Semalam sudah berlalu terawih yang ke-9...bersama imam muda yang sangat bersemangat juang... sudah berusia 21 tahun... kedatangan yang sangat dinanti oleh jemaah surau yang terdiri daripada golongan berusia...sengaja ana coretkan disini kerana semalam tika melintasi jalannya...sayu terasa.. ana menaiki motorsikal membawa ibunda tercinta... manakala dia berjalan berseorangan dalam rintik hujan dengan jarak rumah yang agak jauh dari surau...dikhabarkan juga kesihatannya terganggu dek demam sejak semalam...
Tiba disurau lebih awal darinya...terdengar bisik kerisauan jemaah surau andainya beliau tidak hadir mengimami solat pada malam itu...mendoakan beliau dengan sangat tulus...hampir mengalir airmata ana mendengarkannya...seketika imam yang disegani tiba di laman surau... disambut bagaikan raja... beliau hanya tersenyum manis sebelum melangkah memperbaharui wuduk dan terus menaiki tangga surau dengan gagah...MASYA-ALLAH~

pemuda yang dicintai ALLAH adalah pemuda yang sangat bertuah...
“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muslim)
0 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:
Post a Comment