Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

1
surat dah ada dalam peti

DARIKU 2

“Pukul berapa iss? Dah Subuh ke?” Kak Ana menggosok mata yang masih bersisa mengantuk lagi.

”Pukul6 lebih dah ni. Awat bas tak berhenti pun? Jom solat je la?” aku membalas bicara.

“Nak guna air mineral ke?” aku menyambung sambil menghulurkan botol air mineral kepada Kak Ana. Dia memegang tapi kulihat bagaikan memikirkan sesuatu. Mataku sudah mula mengantuk.

”Iss, ustazah aku kata, kalau dalam perjalanan kita kena tayammum. Tepuk-tepuk je kat kusyen bas ni pastu kita tayammum la...” Kak Ana menerang dengan panjang lebar. Walaupun aku agak ragu-ragu dengan penerangannya, aku mula mengikuti langkah yang dimulakan kak Ana. Bagi pengetahuan aku, jika tiada air sahaja yang dibolehkan tayammum. Tetapi atas masa yang kian menganjak pergi, aku cepat menghabiskan tayammum dan bersolat.

Akhirnya bas yang bergerak laju itu mula memasuki kawasan stesyen yang mana membawa maksud destinasi kami telah tiba selepas sebuah perjalanan yang panjang. Mata yang tadinya mengantuk telah kembali segar. Pertama kali menjejak kaki ke negeri siti nurhaliza itu membuatkan jiwa ku kembang dan membara. Segala urusan perhubungan dengan Ustaz Akhwan diuruskan oleh Kak Widad. Kami hanya menuruti langkahnya sahaja. Segala arahan kami ikuti sebaik mungkin agar tidak tersesat di negeri asing. Setelah menunggu beberapa ketika, Ustaz yang khabarnya akan menjemput kami masih tidak kunjung tiba. Perut mula menyanyikan lagu-lagu keroncong. Ku usulkan agar kami menjamah sedikit makanan sementara menunggu Ustaz Akhwan yang masih belum menampakkan tanda akan tiba dalam jangka waktu terdekat ini. Aroma roti canai manaikkan seleraku pada pagi yang kian berganjak itu. Pada ketika itulah Kak Widad memberi penerangan tentang kaedah tayammum hanya dibolehkan jika ketiadaan air. Dalam situasi kami tadi, air mineral masih wujud dengan sempurna menyebabkan secara automatiknya tayammum kami tidak dikira. Ku pandang Kak Ana dengan pandangan geram.

”Sorry iss, aku rasa ustazah aku ada cakap macam tu...” Kak Ana berkata dalam kegelisahan. Suka aku tengok wajahnya yang kian kemerahan itu. Hatiku yang nakal masih ingin mengusiknya. Sebenarnya aku tidak marahkannya tapi lucu kerana menuruti tanpa banyak bicara.

”confident betul cara penerangan tadi...? aku berkata sinis sambil hatiku puas dapat melihat wajahnya yang kian gelisah.

”Takpa iss, nanti kena qada lain jugak.” kata-kata Kak Widad mematikan permainanku. Jiwaku bagai diresapi keindahan ukhwah yang dibina walaupun baru kali ini aku mula rapat dengan Kak Widad. Ukhwah yang terbina itu akan kupeluk seerat mungkin. Tiba-tiba handphone Kak Widad berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Ustaz sudahpun tiba. Dari jauh kami lihat kereta Ustaz berhenti di tepi tempat kami meletakkan semua beg kami. Makanan belum separuhpun lagi kami makan. Barusan sahaja ingin menamatkan makanan, ustaz berlalu pergi. ’marahkah ustaz atas kelambatan kami mendapatkannya?’. Hati kecilku membuat andaian. ’Mungkin juga dia menghantar seorang pekerjanya untuk memberi ruang kepada kami dan beg-beg yang tidak kurang banyaknya.

