Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

17
surat dah ada dalam peti

kain lama dibuang, kain baru dicari...

betui tatau tajuk dia... hehe

saja bagi intro, duk cari surat panggilan seminar tu xjumpa pulak, lama sungguhkan kita xbersua.. chewah!

minggu lepas, puan eeiyss sibuk bercuti, ke klinik, seminar dll

jadinya... masa kat opis jadi sangat terhad, takleh nak update, takleh nak blogwalking

tapi jangan risau, puan eeiyss akan sampai kat tempat anda dengan komen berganda-ganda.. hohohoho

siMERAH sudah dalam fasa nak merangkak, gambaq ada puan eeiyss share kat fb... sat na... puan eeiyss kidnap gambaq dari fb...

sat...

sat....

ni dia! ( gambaq tak bopa comei, tangkap kaluit-kaluit )

UP!
UIT

HELP! HELP!
UPPSSSS~

tatau camna nak gambaqkan perasaan melihat dia kian membesar, dengan satu persatu kebolehan baru yang diteroka... indahkan penciptaan manusia itu... Allah.. Allah...

Berbalik kepada cerita asai, (incik hubby pun bz ja minggu lepas, huhu... jumaat, sabtu, ahad lepas dia di Sungai Petani, balik umah kejap, rabu sampai sabtu di KL...uhuk3~ jiwa tak keruan, daku kerinduan.. wah! mud jiwang!uhuk3) hari rabu bertarikh 20 Jun 2012 witu, puan eeiyss join seminar ilmu keluarga@LPPKN. Salah satu tajuk yang menarik untuk dikongsi, tu la, kain lama dibuang, kain baru dicari tu....hehe

Tragis je kan tajuknya... tapi bila dikupas dengan cantik, kita jadi positif!

Isu perkahwinan la ni, isteri lama dibuang, cari isteri baru. ouchhh! (...dan sebaliknya, disebabkan puan eeiyss seorang wanita, maka isu ni dilihat dari sudut, wanita yang dibuangla...)

Tu kalau dia buang, kalau dia tambah kain baru kat kain lama (poligami)... ouchhhh untuk kali kedua.. ohoiiii~

Walau apa pun, kita kena lihat dari sudut positif... penceramah tu bagi satu formula cantik

1. Kalau suami berkemampuan kahwin, isteri bagi, suami xmau ( ni yang paling cantik )
2. Kalau suami berkemampuan, isteri xbagi, suami mau xsangga ( ni yang selalu jadi )
3. Kalau suami berkemampuan, isteri xmau, suamipun xmau ( okla... )
4. Kalau suami berkemampuan, suami mau, isteripun bagi ( payah nak jumpa )

formula lebih kurang macam ni la... ni pakai ingat kat kepala, note semua tinggai kat umah, tapi nak update jugak blog yang cumil ni.. ahaks... Kategori yang manakah kita? huuuu~

Memandangkan puan eeiyss bercuti jugak, jadi sempatla baca lagi buku 'MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS'  puan eeiyss pernah kongsi buku ni suatu ketika dulu di SINI. Puan eeiyss dah baca sampai mukasurat75 dari 367mukasurat. 

Bila baca... hmmm.. betuila! haha

Mang sangat teruja!

Meh nak kongsi sikit (^___^) ada banyaaaaakkkkk yang menarik walaupun baru page75, tapi ada satu ni, buatkan puan eeiyss terkenang suatu memori... chewah!

Ini dari huraian BAB2: Mr. Fix-it dan Jawatankuasa Home-Improvement
Mr. Fix-it tu suamila
Jawatankuasa Home-Inprovement tu isterila..hehe

Dia bagi dua situasi ( ni, puan eeiyss ringkaskan je... ikut bahasa puan eeiyss )

I
Incik Adam ngan Puan Aliya ni dapat jemputan pi makan kenduri kat sebuah pekan yang depa tak pernah pi lagi. Incik Adam sedang memandu. Selepas lebih kurang 20 minit mengililingi pekan beberapa kali, puan aliya dah tau dah yang depa tu tersesat. Dia bagi cadangan kat incik adam untuk benti dan tanya kat orang. Sejak tu incik adam muram sampaila depa jumpa rumah kenduri tu. ketegangan mula wujud sejak dari puan aliya bukak mulut tawar bantuan, sampai ke petang. 

