Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

1
surat dah ada dalam peti

DARIKU...


DARIKU 4


Terkadang Allah memberikan nikmatNya
Berupa dugaan meskipun berat terasa
Dan terkadang Allah menguji sebahagian orang
Dengan memberikan nikmatNya




Pagi itu aku, Kak Widad dan Umar sibuk memasang khemah sebelum kaunter pendaftaran dibuka pada pukul10 pagi seperti jadual. Kak Ana dan Kak Fiza pula balik ke ADNIN mengikut Ustaz untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. Hidayah pula sibuk menyiapkan slide untuk dipersembahkan dalam motivasi Ustaz nanti. Perut yang lapar itu bagaikan terdapat aura memanggil seorang pakcik agar melalui kawasan kami memasang khemah itu untuk kami dapatkan nasi jualannya. Belum sempat kami menjamah nasi bungkus tersebut, sudah ada ibu bapa yang tiba awal untuk mendaftarkan anak mereka. Aku dan Kak Widad mula menyerikan kaunter pendaftaran dengan wajah yang paling manis. Setelah menyambut sebaik mungkin, aku dan Kak Widad memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ibu bapa yang hadir sebagaimana yang telah diarahkan oleh Umar.

Ibu bapa semakin ramai yang hadir dan Fasi jemputan juga telah hadir. Belum sempat berkenalan dengan Fasi baru tersebut dek sibuk dengan kehadiran keluarga yang menghantar anak-anak mereka semakin bertambah. Setelah memberikan penerangan dan sebagainya, Nazrey dan juga isterinya mula memasuki kawasan pendaftaran dan mula menyusun barangan kaset, buku dan sebagainya untuk dijual kepada ibu bapa yang hadir. Beliau juga sempat bergambar dan menandatangani autograf yang diminta. Umar mengambil alih majlis sebelum kehadiran ustaz. Semua Fasilitator diminta untuk memperkenalkan diri. Aku masih lagi kekok kerana buat pertama kalinya aku menguruskan sebuah program di mana peserta masih lagi kanak-kanak dan pelajar sekolah menengah. Selalunya, aku hanya mengendalikan program bagi pelajar-pelajar universiti. Kegugupan yang muncul ku telan agar ketenangan dapat dicapai.

Terdapat 3orang fasilitator jemputan yang baru. 2 darinya adalah dari golongan an-nisa dan seorang lagi dari kaum adam. Jadi aku merasakan bebanan kami sedikit terubat dengan kehadiran beberapa orang fasi tersebut. Tetapi, langit tak selalunya cerah apabila kehadiran dua orang wanita terbabit hanya seketika dan bakal meninggalkan tempat program keesokan harinya sahaja. Setelah berbual seketika berkenalan dengan Fasi lelaki yang diberi nama Bukhari itu, aku agak tidak selesa dengan tingkahnya yang agak misteri itu. Dalam keadaan aku yang terlalu mengantuk yang tidak terhingga itu, tidak mampu rasanya melayan kerenah mereka. Mataku bagai digam. Pelbagai ceruk tempat yang tersembunyi aku pilih untuk menjadi tempat melepaskan kantuk buat seketika. Itu sudah memadai. Keletihan yang terlampau mencengkam buat kali pertama bertugas tanpa rehat.

Ceramah Ustaz tidak lagi ku endahkan. Yang penting dapatlah aku merehatkan pandangan yang hampir gelap kehabisan cahaya. Setelah sesi Ustaz tamat, disambung pula dengan sesi bersama Nazrey Raihan dan diserikan dengan nyanyian penyejuk jiwa. Program yang terusan berlangsung itu memberi ruang untukku berehat sepuasnya sebelum dipanggil mengadap. Malam itu kami mengadakan mesyuarat untuk tentatif seterusnya pada keesokan hari. Sementara diluar pula gilang-gemilang berlangsungnya slot muhasabah. Jiwaku bagai ditarik untuk menyaksikan slot terbabit, tetapi kewajipan berada di dalam mesyuarat lebih penting buatku. Setelah mendengar celoteh Umar, Kak Widad menyatakan bahawa dia dan Hidayah bakal berangkat ke KL pada malam itu untuk mengedarkan risalah program berikutnya. Nampaknya, esok yang bakal mengendalikan program hanyalah aku, Kak Ana, Umar, Bukhari dan Kak Fiza. 2lagi fasi wanita yang barusan hadir akan pulang keesokan harinya. Jadi aku harus mempersiapkan diri dari sudut mental dan fizikal serta bersedia dengan segala kemungkinan.

.......

Pagi yang segar itu, aku bangun dengan semangat baru. Tanpa Hidayah, Kak Widad dan Ustaz memang sesuatu yang agak sukar kerana aku dan Kak Ana masih lagi baru untuk membiasakan diri dengan pelajar-pelajar sekolah. Modul yang selalu aku buat adalah untuk peringkat kepimpinan universiti. Bukanlah satu medan yang sama yang boleh aku adaptasikan di sini. Hidayah yang lebih pandai mengendalikan program pula dibawa bersama untuk menemani Kak Widad, jadi aku bergantung harap pada Kak Ana jika khidmat kami diperlukan. Pagi-pagi kami dihidangkan dengan masalah makanan untuk sarapan. Lantaran Umar dan Bukhari yang sibuk menguruskan peserta, Kak Ana pula sibuk menjerang air untuk minuman, terpaksa aku menapak mengekori Kak Fiza untuk membelikan makanan. Jauh bukan lagi halangan kerana perkara itu sudah menjadi suatu yang biasa buatku. Hasil pentarbiyahan semasa mengedarkan risalah sebelum ini.

Makanan dapat kami sediakan pada masa yang sepatutnya. Pagi itu kami diserikan dengan penceramah jemputan. Cuma pada sebelah petang sahaja keadaan menjadi agak kabur apabila Kak Fiza terpaksa pulang ke ADNIN untuk menguruskan faks dan lain-lain urusan. Meninggalkan aku, Kak Ana, Umar dan Bukhari bukanlah suatu keputusan yang baik. Setelah berbincang, aku dan Kak Ana terpaksa mengambil alih slot petang itu dengan modul yang tidak dijelaskan. Bukhari dan Umar terpaksa menguruskan tempat unutk sesi explorace petang itu. Pandangan bertukar pandangan. Mindaku tidak dapat berfikir dengan waras untuk membuat sebarang modul. Apatah lagi Kak Ana yang kulihat kebuntuan. Secara spontan aku memberikan sedikit tazkirah tentang qabil dan Habil. Dua anak nabi Adam yang berbeza sikap.

