Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

26
surat dah ada dalam peti

nak bagitau... saya jugak ada perasaan... huhu

Rentetan daripada WW semalam, dah tengok? Kalau belum, leh kelik SINI.

Puan eeiyss tengah sedih! wawawawa

Kejadian pilu itu terjadi selasa witu ( 26 Jun 2012 ) , begini kisahnya...

Sebelum itu, puan eeiyss nak gitau, puan eeiyss jugak ada perasaan (sama macam tajuk, jadi sila membaca dengan 'aqal, bukan emosi... chewah!) hehe (^___^)

Kenapa puan eeiyss sekat entri ni dari keluaq pada hari kejadian? Sebab puan eeiyss tanak meluahkan dengan emosi, tapi hati cuma terlebih sensitif. Perkara itu perkara kecil sahaja. Sungguh! Memang sangat kecil sahaja, tetapi memberi kesan ke atas sekeping hati yang manja ini.. wuwuwuuw (T___T)

Pagi yang ceria membawa cahaya, tetapi menjadi suram dipanah kehitaman... (tedia keluaq dah ayat berbunga.. hehe)

Sebenaqnya, puan eeiyss mai qeja dengan penuh ceria pagi tu walaupun terlewat, terkaluit dan sewaktu dengannya. Punch pukui8 tepat. hohoho

Tiba waktu makan, kami semua makan pagi2. Tengahari, tak keluaq makan dah. Keluaq petang ja beli cucuq pulak. Kejadian tu PAGI tu. PAGI... PAGI... PAGI...

Tengah-tengah sedap menikmati makanan, seorang teman opis ada bagitau pasai baju tshirt yang penolong pengarah kasi untuk bahagian admin, semua dah dapat baju tu, ada lebihan, bagi la kat bahagian admin. Tapi dalam nama-nama yang ada tu... (bukan ramaipun bahagian admin opis kami, seorang kewangan dan selebihnya kami-kami termasuk saya... berjumlah 4orang sahaja) , semua dapat kecuali nama saya.

Sekali lagi teman opis menelefon penolong pengarah, bertanyakan tentang baju puan eeiyss... jawab penolong pengarah itu...

"TIADA SAIZ UNTUK IS"

Allah... Allah... besaq sangatkah saya? kecik sangatkah saya?

huhu

Saiz saya sama sebagaimana kawan-kawan saya... 

sedih!

Bukan sebab baju sangat, tapi, seolah memang dipinggirkan dan tidak dihiraukan... seolah-olah saya tidak wujud dan tidak pernah membuat sebarang kerja... seolah-olah saya tidak layak mendapat baju... seolah-olah saya sangat kerdillllll... halimunan... tidak penting... tidak patut bekerja di opis ini lagi...
(Itu emosi bodoh saya yang tidak keruan tika itu)

Apa yang saya lakukan tika itu? Menguyah dengan lemah, menjerit dalam hati!

"TOLONG! TOLONG! TINGGALKAN SAYA SENDIRIAN! SAYA PERLUKAN MASA BERSENDIRIAN! JANGAN TEGUR SAYA! dan Alangkah baiknya jika saya tidak mengetahui tentang baju itu. Bagilah sesama anda waktu saya tiada di opis. Saya takmau tau! wawawawawawa"

Tapi mereka membahagikan sejurus selepas makan itu... saya terpinggir... saya terasing... saya... saya... dan saya! mereka teman baikku! wawawawawawawa (T___T)

Dalam hati yang lara, puan eeiyss bukak akaun fb dan taipkan di sana...


sengaja puan eeiyss letakkan tanda senyuman itu... sebagai pengubat hati yang lara....

Puan eeiyss menghabiskan satu hari di opis dengan hati yang bersangkar lara...

Tidak habis setakat itu, puan eeiyss jadi sangat sensitif jika mereka masih bercakap mengenai baju ataupun mereka menegur puan eeiyss untuk tersenyum, rasa nak nangis! ( macam budak2 pulak.. haha!)