Seusai habis makanan di pinggan, kami membuat pembayaran di kaunter dan berlalu mendapatkan beg di stesyen bas. Hampir sahaja kucing menumbuhkan tanduk, barulah kereta Ustaz Akhwan menampakkan wajah. Pekerjanya masih di seat sebelah, tidak berubah. Keratanya Ustaz pula penuh dengan banner, poster dan pelbagai benda yang tidak mampu memuatkan beg-beg kami sehingga menyebabkan kami terpaksa memangku beg masing-masing dalam keadaan berhimpitan di tempat duduk belakang. Ustaz kelihatan tenang dengan keadaan tersebut. Setelah kereta bergerak, bukan ADNIN yang dituju sebaliknya kami memasuki sebuah kawasan perumahan. Kami berpusing-pusing untuk memastikan poster kem ditampal mengikut penyelarasan yang tepat. Ustaz menghentikan kereta di tepi jalan sebelum seorang lelaki berbadan kurus tinggi datang menghampiri Ustaz dan menjenguk sedikit melalui tingkap.

”Dah makan ke? Nak makanan tak?” Ustaz Akhwan menghulurkan sebungkus makanan kepada lelaki tersebut. Kertas flyers begitu banyak sekali ditangannya. Kereta bergerak perlahan sebelum sempat dia mencapai bungkusan membuatkan dia terkapai-kapai sendiri. Ustaz rupanya seorang yang suka menyakat juga. Dari perwatakannya semasa mengendalikan kem kepimpinan kami dengan apa yang kami saksikan sekarang adalah amat berbeza. Keletah Ustaz membuatkan kami cepat mesra walaupun masih ada jurang kejanggalan yang menghadang kami. Akhirnya bungkusan bertukar tangan.

”Dah habis nanti bagitahu, kta edar kawasan lain pulak.” Ustaz memandu terus untuk keluar dari kawasan perumahan tersebut. Sepanjang perjalanan handphone Ustaz berbunyi tanpa henti. Dalam hati ku mengakui kesibukan ustaz di tahap yang kritikal. Moga aku kaut sebanyak mungkin pengalaman dari Ustaz sepanjang kami berda di situ nanti. Berpusing-pusing kembali di sekitar dan kereta kali ini berhenti dihadapan sebuah surau. Pemuda tapi kelihatan mendapatkan ustaz kembali. Ku kira Ustaz akan membawa kami ke pejabat, tapi masih berada di situ.

”Dah. Masukla, dah busuk. Balik tukar baju dulu” Ustaz mengarahkan pekerjanya itu. Pemuda itu memandang sepi kerana kereta telah dipenuhi sepenuhnya. Galak menyakat pemuda tadi sebelum di arahkan Faiz iaitu pembantu yang berada disebelahnya menggantikan tempat pemuda tadi. Setelah bertukar tempat, kereta mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan.

”Ni Umar, dia ni tengok je macam ni tapi dia ni timbalan pengurus ADNIN. Tengok je macam ni, nanti dah mandi, tukar baju handsome la...” Ustaz masih lagi menyakat pekerjanya. Ku lihat Umar tidak langsung terusik dengan keletah Ustaz. Perwatakannya agak serius berbanding dengan Faiz yang agak pemurah dengan senyuman. Setelah beberapa ketika kami tiba di hadapan pejabat urusan ADNIN MANAGEMENT AND TRANING milik Ustaz AKHWAN AFFANDI. Kami menarik nafas lega kerana akhirnya tiba juga di pejabat untuk melepaskan lelah seketika. Setelah meletakkan beg di dalam bilik di tingkat atas pejabat ADNIN, kami dipanggil masuk ke dalam bilik pengurus dan berta;aruf seketika dengan Ustaz dan kemudian diperkenalkan dengan seorang lagi pekerja wanita tunggal ADNIN iaitu Kak Fiza.

