Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

9
surat dah ada dalam peti

Ulangtahun kedua dan kehadiran yang 'kedua' 2nd Part

Dah baca post ikut scheduled semalam? sapa la yang nak bacakan? puan eeiyss bukan retiss.. keh3

ada hati nak buat life journal.... tapi ini untuk kenang-kenangan puan eeiyss bersama suami dan anak cucu cicit dll pada masa hadapan insyaALLAH... jika blog puan eeiyss masih wujud (^___^) tika itu.. ehhehe

19 June 2012

Puan eeiyss dengan penuh ketabahan pi buat buku merah, macam besa, kena amik info sikit2, pastu urine, amik darah... ouchhhh! jumpa misi2 dengaq nasihat... dll set next appoinment, date untuk scan, n date untuk MINUM AYAQ GULA! wuwuuwuwuwuw (T___T)

Setakat ini, hanya kawan2 upis yang rapat sahaja tau. Mak, dan jugak maksu.. yang len sapa pun tatau lagi, termasuk kawan2 baik.. uhuk3 

perlukan masa...

ehem3

BULAN JULAI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, cabaran semakin besar saat ini, tapi itu ada ganjaran yang hebatkan disisiNYA... Ramadhan kali ni tentu-tentunya lebih-lebih mencabar, bukan sekadar berpuasa dengan anakanda simerah yang kian aktif, tapi dengan si tecik dalam rahim puan eeiyss. Kadangkala lemah longlai keletihan, bukan satu rungutan, tapi satu saat manis untuk dikongsi bersama. Kalau masih ingat entri di bulan ramadhan dulu, ada satu entri tu, tentang ini, sahabat blogger yang cumil, fifi ada komen...


Saja puan eeiyss simpan, sebenaqnya bukan rungutan tau fifi, jangan salah faham, nak habaq ja, yang kak is tak larat yang pelik sikit tahun ni, tidak haus, cuma tenaga seperti hilang... macam mana ye nak gambarkan.. hehe... manis, ianya bukan suatu yang menyusahkanpun. Itu adalah kebahagiaan. hehe

Tahun sebelum masa membawa simerah dalam rahim (bulan yang sama macam tahun ni, due pun dekat2 nak sama macam tahun ni), letihnya memang letih jugak bila tiba ramadhan, tapi malam dan siang kita dapat lelapkan mata dengan berehat, kali ni, berbeza sebab pembawakan baby dalam rahim sambil menjaga simerah yang dah merangkak dan memanjat kesana ke mari, malampun simerah perlukan susu dll, siang tidak dapat melelapkan mata, memang satu cabaran yang baru bagi kak is (^___^) tapi bukan cabaran pahit tau, cabaran manis... (^___^)

Tapi ramaiiii lagi yang lebih-lebih sibuk, jadi puan eeiyss cuma bercerita kondisi dari pihak puan eeiyss.. sebagai perkongsian dengan semua, kadang2 membaca pengalaman sahabat-sahabat lain, ada yang ada anak kecil setahun lebih, ada adik lagi kecik lagi, nak manage jam biologi pada waktu malam untuk bersengkang mata membuat kerja rumah dan study+tesis untuk belajaq ke peringkat yang lebih tinggi manakan siang bekerja pulak, mang ibu yang hebat... puan eeiyss masih belajar dengan semua jugak (^___^)

Indah sangat saat ini... abadikan untuk anak cucu (^___^)

BULAN OGOS BULAN AIDILFITRI

Raya tahun ni, rentetan ceritanya pernah puan eeiyss keluarkan di sini dan episod seterusnya di sini, kalau masih kalian ingat...hehe

28 Ogos 2012

Kena cek darah, biasa la, HB rendah, macam-macam la depa buat, huhu. Pagi-pagi sampai klinik, letak buku merah kat dalam raga kat kaunter tu, tunduk ja, terus menonong ke tempat kosong ada la sebuah dua, punya la ramai ibu mengandung kat malaysia ni... hehe

Baru je dapat duduk kat belakang sekali, terperasan pulak, macam ada orang yang duduk kat kerusi depan sekali, pandang-pandang puan eeiyss. Puan eeiyss pun tengok la jugak, mata bertembung. Chewah! Uppssss~ teman opis dari daerah perlis utara, cek perut! upppssss~ Sebelah dia, ada sebuah kerusi kosong. Oke, kuatkan diri, senyum dan berjalan pi duk kat tepi dia... ehem3~

"Mai buat apa is?" Dia tanya kita...

"Erm.. hihihihi (kerenyih dulu yang penting)... mai letak buku merah sana nun.. ehem2" tergagap-gagap...haha

"Aik, ada pulak ka?" Dia tanya kita lagi...

"Hmmm... hehehehe"

"Bapa bulan dah?" Dia senyum manis...

"5bulan dah..."

"Aik? lebih kurang ja la kita? is due bila?"

"Ermm... 8hb Januari ni... Kak erni?"

"Kak erni Bulan12..." 