Bagi puan aliya, dia cuma nak tolong suami dia dengan rasa penuh kecintaan, tapi bagi incik adam, dia tersinggung dengan pertolongan yang dianggap sebagai satu ketidakpercayaan puan aliya terhadapnya. 

Tedia.... memang kena faham. lelaki bukan dari planet kita, dia mang mai dari planet marikh. hehe

II
Puan Aliya baru balik dari tempat kerja dia selepas sibuk sepanjang hari kat pejabat. Dia nak luah perasaan yang dilaluinya pada hari tu ngan incik adam la... suami dia

Puan Aliya : Saya terlalu banyak kerja. Saya tidak cukup masa untuk diri saya.

Incik Adam : Kamu patut berhenti sahaja bekerja di situ. Kamu tidak perlu kerja begitu teruk. Carilah kerja yang lebih baik.

Puan Aliya : Tapi saya suka dengan kerja saya, cuma bos yang kadangkala terlalu mendesak.

Incik Adam : Jangan biaq dia buli kamu, kamu buat sahaja apa yang termampu.

Puan Aliya : Saya memang lakukan begitu! Saya langsung terlupa menelefon ibu saya hari ni.

Incik Adam : Jangan risau, saya percaya dia mesti faham kamu sibuk hari ni.

Puan Aliya : Kamu tak tahu apa yang sedang dia lalui sekarang ni, dia memerlukan saya.

Incik Adam : Kamu terlalu banyak risau, sebab itulah kamu tidak gembira.

Puan Aliya dah stat nak marah dah... "Siapa kata saya selalu tidak gembira. Boleh kamu dengar apa yang sedang saya katakan?!"

Incik Adam : Saya sedang mendengar.

Las2 Puan Aliya putus asa dan masuk dalam bilik sambil berkata "Kamu tidak pernah faham dengan saya..."

Ada banyak lagi situasi, yang sangat2 menarik, tapi puan eeiyss saja share benda ni, sebab tengat masa zaman puan eeiyss qeja ngan incik hubby dulu... satu pejabat. Masa tu tak bercintapun lagi, dan tak pernah terfikir untuk bercinta dalam sebuah perkahwinan yang suci. Waktu tu dia boss... Puan eeiyss duk kat Mata Ayaq, Perlis, Tempat qeja kat Kuala Perlis. Pi balik qeja naik muto. Jauh dia lebih kurang dari Dengkil ke Bangunan KDN, Putrajaya. hehe ( Jauh wooo...  )

Ayah tengah sakit, mak memang sangat memerlukan puan eeiyss sebab puan eeiyss anak tunggal... Puan eeiyss mang la, kadang2 terlalu banyak qeja, orang pompuan besala, mustila akan ada sesi luah perasaan sesama kengkawan opis. Masalah jauh nak mai qeja la.. yang nu la yang ni la... Bila sampai kat pengetahuan incik hubby waktu tu, hari ni dia tau, hari ni jugak dia pi tanya kekosongan kat satu lagi kilang kat Jejawi, Perlis, yang mana opis situ dekat la dengan rumah puan eeiyss. Bincang ngan bos kat situ, untuk masukkan puan eeiyss di situ. Peergghhhh! Laju, Petang tu, puan eeiyss dipanggil ke opis Jejawi. Melawat Kawasan, terus diterima. Kalau boleh petang tu jugak puan eeiyss boleh masuk.

Muto puan eeiyss masih di Kuala Perlis, pi ke Jejawi dengan keta boss ( incik hubby ) diiring oleh orang kuat pejabat kuala perlis ketika itu... wah! macam hebat sangat ja kan... haha!

Nak bagitau, betapa lajunya keputusan orang lelaki ni, mereka mendengar untuk mencari jalan penyelesaian... bukan empati dengan masalah kita... sama kes ngan puan aliya dan incik adam tu. Puan Aliya cuma nak suaminya mendengar dalam situasi ke II tadi. Bukan mencari jalan penyelesaian, suasana akan jadi lebih baik sekiranya incik adam menjawab...hmmm, ya, kesian kat kamu dan bla bla tanpa masuk campuq dan memberikan sebuah jalan berhenti kerja dll untuk puan aliya.. faham dak? hehe

kita macam tu dak? kita cuma nak suami mendengaq kan, kenkadang kalau dia nak tolong, mang la ok, tapi kadang2 jadi kok len, mula kita nak terasa dan apa bagai... macam tu jugak lelaki, kita nak tolong depa, tapi kadangkala fikiran depa tak sama ngan kita tau... dalam situasi I tadi, puan aliya sepatutnya tidak menawarkan pertolongan, tapi berdiam diri dan bersyukur, sebab suaminya usaha dengan susah payah untuk make sure sampai tempat kenduri tu... hehe

Buku tu, banyak bagi situasi dan jalan penyelesaian.. banyak info dan guideline la... banyak bab lagi yang tak sabaq puan eeiyss nak baca... tapi kena curi masa yang sesuai..insyaALLAH.

