Semalam sebuah tarikh cantik untuk diingati, tarikh nuri rumah babah humaira 2tahun yang lalu, tarikh siMerah dah mencapai usia 11bulan 1 minggu dan 2hari, tarikh siMerah jugak dah cekap berjalan... alhamdulillah (^___^)
211112 yang indah
"Siang tadi dia jalan macam ni ke mak?" tanya puan eeiyss kat mak
" Siang tadi jalan sikit-sikit je, tapi jauh jugakla, tapi malam ni yang tak benti sat tu"
(video tidak di upload di sini)
Puan eeiyss masih tersenyum2 dan terus mencapai henpon untuk merakam aksi siMerah dalam bentuk video. Dah penat merakam dalam bentuk video, puan is snap gambaq, tapi waktu tu siMerah dah penat dan asyik nak gelak ja... buat-buat jatuh, tunggu orang melatah, dia tukang gelak...
Saja....
Kadang-kadang tu tak sempat bangunpun, terus buat-buat terjelempuk kat atas lantai tu, pastu gelak... eksyeli, siMerah, mama sangat suka melihat perkembangan kamu, bila kita fikirkan proses membesar yang unik ni, satu kebesaran dari Allah kan? Hebat sungguh kuasaNYA, tapi kenapa kita kadangkala terlupa untuk sujud kepada kekuasaanNYA.
211112 yang damai
Lepas solat maghrib dan makan malam, babah humaira keluaq pi kedai sat beli barang ngan topup, dan singgah jugak umah bondanya yang tercinta, puan eeiyss duk ajak siMerah berjalan tanpa pimpinan tangan, dan dia dah tak takut macam hari-hari sebelumnya. Mengkalau hari-hari yang lepas, kita tak leh tengok sangat dia jalan, buat tatau ja, takpala dia jalan jauh-jauh. Kalau kita tengok atau tegur, terus dia duduk, tapi malam ni, dia dah berani berhadapan dan ikut puan eeiyss jenjalan dalam umah.



Geram pulak tengok dia dah boleh jalan depan-depan kita, puan eeiyss amik kasut yang maktok dia beli tu, (maktok eksaited bila tau cucu dah boleh jalan sikit2, terus beli.. hoho) pakaikan untuk siMerah, dan biaq dia dengaq bunyi toink-toink tapak kasut dia tu... lagi semangat jugak dia jalan. Sian dia dah penat, puan eeiyss buang kasut dan biaq dia duduk je sampai babah dia balik. Bila babah dia balik, puan eeiyss pun sibuk bercerita perihal siMerah kat babah (puan eeiyss yang eksaited tak tentu hala.. haha)
Babah punya turn pulak, (sila abaikan ibu bapa yang terlebih eksaited ni ye... maklumla anak pertama.. hoho) amikkan kasut siMerah, pakaikan dan suruh siMerah jenjalan. Kali ni, siMerah dah sangat-sangat bertenaga dan bersemangat, berjalan, dan terus berjalan tanpa henti, jatuh bangun balik, jatuh bangun balik... naik risau pulak kami.. kekekekeke
5minit pertama, selepas siMerah berjaya melangkah tiba kat babah humaira, satu pelukan dan ciuman gud girl menerpa di pipi siMerah
5minit seterusnya, teriakan gud girl beserta tepukan semangat dari babah siMerah
5minit seterusnya lagi, hanya terikan gud girl dengan nada lebih rendah
5 minit seterus-seterusnya hanya sebuah senyuman dilemparkan
lassssssssssssssss sekali babah dah terbaring sebab siMerah tak henti-henti berjalan.. haha!
Masterchef ke mana, adam hawapun nak tunggang langgang, perhatian terus kepada siMerah... alhamdulillah, subhanallah...Allahuakbar...
Mata masih membulat menandakan siMerah belum ada tanda-tanda nak tiduq, bila pujuk-pujuk suh dia baring, baring la jugak last2 terus terlelap, letih betui dia... hehe
Sebuah ciuman tahniah puan eeiyss letak kat dahi dia...
"Tiduq leklok na sayang... moga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat... amin"
p/s: salam cinta dari mama ngan babah untuk kamu wahai anakandaku nur 'aisya humaira binti mohd arif fazdilah. kami sayang kamu (^___^)
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir