Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

25
surat dah ada dalam peti

alahai...

Selasa yang lalu (07 ogos 2012) Puan eeiyss pi teview. Dapat penggilan dari SPA, hujung bulan Julai witu, adoiiii~ nebes

Dalam hati, nak pi ka, takmo, sebab tengok tempat temuduga tu kat aloq setaq, Kedah. Kalau kat Perlis, dah lama pi. Bukan apa, pengalaman tu yang penting. Dalam duk berkira-kira tu, sambil cari info pasai jawatan, dalam duk berbelah bagi tu, print maklumat apa patut, pastu email ke HQ mintak laporan prestasi terkini, potostat sana, potostat sini...heheehe~

06 Ogos 2012 witu, ke aloq staq cari wisma persekutuan, dengan bangganya tak bawak alamat, konfiden ja pi cari, ngan siMerah, babah siMerah, maktok siMerah. Tapi duk terbayang-bayang gambaq kat dalam tenet tu bangunan wisma persekutuan. Pusing-pusing tak jumpa, mesej kawan opis yang duk loq staq, tanya wisma persekutuan tang mana, dia kata ada 2, tengok alamat mana... upssss~

[ni yang dekat menara loq staq]

Memula, kami pi, ada satu bangunan dekat dengan menara loq staq, pastu ikut direction lagi, pi kat satu tempat lagi, kat anak bukit. Kalau SPA, selalunya kat menara tadi, balik umah, tengok alamat, kat menara tadi, jadi esok kami akan terus ke sana.. babah siMerah yang akan hantaq. yey! jantung duk dup dap dup dap.. aish!

[ni yang dekat anak bukit]

Terima kasih untuk kawan2 yang bagi kerjasama untuk direction jalan. Moga kalian dirahmatiNYA selalu dan murah rezeki, amin!

Malam tu baru baca semua yang print kat opis.Tapi siMerah pulak tikmau tiduq awai macam besa. Alahai anak mama cayang cayang ni, melayan dia sambil baca sikit-sikit.. hentam sajala... Tawakkal! huuu~

Sekitar 2008

Suasana tempat menunggu tak berapa ramai orang. Berdebar pulak rasanya. Awai jugak puan eeiyss sampai. Dapat nombor 1st pulak tu. huuuu~

Setelah diarahkan masuk, dengan penuh tertib, puan eeiyss duduk.

PERBUALAN INI TELAH DIALIHKAN BAHASA KE BAHASA MELAYU

Penemuduga : Sila perkenalkan diri anda...
Puan eeiyss : nama saya............................................
Penemuduga : Baik, mengikut transkrip ni, kamu ada blajaq pasai local goverment, boleh ceritakan sikit..
Puan eeiyss : Local goverment ini adalah..... (pendek saja jawapan. huuu~)
Penemuduga : Lagi? tak ingat?

*berpeluh

Penemuduga : Kamu pernah belajar tentang mahkamah, boleh sebutkan struktur mahkamah di Malaysia?
Puan eeiyss : hmm... Mahkamah di Malaysia ada.... erk! (men sebut ja mahkamah apa yang tau)
Penemuduga : Yang tu saja? Siapa Ketua Hakim Negara?
Puan eeiyss : hmm... saya tak pasti... 

*mula dah tak senang duduk

Penemuduga : Kamu ada ikut perkembangan terkini di akhbar-akhbar? Kes apa yang kamu ikut?
Puan eeiyss : hmm... ( terketaq-ketaq tak sangga)

