Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

6
surat dah ada dalam peti

nAsi GorenG baBAh + his SeCRet reCiPe

NOTE : ENTRI KHAS INI EDISI PEMBACAAN MYRA BILE DIA DAH BESAQ... hoho
p/s: disebabkan ada sedikit salah faham, meh puan eeiyss terangkan
BABAH = my hubby
MAMA = puan eeiyss
( entri ni bakal dibaca oleh 'myra' our little sweetheart, our little princess soooon , bile dia dah besaq , insyaALLAH ... hehe ... jadi , puan eeiyss guna ganti nama 'mama' ngan 'babah' ... tQ atas komen semua ... hohoh )

Beberapa malam yang lepas , babah masak nasik goreng , mama nampak babah beli perencah nasi goreng ayam 1 bungkuih , perencah nasi goreng cina 2 bungkuih . Sebelum ni babah masak guna perencah asli yang dia buat sendiri , kali ni dia beli sebab teringin nak cuba .

Mama kat depan je , tak tolong babah sebab tunggu myra , bile masak ... uih! superb la rasa dia . Babah letak ayam sebagai tambahan . Memang mantop . Esoknyer , babah pegi qeja , mama apalagi , tengok ada 2 bungkuih lagi perencah nasik goreng cina tu , gorengggggggggggggggggggggla ... lalala~

RESEPI NASI GORENG MAMA

Bahan - bahan dia : -
3 1/4 cawan nasi putih ( banyak tu je ada dalam periuk ... hoho )
3 biji bawang merah ( mama tumbuk ... yah... yah... )
1 biji bawang besaq ( mama potong dadu ... baru cute! haha )
3 sudu teh minyak masak
1 paket perencah nasik goreng cina
segengam kangkung ( kangkung rebuih buat ulam , ada lebih ... mama guna la yang tu ... haha )
1 sudu besaq sos tiram

Cara mama masak : -
panaskan minyak , masukkan bawang merah , bawang besaq , sos tiram , goreng sampai cumil , masukkan nasik . kacau sampai cumil , masukkan perencah nasi goreng tadi dengan kangkung . SIAP! haha

toklang langkah kaki kanan pagi ni . Terus hidangkan untuk maktok ngan toklang . penin! ajinamoto punya pasai . tapi sedap! haha

Babah balik , mama terus cerita . Malam tu dia nak ajarkan mama cara dia masak . mama nak tengok . hoho


Nak tengok babah punya resepi?

RESEPI NASI GORENG BABAH

Bahan - bahan dia : -
4 1/2 cawan nasi ( kali ni nasi ada banyak sebab edisi malam )
3 sudu besaq minyak masak
3 ulas bawang merah ( tumbuk dengan bawang putih , tapi tumbuk sikit je ... tak lumatpun . Style! )
5 ulas bawang putih ( babah suka letak banyak - banyak )
5 - 6 sudu besar sos tiram ( yang ni pun babah suka letak banyak - banyak )
1 biji telur ayam
1 sudu besaq perencah nasi goreng ayam ( rupa - rupanya babah tak letak semua . patut mama heran , babah tak suka letak ajinamoto dalam masakan dia , tiba - tiba dia beli perencah yang sudah semestinya banyak bahan perasa tersebut . Upppsss~ )
garam secukup rasa

SECRET RECEPI BABAH : tambahkan sebakul kasih sayang dalam masakan tu

Cara babah masak : -
panaskan minyak, tumis bawang putih ngan bawang merah , masukkan sos tiram , gaul sebati , masukkan garam secukup rasa . masukkan pulak nasik , gaul rata , masukkan telur , biar beku sket , gaulkan bersama nasi . Akhir sekali , masukkan perencah. SIAP!

Babah lebih suka masak ikut firasat dia , mama agak - agak la untuk dapatkan resepi yang lebih cantik untuk mama catat di sini . mama sedang belajaq memasak dari babah . Start dengan yang palinggggg simple~ haha

Pastu mama dah masak sendiri ikut suka mama jugak ... haha! resepi nasik goreng cepat masak dah terhidang ... jemput2

p/s : gambaq mama tak sempat snap . cepat pelupa sejak2 satio mama admit wad~huhu




Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

20
surat dah ada dalam peti

::imam SUHAIB WEBB::

Satu hari tu , puan eeiyss lepak - lepak satu family tengok tv , waktu ada iklan , ternampak satu kelibat seorang penceramah ni , terus jatuh hati . Mula - mula puan eeiyss tak sempat tengok apa nama penceramah tu . Tunggu iklan tu muncul lagi , tak muncul - muncul . Hmm ... sedih . At last , hari ni ada lagi , sempena maulidur rasul ... Penceramah yang sama puan eeiyss nampak witu . xcited!

Terus goooooooooogle tentang imam SUHAIB WEBB ni 

ihsan MR.google

PROFIL IMAM SUHAIB

Lahir pada tahun 1972 di Oklahoma ( oklahoma ni kat Amerika Syarikat ) ::warganegara AS la beliau ni::

Lahir di dalam sebuah keluarga yang beragama Kristian

Umur 14 tahun , beliau dah hilang minat kat agama beliau ::krisis rohani::

Bekerja sebagai DJ sebelum masuk ISLAM

Sekitar tahun 1992, Beliau memilih Islam sebagai agama , Beliau meletakkan jawatan sebagai DJ dan belajar di University of Central Oklahoma ::lulus dalam ijazah pendidikan::

Belajar secara peribadi dengan seorang Sheikh dan dengan itu melayakkan beliau mengajar . 

Sekitar 2004 - 2010 , beliau sambung belajar syariah di Universiti Al-Azhar , Mesir

Serba sedikit dapat dari incik gooooogle... tq~
Dah tahu nama beliau , maka puan eeiyss pun mula search kat youtube video - video ceramah beliau . 

Jangan lupa saksikan imam SUHAIB WEBB ni
AHAD 10.OOpagi 05.O2.12
TV9

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)