"OOOooo..." Lepas sembang-sembang sikit, nama dia dah kena panggei, jadi puan eeiyss men game la kat henpon sementara tunggu turn, babah humaira tak masuk sekali, sebab orang penuh. Lama tunggu sampaila puan eeiyss masuk dalam amik darah, kena pulak dengan akak misi yang cucuk sakit tu... huuu~ Puan eeiyss tercari-cari nurse feberet, dia duk jaga kat luaq daa... wawawa! sakit!

"Sanisah mai amik darah ja kan?"

"ya... lepas letak ni kat makmal, leh balik terus ka gena?"

"Eh, jangan balik lagi, tunggu result, dah dapat hantaq kat kaunter depan..."

"Ooooo..." Lepas tu jalan pi letak darah kat makmal, tunggu pulak result. Sambung men game (^___^) Nama panggei, pi hantaq result kat depan, tak dan nak bukak game, depa dah panggei.. hohohoho


"Sanisah amik darah ja no rini.. erm.... makan ubat dak?"

erk!

"Hmm.. makan... malam ja" (sebenaqnya malam tadi baru tengat nak makan... huh)


"HB kamu semakin turun bukannya naik ni... hmmm, tadi prasan dak depa amik darah bapa botoi?"

"Satu bekas tu ja?"

" Kalau ikut kat sini kamu kena amik 2 botoi..." Dia pun bangun pi amik satu borang tu dan isi...

'Alamak, kena amik lagi ka? wawawawa!'

"Pi letak balik kat bilik amik darah tu, sebab hb kamu rendah..."

'wawawawaw!'

Pi jalan nak letak kat depan pintu tempat amik darah tu, nurse tu jeling manja...

"Aik? amik pulak?"

"hehehehhehe" aku senyum ja. Baru duduk tak sampai 7 saat, nama kena panggei dah... aduiii~

Tulisan merah tu adalah bukti segalanya! xyah nak amik 2x oke? dah amik... alhamdulillah (^____^)

"Sanisah, kamu dah amik dah darah untuk ujian ni 2minggu lepas, mai untuk appoinment bulan9 ni ja na..."

'LEGA!'

"Terima kasih akak misi..." senyum dan kalut pi qeja pulak (^___^)

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak update, Hari ni dah
14 NOVEMBER 2012

Sekarang dah 32Weeks, baby dalam rahim puan eeiyss.. alhamdulillah... dah scan, 4D, first experience.. Ya Allah... Subhanallah... tak lama dah la kan, doa kan puan eeiyss selamat melahirkan, if dapat tarikh sama macam siMerah, oke jugak kan? 12.12.12 (^___^)hehe

12.12.12 ni, siMerah dah setahun, nak sambut 1st yer besday dia ni nak buat apa ha? wah... xcited pulak (^___^)

Letih yang sangat berganda-ganda, mengejar ketangkasan siMerah disamping membawak adik siMerah di dalam rahim ni... mencabar.. ehehehe (^___^)

Babah siMerah pun sibuk sekarang, puan eeiyss turut merasai kepenatan beliau! luv u abang! muah!

Inilah cerita kegembiraan di ulangtahun keDUA perkahwinan kami... tengat dulu2... 20.11.10 (^___^)

20.11.10 ~ tok kadi akadkan babah humaira dan kami SAH menjadi suami isteri
21.11.10 ~ Nuri rumah babah humaira pulak.. ouch! malu2 lagiks.. haha
12.12.11 ~ Nur 'Aisya Humaira dilahirkan
20.11.12 ~ menanti hari 'adik' siMerah pulak menjenguk dunia (^___^)

Sayang semua!!!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

18
surat dah ada dalam peti

Ulangtahun kedua dan kehadiran yang 'kedua'

Bismillahirahmanirrahim (^___^)

^^entri yang paling lama tersimpan dan amatlah panjang berjela...kerana? tunggu tarikh 20nov jugak, baru published! hohohoho^^

^^entri ini bersambung-sambung dan ditambah-tambah setiap hari kejadian...maka, sebab tulah panjang^^


^^y kena detail sangat? macam kak marya selalu cakap, ini catatan untuk kenangan, boleh la nanti anak cucu baca..eheheh^^

(^___^)

Sekitar bulan April, emosi kian bertambah-tambah...






Tapi fikiran masih lagi buntu dan kosong... kosong... 

Walaupun kosong, ada satu macam tenaga positif yang bergerak disegenap urat nadi... hmmm~


18 May 2012

Pi beli PT, ajak incik arif a.k.a my hubby... Upssss~ berdebar-debar

Balik Qeja jumaat tu, kita simpan dulu till tumorow murnin*

Pagi-pagi tak rasa heran,
Bulan posa takleh makan ketam;
Masuk toilet dengan debaran,
Keluaq toilet macam nak pitam

my 4th++ snap gambaq...ni yang ok sikit...getaq... gambaq goyang2

*menggeletar

it's positiv! masyaALLAH!