(ENTRI CACA MERBA...yang panjang! terima kasih sebab baca dan komen)

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

17 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit said...

Kakak rasalah Is bila dah lama duduk sebumbung semakin kian faham-memahami antara suami-isteri. Mungkin utk tahun-tahun awal jadi macam 2 sinario itu tapi lama-lama tak adalah... sebab dah masak-ranum antara satu sama lain...

HeNRieTTa JoSe HeNRieTTa JoSe said...

lamernye xupdate...btl kata....mmg lain2....rietta blom baca buku tu...rietta sedang baca buku lain yang lebih kurang....dia kata men talk straight....xmcm perempuan yang suka berkias...

Angah Angah said...

share le lagi.....

kurus kurus said...

semakin complicated kan ..
tapi kena banyak besabar huhuh

haryati haryati said...

hamboi panjang lebar dia citer...sosak napah...btw tq gak coz sharing info ni....sangat menarik

Cikrosecute Cikrosecute said...

Biasalah tue adat berumahtangga...Makin bersama kita tahu perangai suami kita hehe

makchaq makchaq said...

Memang orang lelaki ni lain rasa dan perasaan dia,
tapi bila dan lama dah tak jadi masalah sangat dah...

fardhila fawwazy blogspot fardhila fawwazy blogspot said...

wah,lamanya xupdate...hihi..btul2 complicated tu..prnh alami situasi cmtu..tp skrg dh xde dh..dh fhm dh prangai msing2.. tp dila lbih suka mngadu campur cik abg bg idea...;)

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

So comel tengah merangkak...emmm tengah nakal ler tu..hehehhe

Panjang entri kali ini...hehehehe. Untuk aku soal suami isteri ini ..5tahun pertama sesi perkenalan...kerana kita baru membina hidup dan sedang megembangkannya. Biasanya selalu salah faham kot...

Lepas 5 tahun...hidup dah stabil...so bertekak pasal nak tambah hutang..hehehhehe

10 tahun ke atas...aku belum tahu lagi..aku baru 10 tahun ..hahahha

Indonesian Strong from Home Indonesian Strong from Home said...

bener kata salah satu komen di atas.. harus banyak banyak bersabar lagi :) salam kenal dari Jakarta iia :)

Unknown Unknown said...

apa kes ni ....

Unknown Unknown said...

As salam Is,

Yes, setuju sgt! Bg akak isteri kena bijak menangani suami... w/pun kdg-kala kite mcm susah sgt nak phm depa ni kan...hik3...

Dlm rumah tangga kena ade give & take barulah aman damai... teringat lagu P.Ramlee dlm cerita 3 Abdul... Sedangkan lidah lg tergigit inikan pula suami isteri... Buang yg keruh & ambil yg jernih! :))

Si Merah dh pandai merangkak! Sukanye... Gebu je die geram sesgt! Kiss & hug utk merah tau! :))

Kancil 8349 Kancil 8349 said...

lama menghilang..busy ke...apapun...sentiasa berkerjasama antara suami dan isteri...

dwatyKNY dwatyKNY said...

bestnya kalau saling memahami...

Hanis MY Hanis MY said...

Wahh comei je dia dah boleh merangkak...
Satu perkongsian yg bgs hanis tk smpt2 lg nkbc buku tu hu

wan-nis wan-nis said...

hehe.. cam tepat kat diri sendri ja.. semalam msg hasben
1- abg.. nak beli iron board baru la sbb y lma kaki da rosak so jauh dr suis
jawpn ~ x per.. extension ader.. pakai jer y tu

2- jerawat kat muka makin teruk la
jwpn ~ ubat jerawat ader.. amek sapu

see? hehe

nanie nanie said...

huhuuhuhuuhu.....dah x tau nak kata gena dah...da alami mcm2 dah hmm....sabaq la no....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)