Kulihat peserta yang terdiri dari kanak-kanak itu ternganga tanda keboringan. Aku mula rasa kaget. ’salahkan aku?’ aku betul-betul buntu. Aku tidak ada skill untuk menghiburkan kanak-kanak. Apabila ku uji tahap kefahaman mereka, jelas semua menggeleng. Aku menoleh ke arah Kak Ana. Beliau turut kematian akal. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mennggunakan satu modul yang ada di minta, walaupun itu untuk peringkat kepimpinan kampus, ku gunakan yang paling asas sebagai cubaan. Walaupun maksud yang ingin kusampaikan tidak mencapai sepenuhnya hasrat, tapi alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masa 2jam itu dapat kuisi sepenuhnya sebelum slot itu diambil alih oleh Bukhari dan Umar.

Dari exco modul dan program kami beralih kepada exco makanan dan kebajikan pula. Aku dan Kak Ana bersiap sedia menyediakan makan malam pula. Ada sesetengah peserta yang terlalu muda berumur 6tahun itu cuba membuat hal dan berperangai pelik. Aku yang tidak mempunyai adik ini langsung kaku melayan kerenah mereka. Ada yang sakit perut, ada yang tidak mahu makan, ada yang tidak mahu bersuap dan sebagainya. Kadangkala aku terhibur dengan keletah mereka. Tentu aku juga begitt ketika kecil dulu. Tersenyum sendirian sebelum aku melayani mereka kembali. Malam itu Umar mengambil alih peserta dengan gayanya tersendiri dan dibantu oleh Umar.

Setelah peserta semua pulang ke chalet masing-masing, kami berempat berbual seketika di dewan sebelum Bukhari kelihatan bergegas menuju ke chalet peserta. Tidak pula dinyatakan kepada kami sebelum dia datang kembali meminta segelas air masak. Tidak kuseldiki kenapa, kami masih duduk berbual sebelum masuk untuk tidur. Kami terpaksa bergilir-gilir untuk menjaga barang-barang yang tersadai didewan. Bukhari kali datang menyatakan bahawa dia akan tidur bersama peserta pada malam itu. Pesanan dilemparkan kepada Umar agar dikejutkannya pada pukul2 untuk gilirannya berkawal. Umar hanya mengangguk. Meninggalkan aku, Kak Ana dan Umar menyebabkan Umar meminta agar kami berjaga bersama.kerana andai dia seorang berkemungkinan dia akan tertidur. Aku dan Kak Ana hanya menurut.

Aku mengambil sebuah buku untuk dibaca sementara menunggu pukul2 pagi. Kak Ana kelihatan sudah mula menguap kecil keletihan. Suram malam itu membuatkan suasana sedikit dingin dipukul angin malam. Desiran angin malam membuai aku yang hampir melelapkan mata dikerusi. Kucing kecil bewarna hitam melintasi kerusi tempat dudukku. Aku menghampiri anak kucing itu untuk bermain bagi menghilangkan mengantuk. Tiba-tiba kucing yang sebelum ini begitu manja denganku ketakutan melihatku. Berkali-kali ku cuba untuk memegangnya tapi wajahnya begis bagaikan memarahi tindakanku. Seraya itu bulu romaku menegak. Aku bergegas mendapatkan Kak Ana.

”Na, kau tengok kat aku jap. Ada kau nampak apa-apa? Atas? Bawah? Kiri? Kanan? Belakang?” aku bertanya kalut. Kak Ana kelihatan keruh dengan soalan aku.



”Ish, kau ni Iss, jangan buat macam tu la...” dicapai tangan aku dan mengheret aku memasuki surau. Umar kelihatan mengekori dari belakang.

”Umar, kau jaga dulu. Kami duduk dalam surau. Kami berjaga kat sini sajalah...” Kak Ana membuat keputusan.

”Kenapa?”

”Takdak apa...”

”Takkan pulak?”

”Rase tak sedapla Umar...”

”saya pun sama. Kita sembang sini sajalah sama-sama.”

”Tu, barang-barang sapa nak ja?” akhirnya, kami bergerak kembali keluar memasang laptop Ustaz, aku melihat-lihat jika terdapat sesuatu yang dapat dibaca. Umar pula mula berselimut untuk tidur. Diarahkan aku dan Kak Ana untuk berjaga dahulu, pukul2 nanti barulah kejutkan dia untuk menyambung penggiliran. Aku hanya menurut tanpa banyak bicara. Kak Ana sudah mula kelihatan begitu mengantuk. Kasihan melihatnya, aku mengarahkan dia untuk masuk tidur dahulu. Aku akan berkawal sendirian disitu. Lagipun Umar yang tidur di situ mampu memberikan sedikit keberanian keadaku. Sesekali ku toleh di belakang akibat kedinginan malam yang menyeramkan. Gelap malam di chalet itu dapat jua ku lihat samar-samar. Lambat juga jam bergerak pada malam itu. Semakin lama aku menerokai laptop itu, tiba-tiba perut aku bagai diketuk-ketuk dari dalam. Bagaikan dipulas-pulas kesakitan tersebut membuatkan aku kaget.

”Sekali dia buat hal la pulak malam-malam macam ini...” aku mengomel sendirian sebelum bergerak ke surau mengejutkan Kak Ana untuk menemani aku ke bilik air. Tetapi kejutan aku berbalas hampa. Tidak mahu aku mengganggu tidur Kak Ana, aku memberanikan diri melangkah ke dalam bilik air yang gelap itu. Lampunya yang rosak menambahkan ketakutan kepada aku. Berpandukan lampu terang dari dewan aku bertawakkal demi memenuhi hasrat perut yang mendesak. ’Hai mambang.................’

