lupa dalam setiap hal...
lupa makan...
lupa tido...
lupa pakai kasut...
lupa tutup pintu...
dan...
erm.....
sebenarnya kerja ana memerlukan pemakaian yang agak teliti dari baju, glove dan juga face mask...
ini untuk mengikuti langkah2 yang telah ditetapkan oleh ISO. etika pemakaian di makmal dan lain2...
walaupun waktu bekerja telah berakhir tapi dengan tugasan yang bertimbun, ana masih meneruskan kerja...
setkan di minda ia adalah sebuah JIHAD...
tambahan pula berkerja di bawah sebuah syarikat ISLAM milikan orang 'kita'...
selepas melihat jam yang jauh merangkak memanggil kelam...
ana memutuskan untuk pulang...
Usai menunaikan solat asar, ditambah dengan hujan yang mengganas, ana teruskan jua langkah untuk pulang ke rumah...
memecut laju motosikal ana dari pejabat menuju ke mata ayer, ana terperasan yang penanda petrol telah mencecah kotak merah...
niat untuk pulang terus dibatalkan dan ana beralih memecut ke stesyen petrol berhampiran pusat meteorology chuping...
tika ana sampai semua mata bagaikan memandang ana...
mungkin keadaan ana yang kebasahan dek hujan yang menyerang...
habis mengisi minyak, ana singgah di pasaraya permata untuk membeli makanan ringan, semua mata juga kelihatan tertumpu pada ana. ada sesetengahnya yang melemparkan senyuman.
"bagus2 la rakyat perlis nih... peramah dan pemurah dengan senyuman..." ana kata dalam hati je...
sampai dirumah, ana sempat berbual dengan umi dan baba ana berhadapan pintu rumah...
sekilas sebelum ana ingin menghidupkan enjin motor untuk disimpan di stor, mata ana terhenti kepada sesuatu yang begitu menarik perhatian di leher ana.....
"ALAMAK!!!"
Sekali Face Mask yang ana pakai di makmal pejabat tadi lupa nak tanggal... huhu
ana dah malu nak kuar rumah start dari tarikh 10 Mei 2008...!!!
huhu....
kenape? kenapela perkara ni jadik kat ana???
huhu.... tension keje ke?
atau ana dah mengalami level kenyanyukan yang siries?
ni la rupe face mask tuh...
Wallahu ta'ala nabiyyu a'alam...
0 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:
Post a Comment