Jam punch bunyi je pukui5... Teruih punch, tunggu incik arif ( panggilan manja untuk incik hubby tapi sebenaqnya terbawak2 masa duk panggil dia waktu kerja sekali sekitar 2008 dulu ) datang amik, nek keta, muka cuba tidak dikelatkan. Konon-konon macho... Tapi bila dia bukak mulut tanya...

" Hari ni ok kat opis?"

Terus berubah mud yang sengaja dikawal-kawal. 

" Tak!" ( Jawab dengan muka nak teyak )

Dia tanya lagi, " Awat punch lewat ka? "

" Dak, tepat kui8..." Jawab takdak perasaan. Dia senyum, puan eeiyss sikit lagi nak kuaq ayaq mata. ( anak manja! hehe )


" Pastu pasaipa? kena marah dengan bos ka?"

"Dak!" Pastu teruih puan eeiyss ceta sampai qeyau kaw2 punya... haha! dari opis sampai jalan nak masuk umah baru benti... tediaaaaa! ( Pasai baju ja pun! )

Incik arif a.k.a hubby tercinta hanya dengaq. Sangat membantu emosi puan eeiyss.. lega dapat ceta... Memang dia ada kata, " Xpa, nanti kita beli baju macam tu jugak..." puan eeiyss senyum... " xmo...xmo....xmo... nak baju depa gak!

"Nanti kot, penolong pengarah bagi la...."

"xmo amik.. xmo... xmo dan... cemusss!" Habis sekadar itu... sensitif tahap tertinggi dari puan eeiyss dah dapat diturunkan dengan cermat oleh incik hubby (^___^) tengs.. muah!

Sampai rumah, tengok siMerah tersenyum... hilang semua gundah. Hilang semua lara, main-main dengan dia, manakala incik hubby sibuk kat dapuq... masak mee goreng bollywood lagi... hehehhe.. beliau yang rajin... ohohohohohooiii

Kenyang makan, malam tu bersembang ngan incik hubby till midnite.. dia dengaq ja.. siMerah kasi ruang kat kami dengan tiduq seawal pukui8... (^____^)

xpa.... Allah ada rencana yang lebih hebat, la tahzan... jangan nak ngengada... (^___^)
tengs sebab sudi baca...100% emosi telah hampir pulih.. alhamdulillah

...hanya kerana sehelai baju free



Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

26 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:

nanie nanie said...

sabaq la no....ada hikmah disebaliknya...org mmg suka tgk kita susah bukan senang nk jumpa org suka tgk kita senang.....

Ruse Sulaiman Ruse Sulaiman said...

Alahai kesiannya. Takpelah takdak rezeki. Walaupun sepatutnya kena bagi sama rata.

Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit said...

Kakak tak salahkan emosi Is. Sesungguhnya sebagai boss/ketua mestilah adil kalau apa yg ada tak cukup baik tak payah bagi semua. Macam kita kalau ada anak 4 kena adil. Ingat tidak adil nampak mudah tapi basalan di akhirat kelak sendiri kena tanggung apa lagi membuat org menangis dan berkecil hati.

Sabar Is ada hikmahnya dik - kakak tahu bukan kita tak mampu pun nak beli yg lebih mahal/cantik pun boleh tapi kadilan yg kita mahu.

Reena Sidek Reena Sidek said...

huhuhu.... rasa terpinggir pula org lain dpt kita tak dpt kan...
tak pe lah bukan rezeki...
insya-Allah mungkin ada rezeki lain...

Angah Angah said...

sabor le weh...

yang angah ni, kalo bole dah tak mau dah baju-baju free dari opis ni, sebab kalo dapat pun tak pernah pakai...kikikiki..

makchaq makchaq said...

Jangan sedih2, tak dak rezeki, insyaAllah ada yang lebih baik..

Dah luah perasaan tu mesti dah ok sikit kan..

|| NaFiRaa || || NaFiRaa || said...

hehehe.. jangan sedih2 lagi k~ :)

Unknown Unknown said...