Dalam gelap pekat di bilik air itu, mataku tidak henti-henti memandang sekeliling. Getaran dijantung tidak dapat dibendung lagi. Tidak dapat aku menghadapi apa-apa kemungkinan berseorangan itu. Akhirnya apabila kaki melangkah keluar dari bilik air, jiwaku sedikit lapang. Ku lihat jam telah mula menunjukkan pukul2. aku sekali lagi mengejutkan Kak Ana untuk membuat rondaan di sekitar chalet. Akhirnya dia memberikan respon yang positif kepada aku. Kak Ana bangun jua akhirnya. Aku mengajak Kak Ana agar pergi membuat rondaan tapi dia tidak berani untuk berpergian dengan aku sahaja.Umar harus dikejutkan untuk menyertai kami. Kasihan pula aku melihatkan Umar yang keletihan. Aku masih berani untul pergi membuat rondaan dengan Kak Ana, tetapi Kak Ana tak begitu yakin selagi Umar tidak dikejutkan.

Kak Ana berulangkali memanggil nama Umar tetapi Umar tidak memberikan respon. Lama juga kami berusaha mengejutkan akhirnya barulah berhasil. Kami bersama-sama berpusing-pusing membuat rondaan disekitar chalet. Suasana yang sunyi agak mengerikan. Aku mengingatkan Umar agar mengejutkan Bukhari untuk berjaga pada malam itu, tetapi Umar tidak mengendahkan dan terus berjalan mendapatkan selimut dan kembali melelapkan mata. Aku dan Kak Ana juga mula masuk ke surau dan melelapkan mata untuk memastikan hari esok yang lebih bertenaga. Ketukan bertalu-talu dipintu mengejutkan aku. Kami rupanya hampir kesiangan. Jam sudah menunjukkan jam6.30pagi. Bukhari kelihatan bergegas mengejutkan peserta untuk solat berjemaah. Kami juga mengambil wudu untuk bersolat dan menyediakan makanan. Modul diteruskan pagi selepas bersarapan. Pagi itu kami disajikan dengan cerita apa yang berlaku semalam dari Umar.

Menurut Umar, semalam terdapat satu kejadian yang mana ada peserta yang ternampak kelibat ’penanggal’. Penanggal sebenarnya adalah sejenis makhluk halus yang hanya berkepala sahaja dan tidak mempunyai badan. Berterbangan mencari mangsa. Bukhari berkejaran ke tempat peserta setelah terdengar jeritan dan keadaan mereka juga pucat lesi. Dia membaca sesuatu sebelum mengambil keputusan untuk tidur bersama peserta tersebut. Tapi sepatahpun tidak dikhabarkan kepada kami. Mungkin tidak mahu kami ketakutan pada malam tadi. Patutlah kucing yang ingin kusentuh itu bagaikan ketakutan. Agaknya pada ketika ‘benda’ tersebut memang berada tepat dibelakangku mungkin. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui apa perihal sebenar kejadian tersebut.
Pada sebelah petang kami semua bergerak ke pantai untuk menunaikan solat asar disitu. Solat diatas pasir merupakan satu pengalaman baru buatku. Tanpa sejadah sebagai alas, memang suatu yang amat menyeronokkan. Petang itu, kami beriadhah sebelum sesi terakhir slot tautan hati dimana ibu bapa akan turut serta pada malam itu. Ustaz masih belum kunjung tiba. Kami menyediakan apa yang patut sebelum slot berlangsung. Hidayah dan Kak Widad telah menampakkan wajah. Kak Fiza yang baru tiba juga sibuk menyediakan makanan untuk santapan ibu bapa yang hadir, dikala itu kami sempat berbual dengan pemilik resort terbabit. Sempat jugalah kami menceritakan apa yang berlaku dan bertanyakan sejauh mana kebenaran cerita tentang ’penanggal’ yang kami dengar itu. Pemilik resort itu mengiyakan apa yang dicerikan kerana dia mengatakan tempat itu memang terdapat ’benda’ sedemikian dan dia dan suami pernah ternampak kelibat sama seperti yang digambarkan.

Di sudut lain pula Ustaz meneruskan slot yang begitu menyentuh hati. Aku juga turut mengalirkan air mata dengan pembongkaran Ustaz dalam sesi motivasinya yang terakhir. Dengan itu maka tamatlah program yang pertama kami. Menghabiskan makanan yang bersisa, kami mula berkemas apa yang patut termasuk membasuh semua pinggan-pinggan yang telah digunakan. Kami akan bertolak pulang ke ADNIN keesokan hari. Malam itu kami tidur dalam kepuasan. Pagi itu, aku, Kak Ana, Hidayah, Umar dan Bukhari bertolak dahulu kerana Kak Widad, Kak Fiza dan Ustaz akan mengedarkan risalah lagi. Faiz pula telah ditinggalkan di Subang untuk mengedarkan risalah sendirian disana. Setibanya di ADNIN, kami mula mengumpul semua baju yang perlu dibasuh untuk dimasukkan ke dalam mesin. Akibat terlalu banyak, kami terpaksa membuat 2 trip pembasuhan.

Sebelum itu, kami mula mengemaskan bilik. Posisi katil diubah dan bilik air juga kami cuci sebaik mungkin. Keadaan bilik yang telah tersusun itu menarik-narik kami untuk berbaring di situ. Memandangkan program seterusnya akan bermula pada 1hb, kami punya beberapa hari untuk melepaskan lelah. Setelah penat mengemas, aku dan Kak Ana keluar untuk membelikan makanan ringan di kedai bersebelahan. Setelah memasak meggi, kami memberikan sedikit buat Umar dan Bukhari dibawah. Bukhari langsung tidak menjamah. Sesuatu yang aku pelajari dari insan yang digelar bukhari ini amat bagus sekali. Penjagaan makanan yang dilakukannya amat memberi kesan.