Setelah bersiap-siap seketika kelihatan Ustaz Akhwan da Umar sedang bersiap-siap untuk keluar. Setelah berbincang kami memutuskan untuk mengikut Ustaz kerana bila memikirkan tujuan kami ke situ adalah untuk membantu Ustaz, bukan untuk berehat dan bersiar-siar. Semangat inilah yang telah ditanam semasa kem kepimpinan dahulu iaitu berjihad itu tiada masa berehat. Berehat bagi seorang muslim adalah ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Bilamana dia diusung ke liang lahad, ketika itu berehatlah sepuar hati di taman-taman syurga yang indah. Jadi, selagi ada masa maka berjuanglah! Masih dengan pakaian yang sama ,kami turuti Ustaz dan Umar untuk tujuan pengedaran risalah. Kelajuan kereta yang mencapai 160km/j itu bagaikan melayang mendapatkan Faiz yang kelihatan tersenyum manis melihat ketibaan kami yang bersemangat waja.

”Sapa nak turun sini? Dua orang sudah la...” Aku memandang Kak Ana tapi tindakan Hidayah agak pantas dan memberi persetujuan untuk turun di situ. Tangan Kak Ana ditarik pantas. Jadi, tinggal aku dan Kak Widad yang bersedia dengan arahan seterusnya. Kereta kembali bergerak mencari destinasi yang belum diterokai. Tiba di sebuah kawasan perumahan yang tidak kami ketahui namanya, kami mula berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Lorong demi lorong sehingga tidak sedar sejauh mana kami telah berjalan. Tekak mula menjerit minta dibasahi. Dengan terik mentari yang membahang, kami kelesuan tetapi kaki tetap terus melangkah dan melangkah. Perhubunganku dengan Kak Widad semakin erat. Kami mula menahan kanak-kanak yang melalui kami untuk bertanyakan arah kedai tapi arah yang ditunjukkan semuanya mempunyai jarak yang amat jauh.

Setelah berhubung dengan Ustaz memberitahu kedudukan, akhirnya aku dan kak Widad terdampar di kawasan asing menunggu bantuan. Kepalaku berdenyut kuat. Beberapa ketika pandanganku bertukar hitam tapi kugagahi jua berjalan dek nyanyian ’sunnah berjuang’ yang dialunkan oleh kak Widad menjadi penaik semangat. Menanti agak lama, barulah kereta Ustaz muncul. Kak Ana, Hidayah dan Faiz telah berada di dalam kereta. Umar tidak kelihatan. Lelah dilepaskan sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Nikmatnya dapat duduk itu hanya Allah yang mengetahui. Susah juga bekerja untuk Islam ini. Andai tidak punya semangat yang kental, kita akan hanyut di balik kepenatan. Jadi aku perlu siapkan diri menerima tarbiyyah dari Allah sepanjang bersama dengan ADNIN ini bermula dengan saat ini.

”Tu ais soya...” Kak Ana menunjukkan seplastik ais soya di bahagian bawah tempat duduk. Aku dan Kak Widad menjamah dengan begitu lahap. Aku sudah tidak peduli apa pandangan Ustaz tapi tekak terasa segar walau pada hakikatnya aku tidak begitu gemarkan soya. Tambahan pula soya yang melekit di tangan itu bagaikan hampir basi tapi ku tetap menghirup bagaikan ais kacang istimewa yang menyelerakan.

”Kite gi terengganu sekarang boleh? Ana ada ceramah malam ni.” Kami saling berpandangan kerana dengan pakaian yang belum bertukar dan keadaan badan yang sedkit melekit akibat perpeluhan tadi masih belum selesa untuk meneruskan perjalanan ke mana-mana destinasi. Namun begitu aku merasakan tidak mengapa. Andai di dalam kem kepimpinan, perkara sebegini telah menjadi kebiasaan, apa salahnya dipraktikkan sekarang.aku memberikan persetujuan sebelum ditenung keras oleh Hidayah, Kak Widad dan Kak Ana yang tidak menyangka akan jawapan yang aku berikan. Baru aku tersedar, malu sendiri kerana terlalu cepat memberi persetujuan tanpa berunding dahulu.

