Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

11
surat dah ada dalam peti

3BULAN selepas berpantang...

3bulan selepas bercuti panjang dari kerja, bila masuk je, banyak jugak kerja nak kena cover, blogpun boleh tengok sekali sekala ja. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, tingin sangat ke blog kawan2, tapi masih tidak diberi kesempatan.

Datang2 keja ja kemas tempat cumil2 dulu, baru ada semangat nak kerja kan?

Masa cepat berlalukan? macam baru je lahirkan Aara semalam. Hehe

Puan eeiyss bercuti awai. Bukan amik cuti 14hari sebelum due tu, malah lebih awai lagi. Hohohoho

Bukannya apa, rasa macam perut nak jatuh je bila berjalan. Tambahan pulak pejabat puan eeiyss tadok lif2 ni. manjat tangga je 3tingkat. Jenuh jugakla. Kali ni pegnen tak sama macam siMerah dulu. Agak keletihan. Mungkin sebab melayan siMerah lagi, mengangkat dia lagi. Dulu pegnen siMerah, kita masih xdak tanggungjawab. Balik umah leh rest, tido2. Sekarang tak lagi. Jadi badan memang sangat kekurangan tenaga. Seminggu amik cuti rehat, sambung ngan cuti awal14hari sebelum due. Kali cadangnya mang nak amik cuti 3bulan jugak memandangkan siMerahpun masih tecik, dan nak bagi adik pun kuat sket sebelum tinggai dua2 kat mak.

*   *   *

Mula bercuti, mang rehat2 sket sebab tak perlu bergegas ke pejabat. Hanya bermalas-malasan di rumah dan melayan aksi siMERAH yang kian aktif tu. siMerah lak mang nampak perubahan emosi dia, dia lebih banyak nangis dan perlukan perhatian. Normal. Mama sayang siMERAH sama jugak mama akan sayang adik. Jangan risau ye (^___^)

Seminggu cuti, masih xdak tanda2, 2minggu cutipun xdak apa2 lagi. Penatpun takdak dah. Jadi puan eeiyss duk pesah ngemas umah, buat nu, buat ni, panjat sana, panjat sini. dukung sana, dukung sini. Dari satu kawasan umah ke satu kawasan puan eeiyss pesah kemas. Tukaq nu, tukaq ni, susun nu, susun ni (^___^)

Sampaila tarikh 4hb pagi. Kawasan terakhir puan eeiyss duk pesah kemas, adalah bilik sendiri. Tempat lain suma dah licin berseri. Tengah2 duk ngemas, ada satu lelehan cecair jernih sampai ke buku lali puan eeiyss. Perkara pertama puan eeiyss buat adalah pi bilik ayaq, basuh.. kekekek

Pastu sambung ngemas lagi, pastu keluar lelehan sama, hingga ke buku lali jugak, puan eeiyss panggil mak. 

"Mak! Mak! Mai sat"

Puan eeiyss tunjuk dan mak tepon toklang yang duk berdekatan, untuk mai pastikan. Jemari puan eeiyss duk kalut taip msg kat kawan pejabat puan eeiyss (mama sofea) tanya dia perihal ayaq ketuban. Dia pernah turun sikit macam tu. Puan eeiyss tanyakan apa yang patut dan toklang datang umah cek perut. Ni orang tua2 punya pengalaman katanya xlama dah.

Saspen.

Puan eeiyss msg babahhumaira untuk balik get redy. Puan eeiyss tadok xperience. Dulu siMerah puan eeiyss  konstraksi setiap 5minit.Kalau yang tak pernah baca lagi boleh KLIK SINI.

Beberapa minit kendian, babahhumaira sampai rumah. Puan eeiyss senyum2 ja. Tadok sakit apa pun, cuma suh dia get redy. Puan eeiyss tadok xperience pecah tuban.Kira ayaq tuban la kot noh? 