Tiba-tiba kami mendapat tahu bahawa Ustaz akan mengambil kami untuk keluar mengedarkan risalah. Baju yang masih belum terusik itu kami angkat ke atas kembali dan hanya meremdam dengan sabun dan membilas kembali. Semua itu kami lakukan dengan kadar yang segera kerana Ustaz bakal tiba tidak lama lagi. Bergegas membersihkan diri dan mengemaskan baju yang perlu dibawa. Kami bersiap sedia untuk dipanggil. Sekali lagi kami mula menaiki kereta untuk memotong flyer yang telah diphotostat. Mengangkut sebanyak mungkin untuk tujuan pengedaran. Melihat berkotak-kotak kertas itu, aku perlu menetapkan fikiran agar terus berjuang tanpa mengenal penat. Malam itu kami akan dihantar ke stsyen bas untuk mengedarkan risalah di Kuala Lumpur, tetapi destinasi kami beralih ke rumah ibunda Ustaz. Disitu kami diarahkan memotongkan lagi kertas yang bertimbun setinggi bukit sementara Ustaz mendapatkan Kak Fiza, Kak Widad dan Umar.

Setelah hampir tengah malam, Ustaz bergegas menghantar aku, Kak Ana, Hidayah dan Bukhari ke stesyen bas. Hujan turun dengan agak lebat ketika itu. Dalam hujan yang mencurah, Ustaz mendapatkan tiket, dan kami diarahkan menaiki bas dahulu. Kak Fiza, Kak Widad dan Umar akan menaiki bas yang berikutnya. Dengan segera kami menaiki bas tersebut manakala Bukhari terpaksa mengangkat 2 kotak besar yang berisi kertas untuk diedarkan. Kuat benar dia mengangkat kerana keberatan kotak yang berisi penuh kertas tentu sahaja tidak terjangkau dek badannya yang agak kecil. Dengan beg baju dan sebagainya kami mendapatkan tempat duduk. Aku bersebelahan dengan kak Ana manakala Hidayah terpaksa duduk bersebelahan dengan Bukhari kerana mengikut nombor tiket yang dibeli.

Aku tidak dapat melelapkan mata pada awalnya tetapi akhirnya tanpa sedar aku telah melayar bahtera mimpi disebelah Kak Ana. Aku bangun kembali setelah terdengar bunyi orang sedang bersembang dibahagian hadapan bas. Bunyi yang begitu kuat mengejutkan tidurku. Rasanya seperti kenal benar dengan lenggok suara tersebut. Apabila terdapat ayat-ayat yang menggambarkan tentang perihal kami, aku sudah dapat mengagak siapa yang sedang berkata-kata itu. Rupanya Bukhari sedang sibuk bercerita dengan pemandu bas berkenaan tentang destinasi yang bakal kami tujui. Mungkin dia tidak dapat melelapkan mata sehinggalah destinasi yang kami tujui itu tiba. Turun di Pudu, hari masih belum cerah. Tiba-tiba, Bukhari mendapat mesej dari Ustaz yang kami bakal menuju ke Negeri Sembilan pula.

Nampaknya kami terpaksa mendapatkan bas unutk ke Negeri Sembilan tapi bukanlah bas yang terdapat di Pudu. Kami harus berjalan ke sebuah tempat lagi. Memandangkan badan terlalu penat, Hidayah mencadangkan agar kami mengambil sebuha teksi untuk ke tempat menunggu bas. Tambahan pula terdapat 2buah kotak yang berat perlu diangkat oleh Bukhari tentu sahaja akan menyebabkan dia kepenatan. Tetapi cadangan hanya tinggal cadangan apabila Bukhari menolak dan kami diarahkan untuk menunggu masuk waktu subuh dan bersolat dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Menaiki tangga ke tingkat memanglah mudah bagi kami yang hanya membawa beg, tetapi tidak bagi Bukhari. Aku kasihankannya yang kelihatan mengah menanggung beban dibahu.
ngambilang perlu unutk digunakan,memembiarkan Bukhari sendirian untuk menjaga beg. i Bukhari. waktu subuh dan bersolat dahulu Kami bercadang untuk bersolat dahulu dan membiarkan Bukhari sendirian untuk menjaga beg. Kami mencapai ubat gigi untuk dibawa bersama. Tiba-tiba Bukhari bersuara.

”Ambil ubat gigi ni. Takpa, guna yang ni dululah... simpan yang tu.” Bukhari menghulurkan ubat gigi yang lebih jelas status halalnya. Kami malu sendirian kerana tidak mengendahkan langsung jenama ubat gigi yang mempunyai status halal atau tidak. Kami menyambut huluran dan berlalu pergi. Usai menunaikan solat kami bergegas ke tempat Bukhari menunggu bimbang dia terlewat menunaikan solat. Tiba di situ dia telah tertidur keletihan. Puas juga mengejutkannya sebelum dia membuka mata. Tugas beralih tangan apabila Bukhari melangkah meninggalkan kami untuk menunaikan kewajipan yang telah difardhukan. Setelah bergantian ke tandas, kami mula berjalan menuruni tangga ke jalan besar. Disitu, Bukhari tampak begitu sukar mengendalikan dua kotak kertas yang berat itu. Kami mengarahkan agar dia membahagikan kertas tersebut ke dalam beg pakaian kami. Memampatkan sedaya mungkin untuk menjadikan bebanannya lebih ringan sedikit berbanding sebelumnya. Begnya yang besar memang dapat memuatkan begitu banyak kertas sehingga menyebabkan hasilnya sama sahaja.

Aku akhirnya mengambil keputusan untuk membawa beg tersebut dengan Kak Ana. Walaupun beg kami juga berat dengan kertas, tapi hidup berjemaah perlu ada sikap membantu. Perjalanan diteruskan lagi menuju ke tempat menunggu bas. Tanganku bagaikan dicarik hebat dengan keberatan yang terlalu tinggi. Aku kagum dengan kemampuan Kak Ana yang dapat lagi bertahan dengan keberatan tersebut. Melihatkan kesungguhan Kak Ana membuatkan semangatku kembali naik untuk meneruskan perjalanan. Walaupun tersesat buat kali pertama dengan nasi lemak yang kami beli bertaburan dijalan, perjalanan masih diteruskan sehinggalah akhirnya kami mendapat bas yang betul yang bakal membawa kami ke destinasi yang seterunya iaitu Negeri Sembilan. Menurut Ustaz akan ada orang yang datang menjemput kami disana untuk membawa kami ke masjid negeri.