(Menggunakan khidmat saudara LINE...msg di bawah ini dihantar) : Sat, 19/5

"Babah" 9.49am

"yes" 9.52am

"dpt x gmbq tu?" 9.53am

"xdak pun" 9.57am

sekali lagi gambaq kat atas tu dihantaq... dah banyak kali terai mula2 tu, tapi xdeliver... finally deliver @9.58am

"dpt?"9.58am

he sent me a pic of smile.. hepi smile! even only a pic of cartoon! 1second after my msg... (oh my english! sila abaikan my english yang caca merba itu.. haha! malu kat anak) @9.59am

wif smiling face again... "wow...alhamdulillah" 9.59am

"2line" 10.00am (kali ni, dia dah leh sebut 2line.. sebab sebelum ni, macam blur2.. keh2.. biasa la first time, puan eeiysspun konfiden sebab baca panduan kat kotak tu je.. hhohoho)

***
Sekitar Mac 2011

gambaq PT yang ada 2line tu puan eeiyss mms kat incik hubby

"apa tu?" tanya dia

"kat PT ni naik 2garisan"

"maksudnya tak pregnant ka?"

"Pregnantla... aish abg ni"

"mana abg tau... hehe"

blur...keh3 (^___^)
***

Sebelum ni dah pernah share, tapi sebab terlalu xcited, puan eeiyss buat satu blog khas untuk detik-detik kehamilan dan di awal kelahiran, tapi disebabkan tak sempat nak manage 2blog, maka puan eeiyss tak fikir panjang, terus delete blog bersama-sama memori yang tak terungkap...

sayang sangat...

Tapi tu la, dah nak terdelete...

alahaiiii

Puan eeiyss cuba jugak... cuba jugak untuk mencoretkan kembali detik itu... insyaALLAH (sebab tu entri ni akan jadi panjang berjela...atau mungkin akan ada 'part1... part2..patpart...hehe)

 Sebenaqnya, mang hepi... tapi disebalik kehepian itu, ada debaran sebenaqnya... worry to my mama... camna tah nak habaq... dia tak kisah, if puan eeiyss nak pegnen, tapi dia pesan, biaqla bagi siMerah besaq sikit, tapi alhamdulillah, awai sangat rezeki kami, hari2 puan eeiyss doa agar mak dapat terima dengan tenang... Puan eeiyss faham, dia perlukan ruang untuk bernafas, siMerah tengah aktif, dia pulak yang kena menjaga bila puan eeiyss dan incik hubby pi qeja...


30 May 2012


Kami potong line tenet yang tercinta tu... pernah bacakan masa puan eeiyss hurai kan SINI dulu? Sejak tu, kami lebih fokus tentang perkembangan siMerah dan cuba merancang satu masa yang terbaik untuk kami di rumah. Hav fun together... insyaALLAH (^___^)

03 June 2012

Bila berbadan dua ni, dua ka? eh.. eh... tak pi buat buku merahpun lagi kat kinik tu.. alahaiiiii macam masih baru je kan detik itu berlalu... masih terasa2 lagi kesakitan kena tucuk amik darah every month.. ouchhhh! bagi sape yang 1st time leh semak kat entri yang terselamat di label kehamilan (kalau sapa2 yang nak share xperiencela.. hoho)

Badan mula rasa cepat letih... malam yang kelam kabut itu, mang sangat letih.. hehe 
Tapi tak kasi tau umum lagik... jadi angkat sana.. angkat sini, xdak orang nak larang macam mula2 pegnen dulu... hehe

SiMerah pulak, alhamdulillah, dah mula angkat punggung untuk merangkak dalam usia 5month++

14 June 2012

Hari ni, pi klinik untuk appoinment siMerah 6bulan, dah leh makan puree, hohoho. Dikesempatan itu, dengan tabahnya, pi buat urine pregnancy test di klinik sebab nak bukak buku merah dan another comfirmation dari klinik sendiri... dulu wat comfirmation di klinik swasta, tapi berlaku sedikit masalah bila nak berhubung dengan klinik kerajaan. Jadi, kali ni, terus ke klinik kerajaan je... semua nurse kenai dengan puan eeiyss... ye la, si tecik Merah masih baru lagi... 

Bila check! positiv! ehem2.. set date untuk next appoinment wat buku merah. Nak wat hari tu jugak, dah amik masa setengah hari dah, nak masuk upis lagiks. Dikesempatan itu jugakla, puan eeiyss gunakan untuk bagitau mama yang puan eeiyss pegnen, puan eeiyss terang leklok dan alhamdulillah... walau berat sikit, tapi mama dapat terima... rezeki kan, cuma kena bebel sikit tu biasa la.. hehehehe (^___^)

19 June my app untuk bukak buku baru! nak taip lagi kah? sambung ja la no? hohoho tunggu part 2 noh... also will scheduled at 21nov.. da day after... hohohoho

Tengs 4 reading my life journal....

*      *       *
Kamus singkatan
PT       > Pregnancy Test

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)