Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

19
surat dah ada dalam peti

running man...ahaks!

Windu semua kengkawan... hhohoho ( mud baru 2hari berpisah dengan line tenet kat umah... uhuk )
sapa yang tak baca lagi? angkat tangan! eheheh ---> sila baca di SINI

Datang pagi-pagi kat upis, teruih bukak dashboard blog ngan fb opkos... (*bajet macam popular la konon2... macam nak ada 300++ notification kat fb tu dan macam ada beratus2 comment yang menunggu untuk dipublish! macam apa ja.. hahah )

bulatkan mata yang sedia bulat, kecikkan... kecikkan sikit... jeng3!



alaaaaaa.... 15 je?




kecikkan lagi... kecikkan lagi....



alaaaaa... 13 je? heheh


saja ngada2! ahaks

Terima kasih kepada yang sudi komen, sikit atau banyak, kalau ada orang komen tu, asa sangat gumbira dah... seperti bermaksud... 'ada jugak orang baca blog puan eeiyss ni... alhamdulillah (^___^)'

Bila duk rumah, 2 hari bercuti tanpa tenet, jadi macam tersangatla sunyi, seb bek incik hubby cuti sabtu ahad jugak. Terhibur jugaklah. Masa ada line tenet, tak guna, bila dah potong, macam-macam benda asa nak buat menggunakan perkhidmatan itu.. oh no!

Ahad, tak rasa sangat sebab banyak kenduri... share sket gambaq siMerah dalam qeta pi makan nuri... 


Malam pulak, incik hubby dapat msg yang adik ipaq nak mai umah, bawak wife dia. Depa balik bercuti... nun dari sarawak nun, dedua chekgu... jadi saja la nak mai rumah. Rumah? Mai Rumah? 

| rumah saya sikit ja lagi takleh nak nampak laluan untuk pejalan kaki... haha! |

Apalagi, afta maghrib tu, bagi siMERAH kat mak, puan eeiyss mulakan operasi mengemas! incik hubby? beliau di dapur... suami mithali kena prepared fud... hohohohohoiii! Habis bercerau peluh kat badan... tak susahpun mengemas ni, angkut semua benda... buang kat dalam bilik puan eeiyss.. haha! licin umah, tak sampai sejam. Clear! ahaks

Bilik? tutup pintu, malam ni, pesah len. aduyai...

Tunggu punya tunggu, depa takmai lagiks... Kui10 lebih baru sampai, siMerah dah tertidur, mak puan eeiyss pun dah xsedaq mana dah... tiduq dalam bilik dia. Lepas solat Isyak dia tertiduq. Letih kemas dapuq siangnye tu...

Mata puan eeiyss ni tak tertahan2 dah, esok (wini la tu) qeja... baju tak iron lagik.. waduh2... tapi ku tahan jua... hampir 11.30 malam jugak la baru depa balik. Depa balik ja, mata tak ngantuk dah. Layan Running Man kat tv! My 2nd time tengok.. haha! best! pecah perut...

Pertama kali tengok masa kat umah mak mertua witu, sekali lalu je tengok, tak sampai 15minit, tapi sronok tak sangga dah, even tak faham apa sebenaqnya ceta tu... tapi mang lawak! 2nd time cuba nak memahami, maybe sebuah realiti show kot... satgi nak gugel... sonokla... tapi saya bukan peminat kpop.. hehe 

Sekadar menonton, tetapi tidaklah fanatik.. kih3

saja share (^___^)


Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

14
surat dah ada dalam peti

Pejam mata! Potong saja! wawawawa!

sob...sob...sob.... ( bunyi esakan secara online tulus dari hati kecilku ini... )

chewah! dah macam cerpen pulak... saja tunjuk bakat.. haha
 
Sebenaqnya maren ( semalam kalau dalam bahasa orang-orang selatan ) , is ngan incik asben terpaksa pejamkan mata, potong line streamyx... tm... di rumah... oh no!
 
Setelah memikirkan buruk baiknya, kami membuat keputusan sukarrrr itu. Bila difikirkan balik, mang membazir sangat. Kami bekerja, balik dah petang dan kadang-kadang hampir senja. Balik umah je, nak siapkan diri, memasak, menjaga siMerah dan lain-lain hal yang sepatutnya dilakukan di rumah. 
 
Sememangnya purata kami online di rumah hanyalah sekali dua sehaja seminggu... tu pun tak lama, sebab kadang-kadang, bila online sebelah malam, baru 2,3 minit dah terlentang kat lantai, kalau online siang pulak, baru 2,3 minit bukak, siMerah perlukan perhatian. 
 
Dalam sebulan, berapa saat sahaja kami gunakan perkhidmatan itu, tetapi menghabiskan hampir RM150 hanya untuk beberapa saat itu. Oleh yang demikian, pejam mata! potong saja! wawawawawa! ( ayat macam kat tajuk!hehe ) Maklumla, dah hampir setahun lebih usia perkahwinan kami diserikan dengan perkhidmatan internet yang bes itu... dah jadi adik beradik dah dengan tenet, tapi sekarang terpaksa berpisah...
 
Takpa, ada perkara yang lebih penting dari itu. Perkembangan siMerah, dan perhubungan sosial dalam keluarga kami... insyaALLAH... kat opis leh ja lepaskan windu.. uhuk3 (T___T)


xsampai hati melihat perkembangan sihat siMERAH terbantut oleh kesibukan kami dengan kerja dan dunia tanpa sempadan ni.. uhuk3.. we luv u nur 'aisya humaira... moga jadi anak yang solehah (^___^)amin

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)