Tiba disana, hari telah hampir merangkak ke tengah hari. Rupanya, Kak Widad, Kak Fiza dan Umar tidak mendapat bas dan Ustaz terpaksa menghantar mereka ke Negeri Sembilan sendiri dengan menaiki kereta. Masa kami tiba adalah hampir sama dengan ketibaan Ustaz. Setelah membahagikan kedudukan bersama seorang kenalan Ustaz, kami dibawa ke Masjid Negeri. Setibanya di sana kami mula membersihkan diri ditandas yang agak selesa. Memang menyegarkan. Ustaz telah membahagikan kami kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan mengedarkan risalah di negeri Sembilan manakala yang lain akann bersama Ustaz ke Melaka untuk mengedarkan risalah disana. Aku, Kak Ana, dan Bukhari diarahkan unutk mengedarkan risalah diseluruh kawasan dan firma-firma di negeri sembilan manakala yang lain akan mengikuti Ustaz ke Melaka. Risalah yang diberikan pula begitu banyak sehingga kami semua agak terpana dengan kerja yang bakal menunggu kami kelak.

Selepas Ustaz meninggalkan kami, aku mencari-cari nasi lemak yang dibeli tadi. Perut sudah mula meminta isi. Rupanya Hidayah telah membuangkannya. Menerima seadanya, kami memulakan perjalanan ke firma-firma yang berdekatan. Sehingga habis kawasan tersebut kami terokai, perut bagaikan membuat rusuhan akibat tidak diberi isi. Tapi kudiamkan sahaja kerana masa yang tidak mengizinkan. Kami berpatah balik ke masjid negeri dan bertanyakan pula arah perumahan yang terdekat kerana risalah yang kami edarkan di firma bagaikan tidak diusik lagi. Dek kerana jumlahnya yang terlalu banyak. Imam yang barusan sahaja keluar dari masjid menunjukkan rasa simpati dan bermurah hati untuk menghantarkan kami ke salah sebuah kawasan perumahan yang paling dekat iaitu sejauh 6 kilometer lebih. Dikhabarkan bahawa kawasan sekitar masjid negeri itu hanyalah terdiri daripada firma-firma sahaja.

Atas keramahannya, kami tiba di paroi yang terdiri daripada kawasan perumahan. Aku minta agar kami makan tengah hari dahulu sebelum memulakan tugas. Bukhari kelihatan agak keberatan untuk memenuhi hasrat kami. Setelah mengedarkan sedikit, akhirnya kami berjumpa dengan kawasan yang menjual makanan. Ingin berhenti disebuah gerai tapi ditegah oleh Bukhari. Katanya kedai tersebut tidak bagus. Apabila berpusing-pusing, aku yang sudah kelaparan benar agak geram dengan tindakannya yang masih belum berhenti dimana-mana kedai sedangkan aku sudah tidak mampu berjalan lagi. Kukhabarkan hasrat mohon sebuah pengertian. Faham dengan isi hatiku, Bukhari menyuruh aku dan Kak Ana makan disebuah gerai tapi dia tetap mahu mencari kedai lain. Tidak sampai hati dengan arahan yang diberikan, kami mengekorinya sahaja.

”Enti gi ah makan situ, ana nak gi cari kedai lain”

”Pasai pa tak mau makan kat situ?”

”Tak dak ape ah. Enti gi ah makan dulu. Ana tak mau makan ah.”

”Jangan la macam tu. Kami ikut enta sajala macam ni.”

”Kalau macam tu, enti dua tunggu kat sini, ana pi cari kedai dulu.”
”Pasai apa tak makan kat sini saja?”

”Cuba enti tengok, pekerja dia tak pakai tudung... enti kan pimpinan? Takkan tak tau kot? Kita nak makan kena pilih elok-elok sebab tu nak jadi darah daging kita...” Kata Bukhari ada benarnya. Ustaz masa sekolah menengah aku juga pernah berkata demikian. Beliau tidak akan makan di gerai yang pekerjanya tidak bertudung. Memang pada hakikatnya perkara itu tampak remeh tapi sebagai pejuang Islam, jika benda kecil ini tidak dijaga, apatah perkara besar yang menanti di hadapan. Bukhari berlalu pergi meninggalkan kami disitu. Sementara menunggu Bukhari mencari tempat makan yang sesuai, berbual seketika dengan Kak Ana perihal Bukhari yang banyak memberikan ilmu melalui teladan. Pada awalnya kami selalu sahaja bertengkar walaupun perkara yang remeh, tapi sebenarnya apabila mengenalinya dengan lebih dekat, dia sebenarnya mempunyai peribadi yang amat baik.

”Jom, ana dah jumpa kedai kat belakang.” sapaannya yang mengejut membuatkan aku sedikit melatah. Kami perlahan-lahan mengekori Bukhari ke tempat yang dikatakan. Gerai yang dikhabarkan itu bagaikan mahu mengakhiri perniagaannya. Lauk Cuma tinggal beberapa sahaja dan tidak banyak pilihan. Aku agak kaget untuk mengambil kerana masakan yang tinggal bagaikan pedas sahaja pada pandanganku. Tapi, demi kelaparan yang telah mencapai tahap maksimum, aku ambil jua. Pekerjanya memang memakai tudung Cuma berlengan pendek sedikit. Aku Cuma makan seadanya kerana ternyata memang masakan tersebut pedas seperti sangkaan.

Kami duduk di meja yang berasingan dengan Bukhari tapi aku mengadap ke mejanya. Melihat nasi yang memenuhi pinggannya menggambarkan dia juga turut kelaparan. Suapan demi suapan dilakukan sehinggalah pekedai tadi keluar dengan tidak memakai tudung. Tudung yang tadinya dipakai kemas hanyalah seketika. Tatkala itu jualah aku melihat Bukhari meninggalkan makanan tanpa banyak bicara walaupun makanan masih belum luah. Aku yang kelaparan hanya menghabiskan makanan sebelum membuat pembayaran dan mendapatkan Bukhari yang berada di luar kedai.

”enti tak nampok ke?” aku hanya sempat memberikan senyum kekenyangan.betapa hebat penjagaan makanan yang dilakukan olehnya. Tidak mampu aku memperbaiki dalam keadaan kelaparan yang menggigit. Aku juga tidak menghabiskan nasi kerana kepedasan hasil lauk tadi. Akhirnya, Bukhari membeli sedikit makanan ringan di tepi jalan untuk mengalas perut. Banyak juga edaran yang kami sempat lakukan sebelum akhirnya berhenti di masjid di mana kami ditinggalkan oleh imam tadi. Bukhari yang masih belum menunaikan solat asar itu membolehkan kami berehat seketika sementara menunggunya.