“Kenape? Nak balik ADNIN dulu ke?” Ustaz bagai dapat membaca perasaan kami.

”Ha’ah, tukar baju dululah Ustaz. Berpeluh dah ni...” Hidayah membalas pantas. Tetapi semua menjadi hampa kembali setelah Ustaz menyatakan tentang kelewatan yang kami bakal tempuh andai berpatah balik. Akhirnya kami turuti kemahuan Ustaz. Seketika kemudian Ustaz membelokkam kereka ke sebuah kedai kereta terpakai.

”Cantik tak kereta tu? Apa pendapat kamu kalau ana beli?” mulutnya sengaja dimuncungkan ke sebuah kereta Volkwagen yang tersadai di tepi jalan.

”Ikut Ustazla...” Kak Widad bersuara. Ustaz tersenyum lebar sebelum mengarahkan Faiza mengalihkan kedudukan kereta. Ustaz berjalan pantas menuju ke Kedai tersebut dan berbual-bual dengan pemilik kedai tersebut. ‘kata dah lewat?’ aku sempat bermonolog memikirkan setiap tindakan Ustaz. Ustaz kelihatan seronok berada di dalam kereta Volkwagen tersebut tetapi tidak pula dipandu uji sebagaimana yang dikhabarkan sebelum ini.

”Ustaz memang macam tu. Dia bukan nak beli pun.” Faiz melangkah keluar mendapatkan Ustaz. Kami saling berpandangan.

“Takkan nak pi Terengganu macam ni. Ko la ni iss”

”Ala, lagipun ustaz takkan patah balik punya”

”Betul jugak. Tapi berpeluhla... tak selesa.” Perbualan kami terhenti apabila Ustaz dan Faiz mendekati kereta.

”Woo... cantiklah kete tu. Nanti ana nak tangkap satu. Letak speker atas tu pasang cd suara promosi kem motivasi sepanjang jalan...” Ustaz memulaskan kunci dikereta dan enjin dihidupkan. Kelas ditekan rapat sebelum menolak gear ke depan. Minyak ditekan kuat dan dipecut laju meninggalkan negeri Pahang Darul Makmur itu. Hampir memasuki sempadan Terengganu, kereta dibrek perlahan. Kami terpaksa berpatah balik akibat poster yang ditinggal di ADNIN. Sampai di suatu kawasan perumahan elit, ustaz memberhentikan keretanya berhadapan dengan sebuah surau. Ustaz meninggalkan kami di situ dan dia pulang sendirian ke ADNIN. Usai mengerjakan solat jama’ taqdim, kami menunaikan qada subuh yang kami lakukan di dalam bas pagi tadi. Setelah selesai semuanya kami berjalan keluar dan dari jauh kelihatan Faiz yang sedang tersenyum penuh makna. Risalah penuh ditangan. Fahamlah kami apa yang harus dilakukan.

”Teman jap. Nak pssst...” aku menarik tangan Kak Widad untuk menemaniku ke tandas. Faiz, Hidayah dan Kak Ana sudah mula beredar untuk mengedarkakn risalah. Kami mula berjalan mengedarkan risalah setelah keluar dari bilik air. Setelah agak lama berlegar-legar sekitar taman, kereta Ustaz sampai dan mendapatkan kami. Setelah keluar dari kawasan perumahan terdapat banyak gerai menjual goreng pisang. Ingin sahaja kau luahkan agar ustaz berhenti di situ kerana aku dahaga benar tapi tidak terluah sehinggalah Ustaz sendiri memberhentikan kereta di salah sebuah kedai yang hampir tutup. Goreng pisang ditempah seplastik besar tapi tidak membuka seleraku kerana hauskan air melebihi segalanya. Ku ambil sepotong buat menghilang lapar dan menambah tenaga tapi air juga yang menjadi idamanku akhirnya hilang dibalik perjalanan yang tiada perhentian.