As salam Is,

Akak fhm perasaan Is, sb akak pun pernah merasai situasi yg hampir serupa dgn apa yg Is alami... Sedih, kecewa, terkilan, rs isolated, geram, dan mcm2 lagi... Tp skrg ni, bile akak telek2 balik diri sendri mungkin akak pernah mengecilkan hati org lain & bertindak tdk adil dgn org lain tanpa disedari, sb itu ALLAH beri ujian/dugaan begini dr org lain pula... Anggaplah ALLAH menegur kite melalui org yg menyakiti kite tu dik...

Apalah sgt penghargaan & pengiktirafan dr manusia... Tak berbaloi utk kite sedih2...

Be happy & smile k :))

Kisses & hugs for Merah comel! uish..geram! :))

Kancil 8349 Kancil 8349 said...

banyakkan bersabar...ada hikmah tu

RamRamCute RamRamCute said...

hihihi...mood sedih bersama-sama kita rasai puan eeiyss..geram tension dan sakit hati tak terkata...tetapi ada hikmah disebaliknya...Alhamdulillah saya bersyukur kerana diberikan dugaan ini...semoga saya dan puan eeiyss terus sabar dan tabah ye :)

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI said...

alalal..sbr ea..pasti ada hkmhnya setiap kejadian itu..

A.B.M A.B.M said...

follow sini juga.

HeNRieTTa JoSe HeNRieTTa JoSe said...

alaaa....xmo la sedey2...nasib baek da incik somi...


pss...ada jew step dia...mls nk taip n upload gmbar...hehehe...

Unknown Unknown said...

iskiskisk, kalu masz pon akan terasa jugak nieh, mau x tegur ngan penolong pengarah tu... huhu

moga ada hikmah disebalik kejadian itu kan...

Cikrosecute Cikrosecute said...

sabar Itu Separuh Daripada Iman....ada hikmah disebaliknya...org mmg suka tgk kita susah .....

ஜ miss klanika ஜ ஜ miss klanika ஜ said...

sbr ye . tempat keja mmg kdg2 bg kita stress. pernah rasa ..

sitiezahim sitiezahim said...

saba la ek..kalau saya pon, mmg terasa kan...huhuhu...saya pon penah kena tau di sini, ada orang buat makan2 tp tak ajak saya, tak kisah pon sbb mmg tak baik ngan tuan umah, tp yg sedihnya kawan2 di sini bercerita depan saya cerita2 di umah member sorang tu...huhu mmg rasa nak cepat balik aje masa tu..:(

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

saya baca dengan penuh teliti....sabar kak yek!!!
Nak kasi ayat pujuk saya tak pandai..hehehehhehe.

fardhila fawwazy blogspot fardhila fawwazy blogspot said...

tu diaa..pjg cite noh..hihi..xpo2.. baju cik hubby bg lg comel nnti..sabaq ye;)

Kancil 8349 Kancil 8349 said...

singgah ke sini...selamat berhujung minggu

Cikgu Ma Cikgu Ma said...

x tau nak cakap apa, sabar ok =)

Unknown Unknown said...

bbyk2 bersabar lah yer

kay_are kay_are said...

nanti dapat r baju tu.. ntah2 lagi special kot.. saje nak surprise ke.. pikir positif =)

yana-feehily yana-feehily said...

klu k.yana kt tmpt is pun mmg k.yana sedih sbb smua org dpt, kita ja yg tak dpat. mmg rasa terpinggir sgt2..k.yana penah alami jgk. tp klu kita fikir yg rezeki tu hak Allah. dia yg berhak nk bagi pada siapa yng dia nak. Insyaallah klu kita tk dpt yg tu, kita akan dapat sesuatu yg lebih baik lg. yakinlah! kita mesti tak rasa apa2 dah lps tu..

Lynn Lynn said...

Salam is...

Hmm kalau saya pun..memang terasa...bohonglah kalau tak terasa..sebab saya memang sensitif pun..sama cam awak..eheheehh...Tapi tu lah...depa tu la yg patut sensitif jugak..jagalah hati org sama..huhu..

Hanis MY Hanis MY said...

Huhu sedih la pulak sabar ye. Mungkin ada tp lwt sikit kut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)