Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

0
surat dah ada dalam peti

Fahamilah~



Sahabatku sekalian...
Ku coretkan warkah ini agar sekalian fahami apa yang tersirat di jiwaku. Sesungguhnya, aku tidak dapat penuhi sekian banyak hasrat dan pelawaan kalian kerana aku adalah insan lemah yang masih mengemis kasih Ilahi. Juga demi kasih kepada seorang yang bernama ibu.

Aku sekarang punya seorang ibu yang tercinta. Sejak ayahanda menyahut panggilan Ilahi, aku memikul satu amanah yang berat dalam memastikan kebajikan, keselamatan ibu terjamin. Mencari secebis nafkah buat bekalan hidup di bumi Ilahi ini selain bekalan di akhirat sana.

Aku cuba mengenal apa itu T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B

Setiap hari tepat pukul lima, aku memecut pulang bukan untuk merehatkan badan tetapi ingin menjadi pendengar setia kisah silam dan juga kisah harian ibunda. Walaupun kadangkala kisah silamnya berulang pada titik yang sama tetapi aku tetap ceria mendengarnya.

Sehabatku sekalian...
Bukan aku menolak pelawaan untuk mencergaskan badan mahupun untuk makan2 bersama setiap petang ataupun ketika cuti hari minggu kerana aku tidak sukakan kalian, tidak mahu bergaul dengan kalian, tetapi ada seseorang yang amat penting buatku sentiasa menunggu akan diriku.

Kadangkala ada yang berkata..."BAwakla mak sekali..." kalau dapat kulakukan demikian alangkah indahnya. Kadangkala kita perlu melihat dari kaca mata seseorang yang telah tua dan kematian suami. Apa yang dia perlukan? Seseorang yang boleh mengubati kesunyiannya dan juga menemaninya setiap masa. Jika dinilai, dia tidak menghaang aku untuk keluar bergaul dengan teman, bercuti di mana2 pusat peranginan bersama teman2, tetapi aku memikirkan tanggungjawab.

Ibu tidak pernah mintak untuk dihiburkan. Tetapi aku pnya rasa 'jika aku ditempat ibu' mahukah seorang ibu keluar bersama kawan2 anaknya? Tidak sebenarnya. Kerana usia dan bimbang kepenatan. Aku melihat dari kaca mata ibu yang berusia. Ibu kesunyian.

Kalian fahamilah...
Aku juga inginkan seperti kalian. menggembara meneroka dunia, bekerja bukan di negeri asal kerana kutahu pengalaman itu amat beharga, tapi aku korbankan segala demi seorang yang amat kucinta. Dulu ku pernah menjelajah dari utara ke selatan, timur ke barat Malaysia. Ilmu yang diperolehi saat itu amat beharga. Aku sukakan pengembaraan. Tapi kini kupadamkan demi ibu tercinta.

Fahamilah...
Aku terlalu mengharap kepada Allah agar dikurniakan suami yang mampu membawa aku ke jalan jihadNya dan memegang tanganku ke syurga. Moga bakal suamiku mengerti dan fahami tanggungjawab dalam diriku kelak. Walau syurga telah berkalih dari ibu kepada suami, tetapi fahamilah ibu amat penting dalam hidupku.

Berbakti kepada ibu melebihi segalanya kerana pengabdian itu mampu menggugurkan kewajipan untuk berjihad.

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW apakah amal yang disukai Allah? Baginda menjawab: Solat pada waktunya. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Dia bertanya lagi: Baginda menjawab: JIhad pada jalan ALLAH (Hadith riwayat Bukhari)

Subhanallah... Cinta ibu dan juge ayahanda tercinta itu amat utama...

ku nukilkan disini bukan untuk meraih simpati dan jauh sekali untuk merungut dengan keadaan diri. NA'UZUBILLAH. Tetapi untuk kalian fahami dan dalami hati ini...

Fahamilah hati seorang anak bernama wanita...

Fahamilah~
Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)