Penemuduga : Ok, itu saja, terima kasih
Puan eeiyss : err... Terima kasih tuan...

~~~huuu

Melangkah keluar dengan senyuman. Kompom tak dapat! haha

07 Ogos 2012

Kami keluaq awai pagi, cadangnya nak keluaq lepas subuh, tapi puan eeiyss sakit perut, memulas-mulas. Ni sakit perut gelabah ni... aduiyai~

Jadilah dekat 6.40pagi jugak bertolak, kat jalan besaq, bertembung ngan banyak qeta antaq anak2 pi sekolah, ikut jalan besa duk ingat awai takdak la sesak sangat kan.. erghhhh! dari kelam sampai cerah, sampai jugak kami nak dekat pukui8 dah. huh! saspen...

Keluaq qeta, baru nak melangkah, tapak kasut lekang! dah lama tak pakai kasut tu, beli semata-mata untuk pi kursus dulu, dah bopa taun tak pakai, ni baru sibuk cari balik kasut hitam bertutup. Dengan berat hati, terpaksa la jugak pakai kasut sandal bunga2 naik atas, tingkat8.

Paras konfiden, toksah cakap. mang dah hilang dah. Tambah dengan perutpun sat2 senak, sat2 dak... gelabah...

"Babah, pi beli sat kasut.. huu~"

" Nak beli katna, mana ada kedai bukak pagi2 ni, satgi abang try pi gam" huuu~

Naik atas, amik nombor giliran, buat semakan dokumen dengan pegawai kaunter, giliran nombor9. Lambat lagi. Dua tiga kali cek henpon, kot2 babah siMerah hantaq mesej.

[Tepon abg blk]

[sat na]

[Abg ada kat tgkat 8. bwk kasut.. abg dah gam..]

*senyum

Terus pi kat babah siMerah, try kasut, ok, kuat... hentam sajala... yaALLAH.. moga dipermudahkan

TQ BABAH!

Tunggu penuh debaran... 

*eh panjang pulak entri hari ni... cover untuk bopa hari tak update (^___^)


Ting Tong... No.8 dah masuk, erk!

Kreuukkkkk! No.8 dah kuaq.. jantung macam nak terkeluaq dah... aish! duk sat, penemuduga sorang pun keluaq jugak... pi toilet kot.. lagi berdebaq! wawawa~

Bila penemuduga melangkah masuk ja, puan eeiyss get redy nak masuk jugak, nombor 9 nek! yaAllah, permudahkanlah yaAllah..

TUK!TUK!TUK!

"assalamu'alaikum.."

"Walaikumussalam..."

Fail dan segala macam dokumen diserahkan ke tangan penemuduga. *senyum

"Sila duduk"

"Baik, perkenalkan diri anda"

" Nama saya sanisah... saya berasal dari.... umur... graduan dari.... diploma..... bekerja sebagai.... di aadk..."

Sebut ja AADK, terus tanya semua pasai dadah, pasai penagih dll, alahai, saya pembantu tadbir ja tuan, kalau pasai cuti, kursus, kad perakam, boleh la saya jawab *tapi dalam hati ja la, jawab jugakla... setakat yang tau.. hohoho

"Boleh bagitau saya apa itu INSOLVENSI?"

*erk!

"Insolvensi ni berkaitan dengan kebangkrapan...."

"Apa cita-cita kamu?"

*terdiam 7saat

"Cita-cita saya untuk menembusi bidang syariah!" haha! jawapan gelong! Lari dari jawatan yang dipohon. Mulai detik ini, puan eeiyss dah yakin, kesilapan tidak dapat diundur lagi... hohohoho

"Boleh ceritakan tentang poligami?" (Dia tanya dalam bahasa omputih) Puan eeiyss tergagap-gagap menjawab. Maklumla lama dah tak bercakap dalam bahasa asing tu, tergeliat jugakla lidah. Lepas tu lagi seorang penemuduga cover, sambung tanya dalam bahasa melayu. fuh!

Dengan lancaqnya duk terang pasai poligami kat depa <______________> jauhhhhhh lari dari jawatan asai... haha! Penat bagi kuliah kat depa, penemuduga selit soklan maut...

"Kalau suami diisytiharkan bangkrap, dia berkahwin lain di luar negara, boleh tak?"

*erk! Terjerut dengan jawapan sendiri

"Tak boleh keluar negara, sebab dia dah bangkrap. Pasport akan disekat. 'waran' akan dikeluarkan" [WARAN?] apa aku jawab ni, tapi dah terkeluaq dah... huu~

"waran?"

