betui tatau tajuk dia... hehe
saja bagi intro, duk cari surat panggilan seminar tu xjumpa pulak, lama sungguhkan kita xbersua.. chewah!
minggu lepas, puan eeiyss sibuk bercuti, ke klinik, seminar dll
jadinya... masa kat opis jadi sangat terhad, takleh nak update, takleh nak blogwalking
tapi jangan risau, puan eeiyss akan sampai kat tempat anda dengan komen berganda-ganda.. hohohoho
siMERAH sudah dalam fasa nak merangkak, gambaq ada puan eeiyss share kat fb... sat na... puan eeiyss kidnap gambaq dari fb...
sat...
sat....
ni dia! ( gambaq tak bopa comei, tangkap kaluit-kaluit )
UP! |
UIT |
HELP! HELP! |
UPPSSSS~ |
tatau camna nak gambaqkan perasaan melihat dia kian membesar, dengan satu persatu kebolehan baru yang diteroka... indahkan penciptaan manusia itu... Allah.. Allah...
Berbalik kepada cerita asai, (incik hubby pun bz ja minggu lepas, huhu... jumaat, sabtu, ahad lepas dia di Sungai Petani, balik umah kejap, rabu sampai sabtu di KL...uhuk3~ jiwa tak keruan, daku kerinduan.. wah! mud jiwang!uhuk3) hari rabu bertarikh 20 Jun 2012 witu, puan eeiyss join seminar ilmu keluarga@LPPKN. Salah satu tajuk yang menarik untuk dikongsi, tu la, kain lama dibuang, kain baru dicari tu....hehe
Tragis je kan tajuknya... tapi bila dikupas dengan cantik, kita jadi positif!
Isu perkahwinan la ni, isteri lama dibuang, cari isteri baru. ouchhh! (...dan sebaliknya, disebabkan puan eeiyss seorang wanita, maka isu ni dilihat dari sudut, wanita yang dibuangla...)
Tu kalau dia buang, kalau dia tambah kain baru kat kain lama (poligami)... ouchhhh untuk kali kedua.. ohoiiii~
Walau apa pun, kita kena lihat dari sudut positif... penceramah tu bagi satu formula cantik
1. Kalau suami berkemampuan kahwin, isteri bagi, suami xmau ( ni yang paling cantik )
2. Kalau suami berkemampuan, isteri xbagi, suami mau xsangga ( ni yang selalu jadi )
3. Kalau suami berkemampuan, isteri xmau, suamipun xmau ( okla... )
3. Kalau suami berkemampuan, isteri xmau, suamipun xmau ( okla... )
4. Kalau suami berkemampuan, suami mau, isteripun bagi ( payah nak jumpa )
formula lebih kurang macam ni la... ni pakai ingat kat kepala, note semua tinggai kat umah, tapi nak update jugak blog yang cumil ni.. ahaks... Kategori yang manakah kita? huuuu~
Memandangkan puan eeiyss bercuti jugak, jadi sempatla baca lagi buku 'MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS' puan eeiyss pernah kongsi buku ni suatu ketika dulu di SINI. Puan eeiyss dah baca sampai mukasurat75 dari 367mukasurat.
Bila baca... hmmm.. betuila! haha
Mang sangat teruja!
Meh nak kongsi sikit (^___^) ada banyaaaaakkkkk yang menarik walaupun baru page75, tapi ada satu ni, buatkan puan eeiyss terkenang suatu memori... chewah!
Ini dari huraian BAB2: Mr. Fix-it dan Jawatankuasa Home-Improvement
Mr. Fix-it tu suamila
Jawatankuasa Home-Inprovement tu isterila..hehe
Dia bagi dua situasi ( ni, puan eeiyss ringkaskan je... ikut bahasa puan eeiyss )
IIncik Adam ngan Puan Aliya ni dapat jemputan pi makan kenduri kat sebuah pekan yang depa tak pernah pi lagi. Incik Adam sedang memandu. Selepas lebih kurang 20 minit mengililingi pekan beberapa kali, puan aliya dah tau dah yang depa tu tersesat. Dia bagi cadangan kat incik adam untuk benti dan tanya kat orang. Sejak tu incik adam muram sampaila depa jumpa rumah kenduri tu. ketegangan mula wujud sejak dari puan aliya bukak mulut tawar bantuan, sampai ke petang.