Apabila usai Bukhari menunaikan solat dia menghulurkan makanan yang dibelinya kepada kami. Kami menjamah sehingga kekenyangan. Mesej yang baru diterima oleh Aku sedikit melunturkan semangat. Beg yang kami tinggalkan di masjid negeri tidak diambil oleh Ustaz yang berkereta. Kami diarahkan membawa beg-beg yang begitu banyak tersebut ke Kuala Lumpur. Bukan sekadar beg kami sahaja, beg Hidayah, Ustaz yang begitu besar juga harus kami bawa. Tidak mempunyai pilihan kami terpaksa berpatah balik ke masjid negeri. Pada mulanya kami datang kesitu kerana berfikir bahawa Ustaz akan membawa pulang beg kami. Jadi, dari kawasan perumahan kami hanya perlu ke stesyen bas untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur kerana program diUlu Langat akan bermula keesokam harinya.

Kebuntuan pendapat tentang bagaimana kami harus ke masjid negeri menjadi persoalannya. Kami terduduk kepenatan dengan arahan yang mendadak tersebut. Modul yang kami jalani kali ini amatlah membebankan. Dengan baki rsalah ditangan masih lagi belum menunjukkan pengurangan, kami hilang dibalik keresahan. Di manakah harus kami mendapatkan bas dibumi asing sebegini. Arahan Ustaz mengatakan kami harus sampai di stesyen bas tepat pukul7 dan seterusnya kami akan bertolak ke Kuala Lumpur dan harus tiba awal disana untuk perancangan program keesokan hari. Perkara tersebut adalah begitu mustahil kerana jam pada ketika itu sudah menunjukkan hampir pukul6.30. keluhan berat dilepaskan.

Unutk tiba dimasjid negeri juga belum tahu pukul berapa, apatah lagi keluar mendapatkan kenderaan yang dapat menghantar kami ke stesyen bas juga akan menjadi permasalahan. Kami kebuntuan sebelum berjalan tanpa tujuan melepasi kawasan masjid. Di negeri yang begitu asing, tidaklah kami dapat mengingati jalan yang telah kami lalui tadi dengan begitu cepat. Lagipun untuk tiba di destinasi yang kami sedang berdiri itu amatlah jauh dari kedudukan masjid negeri. Meletakkan sepenuh keyakinan terhadap Allah kami meneruskan perjalanan. Kami sudah kehilangan kekuatan. Objektif ketika itu untuk sampai ke masjid negeri dan menghabiskan flyers yang masih begitu banyak ditangan. Sepanjang perjalanan kami berhento di stadium, kerana disitu terdapat ramai orang yang membolehkan kami meletakkan dicermin hadapan kereta.

Pekedai yang menjual makanan ringan di sekitar juga turut kami lampirkan risalah terbabit sehinggalah ke stesyen-stesyen minyak sebelum hari merangkak malam. Kami telah kehabisan akal bagaimana untuk pergi ke masjid negeri. Kak Ana cuba memberi pendapat agar mereka bermalam di rumah saudaranya dahulu. Bukhari juga yang turut bimbangkan keselamatan kami terus bersetuju kerana kami benar-benar telah kehilangan arah di negeri asing ini. Ketika itu kami dapat rasakan satu perasaan yang kurang memuaskan atas tindakan ustaz. Nafsu amarah yang memuncak menyebabkan syaitan senang menyulam benang-benang mazmumah di dalam diri. Sebenarnya perasaan itu hadir di jiwa insan yang lemah mengenali erti kesabaran.

Nasib tidak menyebelahi kami apabila saudara Kak Ana tersebut berada pada jarak yang amat jauh sekali. Tidak mahu menyusahkan banyak pihak kami sekali lagi berjalan ditepi-tepi jalan yang begitu sibuk bagaikan tiada hala tuju sebelum berjumpa dengan sebuah tempat untuk membolehkan kami menunaikan solat jama; disitu. Meminta izin pengawal disitu untuk menunaikan solat di surau yang terdapat dikawasan itu. Dengan keizinan dan arahan yang diberikan, kami mencari kedudukan surau sebelum Bukhari membersihkan diri di dalam bilik air sebelum mengambil wudu. Seterusnya Aku dan Kak Ana pula yang mengambil wudu’. Beralih ke tempat solat wanita, kami melepaskan lelah yang bersarang. Terdengar suara Bukhari sayup-sayup dibalik tirai mengajak kami bersolat jemaah. Tanpa memnbuang masa, kami bergegas mempersiapkan diri dan bersolat.

Sayu suara alunan ayat Al-Quran itu amat menyentuh jiwa. Tekanan yang membesar didalam diri sedikit terubat. Aku bagaikan tidak keruan lagi dengan apa yang kami lakukan bagai tidak berasas. Tetapi, cepat fikiran aku mempositifkan minda agar ia tidak menjadi tenat dan hilang hormat yang disulam sebelum ini. Setelah berbincang dengan Bukhari, kami akan berusaha mendapatkan bas ke Masjid negeri. Selepas mengucapkan terima kasih kepada pengawal tadi, kami mula menyusur jalan gelap pekat. Berbekal lampu jalan sahaja tidak mencukupi buatku yang begitu sukar berjalan. Mata yang tidak melihat jalan sepenuhnya itu amat menyeksakan buatku. Tambahan aku melecet teruk di satu bahagian sehingga menyukarkan perjalanan. Tidak ku sedar jarak aku antara Kak Ana dan Bukhari sudah terlalu besar sehingga aku dikejutkan dengan susuk tubuh yang agak tegap.