"err...iya...." huuuu~ dah takleh jawab

"Kalau suami bangkrap, harta boleh bagi kat isteri dak?"

"nafkah?"

"Bukan nafkah, harta... boleh dah isteri dapat harta suami tu?"

"Sebagaimana yang saya baca, harta suami yang bangkrap akan dibahagikan kepada pemiutang dulu... kalau ada lebihan baru isteri dapat"

"Isteri boleh dapat?

"err... iya" haduiii.. berpeluh!

"Saya lihat, kamu lebih cenderung kepada bidang syariah sebagaimana yang kamu bagitau tadi, kenapa tidak kamu melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah?" dah terjerut dengan jawapan awai2 tadi nun.. mang kompomla tak dapat...huuu~

"Saya memang minat dengan bidang syariah, tapi saya juga perlu kepada pengetahuan undang-undang lain selain dari syariah. Itu pengetahuan asas yang boleh kita ambil jadi sebagai satu pengalaman.." ayat cover...hehe

"Siapa Ketua Hakim Negara?"

"Tan Sri Abdul Ghani Patail..."

"Ketua Hakim?" dengan muka cuak dia tanya balik..


"eh, Yang Amat Arif Tun Arifin bin Zakaria"

Ketua Peguam Negara?"

*senyum

"Tan Sri Abdul Ghani Patail"

"Menteri yang jaga undang-undang?"

"Ermmm.... saya tak pasti" *berpeluh

"Menteri Agensi Antidadah?"

"Ehem... Dato' Seri Hisyammudin Tun Hussein"

*senyum lagiks

"Kalau kamu ditempatkan di Sandakan, kamu sanggup?"

"InsyaAllah, saya cuba"

"Macam mana dengan suami kamu?"

"InsyaALLAH, boleh diaturkan..." 

"Betul?"

"Ya" Tapi dalam hati.. Tuhan saja yang tau...

"Ok, sekarang bagi sebab, kenapa kami perlu pilih anda untuk jawatan ni?"

"Yang pertama.. SAMA MEMANG MINAT UNDANG-UNDANG!" nah! hehe, terkeluaq pulak.. upsss~ tak dak etika betui puan eeiyss ni...hehe

"yang kedua......"

"Ok, terima  kasih. Itu saja"

FUH~ ini kali kedua puan eeiyss temuduga untuk jawatan yang sama pada sekitar tahun 2008 dulu...

Walaupun dulu tak berjaya, memang jelas2 takkan dipilih sebab semua dia tanya puan eeiyss tak jawab, kali ni ada sikit preparation, cuma salah prepare ja, duk prepare untuk soalan macam soalan dulu, tapi tersalah tengok kat surat panggilan tu untuk jabatan insolvensi/pelbagai jabatan. Jadi mustila dia akan tanya banyak berkenaan insolvensi... Puan eeiyss baca sekali lalu la pasai jabatan tu... Takpa itu pengalaman

Ini hanyalah cebisan kenangan untuk puan eeiyss simpan dalam blog ni. Buat tatapan anak cucu masa hadapan. Sila abaikan sikap yang terlampau ceria tu ye... setiap temuduga membawa satu pengalaman dan ilmu tambahan. Puan eeiyss akan terus memohon jawatan tu untuk masa-masa yang akan datang. Kadang-kadang kita perlu mencabar diri untuk mencapai cita-cita kita...InsyaALLAH

Kalau ada rezeki, nak jugak sambung degree...insyaALLAH (^___^)

p/s: gambaq curi dari fesbuk...siMerah tak posa.. 



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

25 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

Yuyun Yuyun said...

insyaallah, mudahan ada rezeki di situ. saya org alor tp pernah sesat nak pergi wisma... hahaha

Kakzakie Kakzakie said...

Apa pun Is dah buat yg terbaik kalau memang ada rezeki dan telah tertulis di loh mahfuz itu utk Is insya-allah akan dapat. Kakak doakan..

|| NaFiRaa || || NaFiRaa || said...

kenangan manis tuh.. gi interview.. hehehe.. moga berjaya yer..

tomeynye merah~

9n0L4 9n0L4 said...

moge ade rezeki. Allah pasti beri yg terbaik. ;)

Marya Yusof Marya Yusof said...

As salam Is,

Akak baca rasa macam akak pulak yg g interview...ayo! Ngilu perut...hiks..

Merah mkn kulit tembikai je ke? Sb isinye dah abis buat tembikai rindu ek...hehhee

