DARIKU 1
“It’s easy to fall in love
But hard to find someone
Who will catch you…”
“ISS, kau nak keje ngan ustaz Akhwan tak?” mesej ringkas dari Hidayah itu ku tatap lama. Tanpa persetujuan ibu, jemariku pantas membalas untuk menerima pelawaan tersebut. Hatiku begitu girang sekali lantas mendapatkan kebenaran dari ibu. Disitulah bermulanya sebuah ceritera indah disulam memori kekal di lubuk hati…
Entah kenapa begitu mudah untuk mendapatkan kebenaran dari ibu pada kali ini. Aku melonjak kegembiraan. Duit simpanan aku masih bersisa. Buat bekalan tu mungkin mencukupi. Badan masih keletihan setelah program kepimpinan yang aku hadiri barusan sahaja tamat itu belum hilang sepenuhnya. Semangat yang meonjak-lonjak di jiwa untuk merasai kehidupan luar yang penuh cabaran, menimba ilmu di dada yang kekosongan tanpa isi juga menambahkan pengalaman dalam membina diri yang masi mentah mengenal erti kehidupan. Setelah janji dipatri kemas, akhirnya aku, kak Ana, Hidayah dan Kak Widad bertolak ke Kuantan, Pahang di mana tertegaknya pejabat utama ADNIN MANAGEMENT AND TRANING milik Ustaz Akhwan Affandi dengan menaiki bas.
“Agak-agak pukul brapa kita sampai? Aku memecah keheningan malam. Kak Ana yang berada disebelahku pantas menoleh.
“Pagi esok dalam pukul6 pagi atau pukul7 kot...” Kak Ana membalas sambil tersenyum. Mataku masih luas terbuka. Kebiasaannya mataku jarang dapat ditutup awal untuk proses tidur. Mataku akan aktif pada ketika ini sehinggalah pagi.Habis berbual dengan Kak Ana, aku mula membuka komik yang ku beli dari gerai berhampiran stesyen bas tadi. Dalam suram malam yang gelap tanpa lampu itu aku masih dapat meneruskan bacaan menggunakan lampu-lampu jalan yang tersusun sepanjang jalan. Walaupun tiak dapat membaca dengan lancar sebagaimana dengan kehadiran cahaya, tapi ku gagahi jua demi memujuk mata agar letih dan membawa kepada rasa mengantuk. Sahabatku yang lain telah lama dibuai mimpi.
Entah bila aku terlelap tapi aku bangun kaget melihat jam ditangan. Sudah hampir pukul6 lebih tapi tiada tanda-tanda bas akan berhenti untuk membolehkan kami menunaikan solat subuh. Putaran waktu mengubah masa yang sedia ada. Kecerahan mula mengambil tempatnya. Aku mengejutkan Kak Ana sebelum mula mengejutkan Kak Widad dan Hidayah yang berada di tempat duduk belakang.

TO BE CONTINUE...
1 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:
buat novel ke is. pandai ehhh susun ayat. :)
Post a Comment