Bagi puan aliya, dia cuma nak tolong suami dia dengan rasa penuh kecintaan, tapi bagi incik adam, dia tersinggung dengan pertolongan yang dianggap sebagai satu ketidakpercayaan puan aliya terhadapnya.
Tedia.... memang kena faham. lelaki bukan dari planet kita, dia mang mai dari planet marikh. hehe
IIPuan Aliya baru balik dari tempat kerja dia selepas sibuk sepanjang hari kat pejabat. Dia nak luah perasaan yang dilaluinya pada hari tu ngan incik adam la... suami dia
Puan Aliya : Saya terlalu banyak kerja. Saya tidak cukup masa untuk diri saya.
Incik Adam : Kamu patut berhenti sahaja bekerja di situ. Kamu tidak perlu kerja begitu teruk. Carilah kerja yang lebih baik.
Puan Aliya : Tapi saya suka dengan kerja saya, cuma bos yang kadangkala terlalu mendesak.
Incik Adam : Jangan biaq dia buli kamu, kamu buat sahaja apa yang termampu.
Puan Aliya : Saya memang lakukan begitu! Saya langsung terlupa menelefon ibu saya hari ni.
Incik Adam : Jangan risau, saya percaya dia mesti faham kamu sibuk hari ni.
Puan Aliya : Kamu tak tahu apa yang sedang dia lalui sekarang ni, dia memerlukan saya.
Incik Adam : Kamu terlalu banyak risau, sebab itulah kamu tidak gembira.
Puan Aliya dah stat nak marah dah... "Siapa kata saya selalu tidak gembira. Boleh kamu dengar apa yang sedang saya katakan?!"
Incik Adam : Saya sedang mendengar.
Las2 Puan Aliya putus asa dan masuk dalam bilik sambil berkata "Kamu tidak pernah faham dengan saya..."
Ada banyak lagi situasi, yang sangat2 menarik, tapi puan eeiyss saja share benda ni, sebab tengat masa zaman puan eeiyss qeja ngan incik hubby dulu... satu pejabat. Masa tu tak bercintapun lagi, dan tak pernah terfikir untuk bercinta dalam sebuah perkahwinan yang suci. Waktu tu dia boss... Puan eeiyss duk kat Mata Ayaq, Perlis, Tempat qeja kat Kuala Perlis. Pi balik qeja naik muto. Jauh dia lebih kurang dari Dengkil ke Bangunan KDN, Putrajaya. hehe ( Jauh wooo... )
Ayah tengah sakit, mak memang sangat memerlukan puan eeiyss sebab puan eeiyss anak tunggal... Puan eeiyss mang la, kadang2 terlalu banyak qeja, orang pompuan besala, mustila akan ada sesi luah perasaan sesama kengkawan opis. Masalah jauh nak mai qeja la.. yang nu la yang ni la... Bila sampai kat pengetahuan incik hubby waktu tu, hari ni dia tau, hari ni jugak dia pi tanya kekosongan kat satu lagi kilang kat Jejawi, Perlis, yang mana opis situ dekat la dengan rumah puan eeiyss. Bincang ngan bos kat situ, untuk masukkan puan eeiyss di situ. Peergghhhh! Laju, Petang tu, puan eeiyss dipanggil ke opis Jejawi. Melawat Kawasan, terus diterima. Kalau boleh petang tu jugak puan eeiyss boleh masuk.
Muto puan eeiyss masih di Kuala Perlis, pi ke Jejawi dengan keta boss ( incik hubby ) diiring oleh orang kuat pejabat kuala perlis ketika itu... wah! macam hebat sangat ja kan... haha!