Sepanjang perjalanan kami diserikan dengan pelbagai lagu-lagu dari Mawi sehinggalah Jamal Abdillah. Bukan sekadar itu sahaja, drama Hang Jebat dan Dang Wangi juga menjadi wadah telinga kami. Hampir sahaja suara ustaz bertukar serak. Memang aku akui kelemakkan suara Ustaz memeng sedap diidengar. Hari sudah bertukar gelap apabila kami tiba di Terengganu. Handphone Ustaz berbunyi menandakan ada panggilalan masuk. Pantas jemari ustaz menekan punat terima untuk menjawab panggilan tersebut.

”Hello? Ha... dah sampai. Ape? Pukul8? Bukan ke pukul10? Sape tadi hantar mesej? Yati... ha yati ke sape tah. Katenye pukul10... ye ke? Ok..Ok... Assalamu’alaikum... Alamak, sekarang dah pukul7.00 ni. Ana ingat pukul10 tadi...” Ustaz memecut laju memasuki kawasan masjid. Sewaktu Ustaz dan Faiz menunaikan solat, kami menyelitkan beberapa risalah di kereta-kereta jemaah yang sedang bersolat. Seketika kemudian kami bergegas untuk mengejar waktu yang kian berganjak.

”Faiz, tengok jalan!” Ustaz terusan memandu dengan kadar kelajuan yang agak tinggi.setiap lorong yang bakalu dimasuki diberitahu oleh Faiz. Baru ku tahu kenapa Faiz selalu menjadi pengikut setia Ustaz kemana sahaja Ustaz pergi. Kepantasannya menunjukkan jalan sesuai dengan meter kelajuan yang Ustaz bawa. Selain dari kecekapan membaik pulih kenderaan, dia juga cekap melihat jalan hanya melalui papan tanda arah.

”Kiri? Kanan?”

”Kiri...”

Kereta Ustaz terus dipandu laju mengekori sebuah lori yang bergerak agak perlahan. Tidak melebihi 2cm di belekang lori, Ustaz berkali-kali memulas stereng ke kanan untk memintas namun masih belum berkesempatan. Peluang yang muncul direbut sebaik mungkin menyebabkan kereta kami naiki mampu berada dihadapan sekali dan berhenti betul-betul di persimpangan jalan. Lampu isyarat kecemaran diberikan sebelum keputusan dibuat. Arah mana yang harus diambil. Ustaz kelihan mengambil sebuah kotak lalu membukanya. Rupanya selama ini Ustaz memandu dalam keadaan mata yang kabur. Konteks lens dipakai sebelum meneruskan perjalanan. Memasuki kawasan yang agak gelap menyebabkan ustaz mengambil tindakan untuk menggunakan konteks lensnya itu. Ustaz hanya tersenyum melihat reaksi terkejut kami. Segalanya mungkin dengan pertolongan dari Allah. Bagiku pengalaman sebegini akan ku simpan kukuh untuk menyemat keyakinan akan kebesaran Allah bagi hambaNya yang berjuang tanpa henti.

Aku dapat membuat satu kesimpulan atas apa yang Ustaz lakukan sepanjang perjalanan. Orang yang berjuang sentiasa mengejar masa, jadi kelajuan harus ditingkatkan dalam setiap keputusan yang bakal diambil. Walaupun pada zahirnya pemanduan Ustaz agak berbahaya dari perspektif pematuhan undang-undang jalan raya, tetapi bagaimana seorang pejuang itu harus memanfaatkan peluang yang ada dan sentiasa harus dihadapan. Bak kata lagu ’sunnah berjuang’ yang selalu dialunkan itu iaitu malamnya bagaikan rahib yang merintis sayu akan dosa yang telah dilakukan manakala siang harus kuat bagaikan singa dari setiap aspek sama ada tenaga atau fikiran sesuai dengan gelaran raja rimba milik sang singa. Lagu itu bagi aku amat berhantu bagi siapa yang mengalunkan dengan sepenuh hati dan menjiwai bait-bait lirik di setiap rangkap. Kita pasti diuji!

