tak kalau nak datang ke hospital semula?"

"Erm... tak la jauh sangat, boleh la..."

"Kalau kami cek bukaan, bukaan dalam 1 atau 2 saja, kami akan benarkan puan berehat kat rumah dulu, nanti baru datang semula ke hospital ye..."

"Hmmm.. ok"

"Suami ada ikut sekali?"

.angguk.

"Boleh mesej suami untuk get ready bawak balik puan dulu..."

.angguk.

"Ok, naik atas katil, saya nak cek"

.turut perintah.

'erk!' 

"Saya tak pasti, macam dah bukak 6. Tak sakit ke? Ke memang puan jenis tahan sakit?"

'Tak sakit? Sakitla cik doktor, tapi takkan nak jerit-jerit.. huuuu~' (dalam hati je la - luaq hati hanya senyum je bila doktor tanya camtu)

"Kejab saya panggil misi senior untuk comfirmkan..."

.angguk.

"Betui. Dah bukak 6 ni, kena masuk labour room, dah makan?" Tanya misi senior pulak. 

"Belum."

"Pi makan dulu, suh suami bawakkan makanan, jangan masuk tandas ye, apa-apa bagitau kami, amik baju ni, pi tukaq dulu."

.angguk lagi.

Mesej babah humaira, dia terus pi beli makanan, puan eeiyss masuk toilet tukaq baju, dan tunggu babah humaira datang dengan makanan. hoho

Kurma tak bawak, apa pun tak ingat. babah humaira beli roti ngan ceklat cadbury ja... hentam sajala, mak ngan toklang tunggu kat luaq.

Makan Roti pastu makan ceklat sambil sembang-sembang macam takdak perasaan nak bersalin walaupun konstraksi tu mai sekali sekala tu sampaila misi panggil. Tengok jam dah 8.30 pagi dah rupanya...

"Jom masuk labour room..."

.angguk.

Huuuu~ sayu.. babai babah!

Masuk je dalam labour room, kat katil, baring, misi pasang alat untuk jantung baby tu lagiks. Dan tunggu.. tunggu... tunggu... Dalam hati hanya doa, permudahkan yaAllah.. Lailahailla anta subhanakainni kuntuminadzolimin... huuu~

'eh, betuika aku dah nak bersalin ni... aish! macam tak percaya pulak... macam mana ye rasa nak teran nanti?'

Macam-macam soalan muncul kat minda. Jam dah pukul 10pagi lebih, tapi puan eeiyss takdak tanda-tanda nak sakit kuat tu. Konstraksi semata. Jam 10.30pagi, doktor menghampiri katil puan eeiyss dengan dikerumuni beberapa orang misi. 

"Puan, saya nak tolong mempercepatkan proses puan bersalin, saya akan pecahkan air ketuban puan ye menggunakan alat ni..." sambil menunjukkan satu besi panjang bercakuk di hujung...

'gulp...'

"Ok..."

"Bersedia ye? sikit saja, nak bagi ketuban pecah..."

.angguk.

'PUP!'

'eh?'

Air ketuban tak henti-henti keluaq, malunya....

Tak sakit pun... saspen ja.

Semua kembali meninggalkan puan eeiyss menunggu dengan penuh debaran.

15minit selepas air ketuban dipecahkan, puan eeiyss mula rasa satu perasaan yang sangat anih, terasa ingin meneran... ergh.....!

" Dik, jangan teran lagi ye, tak bukak sepenuhnya lagi.. nanti takut koyakan akan jadi teruk"

.angguk dan menahan perasaan.

'erghhhhh!!!' tak tertahan, dan puan eeiyss tetap jugak meneran sehinggalah semua misi datang mengerumuni memberikan semangat. Dan 11.05Pagi, siMerah menjenguk dunia... 11.05pagi 12.12.2011

Alhamdulillah.

"Cuba tengok, anak apa ni?"

.senyum.

"Perempuan."

"Kami nak mandikan dia dulu, siap comei2. Nanti kami akan bawak kat abah dia na..."

.angguk dan senyum lagiks.

Alhamdulillah.

Misi senior ajak puan eeiyss bersembang sambil mereka menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum puan eeiyss ditolak ke wad untuk bersama-sama dengan baby. Sukanya!

Hmmm.... terkenang sangat tika itu, siMERAH masih merah dan tecik, sekarang dia dah 1tahun. Alhamdulillah... Mama, babah, maktok dan semua sayang merah!



Hari ni 12.12.12, puan eeiyss menunggu dengan penuh debaran bilakah pulak tarikh adik siMerah nak menjenguk dunia. Menanti hari... Semakin hari-semakin gelabah pulak rasanya. Satu perasaan berbeza tika menanti hari siMerah keluaq dulu. Dulu lain, masih tidak tahu bagaimana dan macammana. Sekarang senak perut sikit dah gelabah bagai nak rak.. hehe

Doakan puan eeiyss ye.. moga dipermudahkan urusan untuk melahirkan adik siMerah. Moga mudah-mudah semuanya... huuu
 



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)