Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

0
surat dah ada dalam peti

HPA INDUSTRIES SDN BHD



”Kalaulah mereka tahu khasiat herba itu, Nescaya akan mereka tukarkannya dengan ketulan emas”
(Pengarah Urusan HPA Industries SDN BHD, Tn Hj Ismail Hj Ahmad)



Pemerhatian ana atas sebuah syarikat milik bumiputera Muslim ini amat memberi kesan atas kehidupan ana. Selok belok pengurusan yang jarang-jarang ditemui di mana-mana syarikat milik Bumiputera. HPA sememangnya menerapkan ciri-ciri kehidupan Muslim yang sebenar. Sebuah syarikat berteraskan Islam yang murni.

Ana akan ceritakan sedikit buat tatapan sumer tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh HPA Industries nih. Setiap pagi sebelum memulakan tugasan seperti biasa, semua pekerja diwajibkan untuk berkumpul di surau. Agenda yang pertama adalah bacaan mathurat berjemaah. Tujuannya, untuk melatih amalan berzikir dalam setiap saat nafas kita. Amalan yang ringkas ini moga diteruskan walau di rumah. Itu adalah fokus utama selain dari bekerja untuk mencari rezeki dalam meneruskan hidup ini.

”Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji TuhanMu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat”
(Surah Qaaf:39-40)


Usai bacaan, agenda kedua pula adalah Solat Sunat Dhuha. Solat ini diwajibkan bagi semua pekerja dan dilakukan 4rakaat 2salam. Amalan ini juga untuk melatih pekerja bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Segalanya adalah milik Dzat yang menciptakan kita, jadi kita perlu berterima kasih dan mohon dipermudahkan urusan pencarian rezeki yang halal di dunia yang kian mencabar ini. Solat ini juga baik untuk diamalkan sendirian secara istiqomah. Latihan jiwa ini buat anak-anak muda yang kian lupa akan wujudnya Tuhan Yang Esa. Konsep bekerja itu satu ibadah diterapkan secara sempurna di HPA Industries Sdn. Bhd ini.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu
Keagungan itu keagunganMu
Keindahan itu KeindahanMu
Kekuatan itu kekuatanMu
Kekuasaan itu kekuasaanMu
Dan perlindungan itu perlindunganMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Jika rezekiku masih berada di langit maka turunkanlah ia
Jika rezekiku masih berada di dalam bumi maka keluarkanlah ia
Dan jika sukar maka permudahkanlah ia
Dan jika haram maka bersihkanlah ia
Dan jika jauh maka perdekatkanlah ia

Dengan berkat waktu dhuha keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu
Engkau limpahkanlah kepada aku seperti yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh itu...

Indahnya alunan doa itu mampu meresap ke dalam jiwa-jiwa yang sepi. Agenda seterusnya ialah bertadarus mengikut kumpulan-kumpulan yang ditetapkan. Bagi yang mempunyai kelebihan dalam membaca akan membantu sahabat/h yang masih lemah. Itu adalah kunci kekuatan ukhwah sesama pekerja. Hati telah terikat dengan keindahan RabitahNya.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan
Dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu
Jika Kau mentaqdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong...

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini

Moga Kehadiran Syarikat-Syarikat yang mengamalkan gaya hidup Islam ini makin meluas dan menjadi ikutan. Setelah selesai tadarus, semua pekerja barulah memulakan tugas sebagaimana biasa dan akan bertemu kembali di surau pada waktu solat fardhu untuk menunaikan solat secara berjemaah. Pada setiap hari Sabtu pula, kuliah pagi akan disampaikan oelh Ustaz pilihan pihak pengurusan untuk menyuburkan hati dengan baja-baja keimanan. Manakala bagi setiap hari selasa, Ceramah dari Pengurus pentadbiran sendiri yang iaitu Ustaz Ahmad Adnan yang membawakan tajuk-tajuk melalui buku Intisari Iman dan Islam karangan beliau sendiri.


Ini adalah sedikit gambaran mengenai HPA Industries Sdn. Bhd. Sekali setiap bulan pula akan berlansung Kuliah Perubatan Jawi yang mana semua pekerja dari setiap cawangan akan berkumpul si sebuah tempat untuk memperdengarkan ilmu-ilmu perubatan herba dari Pengarah sendiri. Ilmu ini diterapkan agar kita dapat mengetahui khasiat herba dan kepentingan-kepentingannya.

Ayuh sama-sama meriahkab kediaman dengan produk Islam kita...
Radix, mai sechewan....!
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (14) kEjaDiaN2 (3) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)

♥ Google+ Followers ♥