Jalan yang berliku itu bagaikan tiada halangan. Berkali-kali jugalah arah sebenar sekolah yang bakal kami tujui itu ditanya kepada pemilik sekolah tersebut. Sekolah yang berada agak terpencil dan jauh di felda menyebabkan arah semakin sukar untuk dicari. Kereta yang tadinya laju telah kematian enjin. Walaubagaimanapun kereta yang sedang menuruni bahagian bukit itu tidak berhenti begitu sahaja sebaliknya terus bergerak secara perlahan-lahan.

”Alamak, lupa isi minyak pulak tadi. Mana nak gi cari minyak kat sini?” Jam sudah menunjukkan pukul8 lebih. Ustaz masih tenang walaupun semua kelihatan resah dengan situasi yang tidak diduga. Di hadapan ada sebuah lori yang tersadai di tepi jalan. Adakah nasib kami bakal menadi seperti itu?

”Nak berhenti belakang lori ke?” Ustaz menoleh kepada Faiz yang membisu disebelah.

”Jalan lagi, potong lori tu...”Faiz pula memberi arahan dalam keadaan semua orang dilanda kebuntuan yang bersimpul padu.

”Emmm... BHp tu apa?” kami semua memandang arah yang ditunjukkan Hidayah. Samar-samar kami dapat melihat sebuah papan tanda oren bercahaya. Apabila kereta kami hampir memintas lori yang tersadai itu barulah kami dapat melihat sepenuhnya. Ustaz tersenyum.

”Tengok? Kalau kita berjuang di jalan Allah, Allah permudahkan urusan kita. Tak perlu bimbang...” kereta berhenti dihadapan pam minyak. Maha Suci Tuhan yang mempunyai segala kekuasaan. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk membolehkan minyak diisi, kami turun dan menolak kereta sekuat mungkin. Semangat juang semakin utuh terpahat dijiwa. Setelah minyak diisi penuh, kami mula mencari lorong yang dikatakan. Tetapi telah tersesat ke lorong yang salah. Akhirnya setelah berpusing-pusing, destinasi yang dicari telah ditemui. Terdapat beberapa orang lelaki yang akan menyambut kedatangan ustaz. Tidak diduga akan kehadiran kami golongan an-nisa ini, maka tiada yang mempelawa kami melainkan guru-guru lelaki tersebut.

Faiz yang berpengalaman itu sudah mula mengangkut barang ke dewan ceramah.kami menuruti langkah Faiz dan menjadi pemerhati setia. Kelihatan ramai pelajar menanti kehadiran Ustaz. Setelah laptop dipasang, kami perlahan-lahan beralih ke bahagian belakang dewan untuk mendengar ceramah Ustaz. Apa yang diucapkan di dalam kereta tadilah yang disampaikan kepada pelajar-pelajar terbabit. Tetapi cara penyampaian Ustaz yang mencuit hati itu mampu untuk memukau kami dan terus mengikuti ceramahnya yang panjang lebar. Ustaz memang pandai menghibur. Motivasi yang diberikan senang untuk diterima oleh pelajar-pelajar terbabit yang kelihatan menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diperkatakan Ustaz. Tiada yang leka dan apatah lagi yang tidur. Itu kelebihan seorang yang amat berpengalaman bagiku.

”Kak Na, jom pi solat dulu nak?” Kak Ana membisikkan hasratku untuk menunaikan solat.