Nak bagitau, betapa lajunya keputusan orang lelaki ni, mereka mendengar untuk mencari jalan penyelesaian... bukan empati dengan masalah kita... sama kes ngan puan aliya dan incik adam tu. Puan Aliya cuma nak suaminya mendengar dalam situasi ke II tadi. Bukan mencari jalan penyelesaian, suasana akan jadi lebih baik sekiranya incik adam menjawab...hmmm, ya, kesian kat kamu dan bla bla tanpa masuk campuq dan memberikan sebuah jalan berhenti kerja dll untuk puan aliya.. faham dak? hehe
kita macam tu dak? kita cuma nak suami mendengaq kan, kenkadang kalau dia nak tolong, mang la ok, tapi kadang2 jadi kok len, mula kita nak terasa dan apa bagai... macam tu jugak lelaki, kita nak tolong depa, tapi kadangkala fikiran depa tak sama ngan kita tau... dalam situasi I tadi, puan aliya sepatutnya tidak menawarkan pertolongan, tapi berdiam diri dan bersyukur, sebab suaminya usaha dengan susah payah untuk make sure sampai tempat kenduri tu... hehe
Buku tu, banyak bagi situasi dan jalan penyelesaian.. banyak info dan guideline la... banyak bab lagi yang tak sabaq puan eeiyss nak baca... tapi kena curi masa yang sesuai..insyaALLAH.
(ENTRI CACA MERBA...yang panjang! terima kasih sebab baca dan komen)
17 org sabahat cumil doakan kebahagiaan kami:
Kakak rasalah Is bila dah lama duduk sebumbung semakin kian faham-memahami antara suami-isteri. Mungkin utk tahun-tahun awal jadi macam 2 sinario itu tapi lama-lama tak adalah... sebab dah masak-ranum antara satu sama lain...
lamernye xupdate...btl kata....mmg lain2....rietta blom baca buku tu...rietta sedang baca buku lain yang lebih kurang....dia kata men talk straight....xmcm perempuan yang suka berkias...
share le lagi.....
semakin complicated kan ..
tapi kena banyak besabar huhuh
hamboi panjang lebar dia citer...sosak napah...btw tq gak coz sharing info ni....sangat menarik
Biasalah tue adat berumahtangga...Makin bersama kita tahu perangai suami kita hehe
Memang orang lelaki ni lain rasa dan perasaan dia,
tapi bila dan lama dah tak jadi masalah sangat dah...
wah,lamanya xupdate...hihi..btul2 complicated tu..prnh alami situasi cmtu..tp skrg dh xde dh..dh fhm dh prangai msing2.. tp dila lbih suka mngadu campur cik abg bg idea...;)
So comel tengah merangkak...emmm tengah nakal ler tu..hehehhe
Panjang entri kali ini...hehehehe. Untuk aku soal suami isteri ini ..5tahun pertama sesi perkenalan...kerana kita baru membina hidup dan sedang megembangkannya. Biasanya selalu salah faham kot...
Lepas 5 tahun...hidup dah stabil...so bertekak pasal nak tambah hutang..hehehhehe
10 tahun ke atas...aku belum tahu lagi..aku baru 10 tahun ..hahahha
bener kata salah satu komen di atas.. harus banyak banyak bersabar lagi :) salam kenal dari Jakarta iia :)
apa kes ni ....
As salam Is,
Yes, setuju sgt! Bg akak isteri kena bijak menangani suami... w/pun kdg-kala kite mcm susah sgt nak phm depa ni kan...hik3...
Dlm rumah tangga kena ade give & take barulah aman damai... teringat lagu P.Ramlee dlm cerita 3 Abdul... Sedangkan lidah lg tergigit inikan pula suami isteri... Buang yg keruh & ambil yg jernih! :))
Si Merah dh pandai merangkak! Sukanye... Gebu je die geram sesgt! Kiss & hug utk merah tau! :))
lama menghilang..busy ke...apapun...sentiasa berkerjasama antara suami dan isteri...
bestnya kalau saling memahami...
Wahh comei je dia dah boleh merangkak...
Satu perkongsian yg bgs hanis tk smpt2 lg nkbc buku tu hu
hehe.. cam tepat kat diri sendri ja.. semalam msg hasben
1- abg.. nak beli iron board baru la sbb y lma kaki da rosak so jauh dr suis
jawpn ~ x per.. extension ader.. pakai jer y tu
2- jerawat kat muka makin teruk la
jwpn ~ ubat jerawat ader.. amek sapu
see? hehe
huhuuhuhuuhu.....dah x tau nak kata gena dah...da alami mcm2 dah hmm....sabaq la no....
Post a Comment