Minit berlalu, dari pagi bawak ke petang, cam tadok apa perasaan. Tak sakit apa pun, duk bajet, tunggu sampai esokla camna kan. Babahhumairapun mang tak pi qeja la sehari tu. Hohoho

Stat kui6petang lebih, Dah asa dah macam konstraksi macam siMerah dulu. Dah asa dah... Dah asa dah! DAH ASA DAH!!! saspennya. Tunggu.

Tunggu...

Tunggu...

Selang 15 minit...

Selang 15 minit...

Selang 15 minit...

"Nak kena pi dah ke babah?"

"Tunggu dulu... hmmm, myra dulu kui bopa tah stat?"

"Hmm... kui2.30 pagi lebih2.. asanya yang is duk gerak babah tu..."

"Hmm... Kui2.30pagi, kita pi hospital kui5lebih kan?"

"Hmmm... tapi masuk cek bukaan dah kui7.30 dah pun..."

"5jam... kui2.30pagi-7.30pagi....La... kui6.30petang, kui11.30malam satgi baru bukaan macam myra dulu..."

(SiMerah dulu masa cek bukaan kui7.30pagi tu dah 6cm)

Selang 10minit...

Selang 10minit...

Selang 10minit...

Adoiiiii... saspennya...

"Pi la, satg ni... bek tunggu kat sana..." Mak suruh. SiMerah bakal duk ngan maktok. Puan eeiyss akan gerak dengan babahhumaira ja kali ni. Dulu mak, toklang suma pi.

"Hmmm... Solat Isyak dulu la, Lepas solat baru p..." Puan eeiyss sambut sambil tengok jam waktu tu dah dekat kui8malam.

Lepas ja solat, penuh dah rumah, maksu, toklang, cikpah suma mai nak tengok. Hohoho

Puan eeiyss? relax ja... hohoho

Luaran, dalam hati? saspen tak sangga! haha

Kuaq umah dalam kui9lebih camtu

"Lambat lagi ni kalau macam myra dulu" Babah mulakan bicara dalam kesunyian keta yang hanya kami berduaan tersebut.

"Hmm... babah, jom pi beli kurma..."

"Ok" Kami gerak ke pasaraya dulu carui kurma, puan eeiyss tunggu dalam qeta ja, babah yang kuaq balikan... Lambat2 je babah drive ke hospital. Konstraksi masih berlaku selang 10minit... Sampai hospital, puan eeiyss jalan nek pi tingkat2,(kalau kat hospital tengku fauziah, kangaq tu, tingkat2 tu mang tempat orang bersalin) Masuk dalam, senyum2 kat guard tu, guard tu pun senyum kat kami.. hohoho.. cerianya perjalanan kami... kekekeke

Masuk jumpa, bagi buku merah, bagitau ada konstraksi teratur, bagi urine, nek atas penimbang dan tunggu... tunguuuu.. tungguuuuu....

Dekat kui 11 lbih baru nek cek jantung baby... pastu tunggu... tungguuuu... tungguuuu, baru panggil nak cek bukaan.

Macam besa, dia akan terang kalau bukak sket, balik dulu... bla bla bla.....

Naik cek bukaan dah nak dekat kui12. Bukaan dan 5cm lebih. Masuk labour room! alhamdulillah.. Alhamdulillah. Macam besa, depa suh makan dulu. amik kurma, ayaq zam2 makan, teguk sket ayaq then masuk labour room lebih kurang kui12tengah malam.

Baring ja atas katil tu. Tunggu... ayaq tuban pecah semua cam besa, tapi tak pecah. Tau dah, satgi doktor akan mai pecahkan. Sebabkan baru lagi lahirkan siMerah, jadi step by step mungkin sama macam siMerah. Memang betui. Doktor mai tolong pecahkan dan penerangan yang sama macam siMerah dulu dengan dia tunjukkan jarum yang akan dimasukkan untuk pecahkan ayaq tuban. Redy... cari2 xjumpa pulak.. huuuu~ kui1pg lebih kurang ayaq tuban dipecahkan...