Pssst..is arini akak buat murtabak meggi lak...hahaha... tak tahu resipi hubby Is tu main hentam je... teringat2 lah...hahaha ;))))

Kancil 8349 Kancil 8349 said...

terbaik...semoga berjaya...tapi gambar pertama tu macam pernah nampak di Sabah,...sebiji macam di Kota Kinabalu...tapi menurut kata kawan asal di Alor Star pun kata memang tempat Alor Star....untuk makluman...viewnya sama macam di Kota Kinabalu

kay_are kay_are said...

teringat mase interview dulu.. memang susah nak dapat keje ni.. ape pun semoga ade rezeki akak untuk keje tu.. tapi ready ke g sandakan? =)

Karukord Jagau's Karukord Jagau's said...

Nk semput aku baca.....mcm naik tangga sampai tgkt 14 hohohohoo.....
Penceritaan perjalanan temuduga yg menarik...semoga berjaya :)

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ ~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

uish! tkutnya interview cmtu..huhu..tq wish brthday utk cik suami dila;)

Masz Sidek Masz Sidek said...

insya-Allah mudah2 ada rezeki...

Lynn Lynn said...

Salam eis..

Yang 2008 saya yang dapat kot..hehehe..harap2 yang ni awak dapat k..Insyaallah..sekarang awak doa je..manalah tau ade rezeki..Kuasa Allah siapa yang tahu kan..Amin..

Hanis MY Hanis MY said...

Kalau dah rezeki tak ke mana eis. Ya ampunn geram tgk si merah tu tomeii sgt

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

memang panjang entri ini..fuhh!!!
tapi best baca..
kelakau baca bab kena tanya soalan pligami dan macam2 tu...heheheh

Cikgu Ma Cikgu Ma said...

ketaqnya intebiew ni...saya pun nk kena interview spp..tak tau bila...eeiyss, awak kena tag =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/contest-ucapan-selamat-hari-raya-to.html

Dinas Aldi Dinas Aldi said...

Salam Is. Akak doakan semoga kali ni berjaya, amin! Nampak pun jauh lebih bersedia kali ni dari yg kali pertama tu. Insyaallah, sama2 la kita berdoa untuk yg terbaik :)

Boleh tolong tak? Tolong cium Merah 10x bagi pihak akak, comei bangat!

khairul khairul said...

lama x p AS

si kiut lavender si kiut lavender said...

baca nih skl turut sama rasa dup dap dup dap..macam nak pi interview nak masuk U..huhuhu...interview keja lagi susah deyh..

papun,,pengalaman tu yg penting

kesian si merah org bagi makan kulit tembikai sja..sob3

Yana Libra Yana Libra said...

kalau ada rezeki, insya'Allah dapat :)

saya pun dah banyak kali interview SPA ni tak pernah sangkut lagi..lagi 2 minggu ada interview lagi..doakan saya ye~~ hehe :)

Kancil 8349 Kancil 8349 said...

mahu taw betul ke tempat tu di Alor Star

akoo pae kembali? akoo pae kembali? said...

waaa susahnyee inteviuu..hoho bagusnye nak cite2 kamu =)

BeskuT MeRy BeskuT MeRy said...

gegud luck. amboi si kecik tu. makan tembikai ke melantak tu?

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah said...

cuak juga kene interview mcm ni..
insyallah ada rezeki ada..
tak ada cuba lagi.. rezeki Allah luas :-)

Nafisya Ismail Nafisya Ismail said...

salam ramadhan :)

Kancil 8349 Kancil 8349 said...

memang ndak sangka...memang sebiji...

fifi fifi said...

sis.. berdebar jugak bace.. 14 sept ni ade interview jugak.. tak prepare ape2 lagi.. cume da buat semue salinan LMPT, buku servis.. adess.. tak hilang berebar lagi ni.. baru terfikir.. macam2 tak ready lagi.. adoii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (12) kEjaDiaN2 (3) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)

♥ Google+ Followers ♥