”Hampa pi dulu. Nanti keluaq ramai-ramai ganggu ustaz pulak. Lagipun kami tengah seronok ni. Nanti kami pi dengan Dayah.” Kami mengangguk dan berlalu pergi. Surau yang berada di bahagian agak belakang itu tampak begitu suram. Kami melangkah masuk dan mencari tempat untuk berwudu. Suasa yang begitu gelap sedikit menggetarkan jiwaku yang lemah semangat ini. Sekitar tempat mengambil wudu tersebut pula penuh dengan najis cicak. Aku mencari-cari penyapu untuk membuka ruang laluan selepas bersolat nanti. Setelah usai mengambil wudu kami kembali ke ruang solat, kelihatan Kak Widad dan Hidayah mula memasuki surau. Kewajipan terhadap Allah itu kami tunaikan sebaik mungkin. Untuk melepaskan lelah, aku berbaring seketika sebelum bergerak semula ke dewan utama.

Ustaz bercerita bagaikan tiada tanda-tanda akan berhenti. Semakin galak dia bercerita semakin kuat pelajar-pelajar itu ketawa. Apabila sahaja beliau menamatkan ceramah, pengerusi majlis meminta agar beliau mendendangkan lagu Ayah dan Ibu nyanyian Sudirman sebagai penutup majlis yang meriah itu. Tatkala itu suaranya hampir sahaja tidak mengeluarkan bunyi. Dalam keadaan suara yang serak, Ustaz tetap memenuhi permintaan tapi sedikit sumbang kerana takaknya yang mungkin sakit. Setelah menjamu selera kami menerukan perjalanan untuk pulang. Hati sedikit girang untuk pulang ke ADNIN. Keadaan badan yang tidak selesa itu membuatkan aku ingin cepat pulang.

Dalam menelusuri jalan yang gelap dan sunyi, kami dikejutkan lagi dengan berita yang agak mengejutkan. Perjalanan kami bukan menuju ke ADNIN sebaliknya ke Kuala Lumpur. Kami akan ke sana untuk proses pengedaran risalah. Apalagi yang mampu kami perkatakan selain menerima arahan sebaik mungkin. Tanpa pakaian persalinan, kami tidak rela sebenarnya berada dalam keadaan busuk dan masam sedemikian. Batin menjerit tiada siapa yang tahu. Lorong yang gelap itu diterokai oleh Faiz kerana Ustaz agak keletihan. Beliau juga sudah mula batuk-batuk akibat suara yang digunakan sepanjang hari tanpa henti. Faiz memandu dengan tenang dan penuh berhati-hati di jalan yang berbukit dan punya banyak selekoh itu. Kesunyian malam diselang-seli dengan batukan ustaz yang kian lama kian teruk. Kereta mula membelok ke kanan untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Kereta membelah pekat malam menuju ke sebuah perhentian untuk berehat. Hidayah dan Kak Ana sudah hampir terlelap. Kak Widad masih utuh walau beliau agak keletihan. Mataku seperti biasa akan segar ketika waktu-waktu begini. Esok belum tentu dapat tidur, malam tidak mengantuk pula. Suasana yang kian menghimpit membuatkan aku keluar dari kereta. Kak Widad keluar diikuti dengan Kak Ana. Aku dan Kak widad bercadang untuk ke bilik air, membersihkan diri. Kak Ana yang ingin turut terpaksa membatalkan hasrat kerana Hidayah yang sedang lena diulit mimpi itu sukar untuk dikejutkan. Mungkin terlalu letih kerana seharian bekerja. Setelah membersihkan diri ala kadar, aku dan Kak Widad bergerak ke gerai-gerai yang dibuka untuk mencari makanan ringan. Setelah memilih serba sedikit, kami membeli gula-gula strepsil untuk tekak yang sakit buat Ustaz, tapi huluran kami dibalas sepi dan tidur diulit kembali. Kepenatan melebihi segalanya.