Puan eeiyss duk berkira2 dalam hati, dulu siMerah dipecahkan lebih kurang kui10pagi dan siMerah kuaq sejam lepas tu, jadi aara akan kuaq mybe dalam kui2pagi la kalau ikut kiraan sejam dari ayaq tuban dipecahkan. Tapi doktor kerap pulak datang jenguk kejutkan aara sebab aara suka tiduq... Bila dia nak kuaq kan? 2,3 kali perut kena goncang. aara nak kuaq cepat2. xsampai sejam macam jangkaan, hanya setengah jam dah asa macam nak teran kuaq. Alhamdulillah, kuaq jugak si aara dengan berat 3.4kg tu.. siMerah dulu 2.6kg ja... hhoho

Allhamdulillah.. Allahdulillah.. syukur! welcome my dear (^____^)
05Jan2013-01:43am

Aara baru lahir witu. Dari camera babah (^__^)

Tarikh aara pilih (^___^)
Nur Aara Imani

*   *   *

Sekarang aara dah 6.3kg masa timbang 3bulan witu (05April2013)

Semangat, siMerah baru 10kg lebih. Cepat aara kejaq kakak (^__^)

Mama wif siMerah + Mama wif Aara
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: Ke pertandingan tucin tomei (^___^)

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: siMERAH dan renab

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: Aara wif maktok

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: siMerah dengan renab dia lagiks

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: renab lagi (^___^)

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: siMerah dengan ciken puloks

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: ciken vs renab

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: Tertiduq dalam qeta..letih (^___^)

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: Keletihan...

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: Heading to loq staq (^___^)

Aktiviti ujung minggu yang jarang2 boleh buat: watin' babah n kakak  bli nasik ayam (^___^)



Dari babah untuk mama! Ilang semua penat. tengkiu babahhumaira..



Dari maktok untuk siMerah dan Aara



Aara sekarang... trying very hard to menerap

Tengat siMerah dulu2 jugaks (^___^)

Sayang semua!!! (^___^)


Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

11 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

Nafira usof Nafira usof said...

hehehe.. 2 2 sama comel~
geram tengok~

maszmadi maszmadi said...

alhamdulillah, tahniah ies.....

best nyer dah ada 2 baby, mesti meriah umah kan... hehe

makchaq makchaq said...

Comei sangat budak tecik 2 orang ni...

Untung depa ada maktok tolong jaga....

Aine Ainun Aine Ainun said...

alaaa....windu tau nk bace blog eisss...

masa nk bersalin ari2 air tuban sy da kering..xdak air tuban, da bocor tanpa sedar! syukur selamat..=)

Alaaaa...
dua2 comel..=)
Aara n Si merah=)

Fifi Nadhrah Fifi Nadhrah said...

waaa.. da ade cerite saat kelahiran aara..

izzah izzah said...

tahniah is untuk org baru...merasa pengalaman sakit kontraksi tu yek..sy xsempat rasa dulu, doktor kalut nk bedah je...air ketuban pn doktor yg pecahkan...sedih bila ingat2 smula...huhu....

HeNRieTTa JoSe HeNRieTTa JoSe said...

lebih kurang jerr.yea....dua dua pown comeii....suka...

sitiezahim sitiezahim said...

comeeelnyaaa....dah besar dah..heehehe..mama nya pon muka comel macam budak sekolah la hehehe :)

9n0L4 9n0L4 said...

mcm senang je is bersalin. ;)

khairul hassan khairul hassan said...

selamat kembali...klu nak buat srticker sy boleh tolong dpt 50% diskaun dr Tom's Sticker :)dlm beberqpa ratus jer

khairul hassan khairul hassan said...

Is..harga bergantung byk mana nak pasang sticker...contoh..klu bonet depan saja mungking murah..klu keseluruhan kereta mungking dlm 6 atau 7 ratus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (10) kEjaDiaN2 (3) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)

♥ Google+ Followers ♥