KHITBAH?
apakah itu khitbah?
apakah itu khitbah?
Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.
Khitbah adalah sesuatu yang suci untuk dikotorkan dengan maksiat. Oleh yang demikian adab-adabnya perlu dijaga. Sebagai langkah untuk menjaga hati dari berlakunya zina. Dalam mencari keberkatan dengan perkahwinan, kita tersadung dibalik ikatan pertunangan yang terjalin. Banyak kes di media yang mencatatkan pasangan baru bertunang di tangkap khalwat dan sebagainya. Perkara ini amat mencemarkan imej khitbah dan perkahwinan dalam Islam di mata masyarakat bukan Islam.
Antara berita yang terpampang sekarang berkaitan pertunangan dan perkahwinan:
Perkara ini haruslah dipandang dari sudut yang lebih serius agar institusi kekeluargaan Islam lebih terjamin kualitinya. itu yang 1:1000 kes yang kita dengar dan lihat. "Islam datang dalam keadaan asing dan akhirnya juga menjadi asing"
Secara peribadinya, tika telah dikhitbah...banyak perkara yang perlu dijaga dan dipelihara tambahan pula sesetangah pasangan yang berkhitbah tidak mempunyai badget yang cukup untuk melangsungkan perkahwinan. Dalam tempoh tersebut, dugaan dan cabaran bertimpa datang termasuk juga pandangan-pandangan masyarakat yang tidak berasas perlu ditepis. Jika semua masyarakat faham keindahan islam dan adab-adab bermasyarakat yang telah digariskan maka tiada fitnah akan terbentuk...Subhanallah...
Dalam menjaga... Banyak pula yang mencela...

1 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:
mudah-mudahan anda diberkati Allah SWT..
Post a Comment