”Enti ok ke? Ada masalah?” Bukhari bertanya mendpatkan kepastian. Aku menggeleng laju. Dia meneruskan perjalanan tapi masih bersisa keraguan terhadap aku. Sesekali dia akan menoleh ke arahku. Kak Ana setia berjalan di belakang Bukhari tanpa sebarang bicara. Mungkin kepenatan. Bagaikan mahu menjerit melepaskan tekanan, air mataku mula bergenang. Dalam kesuraman malam, aku sempat menahan dari ia turun menghujani kawasan. Aku teruskan berjalan. Perlahan-lahan aku tiupkan semangat di dalam diri agar bertahan. Aku alunkan surah yang telah aku hafal sebagai penenang jiwa. Berzikir sehingga Bukhar menahan sebuah bas dan ia berhenti. Setelah bertanyakan arah, pemandu itu sudi menghantar kami walaupun jalan yang dilalui bukanlah melalui masjid negeri.

”enti ada simpan tak nombor imam tadi? Kita nak ambil beg kejap lagi...” Bukhari bertanyakan nombor yang ditinggalkan tadi. Kak Ana kelihatan mencari-cari sebelum diberikan kepada Bukhari.

”Enti simpan dulu. Kejap lagi kita telefon...” dia kembali beralih kehadapan berbual-bual dengan pemandu teksi tersebut. Kak Ana sudah mula batuk-batuk ketika itu. Kasihan melihat dirinya berbanding diriku yang sihat ini. Aku mula melayan fikiran yang kian kusut dengan keadaan yang berlaku. Bas berhenti di satu kawasan dan kelihan Bukhari mengarahkan lami turun. Berjalan mengikut arah yang ditunjukkan oleh pemandu bas tersebut akhirnya kami tiba di sebuah pondok telefon. Disitu kami menghubungi imam yang terbabit untuk menyatakan kehadiran kami mengambil beg yang ditinggalkan. Tetapi beliau tidak bertugas pada malam tersebut menyebabkan kami terpaksa menghadapai kemungkinan yang bakal tiba.

Tiba dihadapan masjid, kami telah disoal oleh salah seorang ahli jawatankuasa masjid tersebut. Pelbagai soalan diajukan kerana kelihatan kami bukanlah dari kalangan warga negeri sembilan. Bimbang dengan keadaan kami yang bagaikan kebuntuan arah tuju dilontarkan pelbagai nasihat dan diarahkan kami agar bermalam dirumahnya dahulu. Kerana aku dan Kak Ana adalah wanita. Tidak elok berjalan diwaktu malam di negeri asing. Bimbang terjadi apa-apa ke atas diriku dan juga Kak Ana. Bukhari sudah menunjukkan kerisauan. Dia berlalu pergi untuk mendapatkan beg-beg yang begitu banyak di atas. Kami masih menadah telinga mendengar ceramah percuma dari pakcik tersebut.

Setalah kami diarahkan untuk menghubungi Ustaz atau Kak Fiza untuk mendapat kepastian siapa yang bakal mengambil kami di Pudu barulah dia melepaskan kami. Dia juga bermurah hati untuk menghantar kami ke stesyen bas. Di dalam kereta sekali lagi kami terpaksa mendengar ceramah yang masih bersisa. Sayu juga hati dengan kebimbangan dari pihak lain keatas keselamatan kami sedangkan pihak yang sepatutnya tidak pula memikirkan keadaan kami yang kehilangan arah ditempat asing sebegini. Aku cuba menuetralkan perasaan agar tidak bersangkaan yang buruk. Mungkin mereka juga mengalami sebarang masalah? Tiba distesyen, kami bersalaman dan mengucapkan terima kasih sebelum pergi mendapatkan bas. Masuk sahaja didalam bas, keluhan kelegaan mendakap dijiwa. Beg yang tersusun itu kami pandang dengan pandangan yang kaku.

”Huh, penatnya... enti tau dak ana kena marah dengan pegawai masjid tu masa nak ambil beg kita?” Bukhari meluahkan rasa. Kami hanya dapat memberikan simpati kepada Bukhari. Tidak terluah rasa bersalah kepadanya yang bersusah payah untuk menjaga kami sepanjang perjalanan.

”Enti tau dak, sebenarnya susah nak jaga enti 2 orang dari wanita biasa?”

”Pasai pa?” Kak Ana bertanya kehairanan.

”Ye la, tudung labuh tu sebenarnya kena jaga betul-betul. Nanti orang tuduh ana culik enti 2 orang pulak. Kalau wanita biasa orang tak hiraupun kalau mereka nak keluar malam-malam sekalipun...” ada kebenaran disebalik kata-katanya. Aku kesejukan benar lantas menutup aircond yang menghala kepada aku dan Kak Ana yang tidak berapa sihat itu.

“Ana, bukak aircord tu balik...” Bukhari membisikkan dengan penuh hati-hati. Menurutnya bau kami yang agak busuk itu akan tersebar andai tidak dibuka aircond. Lagipun menurutnya penumpang dibelakang susah tidak menunjukkan keselesaan terhadap bau kami. Aku pelik, rasanya bau stokin milik Bukhari itu lebih menyerlah. Jika tidak masakan semut boleh mengerumuni stokinnya walaupun dibiarkan seketika. Tapi aku turutkan jua. Jaket Bukhari diberikan kepada Kak Ana untuk mengurangkan kesejukan yang ditanggung Kak Ana yang demam tersebut.

Dengan kesejukan yang yang mengancam, jantungku bagai ditusuk sembilu. Pernafasanku menjadi kurang berkesan menyebabkan aku kelemasan dengan dingin aircond tersebut. Tidak dapat menahannya aku melepaskan batuk yang berpanjangan tanpa disangka. Tidak dapat berhenti menyebabkan aku akhirnya keletihan sendiri. Pandanganku beberapa kali bertukar gelap tapi ku menguatkan semangat yang ada agar dapat terus bertahan. Entah bila aku terlelap dan kembali terjaga apabila telah hampir tiba ke destinasi. Sekali lagi kami berhempas-pulas mengangkut beg-beg yang banyak. Aku begitu simpati dengan keadaan Kak Ana ketika itu yang ditarik nikmat kesihatan sementara oleh Allah. Suaranya telah mula hilang sedikit demi sedkit mungkin kerana kepanasan yang melampau. Dengan berbekalkan sisa-sisa semangat, kami mengekori Bukhari untuk mendpatkan orang yang bakal menjemput kami.