Aku, kak Ana dan Kak Widad tidak dapat melelapkan mata atas ketiadaan tempat untuk merehatkan diri. Kereta telah penuh dan kami terpaksa menjadi pengawal sehingga Ustaz terjaga dan kembali meneruskan perjalanan. Setelah azan Subuh berkumandang, kami berhenti disebuah surau untuk menunaikan solat. Selepas solat, edaran risalah diteruskan untuk semua jemaah yang hadir pagi itu. Pagi itu kami beristirehat di rumah adik Ustaz sebelum mula mengedarkan risalah di sekitar kawasan. Setelah menghabiskan satu tempat ke satu tempat dan dari satu kawasan ke satu kawasan, kami beralih ke masjid Subang. Di situ, kami dihidangkan dengan nasi bungkus buat sarapan. Hari ini Jumaat, jadi Ustaz akan bersolat disitu dan kami pula bakal mengedarkan risalah buat jemaah yang hadir. Sekitar masjid agak meriah dengan pelbagai gerai yang dibuka bagaikan berpesta. Setelah meninjau-ninjau dan membeli sedikit buah tangan, kami beralih ke gerai tadi.

Atas keramahan Mak Cik yang mengenali Ustaz itu, kami dipelawa untuk beristirehat di dalam rumahnya. Dek kepenatan, kami menerima tanpa banyak bicara. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, kami menjengah ke dalam ruang tengah rumahnya. Bahan bacaan yang memenuhi ruang mengaburi mataku. Aku memang hantu buku walaupun aku takut dengan hantu sebenarnya. Bilik yang tersedia untuk kami agak membahang walaupun kipas angin terpasang laju. Entah bila diriku ini terlelap sebelum dikejutkan kerana Ustaz sudah usai menunaikan solat. Mengemaskan lipatan tudung, kami bergegas keluar dan bersiap sedia ke destinasi seterusnya. Tapi bicara Ustaz sekali lagi mematikan semangat. Dua daripada kami diminta untuk berada di situ dan meneruskan promosi. Aku dan Kak Ana bersedia untuk ditinggalkan tapi akhirnya kami semua dibawa naik ke dalam kereta. Lapang rasanya dada kerana kami semua tidak perlu berpisah. Hari yang hampir malam itu kami tiba di sebuah perhentian untuk menunaikan solat.

Dalam perjalanan tadi Ustaz Akhwan telah menghubungi pihak IKIM.fm untuk memaklumkan aktiviti ADNIN menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh bersama duta ADNIN iaitu bekas penyanyi kumpulan Raihan yang kini bergerak solo iaitu Nazrey Johani. Radio yang mendapat liputan luas itu diharapkan mampu memperkasakan promosi Kem kami itu. Pihak metro juga telah menghubungi Ustaz untuk membuat liputan tentang Kem yang bakal dianjurkan. Malam itu kami bertemu dengan seorang pemilik As Solihin Smart School, Pn Norizah Razali. Pertemuan di gerai makan itu membolehkan aku menikmati makanan kegemaran aku Nasi goreng pattaya. Itu sahajalah menu yang mampu aku pilih lantaran tahap kepedasannya yang amat kurang. Kami dibawa melawat di Smart School sebelum bertolak pulang ke ADNIN. Di Smart School juga kami hampir ditinggalkan untuk membuat pengedaran di situ. Tapi Ustaz masih tidak melepaskan kami. Alhamdulillah...

Dalam perjalanan pulang, pelbagai gaya dan teknik pemanduan telah dizahirkan ustaz, dari gaya tidur sehinggalah membawa kereta menggunakan kaki membuatkan kami faham keletihan Ustaz memandu tanpa henti. Kami memujuk Faiz agar menggantikan Ustaz kerana tampak Ustaz keletihan sekali. Faiz akur dan mengambil tempat Ustaz. Dia memandu dalam keadaan tenang manakala Ustaz pula sudah melayarkan bahtera mimpi...
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

9n0L4 9n0L4 said...

hehe. bhp tu stesen minyak la. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)