Setelah memasukkan beg ke dalam kereta, adik Ustaz yang menjemput kami itu akan menghantar kami ke DeCongkak Forest, Ulu Langat dimana program kami akan berlangsung keesokan harinya. Sebelum itu, kami sempat berhenti disebuah kedai makan untuk membeli sedikit makanan. Sementara menunggu makanan disediakan, Bukhari berlalu untuk membelikan sabuh basuh baju dan juga air asam untuk kelegaan tekak Kak Ana. Adik Ustaz pula meninggalkan kami disitu untuk menjemput sahabatnya untuk turut serta ke sana kerana beliau juga tidak begitu arif tentang jalan yang bakal kami lalui. Setelah semua telah selesai, kami bertolak ke DeCongkak Forest. Jalan yang kami lalui kiri kanannya adalah hutan tebal. Aku mula merasakan keadaan yang tidak selesa. Suasananya begitu menyeramkan ditambah dengan kegelapan yang begitu dahsyat. Adik Ustaz itu memandu dengan begitu perlahan dan berhati-hati untuk mencari papan tanda resort tersebut.

Jantungku mula berdegup kencang benarkah jalan yang kami lalui ini. Setelah seketika, kami ternampak sebuah papan tanda dalam samar cahaya lampu kereta. Aku dapat melihat suasana yang agak suram tanpa lampu yang mencukupi sukar untuk mempercayai bahawa ia adalah sebuah resort yang bakal kami duduki. Bukhari mula menelefon Ustaz untuk memohon kepastian. Setelah pasti dengan tempat tersebut dia melalui jambatan gantung untuk memastikan terdapat chalet untuk penempatan kami. Aku dan Kak Ana menunggu di dalam kereta sebelum ternampak kelibat Bukhari yang tergesa-gesa menuju ke arah kami.


”Betul dah tempat ni, enti dua ikut ana sekali la. Pakcik tu cakap dah ada yang sampai. Enti pi chalet tu tengok. Ana segan ah...” Bukhari membuka bicara. Aku dan Kak Ana menurutinya dari belakang. Beg masih belum kami bawa. Untuk memastikan kesahihannya dahulu, kami terpaksa pergi melihat chalet yang dikatakan. Keadaan suram itu agak menakutkan. Ketika kakiku menjejak jambatan gantung itu, satu perasaan yang sangat pelik dapat kurasakan apabila bulu romaku menegak dan jantungku berdebar-debar. Aku dapat rasakan tempat itu bakal membawa sesuatu yang diluar jangkaan. Mohon dilindungi Allah atas setiap apa yang kami lakukan. Aku tidak meluahkan rasa pada Kak Ana ketika itu tentang apa yang aku rasa. Aku biarkan ia hilang begitu sahaja. Arah chalet itu jauh dibelakang sekali berbanding aku melihat banyak chalet di bahagian hadapan yang lebih terjamin keselamatannya.

Chalet paling hujung dan berhadapan dengan sebuah sungai yang mana betul-betul dihadapan hutan yang menebal. Berbekalkan semangat dari Kak Ana, aku memberi ucapan salam. Bergantian dengan Kak Ana tetapi tidak berjawab. Setelah berkali-kali baru pintu dibuka. Setelah bersoal jawab seketika dan memastikan bahawa mereka datang untuk program Kem Motivasi Anak Soleh, kami berlalu untuk mendapatkan beg. Adik Ustaz dan sahabatnya berlalu meninggalkan kami setelah kami menyatakan tempat itu adalah tempat yang betul. Chalet muslimin pula hanya dipisahkan oleh dinding sahaja. Kedengaran kuat Bukhari menyanyi kecil sambil membasuh pakaiannya. Setelah kami makan makanan yang dibelikan tadi, kami meninggalkan pula untuk Bukhari dan Kak Widad yang kelaparan dalam perjalanan. Hanya dengan membuka pintu Utama nasi bertukar tangan.

”Enti tau tak, tadi masa ana basuh stokin ana, tiga kali berus masih tak hilang lagi air kotor tu...” Cerita Bukhari diiringi tawa.

”Dah berapa lama tak basuh tu?” aku terpana dengan ceritanya. Aku tersenyum nakal. Bau busuk yang dikatakan milik kami semasa didalam bas tadi tentunya dari bau stokin Bukhari sebenarnya.

”Lama juga la... brapa minggu ntah...”

“Pengotorla Bukhari ni...” aku menyeringai.

”Mana sempat daa...”

Kipas yang ada telah diubah posisi dan dihadapkan ke arah pakaian yang baru dibasuh tadi. Menggeleng sahaja aku melihat tindakan Bukhari itu. Tempat menyangkut kain yang diletakkan didalam juga telah diubah keluar untuk menyangkut pakaiannya yang basah agar cepat kering. Kreatif jugak tapi kami tidak dapat berbuat demikian kerana tempat menyangkut pakaian itu telah dipenuhi dengan pelbagai pakaian dan tudung milik sahabiah dari UiTM Shah Alam tersebut. Kami hanya mampu menumpang sedikit sahaja kerana kesemua ruang telah diambil alih. Katil juga sudah tiada ruang untuk kami lagi. Ianya muat untuk seorang sahaja. Kak Ana yang masih berada si didalam bilik air itu aku tunggu dengan penuh sabar.

Kesejukan yang mencengkam membuatkan aku mula membuka mata dengan kepayahan. Entah bila aku terlelap dilantai kayu yang sejuk itu tanpa sebarang alas. Kumencari Kak Ana, rupanya dia sudahpun melayarkan bahtera mimpi di atas katil yang empuk. Menghabiskan ruang yang ada. Aku terpinga-pinga kesejukan. Tidak dapat aku lelapkan mata kerana badanku mula menggigil yang tidak terhingga. Tiada apa yang dapat aku jadikan sebagai alas mahupun selimut sehinggalah Hidayah, Kak Widad, Kak Fiza tiba di chalet. Waktu telah menunjukkan pukul5 pagi. Mereka membersihkan diri dan mula bersolat. Aku juga turut serta akibat tidur yang tidak dapat disempurnakan.

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

9n0L4 9n0L4 said...

ishhh. ade jugak seram. huhu. cite sdiri ke cerpen ni. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (14) kEjaDiaN2 (3) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)

♥ Google+ Followers ♥